Trending

Thursday 28 May 2020

Potensi Tanaman Nangka Madu J33



1. Nangka Madu J33 yang juga dikenali sebagai Tekam Yellow merupakan salah satu variety nangka paling sedap. Keenakan buahnya yang berbeza dengan nangka jenis lain membuatkannya cukup digemari oleh masyarakat kita.

2. Tanah lom berpasir dengan sistem saliran yang baik amat sesuai digunakan bagi menanam nangka madu J33. Tanah perlulah bebas daripada sebarang tunggul kayu bagi mengelakkan anai-anai yang akan memakan pangkal pokok nangka.

3. Para petani perlu memastikan agar pokok nangka tidak ditanam di kawasan yang rendah dan mudah terendam air. Ini kerana pokok nangka tidak dapat bertahan lama dalam air. Pokok dikatakan akan mati jika terendam di dalam air melebihi 8 jam.

4. Pokok nangka madu akan mencapai 3 hingg 3.5 meter dalam masa enam bulan. Sistem pengairan yang baik, baja yang mencukupi dan pengurusan tanaman yang betul akan menghasilkan buah nangka berkualiti eksport.

5. Biji benih Nangka Madu J33 boleh dibeli daripada Jabatan Pertanian atau pembekal benih pokok bagi menjamin kualiti dan ketulenannya.

Harga anak benih pokok nangka dijual dalam lingkungan RM15 hingga RM35 sepokok bergantung pada saiz pokok, kualiti anak benih dan jumlah yang dibeli.

6. Benih ditanam dalam lubang yang telah diletakkan baja asas (MOP) dan baja organik tahi ayam. Lubang tanaman tidak boleh terlalu dalam bagi mengelakkan penakungan air yang membuatkan anak benih mati.

Anak benih yang ditanam perlu ditutup dengan daun kelapa dan disiram sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali dalam seminggu.

7. Untuk satu hektar tanah, para petani perlu menyediakan lubang penanaman sebanyak 123 pokok. Jaraknya adalah 9 meter x 9 meter bagi setiap pokok.

Jarak itu merupakan jarak yang dicadangkan oleh Jabatan Pertanian bagi mendapatkan saiz buah yang besar dan boleh dieksport serta memenuhi kualiti domestik iaitu di antara 12 kg hingga 15 kg.



8. Lalat buah adalah musuh utama tanaman nangka madu J33. Ia akan bertelur dan larvanya akan menjejaskan kualiti buah. Penyakit mati rosot yang berpunca daripada kulat Erwinia spp dan penyakit cendawan angin turut menjadi ancaman. Selain itu, pokok nangka madu juga terdedah pada serangan babi hutan dan monyet.

9. Nangka Madu J33 akan mengeluarkan buah selepas tiga tahun. Berbeza dengan buah nangka biasa, nangka madu J33 lebih manis dan rangup. Isinya tebal, kurang berair, berwarna kuning dan enak dimakan.



10. Kemanisan isi nangka madu J33 boleh mencapai bacaan antara 26 hingga 28 darjah Brix iaitu kategori buah nangka yang sangat manis kerana kebiasaan nangka hanya mencatat 17 hingga 18 darjah Brix. Aromanya sangat wangi dan tahan selama beberapa hari jika disimpan.

11. Selain enak dimakan begitu sahaja, nangka madu J33 juga amat sesuai untuk diproses menjadi Vacum Fry of Jackfruit Chip. Dengan berat sekitar 50 gm hingga 70 gm, Vacum Fry of Jackfruit Chip dijual pada harga yang agak tinggi iaitu di antara RM8 hingga RM12 – Sifudurian


Wednesday 27 May 2020

Tanaman masa pkp dah boleh dituai









Perh bila kena pancaran matahari petang semakin mengoda






Keistimewaan penanaman anggur di Malaysia berbuah tak ikut musim



Keistimewaan penanaman anggur di Malaysia berbuah tak ikut musim. Kita yg tentukan musim buahnya itupun atas izinNya juga.

Sering ada persoalan yg diaju:

1. Kenapa tanam buah masam?
Buah masam mungkin disebabkan kurang kesabaran memetik terlalu awal atau kemungkinan besar jenisnya yg masam contohnya jenis isabella. Pastikan sampai warna hitam baru ada manisnya.

