Trending

Wednesday 20 September 2017

10 Lelaki Paling Cantik di Thailand


Sekiranya anda pernah pergi ke Thailand seperti di bahagian Pattaya ataupun di Phuket, kelibat mak nyah pastinya pernah kelihatan di mana-mana.


Ada kalanya, menjadi amat sukar untuk membezakan sama ada mereka ini benar-benar seorang wanita ataupun ‘jadian’ semata-mata. Tak percaya? Lihat sendiri senarai di bawah ini.
Mula menempah nama setelah membintangi sebuah filem komedi China yang berjudul Lost in Thailand. Kepetahan beliau bertutur bahasa Mandarin dengan fasih telah menjadikan beliau cukup terkenal di China.
 

 
Bekas Miss Mimosa Queen Thailand pada tahun 2015. Setelah memenangi anugerah ratu cantik untuk mak nyah yang diadakan setiap tahun di Pattaya, Patta menjadi semakin dikenali ramai.
 




Meskipun namanya sukar untuk dieja, tetapi kecantikan yang dimiliki Pemika tidak ubah seperti seorang model wanita.




Jeen mula dikenali ramai setelah hadir ke proses pemilihan tentara yang diwajibkan kepada setiap kaum lelaki di Thailand. Memandangkan beliau tidak memiliki ciri-ciri seorang tentera apatah lagi seorang lelaki, Jeen telah dibenarkan untuk tidak menyertai latihan itu.



 
Sama seperti Jeen, ‘gadis’ yang baru berusia 22 tahun ini mula dikenali ramai setelah beliau hadir ke proses pemilihan tentera.
 



 
Yoshi dikenali di kalangan peminatnya kerana memiliki wajah yang persis anak patung.
 





Mula mendapat perhatian ramai setelah menghadiri proses ujibakat untuk pertandingan model, The Face Thailand Season 3. Meskpun tersingkir pada peringkat awal pertandingan, itu sudah cukup untuk menjadikan Hana terkenal di seluruh negara.


Merupakan salah seorang peserta pertandingan The Face Thailand Season 3 selepas bergelar naib juara untuk pertandingan ratu cantik mak nyah, Miss Tiffany’s Universe tahun 2013.




Mo baru sahaja memenagi pertandingan Miss Tiffany’s Universe pada tahun lepas dan kemudiannya memenangi Miss International Queen.




Pada tangga nombor satu merupakan ratu mak nyah yang paling cantik dan paling berpengaruh di Thailand.

Beliau merupakan mak nyah yang pertama yang telah dinobatkan secara rasmi sebagai idola kepada generasi muda mak nyah di Thailand.

Padah Memakai Pakaian Yang Tidak Sepatutnya Ketika Tertidur Dalam Bas


Inilah yang biasanya terjadi pada seorang gadis jika mereka tertidur dalam bas sementara menunggu sampai ke destinasi. Hmm ..sampai kan tidak sedar yang dirinya di ambil kesempatan oleh manusia yang tidak bermoral ini.

Kepada kaum wanita diluar sana, barhati-hati lah anda ketika berada diluar mahupun di mana-mana sahaja, kerana anda sentiasa diperhatikan oleh lelaki-lelaki seperti ini.

Janganlah suka memakai pakaian yang tidak sepatutnya dan memakai pakai yang boleh mendatangkan terjadinya perkara-perkara seperti ini. Haa ..jom lihat gambar dibawah ini.




Kalau Dah Macam Ni Punya Pakai Habis Semua Boleh Nampak Bila Kena Hujan


Menaiki motorsikal berkuasa besar ada tatacaranya. Pemakaian yang dicadangkan perlu mementingkan aspek keselamatan penunggang.

Tapi kalau dah macam ni punya pakai, basah pulak kena hujan, bukan tuan punya badan sahaja yang membahayakan dirinya, malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Beberapa kebudayaan telah membentuk kebencian kepada hujan dan telah mencipta pelbagai peralatan seperti payung dan baju hujan.

Ramai orang juga lebih gemar berkurung di dalam rumah pada hari hujan. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang bersetuju bahawa bau tumbuhan dan persekitaran selepas hujan amat menyegarkan.

