Trending

Thursday 19 November 2020

Allah SWT mengabulkan doanya melunasi hutang dan meluaskan rejeki baginya

 


Doa agar cepat bayar hutang lunas yang mustajab sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Sahabatnya ketika sedang terlilit hutang.
Dimana Rasulullah SAW membacakan dua ayat Al-Quran dari Surah Ali Imran yakni ayat ke 26 – 27. Yang kemudian sahabat Rasul tersebut mengamalkan ayat-ayat yang diajarkan sebagai doa dan wirid harian, sehingga Allah SWT mengabulkan doanya melunasi hutang dan meluaskan rejeki baginya.
Dan berikut adalah Bunyi ayat Al-qur'an surat Ali Imran ayat ke 26 dan 27, seperti yang diamalkan sahabat Rasul sebagai Doa Cepat Melunasi Hutang dan Hutang Cepat Terbayar
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ -٢٦
QULI ALLAAHUMMA MAALIKA ALMULKI TU’TII AL MULKA MAN TASYAAU WATANZI’U ALMULKA MIMMAN TASYAAU WATU’IZZU MAN TASYAAU WATUDZILLU MAN TASYAAU BIYADIKA ALKHAYRU INNAKA ‘ALAA KULLI SYAY-IN QADIIRUN
Artinya :
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي الْنَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الَمَيَّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ -٢٧
TUULIJU ALLAYLA FII ALNNAHAARI WATUULIJU ALNNAHAARA FII ALLAYLI WATUKHRIJU ALHAYYA MINA ALMAYYITI WATUKHRIJU ALMAYYITA MINA ALHAYYI WATARZUQU MAN TASYAAU BIGHAYRI HISAABIN
Artinya :
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas).

Selawat Tafrijiyah Siapa Amal Bertalu Rezeki Masuk Dan Pelbagai Jalan Keluar Dari masalah

 


Selawat Tafrijiyah
Siapa Amal Bertalu Rezeki Masuk Dan Pelbagai Jalan Keluar Dari masalah.
Kepada sesiapa yang sedang sakit, yang sedang ditimpa masalah, yang sedang ada sebarang hajat, amalkanlah Selawat Tafrijiyah.
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
3. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
4. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
5. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
6. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani


Monday 16 November 2020

About

Popular Posts