Paruh burung melilin.
Burung Melilin juga dikenali Helmeted Hornbill (Rhinoplax vigil). Speseis ini boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Saiz burung ini adalah antara yang terbesar dalam keluarga Enggang.
Panjang badan burung ini boleh mencapai saiz 1.1-1.2 meter tidak termasuk bahagian ekor. Burung ini memiliki kombinasi bulu bewarna hitam dan perang serta bulu kapas berwarna kekuningan di bawah badannya. Ekornya panjang dan disertai ekor lawi 2 helai.
Burung ini dibezakan dengan keluarga enggang yang lain melalui bentuk paruh dan kepalanya. Paruh dan kepalanya memiliki kombinasi warna merah dan jingga (oren). Dikatakan perbezaan diantara burung jantan dan betina adalah warna kulit pada lehernya. Jantan bewarna merah manakala betina bewarna kuning.
Burung ini sangat pemalu dan habitatnya adalah kawasan banjaran, gunung dan bukit bukau terpencil. Ia selalu dijumpai di kawasan 1500 meter dari aras laut. Makanannya adalah buah-buahan, biji-bijian, dan serangga.
Untuk menguasai sesuatu tempat dan mendapatkan pasangan, burung Melilin jantan akan bersaing dan berlaga dengan burung jantan lain. Burung-burung jantan akan bertempur di udara menggunakan kepak dan kepalanya yang bercengkerang. Aksi laga ini juga berlaku di darat.
Burung Melilin dikatakan paling kuat cemburu
Pasangan burung Melilin tidak akan mencari teman baru. Apabila burung jantan dan betina berpasangan, mereka akan memilih dahan yang memiliki lubang di pohon yang tinggi sebagai sarang. Selalunya pada pokok di gunung atau bukit yang curam. Pasangan ini akan mengawan dan yang betina akan bertelur di dalam sarang tersebut. Ketika bertelur dan mengeramkan telur tersebut, burung jantan tidak akan membenarkan burung betina keluar dari lubang sarangnya. Burung jantan akan meletakkan damar (bertindak sebagai gam) pada lubang sarang sehingga saiz lubang tidak muat bagi burung betina untuk keluar. Burung jantan akan keluar mencari makanan untuk pasangan yang terperangkap di dalam lubang. Sehinggalah anak burung ini menetas, burung jantan tadi akan memecahkan damar agar burung betina dan anak-anak burung dapat keluar bila tiba masanya. Jika dalam tempoh pengeraman telur, burung jantan mati atas sebab-sebab tertentu, maka burung betina yang terperangkap di dalam lubang juga biasanya mati disebabkan tidak dapat keluar untuk mendapatkan makanan. Sebab iutlah burung Melilin dikatakan paling kuat cemburu.
Orang asli dan penduduk pendalaman memburu burung Melilin biarpun sukar untuk sampai ke habitat burung Melilin. Pemburu sanggup bersusah payah untuk mendapatkannya kerana harga pasaran yang cukup tinggi. Burung ini diburu kerana khasiat dari sudut perubatan. Tidak perlu diceritakan bagaimana teknik pemburuan untuk mendapatkan burung ini.
Dikatakan air liur burung ini dapat menyembuhkan kecederaan termasuk luka tembakan senjata pemburu. Apabila terkena tembakan, burung ini akan cuba menjilat bahagian luka tersebut. Tempoh penyembuhan bukanlah serta merta. Ianya mengambil masa bergantung tahap kecederaan. Tidak semua bahagian burung ini mampu dicapai dengan paruhnya. Keunikan dan keajaiban teknik merawat luka ini hampir sama dengan kambing gurun.
Tetapi pemburuan burung Melilin bukan untuk air liurnya. Bahagian yang paling berharga pada seekor burung Melilin adalah paruh hingga ke kepalanya. Bahagian ini bercengkerang dan memiliki ketumpatan yang tinggi. Maka tidak hairanlah bahagian ini menjadi idaman untuk dijadikan batu cincin dan batu loket. Dipercayai bahagian kepala burung lilin apabila diasah dan dicampur dengan air bermujarab untuk merawat pelbagai penyakit kritikal. Wallahu a’lam
Burung Melilin boleh disembelih dan dagingnya boleh dimasak sebagai juadah masakan. Sangat sukar untuk mendapatkan burung ini, tidak dapat diterangkan disini bagaimana memperolehinya. Hanya yang bertuah saja menentukan kejayaan mendapatkan Burung Melilin.
Burung Melilin yang berjaya ditumpaskan, perlu dikendalikan dengan baik terutama bahagian paruhnya yang sangat berharga. Paruhnya bercengkerang menganjur hingga ke kepala. Sangat unik bentuknya. Kepala burung ini perlu dikeringkan tetapi tidak dijemur di bawah matahari terik bimbang kualitinya terjejas.
Selesai proses pengeringan, paruh ini sedia digunakan untuk tujuan perubatan. Orang Asli biasanya akan mengasah paruh ini menjadi serbuk dan disimpan untuk kegunaan bila perlu.
Bilakah serbuk ini digunakan?
Orang asli yang keluar menyumpit binatang buruan selalu memiliki bekalan serbuk paruh burung melilin. Apabila kerja menyumpit binatang buruan dilakukan di dalam hujan, potensi racun sumpitan (damar pokok ipoh beracun) mengalir masuk ke dalam mulut adalah tinggi. Serbuk paruh burung Melilin tadi akan dibancuh dengan air suam dan diminum sebagai penawar racun getah pokok ipoh.
ANTARA KHASIAT PARUH BURUNG MELILIN.
Paru-paru berair
Bengkak hati
Batu karang
Jantung berlubang
Bengkak usus
Naik guam (dalam mulut atau bahagian lelangit muncul bintik-bintik putih)
Cara merawat
Paruh burung melilin direndam di dalam air lalu diminum air tersebut
Serbuk paruh burung melilin (siap diasah) dituang dan dicampurkan ke dalam air lalu diminum
(Maklumat ini diceritakan oleh orang-orang tua yang menetap di negeri bersempadan dengan Thailand. Kemujaraban atau khasiat ini belum dicuba oleh penulis.)
Bagaimana keadaan dan cara menyimpan
Menyimpan paruh burung melilin (seketul atau sebahagian) yang siap dikeringkan
Menyimpan serbuk paruh burung melilin yang siap diasah
Menyimpan dalam bentuk batu cincin atau batu loket
(Semua keadaan ini boleh digunakan untuk merawat bila perlu)
Misteri burung melilin yang belum dibongkarkan
Ramai yang mengakui burung ini boleh merawat kecederaan di badannya dengan cara menjilat bahagian luka tersebut. Bagi mereka yang pernah memperolehi burung ini mengakui tidak pernah menjumpai atau melihat lidah burung ini. Lidahnya ghaib begitu saja.
Kejadian semasa memburu burung ini. Selain sukar bertembung dengan burung ini, menumpaskannya juga tidak mudah seolah-olah burung ini memiliki tuan yang melindunginya. Tanpa izin penjaganya, burung ini sukar dimiliki biarpun di depan mata.
Burung ini berbunyi seperti manusia ketawa atau menggilai. Apabila mendengar bunyi "Kah... kahh... kahhh... kahhh". Ayuh kita menyahut dengan bunyi yang sama, burung ini akan terbang menghampiri kita...
No comments:
Post a Comment