 


Tak Kangkang Ke Hari Ni - Gadis Berhijab Dikecam Natizen Kerana Gambar Terkangkang

 
Tindakan seorang gadis memuat naik beberapa keping gambar ‘pose’ berhijab sambil mengangkang di laman sosial mengundang kemarahan netizen.

Lebih parah lagi apabila salah satu gambar tersebut disertakan dengan keterangan ‘berani mati’, “Nasi kangkang nak?” membuatkan pengguna media sosial tidak teragak-agak untuk mengecam dirinya.

‘Nasi kangkang’ merupakan sejenis ilmu hitam yang digunakan oleh wanita untuk menundukkan suami atau lelaki tertentu, yang hukumnya haram di sisi agama Islam.

Bagaimanapun, keterangan gambar tersebut telah dipadam dan ditukarkan dengan emoji, malah ruangan komen pada gambar tersebut di Instagram telah ditutup.

Gadis itu atau lebih dikenali sebagai Yaya tampil menjelaskan dia tidak menyangka dirinya akan diserang netizen kerana apa yang dilakukannya itu hanyalah untuk tujuan ‘suka-suka’.


Duta produk kecantikan berusia 19 tahun itu bagaimanapun mengakui gambar-gambar dengan aksi mengangkang itu dianggap tidak sesuai dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Pada mulanya, saya sekadar suka-suka muat naik gambar mengangkang tu. Tapi, ramai yang DM (mesej langsung) menyindir saya tanya buat ‘nasi kangkang’ ke?

“Sebab tu lah, saya buat keterangan ‘nasi kangkang’ pada gambar seterusnya bagi membalas pertanyaan dan sindiran netizen,” katanya kepada mStar Online.

Yaya yang berasal dari Kuala Terengganu ini berkata, akibat gambar kurang sopan itu, dia turut dimarahi keluarganya.


Gambar dengan keterangan “Tak kangkang hari ni”.

Bagaimanapun anak kedua dari tiga beradik ini mempunyai alasan tersendiri berhubung tindakan tersebut dan terpulang kepada masyarakat untuk menilainya.

Mengenai keterangan gambar yang telah dipadam, Yaya berkata, ia dibuat selepas ditegur majikannya selain tidak mahu kekecohan terus berlaku di media sosial.

“Ini pertama kali saya dikecam hebat oleh netizen. Mungkin inilah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh usahawan-usahawan yang berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, model sepenuh masa ini turut mempertimbangkan untuk memadam semua gambar ‘kangkang’ tersebut bila tiba masanya.

“Saya okay saja apa orang nak kata tapi terkilan sebab rakan-rakan saya sendiri yang turut mengecam,” katanya yang menjadikan jutawan komestik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sebagai idolanya di atas kejayaannya dalam bidang perniagaan.

Benda FREE Siapa Yang Tak Nak Lagipun 6 Bulan Aku Hidup Tanpa Suami

 
 
Perkahwinan yang dibina tentunya ingin diselamatkan walau apa terjadi kerana kasih terhadap suami telah tersimpul mati.

Namun mampukah seorang isteri menikmati keindahan dan kebahagiaan itu bersama suami yang ditatang bagaikan minyak yang penuh?

Dilema inilah yang ditanggung oleh Nadia (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun yang kini sedang berperang dengan suaminya Nazir (bukan nama sebenar), 38 tahun disebabkan Nazir ada hubungan sulit dengan sepupunya yang merupakan seorang janda.

Semuanya bermula apabila Nadia menumpangkan sepupunya di rumah mereka sejak empat bulan lalu.

"Saya telah tujuh tahun bernikah dengan suami, Nazir, seorang pegawai kerajaan dan mempunyai dua orang anak berusia enam dan empat tahun. Saya bertugas di sebuah syarikat swasta.

"Tujuh tahun hidup bersama tidak ada masalah yang timbul. Suami seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memberi layanan baik kepada saya dan anak-anak. Saya amat menghargai sikapnya itu dan berterima kasih atas kebahagiaan yang kami nikmati selama ini.

"Namun panas yang saya harap sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kedatangan sepupu saya dari kampung melenyapkan segala kebahagiaan kami itu.

"Sepupu saya berusia 33 tahun dan dia baru dapat kerja di Kuala Lumpur. Sementara hendak biasa dengan hidup di KL, ibu saudara saya minta saya tolong tengok-tengok dia dan tumpangkan di rumah saya.

