Trending

Thursday 28 February 2019

Jangan sekali kali menyimpan pisang dalam peti sejuk


Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matah
ari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa share..

Boleh dicoba nih tipsnya



Cara Tanam Lemon Citrus limon Dari Biji Serta Penjagaannya


LIMAU LEMON (Citrus limon) adalah sejenis buah dari kumpulan Limau atau Citrus dari keluarga RUTACEAE yang digunakan sebagai sumber untuk vitamin C dalam minuman, makanan dan juga boleh diproses untuk pelbagai kegunaan lain. Ramai orang Malaysia tidak pasti perbezaan antara Limau Nipis (Citrus aurantifolia) dengan Limau Lemon (Citrus limon) kerana nama dan buahnya mungkin macam serupa dan juga cara penggunaannya juga agak sama tujuannya. Limau Lemon lazimya mempunyai buah yang berwarna kuning apabila cukup masak dengan bentuk bulat bujur sementara limau nipis tetap hijau. Keluasan tanaman limau lemon di Malaysia tidak dapat dipastikan keluasannya tetapi saya menganggarkan lingkungan 200-240 hektar CHE. Ini berdasarkan kepada keluasan keseluruhan tanaman limau di Malaysia seluas 4,200 kektar pada tahun 2010 dengan penghasilan sebanyak 18,620 mt (Sebahagian besar adalah limau manis). Artikel ini saya menulis dalam ‘Anim Agro Technology’ mengenai teknologi penanaman limau nipis berdasarkann pembacaan dan pengalaman penulis selama 30 tahun dalam bidang agronomi.
Tumbuhan limau lemon seperti pokok limau yang lain merupakan pokok jenis saka yang tumbuh menegak dengan banyak cabang dan rimbun dengan ketinggian sehingga 5-7 meter. Daunnya berbentuk tirus dengan susunan bersilang berwarna hijau gelap. Dahan terbentuk dengan merimbun dan menghasilkan kanopi yang seimbang. Bunga Limau Lemon mempunyai 3-6 kelopak yang berwarna putih dengan stamen dan stigma ditengahnya. Pendebungaan dijalankan oleh serangga dan bunga limon memang mengeluarkan nektar manis. Buah Limau Lemon berbentuk bulat bujur dengan mempunyai bucu buah yang unik dan ada bonjolan. Buah lazimnya berwarna hijau pekat ketika muda dan bertukar kepada warna kuning kuat yang sangat menarik. Akar pokok mempunyai akar tunjang yang kukuh dan juga akar serabut.
Limau Lemon adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya sederhana besarl dan bulat bujur berukuran 2.5cm – 5 cm garispusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau keputihan atau kekuningan, berair tetapi masam. Kandungan pH atau kemasaman buah lemon lingkungan pH 2 – pH 3 iaitu sangat masam. Tanaman ini sesuai ditanam dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Tanah yang sesuai adalah dari pelbagai jenis tanah tetapi didapati lebih subur ditanam di atas tanah jenis lom berpasir. Tanaman ini mesti ditanam dikawasan yang mempunyai saliran sempurna kerana ianya tidak tahan dengan banjir.
Limau Lemon senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Benih ini ada di jual di nurseri swasta dengan anggaran harga antara RM 5.00 – RM 12.00 sepokok bergantung kepada saiz pokok varieti. Jika anakbenih dibiak secara tut maka biasanya pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal iaitu 2-3 tahun berbanding dari biji benih hingga 4-5 tahun. Ini juga dapat mengelakkan serangan nematod dan Citrus Greening Disease yang perlu di elakkan pada peringkat awal lagi. Pastikan membuat kajian awal mengenai kualiti anak benih tanaman agar sesuai ditanam. Sebaiknya dibuat busut atau batas penanaman jika kawasan kebun adalah tanah rendah seperti di atas bekas tanah sawah.Tanah baru di teroka perlu dibajak dulu dan berikan baja organik. Pemasangan sistem pengairan samaada sistem pengairan titis atau sistem renjis akan meningkatkan kesuburan tanaman.
