Trending

Saturday 21 November 2015

RESEPI LEKOR PALING SIMPLE,LEMBUT & PENUH RASA IKAN




bahan2:
1) ikan kembung/lumahan 2kg
-buang kepala,tulang tgh & perut (ble pegang tengkuk ikan then tarik ke ekor..insyallah isi tertanggal)
-blender letak air sikit shj janji blender ble pusing
-blender x perlu lama..biar nmpk lagi bentuk isi ikan tu
- da blen masuk dlm besen besar skit
2) baking soda ( masuk dlm isi ikan)
- 2sudu makan@ 4sudu kecil KFC
3) garam & aji secukup rasa shj (masuk dlm isi ikan)
4) lada putih serbuk
-2sudu makan
sebatikan semua & biarkan 5minit (nmpk adunan isi ikan jadi kembang skit n ringan)
5) masukkan tepung kanji 2cawan
-gaul rata dgn isi ikan
6) masukkan tepung gandum
-agak2 smpi adunan kental mcm doh donut@melekit2 kat tangan
-proses uli..tabur tepung gandum atas talam
-ambil adunan isi ikan 1sudu makan penuh
-uli memanjang dlm 12cm gitu (rupa lekor mmg berbedak dgn tepung tp luar je ye,jgn uli adunan bg keras smpi dlm...skrg ni kita tabur tepung supaya tak melekat masa kita uli shj
-uli smpi adunan habis & susun dlm bekas
-didihkan air dlm periuk dah mendidih masukkan lekor tadi tgu smpi lekor timbul@ 3-5minit bgantung pada besar api & periuk masing2 ya smile emoticon
-dah sejuk bleh potong serong tebal atau tipis pun bleh sbb lekor tetap lembut
sapa nak SHARE silakan 


Sunday 15 November 2015

Hari pertama abang long fadil 2


Hari pertama abang long fadil 2..Alhamdulillah segala nya berjalan lancar..syukur pada Allah di turunkan hujan rahmat seperti meraikan hari pertama pergambaran.tetapi segala nya terkawal..

Source...FB Zizan Razak.


Siti Nurhaliza Hamil 2 Bulan - Dedah Keluarga Terdekat


Nampaknya teka teki kehamilan penyanyi tersohor Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza masih lagi menjadi topik hangat.

Yang terbaru sumber terdekat kepada penyanyi itu mendedahkan sendiri perkara tersebut kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini Siti ada menafikan berita kehamilannya tetapi itu mungkin kerana faktor masih terlalu awal, tak elok dihebohkan.

Ini komen ahli keluarga terdekat itu:

“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu. Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu”

“Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil. Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kan­dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan”

“Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua,” j

Selain itu, Siti juga didakwa tidak tidak terbang ke Palembang, Indonesia untuk meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini atas nasihat doktor.

Malah video Siti dan juga penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut pe­nyanyi berkenaan ketika konsert Satu suara baru-baru ini turut menguatkan spekulasi tersebut. Doakanlah yang terbaik untuk pasangan ini.

Sumber: Rotikaya

"Jangan Libatkan Dia!!" - M. Nasir Tegur Nabil Jangan Bahan Isterinya Marlia Musa


Nabil Ahmad sekali lagi menjadi tumpuan ekoran lawaknya yang sememangnya dikenali sebagai membahan orang ramai dan artis-artis.

Dalam rancangan Gegar Vaganza minggu ketiga semalam, Nabil telah membuat lawak tentang M. Nasir dan isterinya Marlia Musa.

Ini berlaku ketika giliran M.Nasri memberi komen kepada penyanyi Ezlynn. Ezlynn telah memanggil M. Nasir sebagai Hang Tuah dan kononnya Ezlynn sebagai Gusti Putri.

Kemudian Nabil mula membuat lawak tentang Marlia Musa yang kononnya jelous tetapi ditegur oleh Dato' M. Nasir dengan berkata "jangan libatkan dia dalam hal ini".

Orang ramai juga mengatakan Nabil agak over ketika itu. Apapun sebagai pengacara, Nabil dan Jihan sememangnya berusaha keras untuk menceriakan suasana Gegar Vaganza.