"Suami pula tidak menolak apabila saya beritahu permintaan ibu saudara saya itu. Memang saya dan suami ikhlas membantu. Secara kebetulan tempat kerjanya sehala dengan pejabat suami saya.

"Setiap hari dia menumpang kereta suami ke pejabat, balik pun sama, suami saya menjemputnya setiap hari. Pada mulanya saya tidak nampak akan timbul masalah dengan perkara itu.

"Tetapi lama-kelamaan saya perhatikan sejak S menumpang keretanya, suami selalu pulang lewat ke rumah bersama S. Alasannya dia sibuk dan S terpaksa menunggu dia untuk pulang.

"Saya merasa pelik, setelah tiga bulan tinggal di KL, masakan S tidak tahu selok belok pulang ke rumah sendiri, kalau tidak larat menaiki bas, teksi banyak. Kenapa mesti tunggu suami saya juga. Paling tidak, dia boleh telefon saya bagi tahu suami saya lewat, saya boleh jemput dia.

"Bukan sekali dua kejadian itu berlaku malah semakin kerap dari minggu ke minggu. Apabila saya tanya, dia kata saya cemburu. Di rumah juga saya nampak sikap mereka banyak berubah. Tidak seperti S mula-mula tinggal dulu.

"Apabila suami saya ada di meja makan, S tidak makan bersama kami lagi. Apabila saya terlewat turun untuk makan atau sedang solat, baru S makan bersama suami dan anak-anak. Banyak kali juga saya perhatikan keadaan tersebut.

"Saya boleh baca daripada bahasa badan mereka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-duanya. Tetapi saya tidak boleh menuduh tanpa usul periksa.

Saya luahkan perkara ini kepada adik lelaki saya tetapi dia menafikan dan berkata saya cemburu. Tapi saya beritahu dia satu hari saya akan buktikan yang tekaan saya benar belaka.

"Tuhan Maha Kaya dan ingin bantu saya. Satu hari, pembantu rumah saya mohon bercuti untuk ke rumah kakaknya yang jatuh sakit. Memandangkan hari itu Jumaat saya izinkan sebab Sabtu dan Ahad saya tidak bekerja.

"Anak kami saya tumpangkan di rumah adik saya yang tidak jauh dari rumah kami, lagipun anak kami sama sekolah. Balik dari pejabat saya boleh jemput dia.

"Pada hari Jumaat itu, saya keluar kerja seperti biasa selepas setengah jam suami dan S keluar. Saya tidak syak apa-apa akan berlaku kerana saya yakin suami dan S ke tempat kerja. Menjelang tengah hari saya tidak sedap hati.

Teringatkan anak di rumah adik, saya mengambil keputusan pulang awal. Hampir pukul 4 petang saya keluar dari pejabat.

Mulanya hendak terus ke rumah adik menjemput anak tetapi tergerak hati untuk pulang ke rumah dulu menyalin pakaian dan kemudian menjemput anak untuk pergi makan.

"Menghampiri rumah hati saya berdegup kencang. Dari luar saya lihat kereta suami ada di parkir. Pelik juga, selalu malam baru balik, ini awal sudah sampai. Agaknya dia tidak sihat, hati berkata tanpa mahu buruk sangka dengan suami.

"Saya letak kereta di luar pagar, kemudian berjalan masuk ke rumah. Pintu tidak berkunci, malah sedikit terkuak. Saya melangkah masuk dengan dada yang semakin kencang. Terdengar suara orang bercakap, pelik siapa agaknya, hati berkata lagi.

"Jelas suara itu datangnya dari bilik tidur kami. Saya berjalan laju ke arah itu, makin dekat makin kuat pula suara yang saya dengar. Hati mendidih, meluap-luap kemarahan saya.

"Sebaik menolak pintu, saya terpaku. Suami dan S dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya menjerit sekuat hati dengan air mata berlinangan. Tergamak mereka! Melihat saya terpacak di depan mata, suami tergamam dan melompat turun dari katil sementara S terpinga-pinga.