Limau Lemon diladang dibuat dengan jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini iaitu 6 m x 6 m. Ia boleh di tanam dalam susunan empat segi sama. Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok. Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m. Campurkan 10 hingga 12 kg baja organik atau organan ke dalam lubang. Baja CIRP atau MOP juga diberikan untuk menggalakkan pengakaran. Siram sejurus selepas menanam. Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Selain daripada itu pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi lembu. Kadar pembajaan awal yang disyorkan adalah sebanyak 30 – 40 kg/ pokok/ tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40 – 60 kg /pokok /tahun selepas pokok-pokok mula berbuah.
Cantasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah kritikal dan sangat perlu dilakukan. Pembentukkan dahan pokok dijalankan sejak peringkat awal dengan teliti agar pokok mempunyai dahan yang seimbang. Potong menggunakan ‘gunting atau scateurs’ jika dahan bersaiz kecil atau ‘gergaji cantasan’ bagi dahan bersaiz besar. Kawalan rumpai dijalankan dari peringkat awal penanaman dimana bagi pokok-pokok muda dimana kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang kaedah kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai. Pastikan menyembur racun rumpai dengan kadar yang disyorkan. Elakkan menggunakan raun rumpai jenis sistemik.
Pembajaan pada pokok limau lemon penting dijalankan menggunakan dua jenis campuran baja kimia yang boleh digunakan iaitu Baja NPK jenis Baja Tumbesar iaitu NPK Mg (15:15:6:4) dan Baja Buah iaitu NPK Mg (12:12:17:2). Cara membaja bagi baja tumbesaran dengan kadar yang diberikan sebanyak 0.3 kg/pokok ( Tahun 1), 0.5 kg/pokok (Tahun 2) dan sebanyak 1.0 kg sepokok (Tahun 3) dengan aplikasi 3 kali setahun. Bagi membaja dengan Baja Buah, kadar yang diberikan adalah sebanyak 1.5 kg/pokok (Tahun 4), 1.8 kg/pokok (Tahun 5) dan 2.0 kg (Tahun 6). Kadar pembajaan selepas 6 tahun keatas sebanyak 2.5 kg/pokok/tahun. Penggunaan baja foliar juga boleh diberi mengikut kesesuaian. Baja Kimia NPK di tabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun.
Antara masaalah serangan serangga dan perosak tanaman Limau Lemon adalah Penyakit CGD (Citrus Greening Disease), Penyakit Kanker Batang, Penyakit Antraknos (Buah dan Daun) yang perlu dikawal dengan cara bersepadu dan racun kimia. Serangga perosak adalah seperti Cengkerik, Cacing Nematod (Meloidogyne spp), Aphid, Koya, Semut dan sebagainya. Kawasan yang lembab, tanaman terlalu padant dan kurang di buat cantasan mudah di serang oleh musuh dan penyakit. Buah-buah yang masak dan gugur perlu di kutip dan di buang untuk elakkan menjadi perumah kepada perosak.
Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara 12 -15 kg/pokok/tahun boleh diperolehi. Buah yang matang berwarna kuning cantik dan dipetik menggunakan pisau tajam dan di kumpulkan. Bersihkan dan cuci (Jika kotor) dan buat pengreddan mengikut saiz dan buang buah yang cacat serta tidak unifom. Sebaiknya hantar kepada pembeli seberapa segera bagi mempastikan kesegarannya. Berat buah akan berkurangan jika disimpan agak lama. Buah limau Lemon tahan sehingga 10-14 hari dalam keadaan biasa dan lebih lama jika di simpan dlam bilik sejuk. Kajian dan pemerhatian penulis mendapati jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.
Jus limau lemon merupakan minuman yang paling sedap apa lagi kalau di sediakan dengan ais ketika tekak terlalu dahaga. Apa lagi kalau minuman dapat free… Minuman jus lemon yang dicampur dengan sedikit gula dan kadar kemasaman sederhana serta dihidangkan bersama sedikit keratan lazim di hidangkan di hotel lima bintang, restoran, jamuan makan VVIP dan sebagainya. Minuman ini mengandungi vitamin C yang sangat tinggi dan juga asid citrik yang menyihatkan manusia. Limau Lemon ini juga digunakan sebagai buah untuk perubatan sama ada untuk perubatan tradisional atau perubatan moden. Diharap pada masa akan datang banyak lagi maklumat mengenai limau lemon untuk pengetahuan semua.

