Trending

Friday 31 January 2020

Ada Juga Orang Tidak Puas Hati Bila Fattah Teman Fazura Naik Pentas


Acara anugerah Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30), di mana menyaksikan filem Crossroads: One Two Jaga diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Filem Terbaik.
Cuma, di sebalik kemeriahan acara yang berlangsung itu, ada juga cerita kurang enak yang Cik Kopi dengar daripada beberapa sumber terdekat.
Kalau ramai yang menonton acara berkenaan, mesti akan perasan kesemua penyampai anugerah pada malam tadi adalah mereka yang pernah muncul sebagai pemenang FFM sebelum ini.
Bagaimanapun, apa yang menjadi tanya apabila salah seorang penyampai iaitu Fazura muncul dipentas untuk menyampaikan anugerah sambil ditemani suaminya Fattah Amin.
Ketika Adibah Noor mengumumkan nama yang akan menjadi penyampai pun hanya nama Fazura sahaja disebut memandangkan dia merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik FFM27.
Namun begitu, Cik Kopi dengar ada juga berlaku sedikit kekec0han di belakang pentas. Menurut sumber Cik Kopi,
Fazura sendiri yang meminta pihak produksi supaya membenarkan suaminya naik sekali untuk menemaninya menyampaikan anugerah.
adi, dengarnya ada yang tidak berpuas hati memandangkan nama-nama yang sudah ditetapkan sahaja naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah. Lagipun tiada pula kelihatan penyampai lain yang naik ke pentas ditemani pasangan.
Kalaulah benar Fazura memang ingin suaminya menemaninya di atas pentas, rasanya perlulah memaklumkannya dengan lebih awal. Dan kalau pihak produksi tidak mengizinkan, dia seharusnya perlu akur dengan keputusan tersebut.
Mungkin ramai yang beranggapan ia merupakan perkara kecil, tetapi Cik Kopi rasa setiap orang perlu bersikap profesional serta ikut segala yang ditetapkan supaya majlis berjalan dengan lancar.
Bagi Cik Kopi, sepatutnya perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi acara seperti FFM itu merupakan sebuah majlis yang berprestij dengan memberi pengiktirafan hasil kerja anak seni yang terbaik.

Mira Filzah Control Acah Acah Ayu


“Mira Filzah Control Acah Acah Ayu” Mira Filzah Jadi Pengacara Melet0p,Ada Juga Yang Tak Suka

Sememangnya, pada setiap malam Selasa pasti saja program hiburan Meletop menjadi perhatian ramai di kaca televisyen.
Bagaimanapun, jika sebelum ini penonton dapat menyaksikan gandingan pengacara tetap Melet0p.
Nabil Ahmad bersama beberapa selebriti wanita terkenal tanah air dan mendapat pelbagai reaksi ramai setelah Neelofa mengundurkan diri pada Disember tahun lalu.
Pada minggu lalu pula, pelakon jelita Nora Danish meraih perhatian peminat dan penonton yang mana mereka telah memberikan respon baik terhadap selebriti itu .
Sebagai pengacara Melet0p sehinggakan ada yang mahu dia menjadi penganti Neelofa di program berkenaan.


Pun begitu, semalam pula kemunculan pelakon popular Mira Filzah sebagai pengacara Meletop mendapat pelbagai reaksi dan ternyata ada yang merasakan kurang senang dengan selebriti berkenaan.
Menerusi s4lah satu temuramah bersama beberapa tetamu jemputan untuk mempromosikan drama mereka namun ada pula kritikan ditinggalkan menerusi ruangan komen buat Mira Filzah.
Pelakon Sweet Dreams itu dikatakan control ayu ketika mengacara program Melet0p bersama Nabil Ahmad yang mana program berkenaan juga sangat dikenali dengan konsep santai. Apatah lagi membuatkan penonton seronok menonton apabila dapat melihat pengacara bergurau bersama.
Namun begitu, kritikan tersebut turut dibidas oleh netizen yang merasakan pelakon jelita itu bukanlah control ayu tetapi sudah sangat dikenali ramai dengan sikap sopannya.

