SYAIR DUKA NESTAPA
Tatkala berada dlm buangan di Melaka dan mengenang kembali negaranya Kedah yg dirampas Siam Ligor, Sultan Ahmad Tajudin Shah II, Sultan Kedah pada waktu itu bermadah;
Demikianlah beta sehari-hari
Kekanda nian dibuang negeri
Jika tak boleh muda bistari
Meninggalkan bumi istana sendiri.
Kekanda nian dibuang negeri
Jika tak boleh muda bistari
Meninggalkan bumi istana sendiri.
Demikianlah sudah ibarat madah
Habislah kias bandingan sudah
Yang diberahinya itu bukannya mudah
Manikam gemala di negeri Kedah.
(Syair Duka Nestapa, Melaka 1837)
Habislah kias bandingan sudah
Yang diberahinya itu bukannya mudah
Manikam gemala di negeri Kedah.
(Syair Duka Nestapa, Melaka 1837)
Selepas ini Sultan dan pembesar serta pahlawan2 Melayu Kedah dengan bantuan pejuang Melayu dari kawasan sekitar tanpa henti telah berjuang utk mendapatkan kembali Kedah dari tangan Siam yg dibantu sekutunya British.
Seorang pengkaji pernah menyebut di sepanjang pendudukan Siam di Kedah pada 1821-1842 itu telah berlaku lebih kurang 21 pertempuran antara pejuang Melayu dengan pakatan Siam-British.
Bagi anak Melayu khususnya anak Kedah ingat lah baik2 kenyataan ini. Nenek moyang kita pernah bertempur dgn 2 superpower serentak (gabungan Siam dan British) hampir 200 tahun dulu. Kita ini bukan keturunan pengecut. Ingat tu. Dan ingat, jangan sesekali percayakan bangsa lain, khususnya bangsa penjajah ini sampai bila2.
Ingat pantun sedih orang tua2 kita;
Pulau Pinang Bandar Baharu,
Francis Light menjadi raja,
Kalau dikenang di masa dahulu,
Jatuh berderai si air mata.
Francis Light menjadi raja,
Kalau dikenang di masa dahulu,
Jatuh berderai si air mata.
Awas, jangan sampai pisang berbuah dua kali...
No comments:
Post a Comment