Trending

Tuesday, 6 November 2018

Isteri Hafizh Shahrin Pelumba MotoGP Jadi Gadis Litar Muslimah Dapat Perhatian Media Seluruh Dunia


Selepas mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dalam penampilan sulung perlumbaan MotorGP dunia Hafizh Syahrin mula jadi perhatian. Bukan saja di Malaysia tapi juga luar negara.
Menariknya perhatian itu bukan setakat kerana prestasi Hafizh Syahrin sebagai pelumba berpotensi tapi juga kerana memiliki isteri yang cantik.


Kelibat Noor Suzana Abdul Manaf yang hadir di litar bagi memberi sokongan pada suami dengan penampilan berhijab menyebabkan dia menjadi tumpuan media terutama sekali Indonesia.
Tidak dinafikan Suzana ini memang cantik orangnya. Malah dia juga merupakan model muslimah di tanah air.
Kagum dengan kecantikan isteri Hafizh ini, sejak beberapa minggu lalu banyak portal-portal di Indonesia berkongsi gambar dan gaya Suzana yang diambil dari instagramnya.


Malah Suzana juga disenaraikan oleh laman web Fox Sports Asia sebagai salah seorang daripada tujuh WAGs (Wife And Girlfriend) atlet atau ahli sukan yang paling cantik di Asia. Wow!
Memang cantik!
Hafizh Syahrin Pilih Isteri Sebagai Umbrella Girls Di Perlumbaan MotorGP Buriram, Thailand.
Kehadiran Umbrella girl di litar perlumbaan MotorGP sentiasa menarik perhatian. Apa tidaknya, gaya gadis payung yang seksi, tinggi seperti model, serta memiliki tubuh badan yang menggoda pastinya memukau mata yang memandang.
Namun, baru-baru ini viral di laman sosial apabila pelumba MotorGP negara Hafizh Syahrin membawa isterinya, Noor Suzana sebagai gadis payung pada perlumbaan MotorGP di Buriram, Thailand. Kemunculan Noor Suzana atau dikenali sebagai Zana mencuri perhatian peminat dunia permotoran seluruh dunia.




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts