Trending

Monday 31 December 2018

Cara Solat Sunat Taubat Sebarkan






Mintak waktu Dua Detik baca perlahan sambil muhasabah diri


Mintak waktu Dua Detik baca perlahan sambil muhasabah diri😢
setiap 1000 orang makhluk yg melewati jembatan siratal mustaqim ,hanya 1 orang saja yg berjaya masuk ke syurga ?? 😭😭😭
👇👇 ...
BAGI YG ISLAM. TAK DIBACA SAYANG_*.👇
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil alaihis salam dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu karena pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Seluruh makhluk terkejut melihat ukuran malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukit hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka merasakan kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bernama Al-Kautsar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan, dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal karena Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Subhanahu Wa Taala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk karena mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Allah yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang senantiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi yaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala karena takut. Lalu dimulailah timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehingga seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada izinan Allah Subhanahu Wa Taala.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Allah untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berhasil dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratal Mustaqim ialah jembatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jembatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka senantiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri siratal mustaqim mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti siratal mustaqim, hanya seorang saja yang brrhasil melaluinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sebagaimana mana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Kerugian meninggalkn solat:
Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.
Asar:
Kesehatan mulai terganggu.
Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya':
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah (sebarkan ilmu walau 1 ayat)
Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM .
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca .. AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menjepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan jepitan itu dengan SHOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu memahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan.
Yg bilang aamiin semoga diberi rezeki yg melimpah,
Selamat Dunia Akhirat.
Aamiin.


Promosi bilik sempena Tahun Baru 2019 mulai 1 Januari 2019


Promosi bilik sempena Tahun Baru 2019 mulai 1 Januari 2019.
Untuk tempahan, hubungi 095118888


SHOLAWAT AL FATIH RAHSIA KEJAYAAN PARA WALI



SHOLAWAT AL FATIH.
RAHSIA KEJAYAAN PARA WALI.
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Sholawat dan salam senantiasa dihatur kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dengan mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang dhoif lagi miskin ilmu ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua. Insha Allah...
Kiyai As Syeikh Mohammad Mokhtarullah mengungkapkan rahsia kejayaan dakwah para wali, antaranya ialah doa selawat. Pembuka bagi doa sholawat itu ialah SHOLAWAT FATIH kerana untuk membuka sesuatu sememangnya menggunakan kunci (fatih) terdapat dalam bukunya yang bertajuk Kunci Sukses Dakwahya Para Wali. Doa dan Sholawat Fatih juga menjadi amalan Kiyai Haji Fadhil Banten (Ulama dan pengembang Tareqat Naqsyabandiah danTijaniyyah di negeri Johor. Juga penasihat agama bagi Sultan Johor (Sir) Ibrahim, juga guru kepada Panglima Kiyai Salleh.
Beliau pernah menyebarkan rahsia kekuatan dakwah kepada murid-muridnya melalui SHOLAWAT FATIH sepertimana diwarisi oleh Tuan Guru Haji Mohammad Yassin (bapa Tan Sri Muhyidin Yassin) .
Dalam hubungan ini, ibadat sholawat memiliki peranan besar dalam menghubungkan kita dengan junjungan besar Rasulullah SAW. Ibadat sholawat menjadi saluran melalui baginda supaya rahmat Allah yang khusus diberikan kepada baginda akhirnya mengalir kepada kita. Melalui saluran sholawat itulah, mengalirnya syafaat baginda tanpa perlu menunggunya di akhirat kelak.
Para wali sebagaimana para nabi bukanlah rahib-rahib atau sami-sami yang hanya tinggal dirumah-rumah ibadat tetapi mereka perlu mengembara untuk mendalami ilmu sekaligus menyebarkan Islam. Mereka ibarat danau, memiliki kerohanian yang mendalam dan pemikiran serta hati yang jernih. Mereka bukan sahaja dikurniakan karomah yang diizinkan terhadapnya tetapi mengajarkan masyarakatnya ilmu tasawuf dan tarekat sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu tidak hairanlah mereka sering dikunjungi oleh orang-orang yang memerlukan ketenangan rohani.
Telah dibuktikan dalam sejarah, bahawa membawa ajaran Ahlussunnah wal Jamaah dan mazhab Syafie yang dibawa oleh para Walisongo itu sesuai dengan kedudukan bangsa Nusantara yang bersifat Majmuk. Apatah lagi Ahlussunah wal Jamaah mengajar umat supaya dapat hidup dalam ketenangan, mengembangkan fahaman untuk mendamaikan dunia keilmuan dengan dunia politik serta rohani yang berperanan untuk membangunkan peradaban Islam itu sendiri.
Untuk lebih terkesan dan keberkatan, carilah guru untuk mendapatkan ijazah bagi amalan Sholawat Fatih ini.
SHOLAWAT AL FATIH.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ .
Sholawat Fatih Latin :
Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammaddinil Fatihi Lima Ughliqo Wal Khotimi Lima Sabaqo, Nashiril Haqqi Bil Haqqi Wal Hadi Ila Shirotikal Mustaqim Wa Ala Alihi Haqqo Qodrihi Wa Miq Darihil 'Adzim.
Shalawat Fatih Artinya:
Ya Allah curahkanlah rahmat dan keselamatan serta berkah atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang dapat membuka sesuatu yang terkunci, penutup dari semua yang terdahulu, penolong kebenaran dengan jalan yang benar, dan petunjuk kepada jalanmu yang lurus. Semoga Allah mencurahkan rahmat kepada beliau, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya dengan sebenar - benar kekuasaannya yang Maha Agung.
IJAZAH SHOLAWAT FATIH SEBAGAI SHALAWAT NURONIYYAH CAHAYA ALAM GHAIB QUDRATULLAH.
BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIIM.
" QOBILTU "....Dengan ini aku ijazahkan secara sempurna kepada semua ahli Kampus Tok Penjejak Badai. Semoga dengan mengamalkannya Allah Ta'ala akan memberikan keberkahan kepada kita, dimantapkan iman islam serta ihsan, terkabul segala hajat, tertolak segala musibah, dijauhkan dari Sihir, Syarrul 'Ain dan penyembuh segala penyakit, hidup sehat afiat, gemar beribadah mendapatkan khusyu nya, rajin shodaqoh serta berakhlaqul karimah. Aamiin ya arhammar Rahimiin.
Sahabatku semua, kemuliaan dan anjuran untuk bersholawat ada di dalam surah Al Ahzab ayat 56 :
Artinya :
" Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersholawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."
Jika Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersholawat ke atas Nabi, apa lagi kita. Berikut sholawat al Fatih. Versi asli yang belum ada tambahan yang di ijazahkan oleh Abah Anom, ketika aku di Pondoknya.
SHALAWAT AL FATIH :
" ALLAHUMMA SHOLLI ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADINIL FATIHI LIMAA UGHLIQO WAL KHOOTIMI LIMA SABAQO NASHIRIL HAQQO BIL HAQQO WALHAADII ILAA SHIROOTIKAL MUSTAQIIMI WAALAA ALIIHI HAQQO QODRIHI WAMIQDAARIHIL ADZHIIMI."
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ, نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ .
Artinya :
" Ya Allah berikanlah Rahmat yang disertakan ta'zhim kepada penghulu kami Nabi Muhammad sebagai pembuka apa yang tertutup dan yang menutup sesuatu yang terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar pengagungan padanya dan kedudukan yang agung."