Durian Tenom Beauty







JENIS-JENIS SENSOR KENDERAAN


JENIS-JENIS SENSOR KENDERAAN
*Kesan-kesan buruk ke atas enjin akibat isyarat sensor yang lemah
Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam mengawal pergerakan komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.
Terdapat 2 kategori sensor dalam sebuah kereta iaitu:-
1)Sensor untuk kawalan Luar Enjin dan
2)Sensor Kawalan Enjin
Sensor isyarat luar enjin terdiri dari beberapa jenis sensor seperti ABS sensor dan Parking sensor,manakala sensor enjin pula adalah seperti TPS (Throttle Position Sensor),Knock Sensor,O2 Sensor(Exhaust Sensor),CPS(Crankshaft Sensor),CPS(Camshaft Position Sensor),CTS(Coolant Temperature Sensor),MAP/MAF Sensor(Manifold Absolute Pressure Sensor)atau Mass Airflow Sensor,APPS Sensor(Accelerator Pedal Position Sensor),Speed Sensor dan IAT(Intake Air Temperature)Sensor,
Sensor-sensor yang disebutkan diatas adalah sensor utama dan biasa digunakan dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan berat seperti forklift,bas dan trak pengangkutan.Sensor-sensor ini memberikan isyarat secara voltage iaitu kira-kira 5v pada penggunaannya.Jika isyarat voltage itu rendah maka pengawalan komponen akan terganggu.Ini hanya dapat dikesan melalui scanner atau alat diagnostic untuk mengetahui kod sensor mana yang rosak.
**Sila klik gambar untuk info selanjutnya........
Amaran Check Engine Light pula akan muncul pada permukaan panel meter jika terdapat mana-mana sensor yang rosak.



1) Throttle Position Sensor

Berkedudukan atas Throttle Body,TPS digunakan untuk mengira dan menghantar isyarat nisbah campuran angin dan minyak yang betul untuk kendalian pembakaran sempurna dalam enjin.Nisbah campuran 2 angin dan 1 minyak dikawal sepenuhnya oleh isyarat ini untuk capaian enjin sempurna.Jika sensor ini rosak enjin mudah mengalami gegaran ketika panas,enjin hampir padam dan berbunyi kasar.Lampu amaran Check Engine akan muncul akibat dari kerosakan sensor ini.Selain dari menukar gerigi gear dalam throttle body sebagai sebahagian cara servis ,TPS pula boleh dibersih dan diselaraskan untuk mendapat idling enjin yang baik.



2) Knock sensor

Knock sensor dibelakang sebuah enjin yang berkedudukan timing belt ditepi iaitu dibawah manifold.Sensor ini kegunaannya adalah menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin ingin dihidupkan.Isyarat voltage dari knock sensor akan memudahkan enjin untuk dihidupkan dan mengurangkan enjin mengalami letupan kecil ketika ignition awal.

Keburukannya jika ia rosak adalah kehilangan kuasa ketika pecutan dan menyedut minyak bahanapi lebih banyak ketika dalam keadaan pecutan sekata seperti memandu di lebuhraya.Kereta juga sukar dihidupkan walaupun kuasa api dan minyak ada untuk pembakaran.



Terletak betul2 diatas extractor ekzos dengan diselaputi satu wayar dan soket terus ke ECU.Isyarat yang diterima dari O2 sensor akan diterjemah dan meleraikan nisbah 2 minyak dan satu api untuk pembakaran,Jika nisbah campuran ini tidak dibakar habis maka lebihan oksigen yang terhasil akan menyebabkan kurangnya prestasi enjin untuk memecut dan minyak bahanapi pula akan disedut banyak lebih daripada biasa.



4) CPS Sensor (Crankshaft Position Sensor)

Berkedudukan berdekatan starter dan melekat pada blok enjin.Selain daripada memberikan isyarat RPM pada meter dan pecutan (engine speed),sensor ini juga menetapkan ignition timing supaya ia kekal pada kedudukannya setiap kali minyak dan api dibakar.Kuasa pecutan yang rendah dan tidak berdaya ditambah contohnya kekal pada 500-600 rpm,enjin terasa berat,enjin mati tiba-tiba dan pertambahan minyak ketara adalah sebahagian simptom kerosakan CPS sensor.Check Engine Light juga seperti biasa akan dinyalakan.


5) Camshaft Position Sensor

Penghantaran isyarat dari sensor ini adalah dari bahagian atas iaitu kepala silinder dan diterjemahkan untuk kawalan ignition timing (waktu sesuai untuk memercikan api) supaya sekata juga tetapi ianya adalah khas bergabung dengan kedudukan timing belt atau chain.Sedikit ketidakselarasan marking akan menyebabkan ignition timing tidak diselaraskan dengan baik.Kesannya enjin akan mengalami jerking atau tersenggut serta mudah panas dan minyak juga akan bertambah penggunaanya,

Sensor ini terletak disebelah atas disebelah berlawan kedudukan timing belt berdekatan electronic distributor.

