DUIT KITA...MASIH TERAWANGAN.
Oleh Sahabat Shahpaskal
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Duit kita dah balik....tapi masih belum boleh diguna. Namun begitu, sebelum saya teruskan penulisan saya ini, saya nak ucaplah jutaan terima kasih kerana mengikuti renggan demi renggan tulisan saya sebelum ni.
2. Saya tulis bukanlah nak buat hipotesis kalihan atau sekadar halwa minda hingga jadikan kita alpa masalah hakiki kita. Saya ceritakan semua ni untuk berkongsi apa yang berlaku di belakang tabir yang ramai tak mampu tembus. Saya setuju memang tak masuk akal.....tapi hanya masuk akal kalau kita punya ilmu. Nak ilmu, sama-samalah kita belajar termasuklah diri
saya.
saya.
3. Bab duit dah balik ni memang hanya segelintir je tahu. Macam saya tulis sebelum ni, untuk ambil duitnya, tak lah semudah cucuk kad ATM dan duit pun berkepul keluar. Saya dimaklum, ramai yang urus kepulangan duit ni pun ada yang tak sabar. Ada dah pakat berbahagi sesama sendiri imbuhan masing-masing sebijik macam cerita P.Ramlee. Ni hak kau, ni hak aku... macam la duit ni harta faraid tok nenek mereka.
4. Duit ni penuh dengan sumpahan. Yang sepatut membahagi-bahagi imbuhan ni adalah pemilik duit tu sendiri yakni pewarisnya. Nak duit ni dan juga harta-harta pusaka kita kat luar negara tu, banyak syaratnya. Tak kiralah ko tu datuk, datuk seri malah tengku itu ini, kalau bukan pemilik hak warisnya, sila mimpilah.
5. Saya respek ada kalangan pucuk pimpinan tertinggi angkatan bersenjata yang dah tahu bahawa duit memang dah masuk tapi masih tergantung tunggu pemiliknya clearkan. Malah depa juga tahu depa bakal dapat pemerintah tertinggi yakni YDP Agong baru sedikit masa lagi.
6. Mereka juga tahu calon luar yang sama berketurunan Kesultanan Perak (yang asalnya dari Kesultanan Melaka) dulu yang ada kacukan darah Majapahit-Bugis-Pagar Ruyung bakal dilantik. Apa-apa pun, kita tunggulah beliau tampilkan diri tapi jangan pulak berduyun memandai-mandai tabalkan diri sendiri.
7. Mesti ada yang bertanya, bagaimana dengan YDP Agong sekarang.? Bab ni, saya tak rasa ianya sesuai untuk saya kongsikan buat ketika ni. Yang pasti akan ada penyesuaian terbaik lagi bijaksana tentang hal ni. Dan tentulah mengikut kehendak roh perlembagaan negara kita. Taulah pihak berkenaan aturkan. Pasti banyak kejutan menjelang 2019 nanti. Tunggu yaa...
8. Saya pernah tulis bertahun dulu akan inspirasi para Wali Ghaib terhadap negara kita. Masihkah tuan-tuan ingat apa itu jaluran jalan, jaluran api, jaluran keretapi, jaluran suara dan jaluran air..?
9. Salah satu syarat penerimaan duit ni, pewaris akan mengambil-alih atau setidak-tidaknya menguasai majoriti saham pembekal kemudahan disebutkan menggunakan duitnya yang seperlima dari jumlah keseluruhan diperolehi. Syarat ni juga terpakai untuk kesemua harta warisan lain.
10.Umumnya, janganlah kita berharap tol lebuhraya percuma sepenuhnya selepas ni tetapi memadailah 1/3 nilai tol sekarang. Kalau segalanya free, mangkuk sinki kat RnR pun memanjang hilang. Begitu juga bayaran utiliti yang lain, pasti banyak penjimatannya untuk kita rakyat marhein ni. Bab kerajaan, biarlah mereka tumpukan penambah-baikkan kemudahan yang lain seperti pendiddikan, kesihatan, keselamatan dan agama.
11.Bab agama ni penting sebab salah satu tunjang matlamatnya adalah memperkasakan kembali aspek kerohanian sebagaimana nenek-moyang kita. Masa mereka dulu, Islam tersebar secara menyeluruh di Tanah Jawi ni tanpa adanya pengaruh esktrem seperti sekarang.
12.Kesimpulan artikel ni....bersedialah kita semua untuk menempuhi era baru yang mendebarkan lagi penuh kejutan. Janji ALLAH itu pasti.
Terharu dengan semua tulisan tuan hamba.saya sangat bangga memilih tun M.Selama umur saya 50 tahun saya tidak pernah memilih seorang calon pun untuk piliharaya.Entah mengapa pada saat akhir,dalam hujan ribut,saya kerahkan 3 orang anak saya untuk memilih Muhriz dan memberi undian kepada semua calon bersatu.Saya rasa semuanya kerana naluri dan aspirasi tun M,seperti memenuhi impian saya kepada bangsa dan negara.Saya mengkaji bangsa Melayu hampir 10 tahun,dan akur saya harus memilih yang terbaik untuk masa depan agama dan negara saya.Dam kini saya tudak merasa bimbang lagi dengan keputusan saya memilih beliau.Allah hu Akbar
ReplyDelete