DIBACA SELEPAS SHOLAT FARDU 3x. SECARA ISTIQOMAH.
KRONOLOGI SHALAWAT AL FATIH :
Riwayat yang disebutkan Syeikh Abu Salim al-‘Iyasiy semoga rahmat Allah selalu tercurah kepada beliau. Beliau ini merupakan ulama yang pertama kali membawa Sholawat Fatih dari Mesir ke Maroko. Ketika Sidi Syeikh Maulana al-Quthb Ahmad bin Muhammad At-Tijani Radhiyallahu Anhu diberikan kesempatan agung peristiwa akbar bertemu secara langsung dengan Rasulullah shallallahu alaihi wa alihi wa sallam beliau mentalqinkan Sidi Syeikh Ahmad.
Melihat kronologi datangnya sholawat Fatih kepada Sidi Syeikh Muhammad al-Bakri as-Siddiqiy Radhiyallahu anhu, setelah beliau melakukan munajat selama 30 tahun, bahkan riwayat dari Syaikh Muhammad Fathan Bin Abdul Wahid an-Nazhifiy menyebutkan munajat beliau selama 60 tahun. Dalam munajatnya, beliau memohon kepada Allah Ta'ala agar diberikan sholawat yang mengungguli sholawat yang ada di alam ini. Sehingga pada waktunya Allah Ta'ala mengabulkan permohonan beliau datang dari alam ghaib sebagai tahqiq bahwa Sholawat Fatih bagian dari Kalam Qadim Allah sesuai dengan firman Allah :
" Innallaha Wa Malaikatahu Yushollluna Alan Nabiy."
Sholawat Allah dan para malaikat hanya menggunakan kata sholawat sebagaimana dalam pernyataan ayat ; ( Innallaha wa malaikatahu yusholluna Alan Nabiy).
Inilah sebagian jawaban yang mengukuhkan bahwa Sholawat Fatih bagian dari Kalamul Qadim.
Menurut Syaikh Ahmad at-Tijaniy ra, Sholawat Fatih tidak memakai kalimat 'wa sallim' kerana Sholawat Fatih bersumber dari Allah, bukan susunan yang dibuat oleh manusia. Ketika Syeikh Ahmad bin Muhammad ditanya :
" Mengapa Sholawat al-Fatih tidak ada wasallim-nya..?" Beliau menjawab :
" Haakadzaa minal ghaaib, demikianlah dari al-ghaib."
Lama sekali Al-Quthb Asy-Syeikh Muhammad bin Abil Hasan Al-Bakri As-Shiddiq beribadah, munajat dan mohon kepada Allah SWT agar diberi sholawat yang pahala-pahala, sirr-sirr, faidah-faidah dan keistimewaan semua sholawat masuk di dalamnya. Kemudian malaikat datang membawa kain bertuliskan Sholawat al-Fatih dengan tulisan cahaya, sebab itu diberi nama Sholawat Al-Bakriyah sebagaimana juga diberi nama Al-Yaaqutatul Faridah( permata Yaqut ) yang tidak ada duanya, tetapi kemudian terkenal dengan Sholawat al-Fatih."
Lafazh-lafazh dalam Sholawat al-Fatih merupakan iqtibas (copy) dari firman Allah dalam ayat-ayat al-Qur’an :
اللَّهُمَّ :
Diambil dari ayat :
(دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ) (يونس: 10)
صَلِّ عَلىَ :
Diambil dari ayat: Al Ahzab: 56.
(اِنَّ اَللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِي يَا أَيّهَا اَلذِينَ آمَنُوا صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً) (الأحزاب: 56)
سَيِّدِنَا :
Diambil dari ayat: Ali 'Imraan: 39.
(وَسَيِّداً وَحَصُوراً وَنَبِيئاً مِنَ اَلصَّالِحِينَ) (آل عمران: 39)
Dalam ayat tersebut, Allah menyebut Nabi Yahya dengan sebutan Sayyid. Menyebut Rasulullah dengan sebutan Sayyid adalah lebih utama kerana beliau adalah Sayyid al-Khalq (pemimpin makhluk). Dalam sebuah hadis beliau mengatakan :
انا سيد ولد ادم ولا فخر
Artinya :
" Saya adalah pemimpin manusia dan tidak sombong."
Manfaat dan fadhilah bacaan Sholawat Fatih :
KEAGUNGAN DAN KEUTAMAAN SHOLAWAT AL-FATIH.
Sholawat al- Fatih memiliki 8 martabat keutamaan, di bawah ini hanya keutamaan pada martabat yang pertama saja, sedangkan yang lainnya dirahasiakan oleh Allah SWT, diantaranya adalah :
1.) Membaca Sholawat Al-Fatih 1x, setiap hari dijamin hidup bahagia dunia dan akhirat
2.) Membaca Sholawat Al-Fatih 1x, menghapus semua dosa.
3.) Membaca Sholawat Al-Fatih 1x, menyamai pahala ibadah semua makhluk di alam semesta ini 6000x lipat.
4.) Membaca Sholawat Al-Fatih 1x, menyamai pahala sholawat yang dibaca oleh seluruh makhluk dari awal diciptakan sampai sekarang 600x lipat.
5.) Membaca Sholawat Al-Fatih 1x setiap hari, dijamin mati membawa iman (husnul khotimah).
6.) Membaca Sholawat Al-Fatih 10x di malam Jumaat, lebih besar pahalanya daripada ibadah seorang wali yang tidak membaca Sholawat Al- Fatih selama 1 juta tahun.
7.) Pahala Sholawat Al-Fatih dapat menutupi dan mengganti kesalahan yang pernah ia lakukan terhadap orang lain, sehingga ia dapat mengganti tuntutannya orang itu di hari kiamat.
8.) Membaca Sholawat Al-Fatih 100x di malam Jumaat menghapus dosa 400 tahun.
9.) Syekh Ahmad At-Tijany ra. berkata :
" Keistimewaan Sholawat Al-Fatih sangat sulit diterima oleh akal, kerana ia merupakan rahasia Allah SWT yang tersembunyi. Seandainya ada 100.000 bangsa yang setiap bangsa itu terdiri dari 100.000 kaum, dan setiap kaum terdiri dari 100.000 orang, dan setiap orang diberi umur panjang oleh Allah SWT sampai 100.000 tahun, dan setiap orang bersholawat kepada nabi setiap hari 100.000 x, semua pahala itu belum dapat menandingi pahala membaca Sholawat Al-Fatih 1x."
