Trending

Sunday 26 November 2017

NAMA PROTON AKAN BERTUKAR KEPADA “BAO TENG” DALAM MASA TERDEKAT


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama “Bao Teng”.
Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”.
Katanya, “Bao” bermaksud khazanah atau harta benda manakala “Pu” membawa maksud biasa.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.
Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.
Proton Perkenal Kereta Terbang Di Malaysia Pada 2019.
Li Chunrong berkata, Proton juga akan melancarkan kereta pemanduan automatik dan kereta berkuasa elektrik sepenuhnya di pasaran Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrong berkata, syarikat itu akan memperkenalkan 3 model kereta canggih di pasaran Malaysia.
Beliau dipetik China Press berkata, Proton akan melancarkan kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019.
Katanya, selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton.
Li ketika berucap pada Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-7 semalam, turut mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina.
Katanya, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”.
Beliau berkata, “Bao” bermakna khazanah atau harta benda, manakala “Pu” membawa maksud biasa.
Katanya, selaku lambang negara yang turut mewakili tamadun perindustrian Malaysia, Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai sejarah gemilang khasnya pengambilalihan Lotus pada 1996.
Li berkata, bahagian pasaran Proton sehingga bulan lalu sudah stabil di tahap 13%, lebih baik berbanding tahun lalu.
Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini mengambil alih Volvo dari Sweden.
Urus niaga itu juga membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus daripada Proton pada harga £51 juta (RM277.85 juta), manakala baki 49% lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.
Proton yang ditubuhkan pada 1983, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.
Tuntutan terhadap kakitangan Proton
Li berkata, sejak mengetuai Proton mulai 1 Oktober lalu, beliau melalui surat terbuka kepada semua kakitangannya menyenaraikan 4 tuntutan.
“Pertama ialah saling menghormati, bertolak ansur dan integrasi demi mengejar kecemerlangan perniagaan, kedua ialah profesionalisme dan kejujuran, ketiga ketelusan pengurusan dan keempat mematuhi peraturan.”
Beliau turut menjadikan kangkung sebagai contoh untuk menggesa kakitangan Proton melakukan transformasi dalam tempoh ditetapkan.
Katanya, walaupun kangkung di Malaysia sedap, tetapi kemahiran tukang masak di kantin Proton tidak baik.
“Sebagai sebuah syarikat pengeluar kereta yang mewakili kemampuan keseluruhan sebuah negara, jika masak kangkung pun tak baik, macam mana kita hendak menambah baik kualiti produk?”
Beliau berkata, walaupun ketua bahagian sumber manusia berjanji akan memperbaiki kualiti masakan kantin dalam tempoh 2 bulan, tetapi beliau mahu ia dilakukan dalam masa 2 minggu.
Katanya, kualiti makanan di kantin Proton kini bertambah baik dan beliau mengalu-alukan orang ramai menilainya sendiri.
Tingkat kualiti perkhidmatan
Li berkata, matlamat Proton seterusnya ialah meningkatkan perkhidmatannya.
“Walaupun kualiti kereta Proton amat baik, tetapi kualiti perkhidmatan termasuk indeks kepuasan jualan (SSI) dan indeks khidmat pelanggan (CSI) sangat teruk, paling teruk di seluruh negara, tak pernah nampak seteruk ini.
“Kelak, dealer kereta yang tidak tahu membaiki kereta, tidak akan dibenarkan menjual kereta Proton.
“Hanya mereka yang mempunyai pusat sehenti 3S atau 4S iaitu sistem jualan mementingkan keperluan, sistem perkhidmatan profesional menyeluruh, bekalan alat ganti mencukupi dan tinjau selidik, boleh menjual kereta Proton.
“Kami juga akan memberi komisen tertinggi di negara ini, iaitu 1% hingga 1.3% komisen jualan kereta bagi 3 tahun pertama. Ketika ini, hanya 2 syarikat mempunyai dasar sedemikian di Malaysia, tetapi kemampuan mereka tidak setanding kami.”