Penggunaan Timing Light juga dapat memerhatikan kedudukan marking timing belt untuk mengenalpasti ignition timing dalam keadaan baik.



6) Coolant Sensor (CTS)

CTS adalah sensor yang amat penting dalam sistem penyejukan enjin.Isyaratnya membolehkan kadar suhu ditunjukan pada meter suhu.Kerosakannya boleh menyebabkan meter tidak menunjukan bacaan dan juga boleh menyebabkan asap hitam jika coolant amat kurang dalam radiator.



7) MAP/MAF Sensor (Manifold absolute Pressure)

Sensor ini digunakan sebagai pembekal angin yang banyak serta berkualiti untuk dibawa kedalam kebuk pembakaran melalui throttle body.Kedudukannya biasa dipasang atas hose panjang sebelum air filter juga sebagai tapisan tambahan sebelum angin disedut sepenuhnya oleh Throttle body.Kegagaln sensor ini berfungsi akan menyebabkan enjin bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ketika idle.



8) APPS Sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)

Penggunaan APPS sensor adalah cara pengawalan pedal minyak tanpa menggunakan kabel,Isyarat sensor dihantar kepda ECU untuk mengawal kuasa ketika pedal minyak ditekan.Ketika pedal minyak ditekan isyarat alat ini yang berkedudukan betul2 pada pedal minyak dihantar untuk menambahkan kuasa untuk menaikan RPM dan meter pecutan.

Kegagalan sensor ini amat mudah dikesan walaupun pedal ditekan dengan banyak meter RPM masih sedikit dan meter pecutan juga tidak boleh mencapai had maksima.Tiada cara terbaik membaikinya melainkan menukar keseluruhan alat sensor ini.


9) Speed Sensor

Speed sensor berada pada 2 kedudukan pada gearbox yang dipanggil input dan output.Kegagalan speed sensor ini akan menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan,overdrive (o/d) yang lambat masuk atau tidak naik,brek yang keras.meter speedo yang bergoyang atau tidak bertambah dan overdrive yang berkelip2.Semua kegagalan speed sensor membawa kepada kemunculan check engine light.


10) IAT(Intake air Temperature ) Sensor

IAT sensor adalah sebahagian daripada MAP/MAF sensor dan tempelannya berkedudukan bersebelahan MAP/MAF sensor.Alatnya yang bulat diletakan bertujuan untuk mengawal suhu angin yang masuk kedalam enjin,sebab itu bentuknya seakan2 coolant sensor.ECU mengambil isyarat suhu ini dan menstabilkan campuran nisbah minyak dan angin sebelum pembakaran.

Kegagalannya akan menyebabkan enjin bergegar berterusan,terdapat ketukan enjin,idling yang kasar ketika enjin sejuk,susah dan lambat hidup serta check engine light yang berterusan menyala.Kedua2 sensor ini (MAP MAF dan IAT) jika tidak dipasang/disambung enjin akan lebih baik sementara.

Kesemua 10 kesan keburukan dan simptom kerosakan atau kegagalan sensor dan kegunaannya adalah kesan utama yang akan terjadi jika berlakunya kegagalan sensor.Lazimnya sensor ini berperanan menstabilkan enjin untuk pecutan dan kuasa ketika memecut dan pemanduan yang lebih baik

Sensor juga mudah gagal jika terkena air terutamanya selepas membasuh enjin dan terlanggar lopak air yang banyak dan sensor yang paling mudah terdedah pada air ialah sensor O2(Ekzos sensor) dan speed sensor gearbox.

***Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada rakan-rakan semua.

SHARING IS CARING



Cara Tanam Bayam Brazil Dengan Keratan Batang. Sangat Mudah Dan Cepat


Tanam Bayam Brazil Guna Keratan Batang. Ni Cara Boleh Follow!