Keutamaan Sholawat al-Fatih (Mutiara Yang Tak Ada tandingannya) dalam kitab/nadzam al- Yaqutah al-Faridah.
a.*- Keutamaan Sholawat al-Fatih yang terkenal dengan sebutan al- Yaqutah al-Faridah atas sholawat lainnya seperti lebih hebatnya burung Qatha berjalan di waktu malam dibandingkan dengan rayapan semut.
b.*- Tidak ada bentuk Sholawat kepada Nabi yang membandinginya untuk seseorang bisa wushul kepada Allah dan mendapat pahala.
c.*- Keutamaannya tidak dapat dibatasi dan tidak bisa dianalogikan oleh akal. Kerana keutamaan yang Allah berikan tidak bisa difikirkan akal cerdas manusia.
d.*- Sholawat al-Fatih memiliki banyak bentuk redaksi yang lebih mahal dari mutiara berharga. Jika engkau menginginkannya, maka bertanyalah kepada pelindung tariqah.
e.*- Keutamaannya dapat melipat bumi tempat yang luas dengan sekejap mata. Dengan membaca Sholawat al-Fatih orang yang pincang dapat mendahului berlarinya dari orang yang sehat.
f.*- Banyak keberuntungan yang dapat diraih dengan membaca Sholawat al-Fatih. Terutama apabila dibaca pada malam hari selepas sholat Isya'.
g.*- Keutamaan satu kali membacanya di waktu malam seperti 500 kali membacanya di waktu siang lantaran pahala menjadi berlipat ganda.
h.*- Banyaknya istana dan berdampingan dengan Nabi Muhammad serta para bidadari yang cantik dan pelayan-pelayan dari wanita dan pria di Surga kelak.
i.*- Mendapat pahala haji, umrah dan berperang ratusan dan puluhan kali.
j.*- Seandainya seseorang melakukan dosa sebanyak 400 tahun, maka dosa itu akan diampuni oleh Allah dengan sebab membaca Sholawat al-Fatih sebanyak 100 kali pada malam Jumaat.
k.*- Diriwayatkan dari Sayyid al-Bakriy bahwa Sholawat al-Fatih diturunkan sebagai tebusan dari Neraka Jahim sekalipun dibaca sekali.
l.*- Di dalam Sholawat al-Fatih telah mencakup setiap bentuk sholawat yang ada di alam. Dan lebih unggul dengan banyak rahasia serta banyak sesuatu sangat mahal nilainya.
m.*- Keutamaan Sholawat al-Fatih juga dijelaskan oleh Syaikh Ubaidah Ibn Muhammad, beliau memunculkan hal-hal ajaib dalam kitabnya yang bernama Mizab al-Rahmah.
Demikianlah sedikit dari sekian banyak tentang keagungan dan keutamaan Sholawat Fatih.
INGAT...!
Semua itu akan sia- sia jika meninggalkan kewajiban sholat, puasa dll. Agar dikerjakan dengan ikhlas kerana Allah. Yakin dengan kekuasaan Allah.
Sholawat Fatih ini ditulis oleh Syech Sayyid Muhammad Syamsuddin ibn Abil Hasan al Bakri RA, adapun manfaat dan fadhilah Sholawat Fatih adalah :
1.) Untuk menghilangkan fikiran yang resah atau susah.
2.) Barang siapa membaca Sholawat al Fatih tersebut, seumur hidup sekali saja, Insha Allah diselamatkan dari api neraka.
3.) Membaca Sholawat Al Fatih satu kali seperti membaca sholawat 10.000 x (ada yang mengatakan 600.000x).
4.) Untuk melepaskan semua kesulitan misalnya agar dapat segera membayar hutang, urusan yang sukar segera dapat solusinya, agar rezekinya lancar dan lain- lain. Untuk memperoleh sesuatu yang dimaksud sebaiknya Sholawat Fatih tersebut dibaca secara rutin/istiqomah, terutama dibaca tengah malam 100x selama 40 hari, atau lebih ampuh lagi dibaca setiap hari tiap malam dengan cara sholat Hajat dua rakaat, setelah salam hadiah fatihah kepada para Nabi, auliya, syuhada, ulama, ahli kubur yang mukmin, kemudian membaca bacaan Sholawat Fatih.
5.) Apabila Sholawat Fatih dibaca setelah sholat Subuh 21x, Allah akan meluaskan rezekinya, sabar hatinya, selamat diri dan keluarganya terhindar dari semua bala dan bencana atau malapetaka.
6.) Dan siapa yang membaca Sholawat Fatih 1000x pada malam Jumaat atau malam Khamis atau malam Isnin, maka orang tadi esok dapat berkumpul dengan Nabi Muhammad SAW. Adapun caranya sebelum membaca sholawat sholat sunnah 4 rakaat :
1.) Rakaat pertama ba'da Fatihah membaca Surat Al Qadar.
2.) Rakaat kedua membaca Surat Al Kafirun.
3.) Rakaat ketiga membaca Surat Al Falaq.
4.) Rakaat ke empat membaca Surat An Nas.
Membaca Sholawat Fatih (Al-Fatih) satu kali sama dengan 600 kali dari ribuan sholawat para malaikat, manusia dan jin.
Dari awal mereka diciptakan sampai waktu Sholawat Fatih (Al-Fatih) diucapkan. Dengan adanya izin dari Sayyid Ahmad al-Tijaniy sekalipun dengan perantara.
Banyak sekali pelipat gandaan pahala dalam membaca Sholawat Fatih (Al-Fatih) yang pertama, kedua sampai seterusnya.
Pahala yang berlipat sebanding dengan zikir yang dilakukan oleh makhluk di alam ini dengan 6000 kali lipat dan mendapat ampunan dari segala dosa.
Oleh sebab itu janganlah engkau tinggalkan, lantaran membacanya menghilangkan dosa-dosa kita dan mendapat keutamaan tersendiri dari yang lainnya.
Wafat dalam agama Islam yang merupakan nikmat tertinggi, apabila engkau melazimkan membaca Sholawat Fatih (Al-Fatih) setiap hari satu kali sampai kematian menjemput.
Syaratnya adalah mendapat izin dari Sayyid Ahmad al-Tijaniy sekalipun melalui perantara agar mendapat keutamaannya.
Disertai keyakinan bahwa Sholawat Fatih (Al-Fatih) itu datang berupa lembaran dari cahaya yang turun dengan kalamullah.
Pengarang kitab Rimah Hizb al-Rahim menyebutkan 10 persyaratan. Beliau mengatakan 10 syarat tersebut tidak diketahui kecuali oleh orang-orang khusus.
Pahalanya meratai bagi seluruh ciptaan Allah tanpa 10 syarat.
Diriwayatkan dari sayid al-Bakriy bahwa Sholawat Fatih (Al-Fatih) diturunkan sebagai tebusan dari Nneraka Jahim sekalipun dibaca sekali.
Demi Allah, aku tidak pernah melihat satu zikir yang mendekatkan diri kepada Allah yang memiliki tingkatan yang agung seperti Sholawat Fatih (Al-Fatih).
Janganlah engkau melalaikannya sehingga menyesal dikemudian hari seperti penyesalan seorang yang bernama Kusaiy dan seperti orang yang menetapkan keputusannya (al-farazdaq).
Peganglah sekuat-kuatnya dengan gigi gerahammu selamanya, maka engkau akan mendapat derajat menjadi (wali) Aqthab dengan segala wasilah.
Janganlah engkau pindah kepada bentuk sholawat lainnya, apabila engkau termasuk orang yang cerdas.
Di dalam Sholawat Fatih (Al-Fatih) telah mencakup setiap bentuk sholawat yang ada di alam. Dan lebih unggul dengan banyak rahasia serta banyak sesuatu sangat mahal nilainya.
Keutamaan Sholawat Fatih (Al-Fatih) juga dijelaskan oleh Syaikh Ubaidah Ibn Muhammad, beliau memunculkan hal-hal ajaib dalam kitabnya yang bernama Mizab al-Rahmah.
Ya Allah, balaslah beliau dengan kebaikan-kebaikan dan berikanlah balasan yang baik kepada setiap pengarang yang mengikuti ajaran Sayyid Ahmad al-Tijaniy ra.
SELESAI....
SEKIAN DAHULU....