Brother Ni Kongsi Ilmu Bagaimana 1 Ekar Nanas MD2 Boleh Hasilkan Keuntungan RM164 Ribu


1 Ekar Nanas MD2 Boleh Jana Pendapatan RM164 Ribu!
Mungkin ada yang berkata, betul ke tanam nanas MD2 satu ekar boleh dapat pendapatan sehingga RM164 Ribu. Tipulah, mesti sembang je lebih mamat ni.
Dulu saya pun sama, tak perjaya juga dengan angka diatas. Ianya berubah 360 darjah setelah saya bertemu dan berguru dengan sifu saya. Beliau ada ladang nanas MD2 lebih 100 ekar di Kedah.


Seorang yang tidak lokek ilmu dan sangat low profile. Bercakap dalam loghat Kedah yang agak pekat dengan tutur kata yang sangat lembah lembut. Mudah dibawa untuk berbincang dan sangat suka kepada perkongsian ilmu.
Beliau pesan dekat saya, tanam nanas MD2 ni tidak la susah sangat, dengan syarat kita buat betul – betul. Paling penting mesti ikut prinsip ABC + 6M. InsyaAllah kita usaha, Allah akan beri kejayaan diatas pengorbanan yang kita lakukan.
Jika tak untung dan tiada potensi, takkan Naza Plantation pun buat projek nanas MD2 juga. Tahu kan Syarikat NAZA, tanya beliau kepada saya.
Tahu jawab saya sambil angguk kepala mengiyakan pertanyaan beliau tadi.


Okey. Ini ilmu dan pengalaman yang saya dapat dari jutawan nanas.
1 ekar = 43,560 kaki persegi.
Andaikan batas kita sepanjang 25 kaki, lebar batas pula 2 kaki dan jarak antara batas 3 kaki.
Maka:
(25’ + 2’) x (2’ + 3’)
= 27’ x 5’
= 135 kaki persegi (luas kuadrat batas = luas kawasan yang akan bertanam termasuk lorong).
Jadi, satu ekar tanah akan dapat 322 batas. Macam mana dapat 322 batas?
43,560 kaki persegi
135 kaki persegi
= 322 batas.
Berapa pokok 1 ekar ?
Dengan jarak 1.5’ antara baris dan 1’ antara pokok, satu batas kita dapat tanam 2 baris dan satu baris ada 24 pokok.
Maka:
24 pokok x 2 baris x 322 batas
= 15,456 pokok.
Biasanya pokok nanas boleh dibuat aruhan pada umur 12 bulan. Ladang sifu saya, umur 7 bulan dah buat aruhan.
Kenapa perlu buat aruhan?
Aruhan ni penting sebab kita nak bagi pokok nanas kita tu berbunga dan berbuah secara serentak atau kita nak jadualkan bila patut ianya berbuah. Senang cerita, pokok nanas ni kita boleh atur bila nak bagi ia berbuah. Menarik kan!
Bila berbuah serentak @ berjadual , masak pun serentak dan semestinya akan ikut jadual. Senang la kita nak buat pemasaran nanti, jadi lambakan buah pun dapat diatasi. Bila tiada lambakan, harga pun cantik.