2. Kenapa anggur berbuah kecil?
Buah besar atau kecil juga bergantung pada jenisnya. Tapi jika penjagaan yg baik boleh juga besar sedikit daripada biasa terutama jika pokok semakin matang. Penggunaan hormon GA3 pun turut membantu pembesaran buah. Yg ini kena menuntut saya tak pernah guna.

3. Kenapa tanam pokok tak naik2 pun?
a. Lokasi penanaman pokok penting. Pastikan yg terbaik dapat matahari penuh atau paling kurang separuh hari.

b.Tanah @ media mesti poros @ tidak menakung air. Pastikan ph tanah neutral.

c. Perlu dibaja. Pembajaan ikut media yg kita guna. Jika media cocopeat kami guna AB. Jika media tanah kami guna baja organik.

Ini jer nak kabo dulu...yg lain nanti kita sambung in sha Allah.



training pokok anggur memanjat para Fish Bone



Perkongsian daripada sahabat di FB TAS , Tuan Nizar Harmizan saya share di sini:

Ramai juga yg ingin tahu cara saya membentuk atau training pokok anggur memanjat para. (Fish Bone)

Begini lebih kurang..
1) Pertama penyedian tapak kekal tanaman adalah wajib, posting terdahulu
https://m.facebook.com/groups/1080854945450199…
2) pokok yg sedang naik hendaklah di sokong dgn apa2 tali supaya tegak naik ke atas selurus yg boleh
3) semasa pokok menjalar naik ke atas sebagai main trunk atau dahan utama semua tunas air hendaklah dibuang setiap masa
4) Boleh gunakan grapevine staples tape utk melekatkan bakal main trunk pd tali supaya terus tegak dan lurus.
5) Setelah pucuk main trunk melepasi aras para, maka bolehlah dipotong pada node yg terakhir di bawah aras para.
6) Maka 2 node di bawah aras para akan membentuk sekunder atau cordon di kiri dan kanan para.
7) peringkat ini pembajaan mesti maksimum utk memastikan cukup nutrient dibekalkan pada pokok yg sedang membentuk 2 cordon dan tersier atau Cane.
8) Setelah terbentuk cordon diatas para maka jgn dibuang tunas air, biarkan tunas air tumbuh untuk membentuk tersiar atau Cane yg akhirnya menyerupai struktur tulang ikan
9) Tunas air yg terlalu subur bolehlah dipotes atau tips pucuknya agar pertumbuhan pokok lebih seimbang
10) Proses training pokok agak mengambil masa, mungkin sehingga setahun, kesabaran tinggi amatlah di perlukan.
11) Good Luck....

Semoga bermanfaat...

Untuk rujukkan boleh join di FB Tanam Anggur Sendiri.

https://m.facebook.com/groups/1080854945450199…

https://m.facebook.com/groups/1080854945450199…



Pembuahan anggur di Malaysia



Pembuahan anggur di Malaysia.

Di Malaysia ni, jika hendak tanaman anggur kita berbuah, kita perlulah buat pemangkasan.. Jika betul teknik pemangkasanya, tunas baru akan tumbuh dari ranting yg telah dipangkas bersama bunganya. Ini mengambil masa dalam tempoh 2 minggu boleh dilihat. Jika tiada bermakna pemangkasan tersebut gagal menghasil kan bunga.