INI SEBAB SEBENAR MENGAPA KERAJAAN ARAB SAUDI MENJATUHKAN HUKUM HARAM ‘SELFIE’ DI MEKAH


KERAJAAN Arab Saudi dilapor mengharamkan jemaah daripada mengambil gambar dan video menggunakan sebarang peranti untuk sebarang tujuan di dua masjid paling suci umat Islam iaitu Majidil Haram dan Masjid Nabawi.
Berdasarkan laporan, tindakan pengharaman itu di Masjid Al-Haram yang terletak di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah, diambil oleh Menteri luar Arab Saudi bermula pada 12 November lalu lapor The Daily Sabah.
Sumber berita Indonesia, The Jakarta Post pula melaporkan, pengharaman itu telah disampaikan oleh Menteri luar Arab Saudi melalui satu nota diplomatik yang dihantar kepada wakil-wakil sah negara asing di tanah Arab, termasuk Kedutaan Indonesia di Riyadh. Kedutaan negara itu telah menerima surat berkenaan pada 15 November lalu.
Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu dikenakan bagi melindungi dan mengekalkan kesucian tempat-tempat suci, mencegah gangguan terhadap jemaah dan bagi memastikan ketenangan ketika jemaah sedang melakukan ibadah.


Segelintir pengunjung dilapor bergambar dan berselfie dalam kumpulan-kumpulan sambil membawa kain rentang atau bendera negara masing-masing di dalam kawasan di kedua-dua masjid.
Tindakan pengunjung itu sebelum ini dikritik sebagai terpesong dari niat asal mengerjakan haji dan umrah, malah ada yang mempersoalkan sama ada kedatangan mereka sekadar lawatan untuk mengambil gambar-gambar.
“Sekiranya terdapat mana-mana individu melanggar pengharaman itu, pengawal keselamatan yang bertugas telah diarahkan untuk merampas gambar-gambar dan kamera sekiranya perlu,” tulis kenyataan itu, sambil menambah mesej itu perlu disebarkan kepada setiap pengendali jemaah Haji dan Umrah di negara masing-masing.
Ramai warga Indonesia yang meluahkan rasa kekecewaan, dengan alasan gambar-gambar dan video yang diambil dalam masjid-masjid tersebut adalah sebagai kenangan, terutama kerana lawatan ke lokasi berkenaan mungkin adalah peluang sekali seumur hidup.
Seorang warga Indonesia, Nadhira Adiatri mengimbau kenangan mengambil gambar bersama keluarganya di depan Kaabah di Masjidil Haram ketika mengerjakan umrah lima tahun lalu.


“Saya setuju ia mengganggu bila orang mengambil terlalu banyak gambar dan ber selfie, tapi alangkah kasihan sekiranya kita tidak lagi dibenarkan untuk mengabadikan keindahan Kaabah dan kubah bergerak di Masjid Nabawi,” kata wanita berusia 25 tahun itu.
Pada masa itu, sebelum telefon pintar dan aplikasi perkongsian imej seperti Snapchat dan Instagram menjadi sebahagian dari kehidupan seharian – pengawal-pengawal keselamatan di masjid-masjid tersebut sangat terusik jika ada orang mengambil gambar di dalam kawasan suci katanya.
“Saya hanya ambil beberapa gambar menggunakan kamera telefon pintar untuk merakam detik-detik kenangan, tapi saya lakukannya dengan senyap bagi mengelakkan gangguan kepada orang lain, dan melakukannya ketika tiada pengawal di sekeliling,” kata Nadhira lagi yang kini merupakan seorang suri rumah pada hari Jumaat.
Nur Hikmat, 27 yang bakal mengerjakan umrah tahun depan pula berkata, pihak berkuasa Arab Saudi sepatutnya menetapkan kawasan tertentu yang diharamkan untuk mengambil gambar daripada mengharamkan semua kawasan.

Seorang lagi warga Indonesia yang baru pulang dari Mekah memberitahu The Jakarta post, bahawa dia sedar pengharaman itu telah dimulakan di Masjidil Haram, namun pelaksanaannya tidak begitu ketat lagi.
Kementerian Hal Ehwal agama Indonesia bahagian Haji dan Umrah berkata pihaknya akan segera bekerjasama dengan persatuan-persatuan pengendali ibadah umrah dan kumpulan jemaah haji untuk menyebarkan informasi tentang pengharaman itu, semasa persediaan jemaah untuk berangkat ke tanah suci.