Sejak akhir-akhir ini banyak pula dilihat di media sosial tentang perkongsian sayur bayam brazil. Ada yang berkongsi resipi enak masakan menggunakan bayam brazil, war-warkan manfaat dan khasiat bayam brazil dan tidak kurang juga berkongsi dekor halaman rumah yang nampak cantik sempurna dengan adanya bayam brazil sebagai penyeri tanaman dilaman rumah.
​​​Sebab itu juga, tidak hairanlah ada antara kita yang teringin untuk menanam sendiri bayam brazil ini. Ada sepasu dua pun sudah memadai untuk dimakan sendiri mahupun sebagai pokok hiasan di laman rumah.
Untuk itu, ketahui cara menanamnya pelibg mudah debgan teknik keeatan batang. Jom dicuba, ini perkongsiannya.
SEMAI KERATAN BATANG BAYAM BRAZIL
Keratan batang adalah satu cara mudah untuk menghasilkan pokok baru dengan cepat dan banyak. Musim hujan adalah waktu paling sesuai untuk semai keratan batang. Sayur bayam brazil banyak khasiat dan manfaatnya tau.
Boleh tengok step semaian dalam gambar di bawah. Selamat mencuba .
  • Step 1


Pilih bahagian pucuk berwarna hijau dan segar. Panjang keratan lebih kurang 10cm- 15cm.
  • Step 2





Pakar Dedah Khasiat Buah Nenas Ramai Tak Tahu


Inilah Khasiat Buah Nenas Ramai Tak Tahu..Mampu merawat 1001 Pen yakit..Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari

Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak ‘tajaam’. Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penya kit.
Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nanas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak

1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.
2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.
3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu bera sid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.
4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nanas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tu buh secara keseluruhannya.
6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.
7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.
8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan caara menguatkan tulang.
9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.
10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.
11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.
12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta mengha puskan fibrin yang boleh bawa sa kit jan tung dan strok.
14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tu buh badan.
Jika anda rasa arti kel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share arti kel ni ke profile media sosial anda. Terima kasih!.
Pakar Dedah Banyak Kelebihan Makan Nenas, Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari
Mungkin ramai yang tak berapa suka nak makan nenas, sebab rasanya yang masam manis serta jika makan banyak boleh sebabkan lidah berasa lidas atau gatal dan pedih. Sebenarnya, banyak kelebihannya bila kita makan buah nenas, malah disarankan diambil setiap hari. Terutama dari segi kesihatan otak, emosi, serta kecantikan kulit. Jemput baca pendedahan kelebihan nenas oleh DrRizal Abu Bakar ini. Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.


Petua Merawat Penyakit Kencing Manis Dengan Peria Katak dan Apple Hijau


Jus Peria & Epal Hijau
Apa yang menariknya, Saintis telah mengesahkan perubatan tradisional telah menggunakan sayur pahit ini sebagai bahan penting dalam sistem perubatan. Malah boleh dikatakan kapsul dan tinktur peria digunakan untuk merawat masalah penyakit diabetes, virus, kolesterol tinggi dan psoriasis. Orang kata, mencegah lebih baik daripada mengubati, atau dengan kata lain merawat lebih baik daripada membiarkannya terus merebak. Walaupun kita yakin sihat, tapi apa salahnya sesekali mencuba jus begini untuk menjaga kesihatan.
Amie tidak mempunyai peria katak, jadi Amie gunakan peria biasa. Itu pun Amie pilih kulit yang berwarna hijau, kerana warna sedemikian dipercayai mempunyai rasa yang agak pahit berbanding peria yang berwarna hijau muda atau hijau keputih-putihan.
Bahan-bahan:
  • 1/2 biji peria – bersihkan dan buang biji – potong kecil-kecil
  • 2 biji epal hijau – buang biji dan potong kecil-kecil
  • 300ml air masak
Cara:
  • 1. Campurkan peria, epal hijau dan air masak ke dalam pengisar.
  • 2. Kisar hingga halus.
  • 3. Tapis bahan kisar.
  • 4. Tuangkan jus ke dalam gelas.
  • 5. Sedia untuk dihidangkan.
Bagaimana caranya Amie minum Jus Peria & Epal Hijau? Tarik nafas. Lepaskan nafas. Minum perlahan-lahan sehingga habis!
Peria katak penawar penyakit
PERIA atau nama saintifiknya Momordica Charantia, sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia.
Dalam perubatan Ayurveda misalnya, masyarakat India menggunakan peria katak bagi merawat ekzema dan jangkitan kulit, manakala masyarakat Amerika pula memanfaatkan khasiat peria untuk mengubati malaria dan demam.
Bagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes.
Sebenarnya, sejak zaman purba, peria banyak digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur lantas menunjukkan kebaikan tumbuhan ini untuk dijadikan makanan harian.
Bantu rawat diabetes
Penyelidik mendapati peria memberi kesan hipoglisemik dan bertindak menurunkan paras gula dalam darah. Cara paling mudah membantu merawat diabetes adalah dengan mengambil jus peria setiap pagi. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicampurkan dengan epal hijau dan oren.
Khasiat peria katak
  1. Membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga.
  2. Melewatkan pengosongan uncang perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa.
  3. Mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan.
  4. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli.
  5. Ada sejenis multi vitamin semula jadi kerana sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser.
Keburukan peria katak
  1. Cara penyediaan penting. Perlu dimasak dengan betul bagi mengelak kandungan racun yang boleh menyebabkan kesan toksik seperti cirit-birit, hipoglisemia, muntah dan jika tidak dirawat mungkin menyebabkan maut.
  2. Sesuai dimakan bagi mengawal masalah diabetes tetapi perlu direbus atau direndam dengan air garam terlebih dahulu.
  3. Penghidap diabetes yang bergantung pada ubat perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana dibimbangi mengalami masalah hipoglisemia. Ia tidak boleh dicampur dengan ubat moden.