Okey, kita tanam 15,456 pokok kan. Katakanlan 85% daripada pokok tersebut hidup dan berbuah serta boleh jual.
Maka:
15,456 pokok x 0.85
= 13, 137 biji buah.
Biasanya berat sebiji buah antara 1.5 – 2.5 kg. Jika kita dapat jual sebiji nanas MD2 dengan harga RM5.
Maka:
13,137 biji x RM5
= RM65,685.00.
Lepas harvest buah tu, pokok induknya jangan terus dimusnahkan ye. Kenapa?
Sebabnya, pokok induk tu boleh hasilkan benih pula. Biasanya satu pokok boleh hasilkan 5 – 10 sulur bergantung kepada keadaan pokok dan pengurusan kita nanti.
Okey, kita ambil paling sikit la. Satu pokok boleh hasilkan 5 sulur.
13,137 pokok x 5 sulur
= 65,685 sulur.
Sekarang ni, permintaan anak nanas MD2 melebihi penawaran. Harganya pun boleh tahan, RM1.50 – RM2.50 satu sulur.
Dengan harga RM1.50 satu sulur, kita akan dapat hasil jualan sulur nanas sebanyak :
65,685 sulur x RM 1.50
= RM98,527.50.
Mana untung? Jual buah ke jual benih?
Okey , saya buat sedikit kesimpulan ye.
Satu ekar boleh tanam 15,456 pokok nanas MD2.
Satu ekar boleh dapat 13,137 biji buah.
Satu ekar boleh dapat RM65,685.00 hasil jualan buah.
Satu ekar dapat 65, 685 sulur anak nanas.
Satu ekar boleh dapat RM98,527.50 hasil jualan anak nenas.
Satu ekar boleh dapat RM164,212.50 hasil keseluruhan daripada tanaman nanas MD2



Walaupun tanam nanas ni lambat untuk dapat hasil dan buahnya hanya satu biji satu pokok, saya rasa sahabat dah boleh jawab samada tanam nanas MD2 ini berbaloi ataupun tidak.
InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan cara-cara nak tanam nanas MD2 pula sebagaimana yang dibuat di ladang sifu saya.
Sila share info ini kepada rakan yang lain sebab mungkin ianya sangat berguna buat mereka.
Boleh follow Azuan Abdullah dan Set See First ye untuk dapatkan lebih banyak ilmu dalam bidang pertanian. InsyaAllah.
Nak dapatkan benih Nenas hubungi saya di 0143016212