"Sampai hati abang! Ini balasan yang kamu bagi pada saya. Patut kamu bersyukur ada tempat menumpang. Ini tidak, suami aku pun kamu hendak rampas. Saya tidak akan ampunkan abang...tidak sama sekali,'' saya menjerit dan menuding jari ke arah mereka.

"Habis berkata-kata saya berlari keluar dari bilik dan dikejar oleh suami. Hati saya sudah tawar. Sambil menangis saya memandu kereta meninggalkan kawasan rumah menuju rumah adik lelaki saya tanpa menoleh ke belakang lagi.

Tiba di sana, saya meluahkan segala yang berlaku. Adik amat marah dengan kejadian itu dan terus menelefon ibu dan bapa saya serta mentua untuk menceritakan perkara yang sudah berlaku. Dia juga memberitahu ibu S tentang kejadian itu.

"Seluruh adik-beradik saya yang berada di Kuala Lumpur berhimpun di rumah adik. Esoknya keluarga kami sampai dari kampung termasuk ibu S.

Mentua saya menangis dan memeluk saya, ibu dan bapa bersedih dengan kejadian itu sementara ibu S yang juga ibu saudara saya turut kesal dengan apa yang berlaku. Berkali-kali dia meminta maaf dia atas perbuatan anaknya itu.

"Adik saya dan mentua ke rumah saya untuk membawa suami dan S ke rumahnya. Sebelum mereka tiba saya telah nekad untuk memohon dilepaskan.

Keputusan saya muktamat. S berkali-kali memegang kaki saya minta ampun, tapi saya sudah tidak boleh memandang wajahnya lagi lebih-lebih lagi suami.

"Ibu saudara saya minta Nazir bertanggungjawab terhadap S dan mahu mereka segera bernikah tanpa langsung mengambil kira perasaan saya.

"Sebelum perbincangan selesai saya meninggalkan rumah adik. Saya perlukan ketenangan. Kedua-dua anak kami saya bawa bersama. Saya bagi tempoh seminggu kepada suami untuk keluar dari rumah kerana rumah itu adalah rumah saya, nama saya.

"Sebulan menunggu akhirnya saya dilepaskan. Saya bersyukur kerana hak penjagaan anak diberi kepada saya. Apa yang berlaku selepas itu antara suami dan S saya tidak tahu dan tidak teringin untuk tahu.

 
Malah sehingga kini, saya tidak balik kampung kerana terguris hati dengan perbuatan sepupu saya. Saya tidak mahu bertembung dengan ibu saudara saya dan keluarganya.

"Kini saya semakin pulih. Walaupun kejadian itu tidak dapat saya lupakan tetapi saya akan berusaha untuk tidak mengingatinya lagi.

Mudah-mudahan Allah memberi saya kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup sebagai ibu tunggal dan memberi kebahagiaan untuk membesarkan anak saya.

"Saya nasihatkan anda di luar sana supaya jangan mudah menerima orang luar untuk menumpang walaupun saudara sendiri kerana rambut sama tetapi hati lain-lain.

Biarlah dikatakan sombong asalkan kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita,'' demikian Nadia berpesan sebelum menutup cerita.

Apa pun saya harap Nadia tidak patah semangat dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Jadikan kejadian itu satu pengalaman berharga dalam hidup.


Sanggup Tawarkan Gambar Murahan Hanya Untuk Dapatkan Topup PERCUMA!

 
Alahaiii! Bermodalkan buah besar untuk mendapatkan topup? ‘Murahnya’ maruah anak dara sekarang yer??

Dorang dah tak ada malu nak berkata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah dorang sendiri, demi untuk mendapatkan sesuatu yang dorang inginkan!

 Sedih betoiii! Korang lihat minah di atas tu, selamba jer mengatakan buahnya sudah semakin besar. Lepas tu, siapa yang teringinkan gambar seksinya tu, boleh lah ditukar dengan topup jer.

Lihat gadis macam minah ni dah ramai dok buat perangai tak senonoh macam tu, dorang acah-acah jer mengeluarkan status bangang macam tu untuk menarik perhatian dan pada siapa yang sudi memberi apa yang dorang minta.


 
Itu sebab dorang sanggup menjatuhkan maruah dorang dengan muat naik gambar dan status macam tu, dorang tak kisah dilabelkan sebagai perempuan macam mana pun.