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa, ambil sisi positif dari keilmuan ini. Ya negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


NAMA AKU SYAITAN KISAH SEBUAH PERJANJIAN GHAIB


NAMA AKU SYAITAN.
KISAH SEBUAH PERJANJIAN GHAIB.
Assalamualaikum wr wbt sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Sholawat dan salam senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Tiada setitik niat dihati untuk menggurui sesiapa, hanya mencari ridho Allah swt dan berzakat ilmu semata. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini, berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Insha Allah.....
Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya. Kali ini seperti biasa aku akan berkongsi pengalaman aku, tentunya berkaitan dengan ghaib atau makhluk ghaib. Tapi kali ini lain sikit ceritanya....Bagaimanakah kisahnya, mari sahabat-sahabat ikut aku ke Jakarta....
Kisah ini terjadi pada tahun 2009, aku dah lupa bulan berapa. Ketika itu aku masih berada di '' Asia Paranormal Club " di Jakarta, Indonesia. Jam baru pukul 9:00 malam, aku masih bersembang-sembang dengan Andi sahabat aku di APC. Lalu datang Mas Jaka, mengajak aku dan Andi pergi makan dan minum di daerah Jl. Pucang. Disitu ramai pengunjungnya meski pun menjelang jam 11 malam. Di situ banyak warung makanan kaki lima, aku order nasi rawonnya sedap gila....beenaaarr..!!
Selesai makan, Jaka bertanya aku dan Andi :
" Gimana...? Mau langsung istirehat di "APC" atau pengen nongkrong(jalan-jalan) lagi..?
Aku memutuskan untuk lanjut jalan.
" Pengen lihat nggak rumah Darmo yang terkenal itu.....?? Gue hantar.." kata mas Jaka.
Aku tanya mas Jaka.
" Jaka..Rumah Darmo tu apa...??
" Oooh....Kamu belum lihat filem(movie)nya ya...?" kata mas Jaka.
" Ok...Mari kita pergi, Andi bagaimana..? Mau ngak."
Andi angguk, tanda setuju.
JAM 12:00 MALAM.
Dengan jarak yang cukup jauh, kami pun bergerak ke daerah Surabaya Barat, lalu masuk di kawasan perumahan elite.
Sampai di sana, aku lihat di kiri kanan semuanya rumah-rumah mewah. Tetapi aku heran, di sepanjang jalan perumahan ini tak ada lampu penerangan jalan sama sekali. Jalannya gelap total. Akhirnya sampai di tempat yang kami mahu tuju.
Rumah angker (berhantu) yang jadi buah bibir di kalangan pencinta kisah mistis. Rumah yang sudah 10 tahun tidak berpenghuni. Wuuussh.....angin malam berhembus dan jam menunjukkan pukul 12:00 malam.
Sesampai di sana aku sedikit terperanjat, ternyata hampir berubah 180 derajat. Atapnya sudah tak ada. Katanya dibongkar warga situ, juga ramai budak-budak datang situ ambil gambar, foto-foto berselfie. Aaaduuuh...langsung drop. Mas Jaka hanya senyum-senyum aje, sambil berkata :
" Ya.... seperti inilah kondisinya sekarang."
Walaupun aura mistiknya masih terasa, tapi tak sesuai yang aku harapkan. Lalu Jaka ajak aku dan Andi ikutnya, di ajak minum di warung. Aku angguk saja.
JAM 01:00 DINI HARI.
Di perjalanan naik motor, terjadi perbualan aku dengan Jaka.
* Jaka.
" Sebenarnya ada kisah yang publik ga banyak tahu dan pernah gue alami sendiri."
* Aku.
" Serius lu...? " (aku dah terikut-ikut stail cara mereka berbual)
* Jaka.
" Iya, nanti gue ceritain di warung kopi."
Maka sampailah kami di warung kopi yang di maksudkan.
JAM 01:15 DINI HARI.
Warung kopi tempat kami nongkrong (lepak) kebetulan dekat dengan salah satu Mall terbesar di Surabaya, kalau tak salah, namanya Mall PTC di daerah Pakuwon. Di situlah kejadian mistik/misteri terjadi.
Ok...mari, aku mulakan cerita ini.
Ketika aku, Andi dan Jaka sampai di warung tu, bangku meja semua sudah penuh, hanya satu meja yang kosong tapi ada satu orang duduk minum kopi. Kami pun minta izin untuk duduk di meja itu bersamanya. Umurnya sekitar 40-an. Aku menyapa lah dia.
" Selamat malam pak. Permisi ya kami numpang semeja." kata aku.
Namun lelaki itu cuma tunduk saja. Aku perhatikan ada yang tak kena/aneh. Wajahnya pucat lesi, namun tatapannya kosong. Akhirnya aku beranikan diri, berkenalan dan bertanya nama bapak ini. Aku pun tanya dengan sopan.
" Selamat malam pak salam kenal, bapak namanya siapa...?"
Dan jawaban si bapak ini, membuat aku shock dan bulu roma merinding. Dia menjawab dengan mata melotot.
" Namaku SETAN....!!!!
Shock, aku terperanjat dan mungkin aku salah dengar, aku tanya sekali lagi baik-baik.
" Maaf, siapa pak...?"
" Nama saya SETAN...!!! saya ini SETAN...!!!, sambil menghirup kopinya.
Sahabat tahu tak, kopinya cuma dihirup/sedut wapnya saja, tidak di minum. Akhirnya aku ajak si bapak misterius ini berbual. Jaka dan Andi hanya jadi pendengar saja. Semangkin aku tanya semangkin aku mulai setengah percaya bahwa dia ini benar-benar SETAN.. Percakapan aku dengan si bapak misterius lebih kurang seperti ini.
" Sudah lama minum kopi di sini pak...?"
Dia cuma senyum sinis saja, tapi matanya tak pernah lihat ke arah aku. Dan tetap dengan tatapan kosong.
" Bapak tinggalnya di mana..??"
Dia hanya mengerang, sambil tunjuk salah satu apartment di sekitar Mall. Maaf, aku tak dapat menulis nama apartmentnya. Aku agak kesal juga, apa-apa tak di jawab. Akhirnya aku katakan padanya niat aku baik, bahwa aku cuma ingin berkenalan saja.
" Bapak aku ga ada maksud apa-apa, aku cuma ingin berbual-bual saja. Tenang-tenang saja, aku bukan salesman.." aku bergurau dengannya sedikit.
Sambil kepalanya tertunduk.....si bapak kali ini ketawa besar.
" Hahahaha...manusia....manusia..."
" Kamu mahu tahu yaa.. Aku ini sebenarnya tidak mau berada di tubuh ini, tapi merekaaaa.....!! Merekaaaa..!! yang memanggil aku...!! Dan aku sekarang mulai menikmati hidup seperti ini..."
Aku mulai kebingungan dan mengira si bapak ini sudah stress barangkali. Tapi aku cuba menelaah kata-katanya, walaupun saat itu bulu roma aku sudah berdiri. Dan yang membuat aku semangkin curiga adalah jumlah air kopi yang berada di meja, saat itu berjumlah 10 gelas dalam keadaan penuh semuanya, tidak di minum sedikit pun.
Dan seolah-olah orang-orang di sini seperti sudah biasa dengan pemandangan ini...!!! Apa yang sebenarnya terjadi disini...? Siapa sebenarnya orang yang sedang berhadapan dengan aku sekarang..? Pertanyaan ini semangkin kuat di benak aku. Jaka dan Andi sudah beberapa kali mencuit tangan aku, ajak beredar. Aku cuba melanjutkan perbualan ini.