Tips pengurusan sistem hidroponik takung



Tanaman ini merupakan tanaman hasil daripada tanaman hidroponik takung. Dan disini saya berkongsi sedikit tips pengurusan sistem hidroponik takung.
1. Akar tanaman memerlukan keadaan yang gelap dan sejuk.
Keadaan ini akan menambah kesuburan pokok.
2. Kepekatan larutan baja yang optima sangat penting.
3. Media yang terlalu padat menghalang akar menembusinya
dengan mudah. Ini bole melambatkan tumbesaran atau
kerencatan.
4. Hasil sayuran adalah bersih dan selamat dimakan kerana
akar tanaman hanya menyerap nutrient tertentu pada kadar
yang diperlukan sahaja.

Set baja hidroponik khas untuk penggemar tanaman hidroponik


Set baja hidroponik adalah satu nutrient yang penting untuk tumbesaran pokok apabila kita menanamnya mengunakan sistem hidroponik.
Disini kami ada menjual set baja hidroponik khas untuk penggemar tanaman hidroponik.
Harga bagi setiap set adalah seperti berikut :
1. SET BAJA SEBATIAN XY JOE JALIL - RM40.00 SATU SET
2. SET BAJA HIDROPONIK ABI AGRO - RM16.00 SATU SET
* Sebarang pertanyaan atau pembelian bole dibuat melalui PAGE ABI AGRO atau hubungi nombor tertera.
Boleh walk in di kedai atau nak pos pon boleh.
En Ashraf Shuib - 017-3458032
En Ajwad Saad - 0174337484


NUTRIPOT HYDROPONIC


NUTRIPOT HYDROPONIC
Anda tiada masa untuk menyiram tanaman anda
Anda tiada masa untuk memberi baja kepada tanaman anda
Anda berminat bercucuk tanam tetapi mengalami kekangan masa
Anda selalu tiada di rumah ?
NUTRIPOT adalah satu solusi bagi permasalahan anda
Kenapa saya kata begitu, kerana fungsi NUTRIPOT sendiri dapat membantu
menyelesaikan permasalahan anda.
Ianya amat Memudahkan malahan Menjimatkan
Anda hanya perlu semai tanaman anda di dalam NUTRIPOT, penuhkan dengan air dan
pati baja yang mncukupi dan letak di kawasan yang sesuai.
Anda tidak perlu lagi menyiram atau memberi baja, hanya perlu perhatikan air
di dalam bekas NUTRIPOT anda mencukupi
Mudah bukan?
Apalagi inilah masa untuk bertukar sistem tanaman anda kepada NUTRIPOT.
Hubungi kami segera :
LOKASI KEDAI :
ABI AGRO,
LOT 1, PPK PAYA,
KM.4, JALAN KAKI BUKIT,
01000 KANGAR,
PERLIS.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
EN ASHRAF SHUIB - 0173458032
EN AJWAD SAAD - 0174337484
Price: RM 11 sebiji

Saturday 25 November 2017

Siaran ulangan sesuai utk tanaman kesom, pegaga, pudina dan peppermint













Mari Berkenalan Dengan Mekanik Jelita Ini


Selama ini, kita memikirkan bahawa pekerjaan sebagai mekanik adalh milik kaum lelaki sahaja. Tidak menghairankan apabila kita berfikiran begini, kerana seperti yang kita ketahui pekerjaan membaiki kenderaan ini adalah satu pekerjaan yang berat dan boleh mengotorkan badan.
Kita boleh melihat fizikal seorang mekanik, yang pastinya agak keras dengan pakaian, badan serta kuku yang hitam kerana minyak daripada enjin kenderaan.


Tetapi mesyarakat hari ini mula berubah secara perlahan-lahan. Dengan bayaran yang agak tinggi dan ingin mencuba cabaran baru, maka lahirlah wanita-wanita yang cuba bersaing dengan lelaki.
Salah satunya adalah seorang mekanik wanita bernama Tantin Legapi Meneses. Mekanik berusia 21 tahun ini dikatakan mekanik paling hangat di Pampanga, Filipina, dengan wajah yang cantik serta bentuk tubuh yang menggiurkan.



