Trending

Wednesday 30 March 2016

BATMAN VS SUPERMAN..previu sebuah filem


Akhirnya 2 super hero bertemu juga dan mereka merupakan antara super hero awalan yang terkenal dan ada banyak peminat masing2 di serata dunia .
Batman vs Superman ? siapa yang akan menang ? seorang manusia yang cuma mengharapkan teknologi dan seorang lagi makhluk asing dengan kekuatan luar biasa.Nampak seperti 1 perlawanan berat sebelah kan ?
Batman mula menganggap Superman sebagai pencetus masaalah dan kemusnahan pada bumi termasuk Kota Gotham City.Bagi Batman, Superman perlu di hapuskan supaya bumi lebih selamat dan tidak terancam.
Peluang ini tiba bila musuh sejati Superman Lex Luthor menjadi batu api dan meracuni fikiran Batman untuk bersemuka dengan Superman.Dengan bantuan General Zod maka Lex Luthor mencipta lembing dari batu Kryptonite yang menjadi sumpahan kepada Superman.
Dalam 1 pertempuran Batman berjaya menikam dada Superman dengan lembing itu dengan bantuan Zod.Dunia menyangka Superman mati dan Lex Lutho mula bermaharaja lela.
Ceritanya seakan di tamatkan disini tetapi Superman sengaja menipu kematian nya dengan melarikan diri jauh dari Gotham City untuk mengelak dari di jejaki.
Untuk penyamaran Superman tidak lagi terbabit dengan bidang kewartawanan kerana Lex Luthor akan mudah menjejakinya sebaliknya Superman menyamar diri menjadi orang jawa dan menukar nama kepada Suparman dan di percayai sedang menjual bakso di Kawasan Merotai.
*selamat menonton

Maklumat Gula-Gula Mengandungi Dadah Menyebabkan Kanak-Kanak Khayal Adalah Palsu


Kuala Lumpur: Kewujudan gula-gula yang dilihat menjadi kegilaan kanak-kanak terutamanya pelajar sekolah didawak menyebablan‘pening’ kerana mengandungi dadah di laman sosial adalah palsu, lapor Harian Metro.

Gula-gula jenama Jaw-Q disebarkan kononnya sejenis dadah murah menyebabkan kanak-kanak yang memakannya akan ketagih.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya sudah dimaklumkan berhubung perkara itu yang menjadi viral di laman sosial.

“Pihak kami sudah memantau perkembangan perkara itu dan gula-gula itu sudah lama berada di pasaran.

“Sekiranya ia memudaratkan dan mengandungi dadah, sudah pasti polis mengambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, gula-gula berkenaan dikeluarkan sebuah syarikat di Myanmar dan ia dijual secara bebas di negara itu malah orang ramai boleh menempahnya melalui laman web.

El Nino : Semua Sekolah di Kedah, Perlis Tutup Esok (31 Mac 2016)



GEORGETOWN, 30 Mac: Semua sekolah di Kedah dan Perlis diarah tutup mulai esok berikutan cuaca panas melebihi 37 darjah Celcius yang dicatat hari ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekolah di Perlis tutup selama dua hari manakala sekolah di Kedah tutup sehari.

"Arahan terbabit terpakai bagi semua pelajar manakala guru dan kakitangan bertugas seperti biasa.

"Sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) tidak perlu diganti," katanya lapor BH Online.

Pengantin Ditumbuk, Wanita Mengaku Keluarga Pengantin Perempuan Tampil Beri Penjelasan Punca Kejadian


Sejak semalam menjadi viral di laman sosial, menurut Kosmo pengantin lelaki telah ditumbuk duit hantara tidak cukup.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila keluarga kedua-dua belah pengantin dikatakan bergaduh sesama sendiri selepas keluarga pengantin lelaki dikatakan mahu beredar dari masjid kerana tidak dapat menyediakan wang hantaran yang diminta iaitu RM15,000.

Video pergaduhan berkenaan telah menjadi viral di laman sosial.

Melihat kisah ini menjadi lebih luas, seorang wanita bernama Wanie Azwani yang mengaku sebagai saudara pengantin perempuan telah tampil memberi penjelasan menggunakan Facebooknya.

 Beliau bersama kenyataan itu menyertakan tulisan yang didakwanya adalah kenyataan yang ditulis oleh Imam masjid Khadijah yang sepatutnya menikahkan kedua-dua pasangan ini.

Apapun, harap kes ini diselesaikan dengan cara elok, tidak perlulah bergaduh di dalam rumah Allah yang suci itu. Lagi satu kita diluar ini tidak tahu punca sebenar, elakkan dari buat kesimpulan sendiri.


(Video) Pengantin Kena Tumbuk Duit Hantaran Tak Cukup


KUALA LUMPUR, 28 Mac – Hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinannya bersama dengan seorang pasangan hancur pabila dia ditumbuk oleh ahli keluarga wanita tersebut dalam satu kejadian di sebuah masjid kelmarin.