Gambar Anak Siti Nordiana


Nama penyanyi Siti Nordiana kini semakin dikenali setelah menajdi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-2.

Vokal Siti Nordiana ternyata hebat dan dia bukan sahaja penyanyi biasa-biasa. Siti Nordiana mempunyai vokal yang mantap dan merdu.

Pada minggu ketiga, Siti Nordiana berjaya mendapat tempat pertama setelah lagu nyanyian duet nya bersama Lan Kristal berjaya memukau juri dan para penonton.

Untuk pengetahuan, Siti Nordiana mempunya seorang anak lelaki yang semakin membesar. Anak nya itu berumur 6 tahun.

Siti Nordiana merupakan seorang ibu tunggal kepada Muhammad Rayyan Nakhie, anak bersama bekas suaminya, arwah Mohd Faizal Yusup yang merupakan seorang pelakon.

Faizal Yusup merupakan seorang pelakon yang popular menerusi watak Dani dalam drama "Adamaya" bersama Lisa Surihani dan Syed Hussein.







Gaya Artis Di Malam Gala D'Herbs Aliff Syukri Terlajak Laris


Semalam telah berlangsung malam gala D'Herbs di Sunway Pyramid. D'Herbs merupakan syarikat milik Aliff Syukri Terlajak Laris.

Tema untuk majlis malam gala D'herbs ini ialah fantasi dan para tetamu hadir dengan kostum fantasi masing-masing.

Antara artis yang hadir ialah Rozita Che Wan dan suami Zain Saidin, Fasha Sandha dan suami, Arja Lee, Rebecca Nur Al-Islam, Norman Hakim dan Memey Suhaiza, Ziela Jalil, Shah Reza, Chef Zam, Roslan Shah, Raja Azmi dan ramai lagi.

Paling menarik sudah tentu penampilan Rozita Che Wan yang tampil seperti Cleopatra manakala suaminya Zain Saidin seperti perwira gladiator.

Fasha Sanda juga tampil menarik sebagai Princess Elsa dari filem Frozen manakala Rebeca menjadi watak Maleficient.

Jom lihat gambar:




















LPT2 : Razif Dibodohkan Atau Mohd Nor Hamzah yang Bodoh?



Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara ini. Namun terpanggil untuk menjawab kenyataan Adun Bukit Payung di laman Facebook milik beliau. Adun Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah di dalam salah sebuah entrinya yang berjudul Laporan LPT2: Razif Diperbodohkan?
Beriya-iya sekali beliau menyokong kenyataan Ketua Pengarah LLM, Ismail Md. Salleh yang dilihat menjadi bola tanggung baginya untuk ‘smash’ laju-laju Razif serta kerajaan UMNO…
Sayangnya YB Mohd Noor Hamzah hanya memetik sebahagian daripada ucapan ketua pengarah LLM tanpa mendedahkan isi sepenuhnya kronologi serta fakta penting mengenai laporan tersebut. Ini diselangi pula dengan putar belit serta ditambah rempah ratus kari hangit bagi menimbulkan fitnah dan kebencian rakyat terhadap UMNO.
Mohd Nor hanya mengambil sekelumit kecil ucapan tersebut tanpa mengambil kira laporan-laporan dari agensi-agensi berkaitan seperti JKR, IKRAM, MIROS serta statistik kemalangan dan punca yang pernah dibentangkan oleh pihak PDRM sebelum ini.
Menurut ‘matematik mudah’ yang diberikan oleh Adun Bukit Payung, sebanyak RM 2 billion wang rakyat dimendapkan dengan kerja-kerja tidak betul. Ini berdasarkan laporan dari LLM yang mengatakan ‘separuh dari LPT2 dibina di atas tanah lembut yang menyebabkan permukaan lebuh raya beralun’.
Tahukah Mohd Nor Hamzah, selepas LPT siap dibina, ia telah melalui proses audit oleh MIROS yang mengesahkan ianya menepati ciri antarabangsa. YA, MENEPATI CIRI ANTARABANGSA. Perubahan bentuk muka bumi seperti tanah mendap dalam masa setahun dua bukanlah kuasa kita.
Waima tanah runtuh di Karak sehingga tidak boleh digunakan sehari dua, pada siapa kita menunding jari? Bah kuning terbesar di Kelantan tahun lalu sehingga meranapkan infrastruktur, jambatan roboh, jalanraya rosak serta rumah-rumah hancur sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit, kontraktor mana yang harus dipersalahkan?
Jika faktor alam menjadi penyebab Mohd Nor menunding jari, maka dia tidak layak sama sekali menjadi YB kerana cetek pemikirannya.
Tidak kurang itu, Mohd Nor menuduh Razif cuba meletakkan kesalahan kepada rakyat berhubung kenyataan Menteri Besar yang berbunyi , “70 peratus kemalangan di LPT2 berpunca dari sikap pemandu”.
Saya berasa hairan mengapa Mohd Nor Hamzah menyembunyikan petikan-petikan lain dari ketua pengarah LLM? Tidak menguntungkannya barangkali.
Menurut ketua pengarah LLM, ‘apabila kenderaan dipandu laju di situ (jalan yang beralun) berkemungkinan mudah untuk pemandu terlibat dalam kemalangan’. Nah.. ‘pandu laju’, inilah yang merujuk kenyataan dari Ahmad Razif berhubung ‘sikap pemandu’. Kenyataan ‘sikap pemandu merupakan penyumbang kepada faktor kemalangan’ dikuatkan pula dengan statistik dan laporan yang diperolehi dari PDRM,JKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia seperti di bawah :
1. Kes Laju Dan Terbabas – 338
2. Laju Dan Langgar Belakang – 67
3. Laju Dan Bergesel – 32
4. Mengantuk Dan Langgar Belakang – 53
5. Mengantuk Dan Terbabas – 35
6. Tayar Pancit / Tayar Pecah – 39
7. Langgar Lembu – 41
8. Langgar Kerbau – 15
9. Binatang Liar – 51
10. Lintasan Air/Lopak Air – 70
11. Langgar Objek Dalam Jalan – 6
12. Berhenti Lorong Kecemasan – 1
13. Angin Lintang – 5
14. Jalan Licin – 1
15. Mengundur – 1
‘JKR telah menjalankan Audit Keselamatan jalan (RSA) selepas projek LPT 2 siap’ dan ‘Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengesahkan lebuhraya LPT2 menepati syarat-syarat antarabangsa’ bukan sebuah laporan yang ditulis sendiri oleh Ahmad Razif, tetapi disediakan oleh mereka-mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
Mana mungkin seorang pemimpin yang beragama Islam mengkhianati amanah, lebih-lebih lagi dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan serta nyawa rakyat. Maka tidak adil sama sekali YB Bukit Payung menuduh Razif memperbodohkan rakyat tanpa membentangkan keseluruhan isi laporan berkenaan.
Mahu tunggu sehingga semua laporan dikumpulkan? Rakyat sedang menanti jawapan, apa salahnya memberikan laporan secara berkala jika data-data di setiap laporan adalah data yang sebenar? Nak ikut cara YB Adun Bukit Payung yang tak ‘up to date’ dan lembab? Nak menunggu dan simpan sehingga basi?
Jika merujuk kepada data serta fakta laporan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dikatakan sebagai ‘memperbodohkan’ rakyat oleh YB Adun Bukit Payung, entah apa lagi mahu saya perkatakan. Kesimpulan yang saya dapat rumuskan. Bukan Razif yang dibodohkan, bukan rakyat yang diperbodohkan…
tetapi Adun Bukit Payung itu sendiri yang bodoh.
-Azan Ismail-

Akaun Facebook ditutup, Alvin Tan umum masih hidup dalam akaun baru



KUALA LUMPUR : Blogger kontroversi, Alvin Tan yang kini menetap di Amerika Syarikat dikatakan telah mati akibat ditembak.

Berita itu tersebar selepas beberapa laman blog menyiarkan gambar Alvin dengan kesan luka pada pipi sebelah kiri dipercayai akibat kesan daripada tembakan.

Bagaimanapun, Alvin mengesahkan dia masih hidup menerusi akaun Facebook barunya.

Baru sahaja sehari akaun Alvin ditutup oleh Facebook, kini blogger kontroversi itu kembali ke dunia Facebook dengan akaun yang baharu.