CARA ILMU SCAN PERINGKAT KASYAF KAUNI


CARA ILMU SCAN.
PERINGKAT KASYAF KAUNI.
Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat dan salam senantiasa dihatur kepada Junjungan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dengan mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan secuil pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua. Insha Allah...
Sebenarnya Ilmu Scan Peringkat Kasyaf Kauni ini hanya untuk ahli Kampus Tok Badai sahaja. Tetapi memandangkan ilmu ini amat bermanfaat untuk sahabat-sahabat terjun ke bidang paranormal, dengan ikhlas hati aku kongsikan bersama...
TATA CARANYA :
1.) Hendaklah Menjazamkan Ayatul Kursi 313 kali dahulu. Ia boleh digunakan sebagai jurus jika menghadapi gangguan ghaib.
2.) Mewiridkan Kalimah Tammah yang pendek :
A'uzubikalimati…hittammat...Sebanyak mana yang mampu sekurang-kurangnya tiga kali minimum.
Kalimah Tammah Lengkap.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
A’UUDZU BIWAJ-HILLAAHIL KARIIM, WABIKALIMAATILLAAHIT-TAAMMAATIL-LATII LAA YUJAAWIZUHUNNA BARRUN WALAA FAAJIRUN MIN SYARRI MAA YANZILU MINASSAMA-I WAMIN SYARRI MAA YA’RUJU FIIHA WAMIN SYARRI MAA DZARO-A FIL ARDHI WAMIN SYARRI MAA YAKH-RUJU MINHAA WAMIN FITANIL-LAILI WAN-NAHAARI WAMIN THOWAARIQIL LAILI WAN-NAHAARI ILLA THOORIQON YATH-RUQU BIKHOIRIN YAA RAHMAAN.
3.) Mewiridkan : ALLAH... ALLAH... ALLAH.. 5000 kali sehari.
Sehari itu boleh buat sambung-sambung masa waktu kerja, lepas sholat dan sebagainya. Sekurang-kurangnya bila ternampak jin, jin tersebut akan tertunduk kerana Nur Zikir dan tidaklah ia menjegil kepada kita.
4.) Tasbih Yunus 1000 kali, tambahan saja atau buat Amalan pendinding misalnya Kota Kursi, Kota Tauhid, Rukyah dan lain-lain.
TASBIH YUNUS :
LA ILLAHA ILA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. 1000x.
* No.1, 2 dan 3 Bertujuan Memantapkan Diri.
* No.4 Bertujuan Mendinding / Memagar Diri.
KAEDAH RIADHOHNYA :
- Mewiridkan Ayat 103 Al-An’am. 1000x.
اَّ تُدْرِكُهُ الأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٠٣﴾
La Tudrikuhul Absor. Wahuwa Yudrikul Absor. Wahuwal Latiful Khabiiru. 1000x.
Diwiridkan sebanyak 1000 kali, setiap hari sebanyak seberapa hari mana yang mampu. Untuk yang sudah beramal sekurang- kurangnya 21 hari penyelarasan, sudah boleh mula untuk scanning sebagai latihan.
6.) UNTUK MEMANTAPKAN LAGI AMALAN.
Boleh amalkan membaca Surah Al- Mulk selama 40 malam, lepas itu 80 malam kemudian 120 malam.
7.) KAEDAH LATIHANNYA.
i.) Pejam mata dan mula zikir Allah..Allah...Allah, dalam hati sebanyak mungkin...
ii.) Kalau dah tenang pusatkan kepada titik antara dua kening, lihat apa yang ada....
iii.) Zikir lagi, mula-mula biasanya warna Hitam dan ini akan bertukar warna akhir sekali akan keluar Kalimah. Apa-apa kalimah yang keluar itulah panduan Asas kita dalam scanning nampak bukan rasa. Begitu juga cahayanya kalau Hitam kenalah buat lagi jangan putus asa.....
a.) Kalau BIRU - Tahap Siti Fatimah.
b.) Kalau HIJAU - Tahap Rasul.
c.) Kalau MERAH - Tahap Iblis.
iv.) Walau pun cahaya Biru dan Hijau sudah boleh dijadikan
" lampu " atau panduan pada scan tetapi janganlah di biarkan setakat itu sahaja. Kalau warna Merah baik perhatikan niat dan amalan kita kemas-kemas.
8.) SCANNING PANDANGAN.
Maka bermulalah apa yang dikatakan scanning pandangan..
a.) Gambaran pertama biasanya Hitam Putih dan gambar pun keluar sekeping-sekeping...satu dimensi. Selepas keluar gambar sekeping Hitam Putih, selepas tu baru keluar vision bergerak Hitam Putih dan akhirnya color. Tapi kadang nasib ada yang terus color dan siap 3 dimensi lagi...
b.) Kalau semasa scan keluar cahaya campur-campur, relaks dulu zikir pelan-pelan. Bagaimanapun setakat ingin tahu ada gangguan atau tidak boleh lah pakai cuma tidak boleh kasi tahu siapa yang buat dan sebagainya kerana ada gangguan dalam Scan.
c.) Scanning cuma lihat macam kita guna teropong tengok jarak jauh macam itu lah lebih kurangnya kecuali bagi yang Aura tinggi apabila orang scan dia boleh tahu.
Scan ini kalau ikut kata budak-budak muda serupa macam 'sekodeng'.. kita sekodeng dari tempat gelap jadi orang tidak nampak kita. Kita tengok dari lubang pintu (cahaya kecil) orang di dalam bilik / rumah tak nampak lubang kecil bilik ni terang, jadi orang yang tengok boleh nampak melalui lubang kecil tadi..
d.) MORAL.
Scan kena block banyak sebab dan macam-macam kaedah kena block...
- Ada yang kena Block sebab tok Bomoh- tok bomoh atau penguasa ghaib dah marah / berbulu sebab kita banyak menyusahkan jin-jin atau khodam-khodam dia. Kalau seperti yang ini, kita akan nampak pada dahi yang Scan itu macam ada tali guni bersimpul, kena minta bantuan member buka lah...
ii) Satu lagi betul-betul tempat layar itu ada cahaya putih tebal bulat, kalau kena block seperti yang ni dalam 3- 7 hari juga tidak dapat tengok apa-apa. Blocking yang ini temporary samada ia cuci kasi lebih terang mata batin kita atau sebaliknya.
Macam mana nak kasi clear cahaya putih tebal bulat itu, apa amalannya...? Ada yang boleh orang lain tolong clearkan ada yang sendiri saja boleh clearkan.
SOLUSINYA :
Amalkan Surah Wad Dhuha, boleh juga dibaca kalau masih peringkat scan yang tidak dapat tembus 100%. Baca niat dibuka, bila nampak baca lagi sehingga habis lapisan-lapisan yang membatasi pandangan kita. Dan Sholawat Syifa' jangan dilupakan, itu elok untuk terangkan pandangan, kalau terkunci pandangan amalkan Sholawat Tafrijiyah.
9.) PETUA TAMBAHAN.
- Hilangkan rasa takut seperti melihat Jin, takut kerasukan dan lain-lain perasaan takut kerana perasaan takut akan menghambat penguasaan ilmu ghaib apapun.
- Biasakan zikir Allah atau Allah Hu dimana saja bila-bila masa saja.
- Bila permulaan latihan scan lakukan diluar rumah. Maknanya beratapkan langit di tengah malam.
- Sambil menahan nafas lihatlah gelap hingga jadi terang, dan terang hingga jadi gelap( lampu atau lilin ).
- Biasakan mandi fajar / mandi besar menjelang Subuh.
- Sabar, tidak beremosi kerana marah akan menutup kepekaan batin.
- Kalimah Tammah itu untuk Jazamnya / Penyelarasannya dibaca 1113x tanpa cahaya dalam bilik yang GELAP....selepas Isya'. Tidak boleh batal dengan sebab bersembang, hisap rokok atau kentut dan lain-lain.
Kasyaf Kauni hanya setakat Langit Ketiga sahaja levelnya tetapi tidak boleh tengok siksa kubur( Alam Barzah ). Bagaimanapun Langit Dunia yang 70 itu boleh, tetapi Awas ada Syurga dan Neraka juga....Ini di gambar oleh IBLIS, maka jangan terpedaya...
SELESAI....
SEKIAN DAHULU...
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita dan keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.




