HAK MELAYU AKAN DIHAPUSKAN TERANG-TERANGAN
1. Bila hilangnya perkara 153 Perlembagaan, maka tiadalah lagi 'istimewanya' orang Melayu di atah tanah milik nenek moyang mereka sendiri.
2. Bila hilangnya perkara 153, maka orang Melayu akan sama sahaja tarafnya dengan pendatang-pendatang dari bumi asing ke sini.
3. Bila hilangnya perkara 153, maka anak cucu kita nanti akan dipinggirkan dan merempat di bumi moyang mereka sendiri.
4. Itu hanyalah secebis natijah bila terhapusnya perkara 153.
5. Hakikatnya, hak bangsa perlu diperjuangkan oleh setiap generasi. Jika moyang kita berjuang melawan Malayan Union, maka tanggungjawab generasi kita pula untuk melawan ICERD.
6. Jangan sampai anak cucu kita nanti meludah atas kubur kita akibat kebaculan kita dalam menegakkan hak bangsa sendiri.
Stakeholders meeting atau mesyuarat pemegang taruh.
Ada nampak pemegang taruh yang anda suka atau anda percaya akan benar-benar menjaga keluhuran 153 dan perkara-perkara yang termaktub di dalamnya?
Jika anda perhatikan logo di atas kiri surat itu adalah logo KOMAS.
KOMAS adalah badan yang setiap tahun menghantar laporan tahunan ke UN tentang "diskriminasi" di Malaysia. Mereka meletakkan, secara spesifik, punca kepada masalah diskriminasi di Malaysia adalah PERKARA 153.
Dan anda masih nak percaya apabila mereka mengatakan ratifikasi ini tidak akan menyentuh 153 WALAUPUN setiap tahun mereka menjadikan 153 sebagai PENYEBAB "diskriminasi"?
Dahlah begitu, diskriminasi yang dinyatakan selektif pula.
Tidak dinyatakan langsung berkenaan minta kerja perlu berbahasa Mandarin, diskriminasi terhadap pekerja berhijab, diskriminasi berkenaan tangga gaji, diskriminasi tentang tuntutan pekerja Muslim untuk solat.
Tiada.
Dan anda minta saya percaya, meletakkan maruah dan masa depan agama serta anak bangsa di dalam tangan mereka ini?
Bangkitlah.
Jangan tidur lagi.
Musuh dah dalam rumah ni...
No comments:
Post a Comment