Khasiat Campuran Air Kelapa Dengan Limau Nipis Mampu Turunkan Bacaan Kencing Manis Dan Darah Tinggi


Minum Campuran Air Kelapa Dengan Limau Nipis Boleh Turunkan Bacaan Kencing Manis Dan D-arah Tinggi

Bila kali terakhir anda minum air kelapa dengan limau nipis? kalau nak fikirkan, entah apa rasanya bila air kelapa di campurkan dengan perahan limau nipis. Ini pasti akan berubah apabila anda habis membaca artikel ini.
Petua ini hasil perkongsian dari Dayyan Haadiyyan. Menurut perkongsian beliau, Amalan meminum air kelapa dengan limau nipis baik untuk penghidap kencing manis dan darah tinggi.
Ini cara penyediaannya:
  • Campurkan sebiji air kelapa muda dengan setengah biji limau, lagi masam lagi bagus. Tetapi PERINGATAN orang yang ada gastrik tak boleh minum masam sangat.
  • Minum sehari satu dan dua kali sahaja, insyallah bacaan gula kencing manis dan sarah tinggi akan turun dan normal kembali. Sebelum minum doa dulu, semoga dengan izin Allah air kelapa muda dengan limau nipis ini membantu di dalam masalah kesihatan kita.
  • Hanya Allah SWT sahaja yang bisa menyembuhkan segala penyakit tersebut.
Berikut merupkan sebab kenapa anda perlu minum air kelapa:
1. Membantu Penghadaman
Jika anda selalu rasa kembung dan susah untuk menghadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman anda.
Ini kerana air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masaalah pencernaan . Tambahan pula, air kelapa dapat mengurangkan berlakunya refulks asid dalam perut anda.
2. Mengurangkan Berat Badan
Kalau di banding dengan minuman yang lain, kandungan lemak Air Kelapa sungguh rendah membuat anda tidak perlu takut berat badan anda naik kalau anda minum banyak skali pun. Kalau anda hendak minum sesuatu selain dari air kosong sambil mengekalkan berat badan anda air kelapa sesuai sebagai pilihan.
3. Menggalakkan Penghidratan
  • Apabila anda berseman ataupun menjalankan aktiviti fizikal, badan anda akan kehilangan mineral penting yang membuat anda rasa letih.
  • Daripada anda minum Air Isotonik yang penuh dengan gula, anda boleh menggantikan mineral yang hilang dengan cara yang lebih sihat. Air Kelapa membawa kesan yang sama seperti minuman Isotonik dalam menggantikan elektrolit yang hilang ketika bersenam.
  • Satu cawan Air Kelapa mengandungi 294 mg Kalium dan 5 mg Gula semulajadi. Kandungan gula yang rendah dibandingkan dengan minuman Isotonik menjadikan ia alternatif yang sihat.
4. Penjagaan Kulit
Kepada yang hendak memiliki kulit yang sempurna, air kelapa boleh memastikan kulit anda licin berseri. Apabila anda minum air kelapa ia membantu memulihkan kelembapan semulajadi kulit anda.
Kulit yang kering selalunya bererti kulit yang rosak. Kulit bergantung kepada lapisan Lipid untuk melawan iritasi kulit yang disebabkan oleh bakteria, virus dan kulat.
Apabila kulit anda menjadi kering, ia hilang keupayaan semulajadi untuk melawan bakteria meningkatkan potensi tumbuhnya jerawat.
Kalau anda sedar, banyak produk kecantikan yang popular di pasaran mengandungi ekstrak buah kelapa kerana kebaikanya dalam penjagaan kulit telah lama terbukti.
5. Kaya Dengan Nutrien & Vitamin
Berbeza dengan jus lain yang ada di pasaran, air kelapa mengandungi dos Vitamin dan Nutrien yang penting untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.
6. Menurunkan Tekanan Darah
  • Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah yang tinggi.
  • Kerana Air kelapa ini mempunyai kandugan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbang semula kandungan elektrolit dalam badan.
  • Kajian yang boleh dijumpai di dalam West Indian Medical Journal 2005, menunjukan air kelapa dapat mengurangkan kadar tekanan darah 71% dari perserta kajian tersebut.
Semoga petua ini bermanafaat buat kita semua, insyallah.
Sumber : Dayyan HaadiDayyan.