Menurut laporan Kosmo!, mangsa ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid berkenaan kerana tidak dibenar meneruskan majlis akad nikah kerana tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Sumber Kosmo! berkata, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju membayar jumlah hantaran RM15,000 ketika mereka datang merisik pada Januari lalu.

Ketika merisik, pihak lelaki meminta untuk membayar sebanyak RM7,500 sebagai wang hantaran, namun pihak pe­rempuan meminta sejumlah RM15,000.

Pengantin lelaki yang bersetuju de­ngan jumlah itu, namun meminta supaya wang hantaran tersebut dibayar secara ansuran iaitu sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki lagi RM5,000 dibayar selepas majlis,” katanya.

Difahamkan, pengantin lelaki tersebut yang berusia 27 tahun hanya bekerja sebagai pegawal keselamatan dan gajinya hanya RM1,500 sebulan.

Selain itu, turut difahamkan lelaki berkenaan sudah bercinta dengan kekasihnya, seorang gadis berusia 21 tahun, sejak tiga tahun lalu.

Sumber turut berkata, pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung namun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi lelaki berkenaan tidak membayar baki RM5,000.


Tidak bersetuju dengan permintaan itu, pengantin lelaki bersama keluar­ganya memutuskan untuk meninggalkan majlis akad nikah sebelum dia ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” ujarnya.

Sumber juga berkata kekecohan berlaku di perkarangan masjid apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.


Photographer Kongsi Kisah Pengantin Kahwin Tak Sampai Setengah Jam Sebelum Cerai



Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial tentang wang hantaran berikutan viral hantaran RM15k.

Seorang juru foto gambar pernikahan yang menggunakan nama Facebook Boii Amani Hashim, menceritakan satu kisah "jadi suami hanya setengah jam" yang dikatakan terjadi di depan matanya sendiri.

Mas Kahwin RM 22,222.22

Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ni aku nak shareskit citer yang pernah terjadi depan aku dulu.

Mas hantaran kahwin mak ayah perempuan ni letak RM22,222.22. Memang mahal gila...tapi si lelaki ni setuju. Aku tengok pon lelaki ni bukan calang-calang orang juga.

Akad Nikah Selesai Sekali Lafaz

So sampai la hari akad nikah, happy je dua2 side. Pengantin muka dah tak sabar meng*w*n. Ye la, musim hujan masa tu. Tok kadi sampai maka berlangsung la acara akad nikah dan selamba dengan senafas je si lelaki lafazkan akad.

Baru Sedar Duit Hantaran Tak Cukup Seribu

Hantaran pon bertukar tangan begitu juga ngan mas kawen. Masa lelaki tu nak baca lafaz takliq, tetibe sedara dari pihak pompuan bising "duit hantaran tak cukup seribu ni"

Terus bangun pengantin pompuan dari tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin laki bertanyakan pasal apa tak cukup seribu...siap pihak pompuan perli-perli "dah tahu tak cukup duit tapi gatal sangat nak kahwin tu kenape"

"Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah camni..."

Yang pengantin laki walaupon mata berkaca, dia senyum je. Dia amik mic pastu dia ckp.

"Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah macam ni. Saje saya tak cukupkan seribu sebab nak tgk korang macam mana. Ni ade saya bawa wang yang tak cukup tu" sambil buka bag yg berkepok-kepok duit 50 ngan 100.

Cerai Terus

"Takpe la...alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dgn talak 3.

Assalamualaikum"

Drop mic

Salam-salam terus gerak.

Tu la...Dah ada orang nak tu kire nasib baik la bai. Pompuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bustop pon boleh petik. Ko bukak wechat. Brape ramai yg serah diri free? Ko ingat laki-laki dalam drama kol 7 tu wujud ke?

Friday 18 March 2016

Lagi design rumah kiut miut


Lagi design rumah kiut miut








Budak 12 Tahun Dari Taiping Tumbangkan Juara Dunia Muay Thai



Malaysia mencipta kejutan di bumi Thailand selepas peserta Malaysia, Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A’Zamin mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia pada perlawanan akhir di Bangkok, semalam.
Lebih manis, kejayaan pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jering yang lebih mesra dipanggil ‘Khuntab Iskandar’ itu muncul selepas dia menewaskan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn juara dunia tiga kali, sekali gus menobatkan dia selaku juara pertama pada kejohanan julung-julung kali diadakan itu.
Bapanya, Mohamad Ezry A’Zamin Abdul Wahab ketika dihubungi BH Sukanmengakui terkejut selepas anak sulungnya itu menumbangkan lawannya yang memiliki kelebihan fizikal lebih tinggi.
Ezry yang juga jurulatih Muay Thai berkata, kejayaan Iskandar merangkul gelaran dunia pastinya dapat menyuntik semangat anaknya itu untuk terus memperkembangkan bakatnya dalam sukan tempur terbabit dan membuka mata orang ramai untuk membabitkan diri dalam sukan itu.
Jadual ‘pertempurannya’ juga sudah dipenuhi hingga hujung tahun ini dengan Iskandar bakal menyertai kejohanan di Eropah yang pastinya menjanjikan cabaran yang besar sebelum ke Uzbekistan dan ke Indonesia pada hujung tahun nanti.
Tahniah daripada kami untuk Zulqarnain Ezry. Teruskan prestasi anda.