Asalkan dorang dapat apa dorang nak! Orang macam tu memang dah tak tahu malu, itu sebab dorang berani buat macam tu.

Bila dah dapat apa dorang nak, lepas tu dorang akan menghilang diri macam tu jer. Kononnya bangga lah dapat menipu orang dengan kegiatan tak bermoral dorang tu.

Padahal dorang tak sedar dorang memperbodohkan dan menjatuhkan maruah sendiri sebagai seorang perempuan jer! Dasar bodoh punya orang!


Uqasha Senrose Ditegur Natizen Selepas Belanja Aset Penting Untuk Peminat Gatal

 
 
Sudah lumrah bergelar selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian ramai. Namun mungkin dek kerana terlalu rimas dengan komen-komen peminat yang menegurnya, Uqasha Senrose terpaksa bersuara demi mempertahankan apa yang dilakukan.

Berikut respon Uqasha apabila ditegur peminat yang merasakan pemakaiannya tidak bersesuaian yang telah dimuat naik ke laman sosial baru-baru ini.
 


 
Cantik tapi kalau dilonggarkan lebih cantik – peminat

Peminat yang kurang senang dengan cara pemakaian Uqasha bertindak ‘menyerang’ dan menegur pelakon itu.
 


 
Walaupun acap kali ditegur peminat, Uqasha nampaknya tidak ambil pusing dengan semua itu malah sempat meninggalkan pesanan yang cukup ‘makan dalam’.
 

MOHON BERJAGA BERJAGA WAHAI ORG ISLAM SEKALIAN



MOHON BERJAGA BERJAGA WAHAI ORG ISLAM.SEKALIAN...
JANGAN JADI BODOH.. DUIT PULUH2 RIBU BUKAN SENANG NAK KUMPUL ...

WAJAH-WAJAH PENYANGAK SCAM RUMAH MAMPU MILIK

1. Scam jualan rumah mampu milik dimulakan oleh Ostard Norsham melalui syarikat miliknya Alfafa. Boy Iman berperana...n sebagai duta.

2. Disebabkan oleh kelemahan pihak berkuasa mengambil tindakan, penyangak seperti Zubir Yahya melihat peluang yang baik untuk mengumpul harta dengan menipu mangsa menggunakan taktik yang sama.

3. Zubir Yahya dengan partner Kassim Arunasalam mula mencari mangsa di Utara Semenanjung Malaysia dengan menggunakan nama syarikat Zuka Management & Resources, Zuka Properties Sdn Bhd dan Juta Kelulut Sdn Bhd.

4. Zubir dan Kassim menggunakan Ahli Parlimen tempatan untuk merasmikan majlis promosi. Salah seorang Ahli Parlimen yang terlibat ialah Ahli Parlimen Langkawi YB Dato' Nawawi Ahmad.

5. Dengan kehadiran Ahli Parlimen tempatan, peserta akan lebih senang dimangsakan oleh Zubir Yahya dan Kassim Anurasalam.

6. Setelah penipuan Zubir terbongkar, Zubir menulis skrip drama yang cukup hebat. Tiba-tiba muncul sekor bangsat bernama Umar yang kononnya mengambil alih ketiga-tiga syarikat tersebut untuk "menyelesaikan masalah dan memberi hak pelanggan". Nama syarikat kini ditukar kepada Juta Worldwide Properties Sdn Bhd dan Zoom Global Sdn Bhd.

7. Hakikatnya Umar merupakan orang kanan Zubir. Ketiga-tiga mereka iaitu Zubir, Kassim dan Umar terlibat dalam pelbagai scam seperti scam emas melalui syarikat Zuyrich dan scam Stevia melalui syarikat Umar Herbs.

8. Kemunculan Juta Worldwide Properties Sdn Bhd dan Zoom Global Sdn Bhd sebenarnya bukan untuk menyelesaikan masalah, tetapi memanjang talian hayat penipuan Zubir, Umar dan Kassim. Juta Worldwide Properties Sdn Bhd dan Zoom Global Sdn Bhd masih membuat iklan untuk mencari mangsa scam rumah mampu milik.

7. Apa kaitan dengan Boy Iman? Salah satu syarikat scam Zubir ialah Juta Kelulut iaitu perkongsian antara Anggun dan Zubir.