Friday 22 May 2020

Sacha inchi tambah pendapatan pekebun


Ipoh: Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bakal menjadi perintis penanaman pokok 'sacha inchi' atau nama saintifiknya 'plukenetia volubilis' iaitu tumbuhan herba bagi membantu pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RSDA) menambah pendapatan.
Pengerusi RISDA Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, sebagai permulaan, RM300,000 diperuntukkan untuk membekalkan 10 benih pokok kepada pekebun kecil menanam pokok itu di halaman rumah masing-masing.
Beliau berkata pihaknya sudah menjalankan kajian serta meneliti khasiat pokok itu daripada sudut kesihatan, termasuk kaya dengan Omega 3, 6 dan 9 sekali gus mampu memberi pulangan lumayan kepada pekebun kecil RISDA.
“Pokok itu yang diimport dari Thailand akan mengeluarkan hasil selepas lapan bulan penanaman dan mampu bertahan sehingga 20 tahun.
“Permintaan terhadap herba ini terutama untuk produk kesihatan, kecantikan dan minyak sangat tinggi di peringkat antarabangsa," katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Amalan Pertanian Baik peringkat RISDA negeri Perak di sini, hari ini.
Beliau berkata selain pokok 'sacha inchi', pokok guarana dan pokok serai akan dijadikan tanaman baru bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas berikutan ketidakstabilan harga komoditi.
Beliau berkata RISDA menyasar purata pendapatan pesertanya meningkat kepada RM4,000 sebulan menjelang 2020.
"Sasaran itu diyakini dapat dicapai jika peserta mengikut strategi disusun RISDA dengan menjadikan pokok lain sebagai tanaman baru selain getah bagi meningkatkan pendapatan," katanya.
Ketika kini terdapat kira-kira 530,000 pekebun kecil RISDA di seluruh negara.

Thursday 21 May 2020

Dari 100 Anak Nenas Boleh Semai Jadi 900 Sulur Dalam 10 Bulan Begini Caranya


Ramai yang tanya, NENAS apa yang paling bagus untuk ditanam, jawapan saya ia bergantung pada keperluan. Jika untuk makan sendiri, apa2 nenas pun tak kisah.
Ada banyak jenis nenas yang berada di pasaran seperti Moris, Sarawak, Gandul, Maspine, N36, Gajah, Yankee, Josapine, Madu, Madu Kaca, View Of Sunset, Keningau Diamond, Tembaga dan Nenas MD2.
Untuk tujuan komersial, saya sarankan anda tanam nenas MD2 kerana lebih tahan lasak dan tidak cepat rosak serta mulut tidak ngilu bila makan. Harga buah dan sulur di pasaran juga lebih mahal.
Artikel pagi ini saya kongsikan cara GANDA kan atau banyakkan bibit nenas dari 1 sulur atau jambul menjadi 4 sulur ataupun 100 menjadi 900 sulur dalam 10 bulan.
1. ambil jambul nenas daripada buah yang sudah masak, atau beli sulur nenas, belah jadi 4 dan semai dalam pasu atau buat satu semaian khas. gunakan tanah hitam atau top soil, tidak perlu terlalu kerap disiram, cukup ala kadar, jika terlalu lembap benih nenas yg dibelah td akan mereput.
2. akar nenas mula keluar sekitar 3-5 hari, pastikan kena cahaya matahari yang sederhana utk proses pertumbuhan yg cepat. sembur dengan baja foliar bagi gemukkan batang nenas.

3. lepas 2-3 bulan, anak nenas mula keluar dan boleh pindahkan ke kebun atau tanam dalam pasu, gunakan tanah hitam, sekam padi bakar atau cocopeat dan sembur baja subur sekali dalam 2 minggu.
4. nenas mula keluarkan buah sekitar 10 bulan dan masak dalam tempoh 3 bulan.
5. bayangkan anda membeli 100 sulur nenas, selepas 10 sebulan guna teknik ini, 100 x 4 = 400 sulur, 1 pokok tu akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 5 anak nenas. 100 x 5 = 500.
6. 400 + 500 = 900 sulur dalam tempoh lebih kurang setahun. so disni anda jimat membeli sulur nenas. anda boleh guna teknik untuk semua jenis nenas.
7. saranan saya, cara ni memang bagus dan menjimatkan, tapi tetap ada risiko, kdg2 ada benih yang tidak hidup sekitar 10-20% bergantung pd penjagaan. so lagi bagus beli sebiji dalam kuantiti banyak tak perlu buat bnyk kerja hehe..

