Trending

Tuesday 27 February 2018

SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA



SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.
1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
‎2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
‎3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
‎4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Hajjah Milenial Lancar Koleksi Tudung Di Kelab Malam


Sebentar tadi telah berlangsungnya pelancaran tudung Naelofar Hijab dari Neelofayang dinamakan #BeLofa. Namun apa yang menarik perhatian ramai, lokasi koleksi tudung itu dilancarkan, dimana bertempat di kelab malam Zouk.



Selain memperkenalkan koleksi tudung terbaru, Neelofa juga menyambut majlis ulangtahun ke 29 beliau disana. Rata-rata netizan terkejut dengan pemilihan tempat hajah kesayangan ramai itu, ada juga mempersoalkan mengapa produk seperti tudung dilancarkan di kelab malam.




Di Instagram pula, ada yang sempat berkongsikan beberapa video ketika acara berlangsung. Memang meriah, seperti kelab malam yang biasa kita lihat, muzik rancak berserta dengan tarian daripada hijabista yang hadir menyokong Neelofa.

Selain Neelofa, ibu dan adik beradik, Noor Nabila dan Ameera turut hadir bersama. Memang agak pelik idea yang dicetuskan Neelofa, melancarkan koleksi tudung di kelab malam. Pun begitu pasti peminat Neelofa ada alasannya. (rtky/w)


Saya Tak Peduli Saya Tahu Apa Saya Buat


Kecoh di media sosial malam tadi apabila orang ramai dapat tahu yang selebriti popular, Neelofa telah melancarkan koleksi terbaru tudungnya di sebuah pusat hiburan popular di Kuala Lumpur.
Rata rata ramai yang terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan Neelofa itu selain menyifatkan ianya sebagai satu tindakan yang memalukan imej seorang wanita Muslimah dan Islam itu sendiri.
Bercakap kepada Berita Harian selepas selesai majlis, Neelofa berkata beliau tidak peduli dengan kata kata orang ramai terhadap dirinya malam ini dan beliau tahu apa yang beliau sedang lakukan.
“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan”
“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema”
“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” katanya. (rtky/m)

Tidak Perlu Pilih Tempat Orang Minum Arak Lancar Tudung


Semlam Neelofa bertegas tindakannya melancarkan tudung di sebuah kelab malam tidak salah. Hari ini pendakwah bebas, Ustaz Pahrol Mohamad menjelaskan tindakannya itu tidak salah namun perbuatannya jatuh haram hukumnya apabila disertakan dengan tarian wanita.

“Neelofa boleh lancarkan tudung di kelab malam dan jelaskan kebaikan memakai tudung tapi hanya sekadar itu sahaja. Tak salah nak buat sesuatu kelainan. Cuma, ia akan jadi haram apabila ada elemen yang menyalahi syariah Islam seperti wanita beraksi dengan tarian.
“Namun, tindakan Neelofa memilih kelab malam itu sudah dikira mengundang fitnah adalah berdosa. Jadi, tak perlulah melakukan sesuatu mengundang fitnah. Kelab malam sudah sinonim dengan minuman keras dan perkara yang menyalahi syariah Islam,” jelasnya kepada m Star Online.
Tambah Pahrol lagi, jika sesuatu perkara atau perbuatan boleh mengundang fitnah, ianya adalah haram dan berdosa. Bagaimanapun Pahrol berpendapat, tidak perlulah Neelofa memilih kelab malam sebagai tempat pelancaran tudung kerana ianya sinonim dengan arak.
Terdahulu, Neeloda dikecam teruk selepas memilih Zouk sebagai tempat untuk melancarkan koleksi tudung terbarunya. Lebih parah lagi apabila video-video wanita sakan menari tersebar. Pun begitu Neelofa tegas dengan pendiriannya dan enggan mempedulikan kata-kata orang. (rtky/w)

Penjelasan Kenapa Zouk Bukan Tempat Untuk Tudung



Selepas Neelofa tampil memberikan kenyataan tentang isu penganjuran majlis pelancaran koleksi tudung terbaru beliau di sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur, semakin ramai tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.
Orang ramai rata rata kecewa dengan tindakan Neelofa yang selama ini menjadi idola mereka selepas seakan akan tidak mahu mengambil peduli dengan nasihat orang ramai tentang apa yang terjadi.
Seorang pengguna Twitter hari ini memberikan penjelasan kenapa pusat hiburan itu tidak layak untuk dijadikan tempat untuk melancarkan produk tudung yang memang satu simbol besar untuk Islam.