Tuesday 26 February 2019

Air BAHAR boleh menyelamatkan Anda seumur hidup Dan juga melegakan badan yang kepenatan



Air BAHAR
tolong sebarkan !! tolong sebarkan !!
Profesor Chen Huiren dari Rumah Sakit Umum Angkatan Darat Beijing menekankan bahwa jika setiap orang yang menerima buletin ini dapat meneruskan sepuluh salinan kepada orang lain, pasti setidaknya satu kehidupan akan diselamatkan ...
Saya telah melakukan bagian saya, semoga Anda juga dapat membantu bagian Anda. terima kasih!
Air BAHAR boleh menyelamatkan Anda seumur hidup Dan juga melegakan badan yang kepenatan.
Lihatlah lagi, lalu beri tahu yang lain,
Sila sebarkan!
BAHAR ~ dapat membunuh sel kanser!
TUANG 2 hingga 3 GELAS BAHAR ke dalam secawan, tambahkan air panas, itu akan menjadi "air alkali", minum setiap hari, itu baik untuk siapa saja.
Air BAHAR melepaskan zat anti kanser, yang merupakan kemajuan terbaru dalam pengobatan kanser yang efektif di bidang perubatan .
AIR BAHAR memiliki efek untuk membunuh kista dan tumor. Terbukti untuk memperbaiki semua jenis kanser.
Air BAHAR dapat membunuh semua kuman dan racun dari dalam tubuh akibat dari alergi
Jenis pengobatan dengan ekstrak BAHAR hanya menghancurkan sel-sel ganas, itu tidak mempengaruhi sel-sel sehat.
Selain itu, asam amino dan polifenol kelapa dalam jus BAHAR dapat mengatur tekanan darah tinggi, efektif mencegah penyumbatan pembuluh darah dalam, menyesuaikan peredaran darah dan mengurangi pembekuan darah.
Setelah membaca, beri tahu yang lain, keluarga, teman, sebarkan! Jaga kesehatan Anda sendiri.
🍾🥃🥃🥃🥃🙋🏻‍♂✌🏽



Super Royal blue hmpk



Hmpk Fancy Indo




Malam2 laki bini habiskan masa shoot betta


Yellow Base Candy Plakat Medium Size




Hmpk Avatar




Hmpk yellow koi galaxy





Galaxy koi Female for bid


HMPK Galaxy



HMPK samurai




Orange​ Marble​ Blue​ Rim​





Crowntail black and white







HMPK Steel blue big tail no red








About

Popular Posts