Difahamkan, akaun Alvin dipadam susulan tindakannya yang melampau baru-baru ini apabila beberapa helaian al-Quran digunakan sebagai tisu tandas sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Bernama melapor lima laporan polis telah dibuat terhadap Alvin selepas status berkenaan al-Quran dimuat naik. 

Tembak rambang guna AK-47 selama 10 minit (9 Gambar)


PARIS: Seorang wartawan radio Perancis yang berada dalam Teater Bataclan yang diserang pada malam Jumaat menyifatkan ia sebagai `10 minit mengerikan’ apabila sekumpulan lelaki berbaju hitam sambil memegang senjata AK-47 memasuki tempat itu dan melepaskan tembakan rambang ke atas ratusan penonton konsert yang sedang menjerit.
“Ia bermandikan darah,” kata Julien Pearce, wartawan stesen Radio 1 Eropah memberitahu CNN.
“Orang ramai menjerit, melolong dan terbaring atas lantai, dan ia hanya berakhir dalam tempoh 10 minit… 10 minit mengerikan apabila semua terbaring di lantai melindungi kepala masing-masing.
“Kami mendengar banyak tembakan dan penyerang pula kelihatan tenang, bersungguh-sungguh dan mereka mengisi peluru antara tiga hingga empat kali.




Mereka tidak menjerit apa-apa. Mereka tidak berkata apa-apa,’. Pearce berkata, dia bernasib baik kerana berada berhampiran pentas ketika penembak memakai baju hitam dan memegang senjata AK-47 melepaskan tembakan.
“Penonton mula cuba melepaskan diri, dengan berjalan di atas badan orang ramai yang berbaring di lantai untuk mencari pintu keluar. “Saya berjaya menemui pintu keluar ketika penembak sedang mengisi peluru,” katanya.
Wartawan radio itu juga memaklumkan dia berjaya membantu membawa keluar seorang remaja perempuan yang berlumuran darah dan meminta sebuah teksi menghantarnya ke hospital.
Tidak lama selepas itu, katanya, polis menyerbu tempat berkenaan dan menembak mati tiga lelaki disyaki suspek yang melakukan tembakan. Pearce berkata, dia dapat melihat wajah seorang daripada penembak berkenaan, yang berusia antara 20 hingga 25 tahun.
“Apa yang berlaku ini sesuatu yang teruk. Secara jujurnya, 15 minit, 10 minit penembak melepaskan tembakan rambang dalam bilik konsert yang kecil. Saya maksudkan, bukan bilik konsert yang besar.
“Ianya bilik kecil. Maksimun 2,000 orang dalam satu masa – dan ia sangat menakutkan,” katanya. – AFP



Facebook akhirnya buang page Alvin Tan


RASANYA semua orang di Malaysia (kecuali yang tidak pernah langsung mengikuti isu semasa) pasti kenal sangat dengan si Alvin Tan ini yang sentiasa glamor dengan pelbagai isu kontroversi panas sejak lebih setahun lalu.
Kebiadapan lelaki berusia 27 tahun mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia serta seluruh dunia kerana tindakan kurang ajarnya menghina agama Allah itu menerusi pelbagai posting dalam akaun media sosialnya.
Ironi dia tetap tidak serik bercelupar demi kononnya itu adalah kebebasan hak asasi manusia yang perlu dihormati semua pihak waima sengaja menimbulkan provokasi keterlaluan yang menyentuh isu-isu sensitif keagamaan.
Meskipun pernah dihadapkan ke mahkamah tahun lalu di bawah Akta Hasutan bersama-sama dengan kekasihnya, Vivian Lee, Alvin berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan aktif ‘berkarya’ seni kreatifnya dari sana.
Di sebalik banyak laporan polis dibuat termasuk tindakan tegas pembatalan pasport antarabangsa dirinya oleh Jabatan Imigresen Malaysia, dia tetap angkuh dan meneruskan posting yang berbaur lucah serta amat biadap.
Terbaharu, penulis blog ini memuat naik kiriman yang memaparkan dia berbangga membaca al-Quran di dalam tandas dan kemudian mencuci najisnya dengan mushaf kitab suci tersebut kerana konon kehabisan tisu jamban.