8. Anggun juga cuba nak dapat bahagian besar, maka Anggun membuat partnership dengan Boy Iman untuk mencari mangsa melalui syarikat DBI Properties Sdn Bhd.

9. Kononnya DBI Properties adalah syarikat yang membuat pemasaran kepada Juta Kelulut, hakikatnya dalam SSM hanya ada dua penama sahaja, Boy Iman dan Anggun. Segala kutipan dari mangsa DBI Properties dibayar kepada Boy Iman seperti yang diluahkan oleh bekas agent.

10. DBI Properties kini juga bermasalah, ramai peserta tertipu, namun Boy Iman cuba berlepas tangan dengan alasan dia ahnya buat marketing. Hakikatnya Boy Iman dan Anggun dah kenyang makan duit haram dari peserta yang tertipu.

11. Kesemua wajah-wajah berikut semetinya perlu disumbat ke dalam penjara untuk memberi pengajaran.

12. Jika tiada tindakan, akan muncul ramai lagi Dato' X yang semestinya berani melakukan scam yang sama.

CC: KPDNKK-Laman Rasmi

-abe pa-
Fraud Prevention Institute
 

Fathia Letih – “Saya Tak Tahu Bigo Live Boleh Ditonton Ramai”



Fathia Letih – “Saya Tak Tahu Bigo Live Boleh Ditonton Ramai” | Boleh naik pening juga bila memikirkan siapakah gerangan di sebalik video aksi seksi melalui aplikasi Bigo Live yang membuatkan nama Fathia Latiff turut terpalit. Video yang turut tersebar itu juga turut ‘dibintangi’ oleh pelakon baru, Natasha Elyzza.

Namun sehingga hari ini, Natasha bermati-matian menafikan wanita di dalam video berkenaan adalah Fathia dan baru-baru ini Tasha bersiaran secara langsung lagi di applikasi Bigo Live.

Kali ini, muncul sebuah video di mana seorang pelakon wanita dari Singapura, Afiera Riana mengaku bahawa dia adalah wanita di dalam video menari ghairah yang tersebar itu (pengakuan bermula minit ke 10.20).

Bagaimanapun, perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kerana dalam video sebelum ini, Natasha memanggil wanita yang sedang menari ghairah sehingga menampakkan sebahagian daripada buah dada itu tersebut sebagai Kak Ya, berbeza dengan nama Afiera Riana.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Fathia menjelaskan kepada portal New Straits Time bahawa dia adalah individu yang terdapat di dalam video tersebut namun mengakui kesal dengan apa yang telah terjadi.

“Itu memang saya. Saya da
n rakan-rakan meluangkan masa bersama di sebuah villa. Sesi menari itu berlaku dalam bilik air villa tersebut dan hanya ada rakan wanita sahaja. Pastinya saya malu dengan apa yang terjadi”
“Siapa je yang waras sanggup tayang sebahagian tubuh badan untuk tunjuk pada satu dunia,” jelasnya kepada portal berita tersebut.

Fathia juga menjelaskan dalam masa yang sama dia tidak mengetahui langsung mengenai aplikasi Bigo Live. Tambahnya, dia juga mahu meneruskan kehidupan dengan lebih positif.
Jika dilihatkan daripada aktiviti Natasha yang selalu live di Bigo mahu pun Instagram, rasanya buat masa sekarang adalah lebih baik mendiamkan diri dan menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.

Secara kasarnya, apa saja kontroversi yang melibatkan selebriti tanah air hanya akan berlanjutan sehingga sebulan dua sahaja dan secara perlahan-lahan akan dilupakan masyarakat.

Masyarakat Malaysia sangat mudah memaafkan sekaligus memberi peluang untuk selebriti tampil kembali bersemangat meneruskan kehidupan baru di dalam dunia hiburan. Namun terpulanglah kepada empunya badan dalam melayari bahtera seni di negara ini. Bak kata Fattah Amin, doakan yang baik-baik saja.

5 Artis Malaysia Ini Kantoi Tayang Aset Berharga. Apa Reaksi Mereka?


Fesyen selebriti kadang-kadang memang unik, mencengangkan, dan buat orang keliru. Ada yang sudah bertudung namun masih kelihatan seksi. Memang ada sahaja cara artis-artis itu untuk menarik perhatian, salah satunya dengan kontroversi pakaian hingga menampakkan sebahagian buah dada.