Kami setuju dengan apa dikatakan oleh Asrul Muzaffar ini tentang pemilihan lokasi oleh Neelofa, mungkin mereka di syarikat Naelofar Hijab boleh pertimbangkan untuk memilih lokasi lebih ideal selepas ini. (rtky/m)

Jom aku cerita sikit kisah lofa yg viral tu


Jom aku cerita sikit kisah lofa yg viral tu...
Semua org berhak kecam dan marah ape yg lofa buat..
Ini post bukan nak backup yerr..
Nie nak bagitahu kat semua org..
Bukak mata masing2..
Pilihan ditangan kita untuk terus jadi agent agenda marketing kecam..
Baca sampai abis baru komen k..
Jgn bebal sgt terus nak kecam aku tapi tak baca habis..
Kita pilih nak kecam atau diam dan boikot..
Pilih..
Tapi aku pilih untuk tulis what going on dgn orang kaya kat media sosial..
Lofa dia hajjah..
Dia tahu ape yg buat kita sebagai muslim nie akn trigger..
Dia jual tudung sbb kata dia market catch dia adalah wanita..
Wanita adalah kuasa membeli..
And majoriti adalah wanita muslimah..
Lihat fenomena artis turn to hijab..
Dan fenomena itu jadi trend smpai skang dengan lambakan pasaran tudung dan syarikat yg menengahkan budaya hijab dan hijabista..
Erti kata lain..
Hijabista adalah modenisasi bagi wanita yg sekular yg cengeh yg lagho dan mcm2 lagi untuk tidak menolak bertudung sebagai fesyen yg kalau dulu org anggap wanita bertudung ini adalah kuno dgn satu gaya satu fesyen iaitu “BAWAL”
Dan kalau kite lihat.
Tudung dah jadi satu kain rentang yg eklusif..
Smpai puluh2 ribu satu helai kain..
Byk cara org perdagangkan dgn cara naik kuda marketing...
Dan tunggang la agama tu ikut suka..
Mcm bawal by juma,
Neelofar
Duck by dato vivian..
Mcm2 lagi..
Dan kalau kite masih ingat mcm2 marketing yg trigger mcm kes fareeda jual tudung smpai org himpit2 bertumbuk mcm ayam dalam reban..
padahal boleh je sediakan sistem beratur yg sistematik..
Pastu kisah duck dgn fareeda jugak...pasal tudung copy ori tu.. dia saman pihak tu..
Pastu pasal bawal juma riak jual tudung anti api neraka lah ape lah itulah inilah..
Mcm2 lagi teknik marketing yg sengaja untuk buat org viralkan..
Now this is it..
Itulah mukadimahnya..
Orang boleh ckp..
“Tudung tu untuk tutup aurat..
Tutup itu tutup ni..
Lambang agama islam bla bla bla..
Dan segala ustaz segala ustazah yg bertauliah atau sekadar ustaz ustazah yg lepas batok ditangga..
Aku bukan kecam golongan nie..
Tapi inilah yg lofa cari..
Dia nak org2 mcm nie sebagai agent marketing tak berbayar..
So dgn cara mcm mane??
“Lets we do free marketing.. buat pelancaran tudung dekat zouk.. kat tempat tertutup..
Panggil segala media untuk promosikan produk kita
dan kite semua kene kental hati..
Kompem esok kite kene kecam..
Nanti bagi tahu media kite buat kat sini sbb kos lagi murah padahal kite byk duit tapi masih ukur murah atau mahal..
So jom kite lihat hasilnya besok..”
Lepas tu dalam bilik marketing diorang..
“Yes.. i dah agak dah kite punye perlancaran dah trending dekat media sosial..
Thanks to our fellas haters, kaki kecam, netizen dan pelbagai backgroud kerana jadi agent promosi untuk perkenalkan produk kami dan bagi tahu what going around there semalam..
Thanks you bery2 much..
Nampak tak yg marketing murahan nie adalah berkesan..
Sbb kita terus menerus bercakap soal nie..
Maybe akan jadi trend pada kumpulan2 yg lain dgn gunakan agama atau sensiviti agama dan bangsa untuk kick kite punya adrenalin untuk kecam dan sumpah seranah golongan yg nak kaya kena jual agama..