Namun, tanpa disedari mungkin itulah posting terakhir Alvin menerusi Facebook sebelum dilaporkan telah ‘dikeluarkan’ pentadbir laman sosial popular itu kerana didakwa bertentangan dengan piawaian komunitinya.
MYNEWSHUB dimaklumkan mengenai berita gembira berkenaan pada Sabtu dan alasan utama pihak Facebook sendiri mengharamkan akaun Alvin itu dinyatakan kerana didapati memaparkan bahan yang berunsur lucah.
Apa yang menarik, menurut kenyataan Facebook, tiada sesiapa pun buat laporan mengenai akaun bekas warga Malaysia ini dan itu bermakna ia dipadam pentadbir laman tersebut berdasarkan pemantauan mereka sendiri.
Ternyatalah jika si Alvin ini mungkin menyangka dia mendukung kebebasan mutlak tanpa had batasan, tetapi terlupa pihak pentadbir Facebook yang berpangkalan di AS sendiri pun jelik melihat siri posting biadapnya itu.
Mungkin dia terlepas hukuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana kebijakannya, namun tidak sedar pihak Facebook turut memantau kegiatan Alvin yang boleh menjejaskan imej kredibiliti laman itu.
Jangan pula dia hendak menyalahkan kerajaan Malaysia atau umat Islam pula kerana penutupan akaun Facebook dirinya itu adalah disebabkan oleh ‘kejahatan’ aksi tangannya sendiri selama ini. – Mynewshub.cc/HAA


Unik… Kucing Ada 3 Telinga Tarik Perhatian Netizen


SEEKOR kucing unik yang mempunyai tiga telinga telah ditemui oleh sebuah pusat perlindungan kucing di United Kingdom ini telah menarik perhatian masyarakat.
Pusat Feline Care telah mendapat aduan daripada kedai bersebelahan pusat itu yang menyatakan ada haiwan yang menganggu sistem penggera keselamatan kedai mereka.


Oleh yang demikian, pusat perlindungan kucing itu telah membuat siasatan terhadap perkara itu sama ada ia ada kaitan dengan haiwan peliharaan mereka atau tidak.
Hasil siasatan mendapati terdapat seekor kucing yang suka mengganggu alat penggera berkenaan dan kucing tersebut pula bukanlah daripada pusat perlindungan itu.
Apa yang lebih menarik perhatian mereka kemudian adalah, kucing yang ditangkap itu kebetulan memiliki keunikan pada bahagian cuping telinganya.


Di sebalik telinga kiri kucing itu terdapat satu lagi telinga yang membuatkan haiwan peliharaan itu tampil istimewa dan unik berbanding kucing lain.
Mereka menyifatkan kelebihan yang ada pada kucing bernama Brian itu satu tanda yang menampakkan lebih ‘kacak’ dan ‘matang.’
Pusat perlindungan itu juga menyeru pemilik kucing tersebut untuk tampil dan menuntut semula haiwan mereka itu dan sekirannya ia tidak bertuan, mereka akan carikan pemilik yang baru untuknya. – MYNEWSHUB


Awas! Jangan Buat Panggilan Semula Ke Nombor Malawi


PENGGUNA telefon bimbit dinasihati tidak membuat panggilan balas (return call) ke nombor yang tidak dikenali dari Malawi.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Asmawati Ahmad berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati panggilan ‘missed call’ dari nombor +265882615012 dan +265882615017 itu adalah satu panggilan perangkap.


Jelasnya, mangsa yang membuat panggilan balas ke kedua-dua nombor berkenaan akan menanggung caj panggilan yang tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit.
Ini berikutan, nombor berkenaan telah diklasifikasikan sebagai ‘Harrasment Call Terror‘ atau ‘Scam Call’ oleh beberapa laman sesawang antarabangsa.
Sebelum ini, orang ramai dilaporkan menerima satu sebaran maklumat menerusi WhatsApp menyatakan sesiapa yang membalas semula panggilan yang diterima dari Malawi dikenakan caj tinggi hingga US$150. – MYNEWSHUB


About

Popular Posts