Apakah hak kita untuk menilai mereka?

Kadang-kadang, mereka memang benar-benar tampil seksi dengan pakaian terbuka, namun kadang-kadang gaya hot mereka hanya ilusi. Selain Fathia Latif yang tengah panas dengan isu dia memperlihatkan sebahagian buah dadanya dalam video, ada ramai lagi artis tempatan terpalit dengan kontroversi yang sama.
 
 
Isu sebegini sudah menjadi perkara biasa, jadi tidak perlu netizen membesarkan hal ini sehinggakan reputasi artis tersebut terjejas kerana dikecam teruk. Berikut 5 selebriti yang disenaraikan oleh Hangat.com.

Fathia Latiff


 
Kecoh mengenai kontroversi video Bigo tersebar yang mengaitkan pelakon dengan imej bertudung ini. Pada awalnya Fathia Latiff menafikan namun kini dia telah tampil mengaku bahawa gadis di dalam video baru-baru ini adalah dirinya. Dalam kenyataannya;
Itu adalah saya. Saya dan kawan-kawan sedang “hanging out” di sebuah villa yang disewa. Sesi menari itu hanya di kalangan kawan perempuan dan kami menari di bilik air villa tersebut. Sudah tentu saya malu dengan apa yang terjadi.

Tak ada sesiapa yang masih waras akan menunjukkan bahagian badannya kepada seluruh dunia. Saya tak pernah dengar pun tentang applikasi itu sebelum ini. Sekarang saya dah tahu dan saya tahu dengan cara yang amat perit.

Izara Aishah

 
Sebuah rakaman video berdurasi 3 saat yang memaparkan pelakon jelita Izara Aishah berpakaian begitu menjolok mata, sehingga menampakkan separuh payudaranya tersebar. Difahamkan, video tersebar itu sebenarnya adalah video lama di mana Izara muncul berpakaian tidak sopan dalam sebuah majlis. Dalam kenyataan Izara, dia memohon maaf di atas kesilapannya.
“Walaupun Izara teramat sedih dan malu dengan kelakuan seseorang membuka aib Izara sebegitu, Izara terima tunggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf kepada semua,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.
 Tasha Shila

 
Gambar Tasha Shilla tayang separuh buah dada tersebar. Gambar seksi Tasha mulai menjadi kontroversi sekali lagi selepas gambar-gambar tasha yang menjolok mata menghadiri sebuah perasmian majalah fesyen dari Perancis beberapa hari lepas.
 

 
Sebelum ini Tasha pernah ditanya mengenai isu pakaian menjolok mata. Ini reaksinya;
“kalau tak boleh berfikiran positive, tak perlu kata apa-apa. I’m Being Myself”

Miera Liyana


 
Miera Liyana sebelum ni pernah mencetuskan kontroversi sejak gambar seksinya tersebar secara meluas di internet. Miera yang berlakon dalam drama Kamelia Katrina telah tampil dengan berpakaian menjolok mata serta menampakkan celah payudaranya.Bila ditanya, Miera menjawab bahawa dia memilih pakaian sedemikian untuk menunjukkan kelainan pada malam majlis tersebut.
Mengulas mengenai isu pakaian ini, Miera memberi alasan;
“Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan “

Alicia Amin


 
Pelakon baru dan model antarabangsa hangat diperkatakan apabila gambar–gambar seksi beliau ketika menjayakan beberapa penggambaran iklan dan produk tersebar. Alicia juga kini bergelar pelakon apabila drama lakonan pertama nya, ” Meh Sandar Lagi” yang disiarkan di slot Akasia TV3.
Tidak terkesan dengan isu ini, Alicia menjawab kontorversi ini dengan penih yakin:
“Saya berharap netizen  mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan. Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain. 

 
“Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain,” ujarnya. 
Apa sahaja jawapan dan reaksi, mereka mempunyai hak untuk memperbetulkan kesilapan dan terus memperbaiki diri untuk masa akan datang. Jadi, siapalah kita untuk menghukum mereka sedangkan diri sendiri belum cukup sempurna.

About

Popular Posts