Kalau kite perasan dia buat kat zouk tempat org berpesta dgn muzik kuat dan arak..
Padahal kat hotel2 yg buat annual dinner syarikat besar kat ballroom tu ape beza dia??
Ade arak ade lagu ade joget..
Kenapa tak kene kecam??
Sbb tak marketing keluar...
Tu beza dia..
Padahal hampir semua org punya dosa..
Cuma tak ditunjuk dekat media sosial..
Bayangkan dosa kite jadi marketing media sosial..
Mahu murung kita nie..
Bukan salah kita..
Tapi kita sndiri yg pilih untuk jadi agent percuma marketig diorang nie..
Contoh mcm org benci aiman tino..
Tapi setiap hari setiap masa ade je tgk org komen pasal dia benci aiman tino..
Tapi kalau kite perasan aiman dpt malaysia record tu sbb haters pun marketingkan nama dia..
Sampai bila guys kita menggalakkan org2 mcm nie untuk terus2 pergunakan kita?
Kita mcm acah2 care..
Tapi kita promosikan org mcm nie dgn kecam dan hatred..
Betul tak??
Tak percaya cakap aku..
Tunggu plak si jantan sotong aliff tu plak buat promosi kat sana..
Tunggang agama plak..
Sape lagi..
Sajat, dato vida.
Tunggang agama satu benda yg serius..
Sapa yg perlu ajar org2 mcm nie??
Ketua agama,sultan dan mufti dan ofcoz menteri2..
Tapi kat mane mereka sekarang nie??
Ape pendapat mereka dan ape tindakan mereka???
Kalau kite perasan kan..
Marketing dgn cara mintak kecam nie adalah satu trending kan??
Dato aliff syukri dgn buat lagu dan filem..
Masak dekat tandas pastu dgn sengaja riak(teknik marketing mcm lofa.. tunggang agama pastu riak.. byk melayu dan muslim trigger bab nie..)
Pastu bole tgk bahagian2 marketing mana yg boleh pegi..
Dia akan buat lagi..
Sbb tu kita nampak la dato sotong tu semakin hari semakin riak..
Sbb dia nak bagi kite buat marketing murahan untuk dia..
Skang org tak kenal dherbs..
Org kenal dato shukri..
So itulah penjenamaan dia..
As a public figure..
Saiful nang pun sama..
Lagi jahat dia punya marketing..
Trigger secara peribadi org..
Kritis dan prejudist..
Dan dato vida setakat nie bagi aku dia still low profile..
Even dia adelah tunjuk harta dia bagai..
Pastu ada snegaja dan tidak sengaja marketing dgn peribadi dia dgn sengaja tak bayar tax..
Penceraian..
Pengurus muda nak kat dia..
Anak jadi mangsa kebakaran..
Bukak tahfiz...
Mcm2 lagi strategi marketing dia..
Paling popular paling best paling hebat bab marketing mintak dikecam main isu agama adalah the only one yg ade dua jantina katanya..
Sajat..
Masih ingat kan mcm mane dia sengaja ckp dia adalah khunsa..
Pastu keluar video2 terkinja dia...
Pastu kalau kite masih ingat dia letak dildo(bebird palsu) kat dalam seluar dia untuk bagi org kecam dia..
Pastu isu jantina dia smpai ke majlis agama..
Pastu kena bayar..
Senyap..
Smpai jakim pun tolong promosikan isu dia..
Tapi xde kata putus..
Pastu papagomo pun tolong promosikan dia konon nak tentang habisan org mcm sajat..
Pastu senyap..
Nanti tunggu plak sajat buat lagu plak..
Entah ape stategi jantina isu dia nak bagi org viralkan tiap2 hari..
Inilah dia..
Cara org kaya nak jual produk dgn tolak kita kat depan sebagai agent tak berbayar promosikan mereka secara tak langsung..
Mereka terus kaya tak perlu buat facebook ads..
Tak perlu keluae iklan kat tv..
Tak perlu pening kepala nak atur strategi marketing mereka..
So apelagi guys..
Ok jom terus kecam..
Supaya kita boleh tengok banyak lagi org2 mcm nie pijak2 sensiviti kita sebagai melayu sebagai muslim..
Luahan di Facebook.