Panduan Yang Betul Cara TANAM Dan BAJA Durian Umur 1 Bulan Hingga 2 Tahun


Menanam durian bukan semudah yang anda sangka tanpa ILMU yang cukup di dada, silap haribulan pokok yang anda tanam boleh mati jika tidak ikut SOP yg betul.
Persoalannya, kenapa orang lain boleh berjaya, tanam durian BRANDED beratus2 ekar dan jana income juta2 satu musim siap export ke luar negara.
Semuanya kerana mereka sudah set dalam OTAK atau MINDA mereka, mahu berjaya perlu ada TINDAKAN dan BUAT SUNGGUH-SUNGGUH.
Bukan hangat-hangat tahi ayam. bukan main langgar dinding ja, org lain nak buat, kau pun nak ikut, bila jatuh terus give up dan lemah semangat.
Artikel malam ini saya kongsikan tips dan cara penanaman dan pembajaan durian yang betul.
1. Cara rawatan baja, air, serangga dan forliar – Cara rawatan baja organik setiap bulan umur pokok 1 bulan hingga 4 bulan = 100 gram, umur pokok 5 bulan hingga 8 bulan = 300 gram, umur pokok 9 bulan hingga 1 tahun = 500 gram umur pokok 1 tahun 5 bulan = 800 gram umur pokok 2 tahun = 1 kilogram.
2. Cara rawatan baja kimia pada musim hujan setiap 2 bulan, umur pokok 5 bulan hingga 1 tahun = 100 gram, umur pokok 2 tahun atas = 300 gram, baja kimia sebaiknya elakkan guna pada musim kemarau kerana pokok boleh menyebabkan hawar daun akar luput mahupun daun gugur secara pelahan lahan
3. Cara rawatan baja air forliar pada musim kemarau,  sembur 2 minggu sekali, manakala pada musim hujan sembur seminggu sekali, baja air forliar khas untuk tumbuh besaran dengan cepat, seperti tunas air keluar dengan lancar
4. Cara rawatan air, siram setiap 2 hari sekali jangan bagi tanah kering, tanah kering membuatkan mata tunas tidak berfungsi, daun terbakar hawar daun mahupun daun akan gugur secara pelahan lahan
5. Cara rawatan serangga, sembur sebulan sekali pada musim kemarau, manakala pada musim hujan sembur 2 minggu sekali, racun serangga digunakan sebagai elak anai-anai pada akar daun mahupun batang pokok.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila tulis di ruangan komen terima kasih.

Teknik 100 peratus BERKESAN Hapuskan Cik Monyet Degil Yang Menganggu Tanaman Anda


Semalam saya ada tulis satu artikel cara halau cik monyet yang menggangu tanaman, iaitu dengan menggunakan ubat gegat di hancur dengan belacan. Balut guna kain merah dan ikat di kebun.
Ada yang cakap petua diatas berkesan halau monyet dan ada juga sebaliknya. Mungkin ia dipengaruhi oleh lokasi dan jenis monyet.
Artikel malam ini saya kongsikan satu lagi petua BARU yg dikongsikan oleh Jimmy Elgin, cara mudah HAPUSKAN monyet yang sangat DEGIL rosakkan tanaman. Dijamin petua ini 100% BERKESAN katanya.
CARA HAPUSKAN MONYET
Bunyi agak kejam kan tapi inilah pilihan TERAKHIR jika anda tidak mahu KERUGIAN besar.
BAHAN-BAHAN
1. Cuka getah
2. Jagung
Rendam biji jagung dalam bekas dengan cuka getah sekitar 2-3 jam, letak di kawasan monyet selalu lepak. Keesokan paginya semua monyet dah tak bernyawa.
Cara lain adalah letak patung ular, patung harimau, cermin di kawasan kebun. Ia boleh menakut-nakutkan monyet bila terserempak.

Cara ELAKKAN Dahan PATAH Dan Buah Durian JATUH Sebelum Masak HASIL Durian Meningkat