PECAH TEMBELANG! Wanita Perampas Suami Orang 'Diserang' Oleh Bekas Teman Lelaki, Dedah Perangai Sebenar!



Masih ingatkah anda dengan isu isteri serang majlis perkahwinan suaminya dengan wanita lain yang menjadi viral di laman sosial beberapa bulan lepas. Malah, video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai sehinggakan ada yang mengutuk tindakan lelaki itu. Namun, bekas isterinya, Nur Idayu Zulkifli telah diceraikan suami dengan talak tiga.
Yang terbaru apabila isteri baru kepada bekas suami Hidayu dikatakan telah 'diserang' di Facebook apabila ada lelaki yang dikenali sebagai bekas teman lelakinya telah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap wanita itu.

Melalui laman Facebook milik Yazid Vice II, lelaki tersebut telah mendedahkan perangai sebenar wanita terbabit yang merampas suami orang. Jom kita lihat di bawah.

Malah, perkara ini turut mendapat perhatian Hidayu di mana dia dengan nada sinis menyatakan rasa sebak apabila membaca mesej diatas. 
"Semoga korang berdua bahagia selamanya atas penderitaan yang korang bagi pada aku."- luah Idayu



BIKIN PANAS! Dituduh Kaki Disko, Inilah Pengakuan Mengejutkan Pendebat Terbaik Asia Dari UIA!



Semalam kecoh apabila tersebar beberapa keping gambar Syed Saddiq yang merupakan Pendebat Terbaik Asia dari University Islam Antarabangsa 'berclubbing' bersama kawan-kawannya.

Menurut pengendali blog, truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya berkata, dia menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali, mendedahkan hobi dan kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang pelajar apatah lagi merupakan penganut agama Islam.

Disebabkan itu, Syed Saddiq telah tampil memberikan penjelasan sebenar mengenai isu ini di laman Facebook miliknya. Malah, dia mengakui kesilapannya itu dan kini dia dalam proses untuk berubah ke jalan yang baik. Jom kita baca.

‪#‎IAmNotPerfect
My answer to Pro-UNMO/DS Najib Blogs

"I cannot change my past but I can change my future"
Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.

But, I won’t do that. Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.

Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya juga ingin menekankan bahawa gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia. Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ sepertimana yang dituduh.

Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang. Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya. 

Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.Sekiranya anda fikir, mengugut saya sebegini akan mematahkan semangat dan menghentikan perjuangan saya, anda tersilap.

Saya bukan orang yang berkepentingan. I am a 23-year old guy who loves my country. Threatening me with my personal life shows how desperate people can get to cling on to power.

Sekiranya anda fikir, isu ini akan mengaburi mata saya dan rakyat daripada isu-isu sebenar yang sedang berlaku, anda tersilap. Kami, rakyat Malaysia mampu buktikan anda tersilap.

Saya sudah menjelaskan & "come clean" about my past. Would the Prime Minister do the same on 1MDB?

Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran
Walau tergadai nama baik sendiri.

Biar putih tulang jangan putih mata.

Agi idup agi ngelaban!

Gerai 'Nasi Lemak Spiderman' Diangkut Jadi Viral, Pendedahan Sebenar Disebalik Kejadian Tersebut!



Baru-baru ini kecoh apabila gerai jualan Nasi Lemak Spiderman RM2 jadi viral di laman sosial apabila ada pihak yang melihat kejadian di mana gerai tersebut disita oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut sehinggakan melahirkan kemarahan kepada pihak MPKB itu kerana bersifat kejam.


Namun, ada cerita sebenar di sebalik kejadian yang berlaku. Menurut 'Abe Spider' tersebut atau dikenali sebagai Zawawi Ghazali melalui laman Facebook menjelaskan bahawa gerainya bukan disita cuma pihak mereka melarang membuat jualan di situ kerana bukan kawasan berniaga. Malah, mereka menasihatkan supaya Abe Spider mendapatkan lesen perniagaan yang sah.
Alhamdulillah sepanjang penjelajahan Abe Spider dari daerah ke daerah untuk berniaga,TIDAK PERNAH pun pihak Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah angkut meja Abe Spider...Malah dorang sokong usaha Abe Spider.
Tugas dan arahan patut dipatuhi...Doakan usaha Abe Spider untuk dapatkan lesen dipermudahkan.
Mereka cuma bertanya, tak tahu ke kawasan itu tidak boleh berniaga dan saya menjawab tidak tahu.
Mereka tidak ada cakap kasar pun dengan saya, cakap pun baik-baik, lepas tu saya kemas barang kerana kebetulan dah tidak lama selepas itu untuk pergi ke program anjuran FAMA
Apapun, semoga perniagaan Abe Spider semakin berkembang maju.


About

Popular Posts