" Aku ini ya SETAN...!! Aku tau apa yang ada di atas langit....!! Aku tahu siapa saja yang diatas langit...!!
" Aku di sini hanya di manfaatkan oleh bangsa kamu...hanya dimanfaatkan untuk kepentingan mereka...!!
" Tetapi kerana timbal balik yang mereka berikan sepadan dengan kerja aku...!! Aku menerimanya...!! Hahahaha...zaman sekarang sangat mudah sekali mengelabui bangsamu yang imannya semangkin hancur."
Tidak lama si bapak berdiri sambil meninggalkan aku sambil ketawa kecil, padahal belum selesai info yang ingin aku dapat dari beliau. Aku masih belum puas hati mengenai si bapak tadi. Sampai akhirnya aku ajak Andi dan Jaka untuk mencari info ke apartment si bapak yang kebetulan tidak jauh dari warung yang kami duduk.
Sesampainya di apartment itu aku bertemu security, aku cerita padanya tentang si bapak dan ciri-cirinya. Terperanjat pak security lalu mengajak aku masuk ke bilik office nya. Seperti ada yang disembunyikan...
JAM 2:50 PAGI.
Sambil menyodorkan segelas air aqua kepada kami, pak security memerintahkan orang bawahannya.
"....dik tolong gantikan jaga pos depan buat sebentar. Saya ada keperluan." Si adik pun langsung berjalan ke pos jaga menggantikan bapak security.
Sambil tengok kiri kanan sesekali, terjadilah percakapan aku dan pak security.
" Mas ini kok, kamu semua tau tetang bapak yang tinggal di lantai 4 itu....? Kamu ni siapanya loh....?
" Bukan pak, kami bukan sapa-sapanya. Aku baru saja kenal waktu di kedai kopi di situ." kata aku padanya.
" Haaa...? Kamu ajaknya ngobrol(berbual)..? Sampeyan(kamu) jangan macem-macem loh mas, bisa celaka sampeyan...!!
(Tiba-tiba si security menutup mulutnya, mungkin dia keceplosan ngomong(terlepas cakap).
" Celaka gimana toh pak..? Lho kan aku ini cuma ngobrol kok celaka. Aku nggak ngerti maksud bapak.."
Aku harap sahabat-sahabat faham apa yang aku tulis, sebab aku guna bahasa Indonesia.
" Sampeyan nggak tahu kan itu siapa...??..itu SETAN maaasss...!!
" Lho, namanya SETAN pak..? Tadi aku kenalan juga begitu jawabnya."
"Oalaaahh..mas ini gimana toh, dia itu SETAN benaran mas...!!
" Haaahhh....yang bener pak..?? (bulu roma aku mulai berdiri...)
" Dia memang tinggal di kamar lantai 4, hampir setahun."
Sebenarnya aku, Andi dan Jaka sudah tahu siapa dia sebenarnya. Secara zahir, memang dia manusia tapi secara batin sebaliknya. Sengaja kami nak tahu cerita dari mulut-mulut warga di situ.
" Nggak mungkin toh pak kalo setan, kok bisa jalan, beli kopi dan lain-lain lagi, kayak(seperti) manusia saja."
" Lhoo...dia itu masuk ke raganya orang, terus hidup layaknya manusia biasa. Tapi tolong masss...rahsiakan tentang ini ya mas. Saya takut di pecat atasan saya.
" Nggak lah pak, aku di sini penasaran saja sama identitas tuh bapak. Nah...sekarang bapak tahu darimana kalau dia SETAN...??"
" Gini loh mas ceritanya...." kata pak security.
KESAKSIAN :
SECURITY APARTMENT.
JAM 9:OO MALAM.
LOKASI. LOBBY APARTMENT.
Saya waktu itu sedang jaga malam dan sedang hujan gerimis, tiba-tiba datang mobil (kereta) hitam. Kalau nggak salah ada 2 atau 3 mobil. Kalau di lihat, sepertinya mobil mahal dan hanya pejabat tinggi yang punya.
Yang turun kalau saya hitung sekitar 8-9 orang. Badannya gedek-gedek(besar), pakai jaket kulit hitam, mungkin dari kalangan militer(askar) atau intel atau apalah saya nggak tau. Dan mereka membawa bapak yang misterius itu menuju kamar lantai 4.
Saya tidak seberapa curiga kerana atasan saya sudah bilang. Nanti kamar di lantai 4 ada penghuni baru tiba sekitar pukul 11:00 malam. Yang 8 orang tadi pulang kecuali si bapak yang misterius itu. Nampaknya si bapak itulah yang akan menghuni kamar tersebut.
JAM 3:00 PETANG.
LOKASI : KAMAR LANTAI 4.
Hari demi hari ada yang janggal menurut saya. Hampir setiap hari banyak orang-orang gede-gede pakai jaket kulit hitam selalu datang di kamar si bapak. Bayangkan dik, hampir TIAP HARI. Entah apa yang mereka lakukan di dalam sana...?
Kalau si bapak itu biasanya keluar apartment sekitar jam 11 siang, terus dia suka minum kopi di Mall dekat apartment. Dan saya selalu menyapa ke bapak itu, tapi buru-buru di balas, noleh ke saya pun tidak.
Kerana rasa penasaran saya sangat besar, yaa..siapa tahu mereka adalah komplotan penjahat atau kriminal yang sedang merencanakan pembunuhan, datanglah saya ke bahagian penjaga kunci apartment. Saya minta kunci tempat kamar bapak itu dengan alasan untuk pemeriksaan keamanan.
Satu demi satu lantai saya jalani, kok perasaan mangkin gak enak ya dik, mangkin berat rasanya. Tapi saya nggak menyerah, sampailah saya di depan kamar lantai 4, kebetulan di kiri kanan nya juga belum berpenghuni.
Kenapa pilih kamar yang kiri kanan kosong...? Saya mulai curiga, jangan-jangan di dalam nyimpan senjata api. Saya bukalah kamar tersebut dan adik tau apa yang ada di dalamnya...?
Seluruh kamar sudah di tutup kain hitam, seluruh temboknya di tutupi kain hitam, sampai tempat tidur juga di tutupin kain hitam. Bau sesajen(barang-barang untuk pemujaan) menyengat dik. Saya sampai tutup hidung, tapi mata saya tertuju pada satu meja kecil dari kayu, seperti ukiran-ukiran zaman dulu.
Di atas meja tersebut ada keris, lalu ada rokok dan kopi, lalu ada kembang-kembang(bunga2) gitu, saya juga nggak ngerti kembang apaan. Saya sudah nggak kuat dik, badan saya terasa lemas. Saya putuskan untuk kembali ke pos jaga. Tapi sebelum keluar, ada yang membuka pintu kamar. Aduuuhh....mampus deh saya, si bapak sudah kembali. Saya nggak bisa kemana-mana lagi, denyut jantung saya semangkin kencang.
Pintu terbuka dan masuklah bapak itu. Tapi anehnya dia tak memperhatikan saya dik dan anehnya lagi, setelah mengunci pintu, si bapak tiba-tiba jatuh seperti pingsan gitu dik.