Pelancaran Hijab Neelofa di Kelab Malam The Zouk



Pelancaran Hijab Neelofa di Kelab Malam The Zouk.
Terasa amat sedih dan terkilan dengan perkembangan terbaru ini.
Betapa jauhnya wanita Muslim kini dari prinsip dan falsafah sebenar kita memakai hijab. Hijab adalah identiti yang berkembar rapat dengan TAQWA , identiti kita sebagai wanita Muslim, yang sepatutnya menjauhi tempat - tempat maksiat, seperti kelab malam, apatah lagi The Zouk yang pernah mengundang berbagai kontroversi kerana penangkapan artis Muslim yang minum arak, dan pertandingan ratu cantik melibatkan peserta Islam suatu masa dahulu.
Adakah difikirkan pelancaran hijab itu, boleh mengIslamkan entiti kelab malam seperti The Zouk
atau
sebenarnya normalisasi yang sedang berjalan bahawa wanita Muslim yang bertudung juga sudah bebas boleh mengunjungi kelab malam?
Alasan yang diberikan adalah tema dan kos penajaaan yang murah? Bukankah terlalu banyak tempat lain yang boleh dipilih yang lebih sederhana kosnya? Yang lebih mulia?
Betul, jangan difikirkan kata - kata orang, namun mohon Neelofa rujuklah semula Ayat-Ayat Al-QuranNya berkenaan hijab dan menghayati semula pesanan Allah SWT. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fitnah akhir zaman ini.
Hendaknya menutup seluruh tubuh dan tidak menampakkan anggota tubuh sedikit pun, selain yang dikecualikan karena Allah berfirman, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak.” (An-Nuur: 31)
Allah Subhannahu wa Ta’ala,“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.” (Al Ahzab :59).
Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS.Al-Ahzab : 32)
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu. (QS.Al-Ahzab : 33)Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. (QS. Al-Ahzab : 53)

Monday 26 February 2018

SIAPA NAK RASA BAYAR RM276 SEJAM KALAU PUAS HATI BOLEH BELI MAIN SAMPAI LEBAM


Siapa nak ‘rasa’ bayar RM276 sejam! kalau puas hati boleh beli ‘main’ sampai lebam – ahli perniagaan | Seorang ahli perniagaan menyewakan anak patung seks £ 50 selama sejam supaya lelaki boleh mencuba mereka untuk ‘test drive’ sebelum membelinya.
Pelanggan kemudiannya ditawarkan peluang untuk membeli anak patung itu dalam satu skim yang berkesan iaitu ‘cuba sebelum anda membeli’.
Akan tetapi, ahli perniagaan itu menafikan bahawa dia mewujudkan ‘rumah pelacuran patung’.
Perniagaannya, lovedoll.co.uk – yang juga menjual ‘anak patung yang telah digunakan’ – berpusat di Gateshead dan mempunyai ruang persendirian di mana para pelanggannya boleh melakukan hubungan seks dengan anak patung itu.
Perkhidmatan ini dilancarkan pada Disember 2017, dan dia mengatakan bahawa ‘beberapa’ pelanggan telah mencubanya.
Dalam satu temu bual di Chiles pada Jumaat, Graham berkata: ‘Kami berharap ini adalah satu bentuk promosi supaya mereka akan datang membeli produk kami.
‘Matlamat perniagaan ini bukan semata-mata penggunaan perkhidmatan kami.’ katanya lagi.