Petua Limau Kasturi Untuk Kurangkan Kencing Manis


Jom Kurangkan Kencing Manis Dengan Menggunakan Petua Limau Kasturi

Perkongsian June Junaidah
Bagaimana nak kurangkan penyakit seperti kencing manis dan seangkatan dengannya? Ini petua yang boleh korang cuba kat rumah :
  1. -Sediakan 15 biji limau kasturi dan 1 liter air
  2. -Rebus sampai mendidih dan sejukkan. Kemudian korang blend air dan limau tu sekali
  3. -Blend sampai hancur kemudian korang campur secubit garam dan tapis. Ambil airnya sahaja.
  4. -Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk okay.


p/s: korang boleh minum 1 gelas setiap pagi selepas sarapan dan juga malam sebelum tidur. Selamat mencuba ya !
10 Khasiat Lain Limau Kasturi
Antara khasiat lain bersama petua kampung tentang penggunaan limau kasturi. Buah limau kasturi ini secara amnya enak kita buat minuman atau campurkan ke dalam sambal belacan kita. Sebenarnya ia telah menjadi makanan turun temurun nenek moyang kita di nusantara ini kerana khasiatnya yang bermacam.
Berikut adalah antara khasiat bersama petua kampung tentang penggunaan limau kasturi.
  1. Ubat menghilangkan batuk- Campurkan limau, bersama kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam.
  2. Ubat demam- Ambil beberapa genggam daun limau kasturi, kemudian rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rabusan ini untuk menuam dahi peaskit yang demam dengan menggunakan tuala.
  3. Ubat ketiak- Campurkan limau bersama kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh semula. Lakukan pada pegi dan petang.
  4. Ubat pening kepala- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Picit sedikit senhingga terkeluar perahan limau itu tadi dan halakan percikan itu ke hidung.
  5. Mengurangkan lelah- Ambil sesudu madu asli, dan campurkan lima titik perahan limau kasturi. Makan campuran tersebut seminggu sekali.
  6. Cairkan lemak- Petua orang tua-tua untuk mengurangkan berat badan adalah dengan meminum air teh tanpa gula yang dicampurkan limau kasturi dan diminum setiap hari. Pastikan air tersebut suam atau agak panas. Jadikannya amalan harian.
  7. Hilangkan kelemumur- Ramaskan beberapa helai daun rambutan sehingga keluar lendiran, dan campurkan dua cawan santan dan beberapa biji likau kasturi. Lumur di rambut dan balut dengan tuala lembab. Biar buat seketika waktu sebelum dibilas bersih. Lakukan rawatan ini seminggu sekali.
  8. Berkesan menghilangkan kesan degil minyak pada baju- Campurkan perahan limaukasturi bersama sedikit garam. Kemudian, gosokkan kepada bahagian yang terkena minyak. Biarkan selama 5-10 minit sebelum basuh seperti biasa.
  9. Mewangikan rambut- Gosokkan belahan limau di kepala sehingga sebati dan biarkan beberapa minit kemudian barulah cuci sehingga bersih. Selain daripada mewangikan, ia juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.
  10. Berkesan kilatkan cermin mata- Cuci cermin mata dengan sedikit perahan limau. Bilas dengan bersih dan lap dengan kain yang lembut dan kering.
Sumber: Maskulin

About

Popular Posts