Nah...yang bikin bulu kuduk saya semangkin berdiri...saya noleh ke meja kecil itu dan tau nggak, rokoknya nyala sendiri dik...!! Seperti di hisap oleh seseorang...!! Kaki saya gementaran, saya sudah pasrah kalau misalnya sesuatu terjadi dalam diri saya. Saya cuma security biasa, tak punya ilmu-ilmu bergituan...
Tiba-tiba si bapak bangun dengan batuk-batuk, sambil ketawa-ketawa gitu, sambil berkata.
" Orapopo le, kowe ra usah wedhi karo aku. Aku ora njaluk getihmu, wes ono sing mangani aku nang kene." kalau tak salah maknanya begini.
( Tak apa nak, kamu tak usah takut, aku tidak meminta darah mu, di sini sudah ada yang memberiku makan).
Saya (security) mulai bertanya pada si bapak.
" Bapak ini siapa sebenarnya...?"
" Aku ini ya SETAN...!!
" Bapak ini paranormal atau dukun...?"
" Bukan.. Saya ini SETAN..!!
Aura mistis di kamarnya sungguh tak enak dik, saya sudah tak betah sebenarnya.
" SETAN...??. Bukannya SETAN itu nggak kelihatan Pak...?"
" Yang kamu lihat itu cuma raga, saya berada di dalamnya."
" Terus bapak sendiri di sini...? Keluarga bapak yang lain mana...?
" Bangsa saya ya di alam lain, bukan disini."
" Terus kenapa bapak tidak kembali ke alam bapak...??"
" Lha.. bangsamu yang menginginkan saya berada di dalam raga tua ini, lagipun saya dapat makan enak terus di sini."
" Haaahh...!! Maksudnya...??"
" Ya, misalnya kalau bangsamu tanya tentang kes pembunuhan, siapa pelakunya dan lain-lain, ya mereka tanya ke saya. Saya ini tau segalanya yang terjadi di duniamu ini, kerana saya ini SETAN...!!!
" Wah berarti bapak orang baik dong...?"
" Hahahaha...!! Kamu ini orang yang kuat imannya tapi kok bodoh sekali. Dimana-mana kalau SETAN di suruh kerja ya harus ada imbalannya. Kalau kesnya tak seberapa berat, saya minta darah, kalau kesnya berat saya minta tumbal nyawa."
" Awas kalau kamu menyebarkan identiti siapa saya sebenarnya, jangan macam-macam...!! atau kamu yang akan jadi tumbalnya."
[ Saya pun ngangguk, sambil keluar meninggalkan ruangan.]
Jadi ke simpulannya, selama ini si SETAN hidup di raga seseorang dan menghuni kamar apartment. Segala keperluannya sudah di tanggung oleh orang yang mengadakan perjanjian dengan si SETAN, untuk kepentingan segala kes pembunuhan, pencurian dan lain-lain.
Aku tak fahamlah sahabat, kalau kes ringan di beri darah, kalau kes berat pembunuhan minta tumbal (nyawa).
Macam ni bila nak game. Kes bunuh minta tumbal...?? Kes bunuh selesai, habis tumbal nyawa siapa, satu kes lagi....??
Selang sebulan kemudian mas Jaka kata, pak security sudah tidak bekerja lagi di apartment itu. Dan kamar si SETAN di lantai 4, sudah tidak berpenghuni lagi. Namun sampai sekarang pihak apartment melarang siapapun tinggal di situ.
SELESAI...
AMALAN ILMU LADUNI.
Di Ijazahkan Oleh :
Putra Majalengka. APC
Ilmu Laduni adalah ilmu yang datang langsung dari sisi Allah SWT, yang diberikan kepada orang-orang pilihan. Konon pemilik IImu Laduni dapat memahami segala sesuatu ilmu tanpa belajar sebelumnya. Salah satu yang mendapat anugerah Ilmu Laduni adalah Nabi Khidir as. Berikut aku kongsikan amalan untuk mendapatkan Ilmu Laduni kepada para sahabat-sahabat yang ingin mengamalkannya..
TAWASSUL :
1.) Bi mu’jizati Sayyidina Khidir alaihis salam... Al-Fatihah. 1x.
2.) Wa ilaa Ruhi Nabi Khidir alaihis salam... Al-Fatihah. 1x.
- Lalu membaca surah Al-Fatihah 20x atau 41x jika mampu. Istiqomahkan amalan ini setelah sholat fardhu (sholat lima waktu).
Insha Allah dengan izin dari Allah SWT, akan bertemu sosok Nabi Khidir alaihis salam seperti sahabat aku alami selama ini. Silah diamalkan, semoga bermanfaat dan berkah dunia akhirat. Aamiin..
SELESAI...
SEKIAN DAHULU....
Seperti biasa ambil sisi positif dari cerita ini yang negatif jangan di ambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada ALLAH SWT. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku TOK PENJEJAK BADAI dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH......
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


MEMELIHARA HANTU LANGSUIR DAN POLONG


MEMELIHARA HANTU LANGSUIR DAN POLONG.
ILMU TERAWANG ASMAUL HUSNA.
Assalamualaikum wt wbt para sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Sholawat dan salam senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Tiada setitik niat dihati ini untuk menggurui sesiapa, hanya mencari ridho Allah swt dan berzakat ilmu semata. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini, berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan secuil pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Insha Allah..
Sahabat-sahabat yang aku hormati semua, hari ni aku nak cerita tentang Hantu Langsuir dan Polong. Ya....benar, ilmu memanggil hantu. Macam mana sahabat berani tak...! Siapa takut boleh ikut aku....
Tapi sebelum tu mari kita kenal-kenal dulu dengan hantu 2 ekor ni. Hantu Polong, adalah makhluk Halus@Jin belaan yang di pelihara oleh seseorang, biasanya lelaki. Bertujuan untuk menjaga harta, tanah kebun dan untuk memudaratkan musuh. Hantu Polong juga disebut ' Saka ', yang perlu diwariskan kepada anak cucu. Sama juga dengan saka-saka yang lain. Hantu Polong harus diberi makan berupa darah dari jari tuannya. Cara untuk mendapatkannya, dengan mengambil darah orang yang mati di bunuh, lalu diletakkan ke dalam botol bermulut panjang. Botol tersebut akan dipuja dan dijampi serapah untuk tempoh tertentu. Selepas 7 hingga dua minggu akan kedengaran suara menjerit dari dalam botol tersebut. Pemuja Polong kemudian perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi Polong makan. Dengan memberi makan, Polong ini akan terikat perjanjian kepada tuannya dan akan melakukan apa saja perintah tuannya.
HANTU POLONG.
Polong biasanya disimpan didalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuhnya. Mangsa Polong, boleh diketahui dengan kesan lebam pada mayat serta darah keluar melalui mulutnya. Selain itu Polong juga digunakan bagi mendapatkan wang. Tuannya akan menyuruh Polong menyerang seseorang mangsa lalu keluarga mangsa akan menjemput orang itu dan menyamar sebagai Bomoh. Apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu dia mendapat bayaran kerana mengubati mangsa, tanpa mengetahui yang Polong itu miliknya(si bomoh).
Polong boleh di bunuh atau di paksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan untuk dipicit di ibu jari kaki mangsa atau di badannya dengan membacakan doa-doa atau ayat-ayat tertentu yang akan menyebabkan Polong kesakitan.
HANTU LANGSUIR.
