Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali telah menyambung kisahnya mengenai orang-orang (ahlus-salik) yang terpedaya ini :
Dan ada satu golongan lain. Mereka telah melewati batas-batas ini dan mula menempuh jalan (suluk at-tariq) dan terbukalah bagi mereka pintu-pintu ma'rifah.
Dan tatkala mereka menghidu bau wangi dari sisi ma'rifah ini, mereka menjadi takjub dan bergembira, dan menjadi hairan mereka oleh keganjilannya, lalu menjadi terikat hati mereka dengan berpaling kepadanya dan berfikir mengenainya, dan bagaimana terbukanya pintu itu kepada mereka sedangkan tertutup pula kepada yang lain dari mereka.
Dan semua ini adalah keterpedayaan (ghurur).

Kerana, adalah keajaiban jalan Allah itu tiada kesudahan.
Dan jika dia berhenti pada setiap keajaiban, dan dia menjadi terikat pula dengannya, maka tersekatlah perjalanan, dan dia tidak akan sampai kepada yang dimaksudkan.

Dan ianya adalah seperti contoh seseorang yang telah bermaksud berjumpa dengan raja.
Maka terlihat dia akan pintu halaman istana, di mana ada sebuah taman yang mengandungi bunga-bunga dan cahaya-cahaya (yang bermacam-macam jenis), yang seumpama itu belum pernah dilihatnya.
Dan berhentilah dia memandang kepadanya, dan menjadi takjub pula, sehingga luputlah waktu yang di dalamnya dia mungkin (gunakan untuk) berjumpa dengan raja itu.

Dan ada satu golongan lain. Mereka telah melampaui golongan tadi.
Mereka tidak tertarik kepada segala limpahan dari segala cahaya di jalan itu, dan tidak kepada apa yang memudahkan bagi mereka dari pemberian-pemberian yang banyak.
Mereka tidak menjadi terpegun di dalam kegembiraan dan tidak terikat kepadanya.
Mereka teguh di atas perjalanan, sehingga mendekat dan sampai ke batas berdekatan dengan Allah (ila had qurbah ila Allah).
Maka menyangkalah mereka bahawa mereka sudah sampai kepada Allah, lalu berhentilah mereka. Maka jadi tersilaplah mereka.

Kerana sesungguhnya Allah mempunyai tujuh tabir dari cahaya, di mana tiadalah sampai si pengembara (as-salik) ke satu tabir dari tabir-tabir ini di atas perjalanan, melainkan menyangka yang dia sudah pun sampai (di penghujung jalan).
Dan kepada inilah yang diisyaratkan kata-kata Ibrahim 'alaihis-salam, ketika berfirman Allah Ta'ala menerangkannya (Surah al-An'am ayat 76 yg bermafhum).
" Ketika malam telah gelap, dilihatnya satu bintang. Berkatalah dia, inilah Tuhanku”.

Bukanlah maksudnya jisim-jisim yang bercahaya (di langit) itu. Ini telah dilihatnya didalam bentuk kecil.
Dan dia tahu itu bukan Tuhan.
Dan jisim-jisim itu banyak, bukan satu. Orang-orang jahil pun tahu yang bintang-bintang itu bukan Tuhan.
Maka orang yang seperti Ibrahim 'alaihis-salam, tidaklah dia tertipu oleh bintang-bintang, yang tiada tertipu olehnya akan orang-orang jahil.

Tetapi yang dimaksudkan itu ialah satu cahaya dari cahaya-cahaya yang termasuk tabir-tabir Allah 'azza wa jalla. Dan ini adalah di atas jalan-jalan para pengembara (turuq as-salikin).
Dan tiadalah tergambar dia akan sampai kepada Allah Ta'ala melainkan cuma sampai ke tabir ini.
Yakni, tabir-tabir dari cahaya, yang sebahagiannya adalah lebih besar daripada sebahagian yang lain.

Dan cahaya yang paling kecil adalah "bintang".
Dan digantikan baginya dengan sebutan ini.
Dan yang paling besar darinya adalah "matahari".
Dan yang berada di tengah kedua-duanya ialah "bulan".
Dan tiadalah luput bagi Ibrahim 'alaihis-salam ketika menyaksikan kerajaan langit (malakut as-samawat), sebagaimana yang telah Allah firmankan (Surah al-An'am ayat 75 yang bermafhum):
" Dan begitulah kami perlihatkan kepada Ibrahim kerajaan langit dan bumi agar terjadilah dia dari (golongan) orang-orang yang yakin”.

Dan sampailah dia ke satu cahaya selepas satu cahaya.
Maka menjadi terkhayal kepadanya, ketika di peringkat awal lagi, bahawa dia telah pun sampai.
Kemudian tersingkaplah baginya bahawa sesudah itu ada satu lagi urusan, lalu dia mendaki dan berkata yang dia kini sudah sampai.
Tetapi tersingkap lagi baginya (apa yang) di belakang itu, maka dia pun sampai ke tabir yang lebih dekat, yang tiadalah ketibaan (wusul) melainkan sesudah itu. Maka berkatalah dia,
“Ini lebih besar”(mafhum Surah al-An'am ayat 78).

Tatkala terzahirlah baginya akan tabir itu betapa besarnya, namun (masih juga) tiada terkecuali daripada jatuh ke lembah kekurangan, dan (jatuh ke lembah) kerendahan dari (gunung) kesempurnaan, maka telah berkata dia (ayat 76 dari Surah al-An'am),
" Tiada aku menyukai yang tenggelam” hingga
(sampai ke ayat 79 dari Surah al-An'am di mana) dia telah berkata,
" Sesungguhnya, aku hadapkan wajahku kepada wajahNya yang telah menjadikan seluruh langit dan bumi”.

No comments:
Post a Comment