Anak patung itu disediakan untuk ‘cuba sebelum beli’ yang dijual pada harga £ 1,800. Ia adalah bersaiz seorang dewasa dan beratnya kira-kira 30 kilogram, dengan kulit seperti kulit manusia pada rangka logam dan organ seksual yang realistik.
Pelanggan yang ingin mencuba salah satu anak patung mesti memberikan butiran peribadi dan membayar wang pendahuluan terlebih dahulu.
Mereka kemudian dibawa melawat satu set di unit perindustrian di mana mereka akan diberi satu kod kunci untuk memboleh mereka untuk masuk ke dalam sebuah bilik kecil yang mengandungi katil di mana anak patung yang memakai pakaian dalam, menanti.
Graham mengakui kepada BBC Radio 5 bahawa dia sendiri telah mencuba anak patung itu sendiri. ‘Ia adalah sesuatu yang bodoh kalau saya tidak mencubanya sendiri,’ katanya.
‘Sebaik sahaja anda sedar yang anda sedang melakukan perbuatan itu dengan seseorang atau sesuatu yang tidak menghakimi anda, ia adalah satu bentuk kebebasan dan kebebasan inilah yang banyak dialami dan dirasai oleh semua pelanggan kami.’
Di bawah merupakan video ketika berada di bilik kecil tersebut.

Graham mengatakan ini adalah merupakan peringkat percubaan dan beliau tidak pasti jika ada pasaran untuknya, walaupun jualan anak patungnya telah meningkat tahun demi tahun.
Dia juga mengaku bahawa jika pelanggan tersebut memberikan butiran palsu, ianya mungkin bagi mereka untuk kembali lagi.
Tidak terdapat rumah pelacuran bagi anak patung di UK, walaupun ianya telah dibuka di Sepanyol dan Jerman pada baru-baru ini.
Graham mengatakan beberapa pelanggannya berminat untuk membuka rumah pelacuran anak patung, dan tidak menolak bahawa dia mungkin akan melakukan perkara yang sama.
“Kami mendapat empat orang yang berminat menjalankan perniagaan seperti itu. Dua orag telah membuat pembelian. Mereka mempunyai anak patung itu sekarang, tetapi kita tidak pasti sama ada mereka telah meneruskan niat untuk membuka rumah pelacuran itu.’
‘Saya rasa ia akan berlaku, sama ada kita atau orang lain akan melakukannya. Jika masuk akal untuk kami melakukannya, kami akan melakukannya.
Beliau juga mengatakan dia cukup yakin dengan kaedah pembersihannya yang cukup baik untuk mencegah sebarang risiko kesihatan atau isu kebersihan.



‘Kami telah menjual anak patung yang sudah digunakan untuk jangka masa yang panjang, yang mungkin mengejutkan bagi sesetengah orang. Setiap patung dibersihkan dan setiap proses ini memakan masa dari satu jam hingga lima jam. Ianya memang bersih. ‘- gontuni.com
( Video ) Menyamar sebagai patung seks lihat apa yang berlaku pada perempuan ini!
 
( Video ) Menyamar sebagai patung seks lihat apa yang berlaku pada perempuan ini! | Sesiapa yang berlaku curang pasti akan berusaha untuk melakukan apa sahaja supaya kecurangannya tidak diketahui.
Walau bagaimanapun, belum pernah ada kes sebelum ini yang berpura-pura menjadi anak patung seks. Helah ini dikira yang paling tidak masuk akal dan bodoh bagi menutup perbuatan curang.
Dalam sebuah video yang menjadi tular di internet baru-baru ini, seorang wanita menyerbu masuk ke dalam bilik di mana teman lelakinya dalam keadaan separuh bogel sedang menari bersama dengan wanita lain yang berpakaian seksi.
LelaKi itu terkejut melihat teman wanitanya dan cuba untuk meyakinkannya bahawa gadis di dalam rumah itu sebenarnya bukan wanita sebenar tetapi anak patung seks.
Lelaki itu bukan sahaja berbohong malah memarahi pasangannya kerana menuduh dia curang
Dalam video tersebut, dapat dilihat teman wanitanya sangat marah sehingga berteriak dan mengeluarkan kata-kata makian kepada teman lelakinya dan wanita yang menyamar itu berpura-pura menjadi kaku sebagai patung seks.