Tapi, jangan tertipu dengan penampilannya, kerana dia boleh melakukan pekerjaannya lebih baik dari beberapa mekanik lelaki di luar sana.



Seperti yang diketahui, Tantin mempunyai kemahiran luar biasa dalam menyelesaikan masalah dan membaiki kereta. Dia sebenarnya berasal dari keluarga mekanik, yang mungkin salah satu sebab dia memilih bidang ini.
Tantin belajar di Sekolah Seni Dan Perdagangan TESDA Gonzalo Puyat di San Luis Mexico, juga di Pampanga untuk mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk bekerja sebagai mekanik. Hasil daripada pembelajarannya, sekarang ini dia dengan mudah dapat membaiki kereta.

Selain seorang mekanik yang berbakat, Tantin juga merupakan seorang cosplayer dan freelance model. Dan apabila dia berpakaian untuk melakukan pertunjukan, kamu pasti tidak akan mengetahui bahawa dia sebenarnya seorang mekanik!


Selain Ameera Khan Ramai Tidak Tahu Neelofa Ada Adik Lelaki Yang Sangat Kacak


 Selain Ameera Khan, Ramai Tidak Tahu Neelofa Ada Adik Lelaki Yang Sangat Kacak!! Lebih Mengejutkan Ahklak Adik lelakinya Ini Lain Sekali Sampai Menjadi Perhatian Netizen. Miliki Mata Yang Memukau kacukan Arab, Pakistan dan Melayu Memang Wow!!!(13 Gambar)

Rupa-rupanya Neelofa merupakan kacukan Melayu, Pakistan dan Arab di mana bapanya berketurunan Melayu manakala ibunya, Noor Kartini berketurunan kacukan Pakistan dan Arab.



Selain Neelofa, adiknya, Ameera Khan dan kakaknya, Noor Nabila turut mendapat perhatian netizen kerana rupa paras yang unik dan cantik. Kali ini, adik lelaki sulung Neelofa pula yang mendapat perhatian!


Ceritanya bermula apabila Noor Nabila memuat naik gambar Mohamed Faliq bersama suaminya, Sharnaz Ahmad di majlis hari jadi yang ke-11 remaja terbabit.


Gambar berkenaan yang dimuat naik beberapa hari yang lalu mendapat lebih 53k likes dan rata-rata memberi komen mengenai keindahan mata yang dimiliki anak lelaki Noor Kartini itu.
Selain Neelofa, ibunya juga sering memuat naik gambar Faliq yang dilihat sangat manja dengannya. Tidak hanya itu, Faliq juga dilihat seorang yang mementingkan agama apabila dia beberapa kali dirakam sedang beribadat oleh ibunya.












10 Posing Bergambar Luccah Di Muzium 3D Yang Tak Sesuai Dipertontonkan


Muzium 3D sememangnya menjadi salah satu daripada tarikan pelancong untuk sakan bergambar dan pose dengan bahan-bahan pameran yang jarang dapat kita rasakan dimna-mana.
Muzium 3D sekarang ni menjadi trend dan menjadi tumpuan remaja yang memang suka bergambar.
Tapi muzium 3D ni lain daripada yang lain, apabila semua Materialnya adalah tentang s3x.
Terdapat dua muzium 3D yang mana bertemakan Cinta dan Seks iaitu di Korea dan di Macau.

 Anda perlu berusia 18 tahun ke atas untuk masuk ke zon “Love Museum” di Korea dan “Fun Funland” di Pier 16 Macau 3D World.
Di dalamnya, anda boleh melakonkan semua fantasi dalaman anda dengan 50 lukisan 3D yang berbeza yang membolehkan anda mengambil gambar dan menyelamatkan wanita yang mengenakan
tisu(pakaian dalam) dari neraka, menyentuh punggung pada lukisan, tidak memakai seluar apa-apa dan hanya secara umumnya melepak di sebuah ‘strip club’ , semua dalam tiga dimensi!










About

Popular Posts