Hantu Langsuir adalah makhluk Halus penghisap darah(bukan Drakula ya sahabat). Langsuir akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu. Langsuir mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan menggoda kaum lelaki agar mengikuti mereka ketempat yang sunyi, lalu berubah kembali kepada rupa asalnya dan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka. Langsuir lebih kurang sama dengan hantu Kuntilanak, cuma bezanya Kuntilanak sifatnya pemalu dan tidak mengganggu. Dia akan hilang/lari hingga terkencing-kencing jika terserempak dengan manusia. Kuntilanak tidak terbang, tetapi menghilang. Yang terbang dan mengilai biasanya hantu Langsuir.
Kononnya hantu Langsuir jika dipaku di belakang tengkuknya, Langsuir akan berubah menjadi seorang wanita yang cantik. Ayatul Qursi dan ayat al Hashr, ayat terakhir (24) dan juga laungan Azan mampu membunuh atau dia lari bertempiaran bila mendengar bacaan-bacaan ni.
MEMBUNUH HANTU POLONG.
Kisah ini terjadi pada tahun 2001 yang silam, di Kuala Terengganu, Kampung Pasir Panjang di sekitar kawasan rumah Amir, keluarga angkat aku di sana. Niat aku ingin melawat abah yang sakit tua, dan beliau juga buta kedua belah matanya angkara makhluk ghaib 15 tahun yang lalu hanya kerana iri hati. Selalunya kalau aku pergi ke sana, aku tinggal seminggu, aku suka tengok pemandangan sawah padi. Di Singapore mana ada pemandangan macam ni. Lagipun aku suka makan keropok lekur, tak kiralah yang rebus atau yang goreng bersama air kopi O.
Ketika aku sampai sana, aku terdengar berita angin mengatakan penduduk kampung di ganggu oleh Hantu Polong. Tok Dukun Sulong(bomoh kampung) sibuk di panggil dan di jemput untuk mengubati ahli keluarga yang di rasuk. Orang-orang kampung semua kata Tok Dukun Sulong hebat(power) dengan mudah dapat mengeluarkan Polong yang merasuk di tubuh mangsa. Tak sampai 5 minit di ubat, mangsa sudah dapat dipulihkannya. Tok Dukun Sulong memang hebat.. Tersenyum puas Tok Dukun Sulong dapat mengeluarkan Polong, apa lagi di hulur duit penat mengubat kepadanya, bertambah lebar senyumnya.
Dukun Sulong berumur sekitar lewat 40-an atau awal 50-an, macam tu. Tapi ilmu mengubatnya sudah hebat, kata orang kampung. Sebenarnya Dukun Sulong bukan asal Kampung Pasir Panjang, tapi asal dari Paka datang ke kampung ini sendirian setelah isterinya meninggal dunia.
Tetapi tidak semua orang percaya dia bomoh, mereka percaya gangguan ini datang dari Polong peliharaannya. Bila mereka menjemput Tok Bomoh Karim dari kampung sebelah yang selama ini orang-orang kampung mengharapkan jasa bantuan darinya. Sesiapa yang menggunakan jasa Bomoh Karim, maka seluruh ahli keluarga mereka akan di ganggu.
Ketika Tok Bomoh Karim tahu yang aku berada di rumah Amir, dia terus ke rumah mencari aku. ( sahabat masih ingatkan tentang Bomoh Karim ). Dia yang membantu aku ketika di rumah Paksu Sudin. Bukan main suka dia bertemu dengan aku.
" Tok, seminggu dua ni nampak sibuk aje." kata aku padanya bergurau.
" Apa tak sibuk, aku tahu siapa punya kerja. Aku gunakan ilmu yang kau ajar hari tu." katanya sambil menjuehkan lidah.
" Siapa Tok...? Kenal ke orangnya." aku pura-pura tidak tahu.
" Aaah..kau ni, buat-buat tak tahu pulak." katanya.
" Habis tu apa rancangan Tok." kata aku.
" Aku nak minta kau tolonglah Badai." katanya.
" Hiiss...Tok ni, jangan lah panggil aku Badai, nanti orang tahu."
Terkekeh-kekeh dia ketawa. Dah...yang lain pun ikut ketawa. Katanya dia nak serbu saje rumah tuan yang memelihara Hantu Polong itu. Aku katakan boleh, tapi kena minta izin dengan ketua kampung dulu.
" Kita kena bincang dengan Tok Penghulu dulu, kalau dia setuju takpe. Nanti orang kampung tuduh kita membunuh pula." kata aku padanya.
" Itu pun iya jugak." katanya.
" Ok...bila kita nak jumpa Tok Penghulu...? katanya.
" Seberapa cepat yang boleh." kata aku.
" Sekarang juga, kita pergi rumahnya." katanya.
Sampai di rumah Tok Penghulu, kami pun berbincang tentang masalah ni. Aku hanya mendengar saja mereka berbincang, aku kan tetamu, lagipun aku masih muda tak elok masuk campur orang tua-tua berbual, nanti di kata orang S'pore takde sopan pula.
Setengah jam kemudian, semua mereka(5 orang) sepakat untuk menyerbu rumah yang empunya Hantu Polong. Kebetulan esok hari Khamis malam Jumaat. Di cadangkan operasi di mulai jam 12 malam, esoknya. Hanya 5 orang saja yang tahu operasi ini, termasuk aku. Kami pun balik ke rumah Amir dan berbincang dengan Tok Karim.
" Tok, mari kita buat meraga sukma, kita cari tempat yang sesuai esok."
Tok Karim tak perlu aku bimbing lagi, dia dah mahir buat meraga sukma. Dari jauh kami sudah dapat lihat, Hantu Polong mengelilingi rumah Tok Dukun Sulung menjaga rumah tuannya.
" Tok, dekat sini aje. Jangan sampai dia tahu kita melihatnya." kata aku pada Tok Karim.
" Ya...ya..ya..Aku tahu." katanya.
" Ok..Tok, kita balik saje ke rumah."
Kami sengaja tak mahu serbu rumah Dukun Sulong, kami akan bunuh Hantu Polong nya dulu dan dia pasti dapat impack nya jika Polong nya di bunuh. Cara meraga sukma tak boleh dilakukan, kerana Hantu Polong atau makhluk ghaib boleh nampak kami, dengan cara meraga sukma. Maka aku gunakan ' terawang 'dari jauh, dengan cara ni dia tak dapat nak detect keberadaan aku. Hari esok pun sudah tiba...
Aku dah suruh Tok Karim bawa telur ayam kampung 3 biji dan darah ayam satu mangkuk dan tentu sekali bawa parang yang tajam. Masa yang ditetapkan pun tiba. Kami datang berlima termasuk Tok Penghulu. Aku, Bidin(anak tuk Penghulu) sama Tok Karim masuk ke bawah kolong rumah Dukun Sulong. Perlahan-lahan jangan sampai dia mengetahui kami di bawah, betul-betul di bawah tempat Dukun Sulong tidur. Tok Penghulu dan Amir tunggu di luar kolong dekat pintu depan.
Jeng....jeng....jeng...Aku pun keluarkan piring, aku letakkan betul-betul di tepi tiang seri. Dan aku letakkan juga telur 3 biji yang sudah aku tebuk atasnya dan aku keluarkan darah ayam, lalu aku letakkan di sebelah telur ayam tadi.