NANO IBU BAJA KINI DALAM BENTUK KAPSUL


NANO IBU BAJA KINI DALAM BENTUK KAPSUL...!!!!
Sangat sesuai untuk orang Borneo yang postage mahal tu..
Sebotol 30biji
Sebiji untuk 20liter air@
30biji untuk 600liter air.



Khasiat Madu Kelulut yang ramai tak tau





🍯Khasiat Madu Kelulut yang ramai tak tau
🅾👉GASTRIK👈
Dinasihatkan agar makan 2 sudu kecil madu kelulut sebelum sarapan, 2 sudu kecil sebelum makan tengahari dan dua sudu kecil sebelum tidur malam.
🅾👉DEMAM👈
Ambil 2 sudu kecil madu kelulut dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .
🅾👉KANSER USUS👈
Boleh disembuhkan dengan gunakan madu kelulut yang dimakan sebanyak 3 sudu kecil dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu kecil dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu kecil madu kelulut dengan segelas air putih sebelum tidur malam.
🅾👉CIRIT BIRIT👈
Campurkan 2 sudu madu kelulut dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.
🅾👉ANTIBIOTIK👈
1 sudu kecil madu kelulut dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari
🅾👉BATUK👈
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil madu kelulut. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari. Atau: 1 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu kelulut. Limau nipis diperah dalam air madu kelulut. Minum 3 kali sehari
🅾👉BIBIR PECAH👈
1 sudu kecil madu kelulutdi tempat bibir yang pecah
🅾👉KENCING MANIS👈
dinasihatkan agar makan 1 sudu kecil madu kelulutsebelum sarapan, 1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan 1 sudu kecil sebelum tidur malam.
🅾👉BENGKAK/BENJOL👈
1 sudu besar madu kelulut + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak
🅾👉CERDAS👈
2 sudu kecil madu kelulut + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma. Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.
🅾👉CERGAS👈
Minum 1-2 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.
🅾👉DARAH TINGGI👈
1 sudu kecil madu kelulut di minum secara terus menerus 3 kali sehari.
🅾👉DARAH KURANG (Anemia)👈
Makan 3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari.
🅾👉KUDIS👈
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu kelulut, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.
🅾👉LUKA👈
Sapukan pada luka. Gunakan madu kelulut dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.
🅾👉SAKIT JANTUNG👈
6 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.
🅾👉SAKIT PINGGANG👈
1 biji telur itik + 4 sudu kecil madu kelulut, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).
🅾👉SAKIT PERUT👈
(memulas) Minum 1-2 sudu besar madu kelulut 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam
🅾👉SESAK NAFAS👈
3 sudu kecil madu kelulut + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.
🅾👉SUSAH TIDUR👈
2 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut
🅾👉SEMBELIT👈
2 sudu kecil madu kelulut + segelas susu di minum setiap 4 jam.
🅾👉SUARA SERAK👈
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu kecil madu kelulut lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.
🅾👉SELERA MAKAN👈
Minum 1-3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari
🅾👉ANAK KENCING MALAM👈
Perah sedikit lemon diatas sesudu kecil madu kelulut. Minta si kecil hirup bancuhan tersebut secara perlahan-lahan. Lakukan dua kali sehari iaitui pada pagi dan sebelum masuk tidur
🅾👉KESIHATAN ANAK👈
Madu kelulut dan ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak.
Kredit: fb Madu Kelulut Khadeeja

About

Popular Posts