Sekuat mana DAHAN pun tidak akan dapat menampung BERAT buah durian jika terlalu BANYAK. Begitu juga dengan ibu yang sedang HAMIL.
Bayangkan tengah mengandung disuruh joging agak2 apa akan jadi? Demikian juga pokok durian yang sedang berbuah.
Artikel tengahari khamis ini saya kongsikan PUNCA durian patah dan cara penyelesaiannya.
PUNCA DAHAN DURIAN PATAH
Buah durian yang terlalu lebat dan BERAT boleh menyebabkan dahan mudah patah tanpa belas kasihan.
Selain itu faktor IKLIM seperti angin dan ribut kuat boleh mematahkan DAHAN durian yang kurus dan sarat dengan buah durian.
Sebab itulah pentingnya PRUNING atau PEMANGKASAN dahan durian ketika usia REMAJA supaya dahan yang dipilih betul-betul berkualiti dan gemuk.
Pembajaan ketika musim berbuah juga penyebab buah gugur dan dahan PATAH kerana unsur baja yg bersifat PANAS dan sangat KUAT.
SOLUSI
1. Ikat dengan TALI, pilih tali yang tahan lasak dan tidak mudah putus.
2. Kurangkan buah dalam satu dahan, contohnya jika ada 10 biji, BUANG separuh untuk mengelakkan dahan patah
3. Elakkan MEMBAJA sama ada baja SUBUR atau baja BUAH semasa musim durian BERBUNGA/BERBUAH
4. TONGKAT dengan kayu kalau dahan rendah. Yang tinggi kena panjat, hati-hati dan elakkan setiap dahan cedera atau patah dan memudahkan kulat menyerang bekas luka pada dahan.
5. Amalkan pengunaan baja yang mengandungi unsur KALSIUM contohnya baja CN (calcium nitrate) untuk menguatkan dahan, sama seperti susu ANLINE untuk menguatkan tulang manusia. Masuk akal kan?
Jika anda ada sebarang tambahan atau komen, sila tulis di ruangan komen.
Jangan lupa SHARE jika anda rasa artikel ini bermanfaat – Sifudurian 
Kredit PIC Google / PPDM

AWAS Jangan Biarkan Angan Angan Anda Nak Jadi TOKEY Durian MELEBUR Kerana Ulat Ini


Orang kata, nak jadi senang bukannya senang sekalipun anda seorang petani, nak BERJAYA kena ada ILMU yang betul bukan main hentam je.
Artikel malam sabtu ni saya nak kongsi sedikit ilmu dan TIPS tentang cara pencegahan serangan ulat pada pokok terutama durian.
Ulat pengorek kulit dan batang (Bactrocera guitata Zeuzera) sejenis kumbang yang bersembunyi dicelah-celah daun atau rumput yang mati sekitar pokok.
Ia akan bertelur pada daun, celah dahan dan pucuk tunas. Bila menetas ia akan menjadi larva seterusnya akan mula memainkan peranannya sebagai pengorek batang/dahan/kulit durian.
SOLUSI 

1. Jika diserang pada ranting atau dahan seeloknya dicantas sahaja.
2. Jika telah menular ke seluruh batang pokok, guna kaedah suntikan dan tampal dengan kapas atau tanah liat.
3. Untuk pencegahan, selang seli semburan racun kimia berbahan aktif berbeza.
4. Cadangan racun kimia adalah racun jenama Dimethaote, Rogor, Tamaron. Cara guna Suntikan dan tampal lubang
5. Pentingnya penelitian dan pemeriksaan setiap pokok sekerap yang boleh.
Semoga bermanfaat. Jangan lupa SHARE di wall facebook anda terima kasih – Sifudurian

Perbezaan Antara Durian KLON Dan Yang Di Tanam Dari Biji Mana Yang Lebih Baik


Bagi mereka yang baru berjinak-jinak berkebun, mungkin anda tertanya-tanya apa JENIS pokok yang sesuai di tanam di kebun.
Ramai yang tidak tahu perbezaan diantara pokok klon atau pokok yang sudah di cantum / KAWIN dengan pokok yang ditanam dari BIJI.
Durian KLON sering di panggil sebagai durian KAWIN atau durian yang sudah di CANTUM melalui beebrapa TEKNIK.
Antara teknik cantuman yang sering dibuat adalah seperti
1. Teknik cantuman baji (belah tengah atau tepi)
2. Cantuman mata tunas
3. Cantuman Sisip tepi
4. Cantuman sisip pelapah daun
5. Cantuman pokok dewasa
6. Teknik Sanding
7. Teknik cangkok susu
8. Cantuman baji g4ntung
Antara kelebihan durian KLON atau yang telah di kawin adalah ia CEPAT berbuah, lebih kurang 4-5 tahun berbuah dan lebih rendah berbanding pokok durian yang ditanam dari biji.
TANAM BIJI
Durian yang di tanam dari biji biasanya agak lambat sedikit berbuah, iaitu sekitar 6-10 tahun berg4ntung pada penjagaan dan pembajaan.
Jadi, sekiranya anda mahu tanam durian dan inginkan hasil yang CEPAT, tanamlah durian KLON dan beli lah benih dari NURSERY yang di akui ketulenannya – Sifudurian

About

Popular Posts