Aku pun merapal ayat memancingnya dengan telur dan darah ayam, lebih kurang 4 minit kemudian keluar lidah yang sangat panjang lebih kurang satu meter. Perlahan-lahan lidah Polong yang keluar dari celah-celah papan mencari bau darah ayam dan telur yang sudah aku tebuk tadi. Sudin di sebelah aku dah menggigil ketakutan, dia tak jangka macam ni punya suasana. Tok Karim angguk kepala, bersedia mahu melibas parang pada lidah Polong yang menjelir panjang. Aku katakan padanya nanti aku tangkap lidahnya baru Tok Karim boleh libas lidah itu dengan parang yang telah di asah tajam. Aku tak nak terburu-buru, biar dia shiok dulu ratah telur dengan darah ayam. Kasi dia last chance makan cukup-cukup.
Aku pun signal pada Tok Karim, agar bersedia. Aku tangkap lidahnya dengan tangan yang telah aku lumur dengan garam jantan, agar tak terlepas. Jika tak menggunakan garam, cekaman tangan kita boleh terlepas. Jadi itu pantangnya, garam jantan. Aku tarik lidahnya ke tiang seri, lalu aku arahkan pada tok Karim.
" Tok sekarang, tetak...!" kata aku padanya.
Dengan secepat kilat, Tok Karim menetak dengan parang tajam berkilat yang berada di tangannya.
" Allahu Akbar...! !" terus di tetak lidah Polong dengan parangnya.
Bergegar rumah dukun Sulong, lalu terpekik kerana kesakitan. Beberapa jiran yang dekat dengan rumahnya pun terbangun mendengar suara jeritan dari dukun Sulong. Mereka bergegas keluar rumah ingin tahu kenapa. Ketika mereka sampai saja ke rumah dukun Sulong, Tok Penghulu sudah ada di situ.
Aku, Sudin dan Tok Karim pun keluar dari bawah kolong. Bertambah hairan mereka melihat kami berada di situ, lebih-lebih lagi tangan aku dan tangan Tok Karim berlumuran darah. Sedangkan Sudin masih trauma, badannya masih menggigil. Tok Penghulu pun menanya pada anak satu-satunya lelaki yang dia ada.
" Kenapa badan kau menggigil Sudin, kau takut ker...?" Sudin hanya berdiam saja, masih belum boleh berkata-kata.
" Jadi orang lelaki jangan takut, lebih-lebih lagi dengan Jin Setan." katanya pada Sudin anaknya.
" Habis tadi Tok kata pada aku, Tok takut macam nak pingsan. Tok suruh aku angkat kalau Tok pingsan." kata Amir yang tadi sama-sama dengan Tok Penghulu tunggu di luar rumah.
" Uuuuhhu....Kau ni tak boleh simpan rahsia betul lah." katanya pada Amir.
Tahu bapaknya pun takut, baru dia berani bersuara.
" Haa....Bapak pun sama juga, takut macam aku." kata Sudin mengejek bapaknya.
" Aku gurau saja dengan Amir tadi." katanya tersengih-sengih.
Lidah Hantu Polong sudah aku masukkan dalam kain hitam. Aku suruh Tok Karim ikut aku membuang bisa air liur yang ada pada lidah Polong, jika tak dibuang tangan boleh terkena kudis dan lama-lama bernanah jika tidak dibuang cepat. Bisa aku lepaskan ke pohon pisang dan aku gerenti pokok pisang itu akan mati satu dua hari ini.
Esoknya semua orang-orang kampung heboh, berita kematian Dukun Sulong yang lidahnya putus mengerikan.
Beginilah sahabat, penghujung nyawa orang yang bersekutu dengan Syaitan. Hukum Allah pasti terjadi kepada mereka-mereka yang bersekutu dengan Jin dan Syaitan, mati dengan terhina.
Di bawah ini aku kongsikan ilmu terawangan yang aku gunakan ketika melacak keberadaan Polong di rumah Dukun Sulung. Semoga bermanfaat buat sahabat semua. Insha Allah..
ILMU TERAWANG.
KHASIATNYA :
Berguna untuk melihat yang ghaib, baik manusia ditempat jauh maupun jin atau barang terpendam.
PERINGATAN..!
Ilmu ini akan membuat sahabat tidak hanya melihat tetapi juga mendengar suaranya, sehingga seringkali mengganggu ketenangan kita sendiri.
Sebenarnya kita bukan akan melihat dengan mata fizik tetapi melihat dengan mata batin, sekalipun mata fizik kita tutup tetapi mata batin dapat tetap terbuka. Aku sendiri bingung bagaimana nak menjelaskannya. Kadang kita akan melihat yang ghaib dengan mata terbuka, kadang juga melihat dengan mata tertutup. Ok… coba sendiri saja ya….
Asma' yang digunakan adalah Asmaul Husna Al Batin ( Yang Maha Ghaib) dan Al Fatah ( Yang Maha Pembuka ).
AL BATIN. ( Yang Maha Ghaib )
Yang Maha Ghaib, sesungguhnya zat Allah ghaib, tetapi kekuasaan dan keagungan-Nya dapat dilihat dan dirasakan senyata-nyatanya. Dialah yang berkuasa menjadi keagungan dan kekuasaan-Nya tadi menjadi ghaib bagi makhluk-Nya seperti kita sebagai manusia. Jika Dia berkehendak maka yang ghaib tadi dapat menjadi nyata sehingga dapat dilihat, dirasakan dan diketahui oleh kita. Oleh sebab itu wajar lah jika kita memohon kepada-Nya supaya yang ghaib tadi menjadi nyata bagi kita sehingga kita dapat mengetahui, merasakan dan melihatnya.
" Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri. Dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula). Dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah / yang kering, melainkan tertulis dalam kitab-Nya yang nyata (Lauh Mahfudz)."
AL FATAH. ( Yang Maha Pembuka )
Yang Maha Pembuka. Dia lah Allah yang berkuasa membuka segala sesuatu yang terkunci, tiada satu pun yang dapat menahan keinginan-Nya.
TATA CARANYA :
Untuk penyelarasan ilmu, di zikirkan selama 40 malam sebanyak 1000x agar sebati dengan kita, supaya dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja. Sebaiknya selepas sholat Tahajud atau Hajat 2 rakaat.
BACA :
YA BATINU YA FATAHU. 1000x per-malam atau sebanyak-banyaknya.
Lalu Berdoa :
" Dengan cahaya-Mu Ya Allah, terangi penglihatan saya untuk membuka segala sesuatu yang tidak kelihatan oleh mata saya. Dengan keterbukaan wahai Dzat yang Maha Membuka. Bukalah hati kami untuk mengetahui barang yang samar di dalam hati ketika tidak tahu."
" Ya Allah Yang Maha Hidup dan terus mengurusi makhluk-Nya. Singkapkanlah segala perkara yang tersembunyi. Ya Allah yang Maha Mengadakan, yang Maha Pembuka. Bukakanlah sebagian rahasia ghaib. Sesungguhnya tiada tuhan kecuali Engkau yang Maha Pemberi."
Lakukanlah selama 40 malam zikir ini. Selepas selesai 40 malam penyelarasan, istiqomah mengamalkannya setiap habis sholat fardhu 100x. Semoga bermanfaat bagi yang mahu mengamalkannya. Aamiin Ya Mujibassa'ilin....
SELESAI.....
Seperti biasa ambil sisi positif dari cerIta dan keilmuan ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada ALLAH SWT. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat. Aku, TOK PENJEJAK BADAI dengan merendahkan diri memohon maaf kepada sahabat yang aku hormati semuanya....
TERIMA KASIH.....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


About

Popular Posts