Trending

Thursday 31 January 2019

Saya ingin kongsikan jenis betta




























Ikan Laga atau dengan panggilan yang lebih glamor karem


Ikan Laga atau dengan panggilan yang lebih glamor karem adalah ikan hiasan yang sangat terkenal dalam segelintir masyarakat Malaysia dan masyarakat Thailand. Selain dari kecantikan pelbagai jenis dan bentuk ekor, karem juga merupakan kumpulan yang menarik bila dibiak. Kaedah pembiakan ikan laga sangatlah mudah dan unik.
Cara Karem Membiak
Karem membiak dengan cara bertelur dan telurnya akan dikumpul di buih-buih sarang yang dihasilkan oleh si bapa ..
Keperluan untuk pembiakan adalah seperti berikut :
1. Dua balang atau bekas satu kecil satu besar, *wajib
2. Pasangan pelaga yang sihat dan cantik elok untuk dapat anak yang cantik. *wajib
3. Tanaman air yang hidup *harus
4. Cawan polistrin dibelah dua *Jika ada
5. Makanan untuk pasangan tersebut elok bagi sebelum breed. *wajib
6. Air tanpa klorin ataupun air tapis *wajib
7. Daun ketapang *jika ada
8. Bekas atau aquarium yang luas *wajib
9. Jaring kecil lembut *sunat
.
Cara pemilihan pasangan
.
· Pilihlah pasangan yang sihat dan matang *matured enough
· Jantan mempunyai ekor yang panjang dan sesetengah betina juga berekor panjang namun boleh dibeza dengan melihat abdomennya
· Betina mestilah buncit dan terdapat biji putih pada abdomennya *hanya betina begini
Untuk memudahkan proses pembiakan ini admin bahagikan kepada 3 fasa. Semasa pemindahan admin galakkan gunakan jaring supaya ekor pelaga tdak rosak.
Fasa 1 (proses kenal-kenal) (seminggu lebih baik)
.
· Pasangan tersebut diasing dan diletakkan dalam balang masing-masing yang mengandungi air tanpa klorin serta diletak bertentangan supaya pasangan ini dapat melihat antara satu sama lain.
· Letak daun ketapang jika ada, daun ini bertindak sebagai ‘tongkat ali’ supaya pelaga jantan lebih agresif dan gersang.
· Semasa proses ini, jantan banyak bergerak dan mengembangkan insangnya *menunjuk-nunjuk
· Betina hanya memberi tindak balas dengan bergerak ke sana-sini serta menunduk *mudah kata berkelakuan normal
· Jantan akan membuat buih tanda pasangan ini sedia diadu atau diletak sekali
· Makanan diberi seperti biasa. Pasangan ini mestilah sihat sepanjang proses pembiakan.
Fasa 2 (malam pertama) (1-2 hari )
· Pasangan ini diletak bersama dalam bekas atau aquarium yang lebih luas. *bayangkan malam pertama bilik sempit, Fuhhh..siksa ..
· Bekas tersebut diletak tanaman air dan daun ketapang jika ada
· Letakkan cawan polistrin yang dibelah dua jika ada. *Jantan akan membuat sarang buihnya dibawah polistrin tersebut. Risiko buih untuk pecah adalah rendah. *jika tiada pelage jantan akan membuat sarangnya ditempat-tempat buih boleh dikumpul, ditepi-tepi..
· Jantan akan memeluk betina ataupun mengejar betina. *Dalam proses ini telur dilepaskan oleh betina dan dikutip oleh jantan dan dihimpun disarang buih buatannya.
· Sila beri pasangan ini privasi. *sukakah anda jika diganggu pada malam pertama ?
.
Fasa 3 (pasangan dipisahkan)
.
· Selepas betina habis melepaskan telurnya, pelaga betina cuba untuk menghampiri telur dan dihalang oleh pelaga jantan. Betina mesti diasingkan untuk mengelak dari memakan telur-telur tersebut.
· Tugas penjagaan telur adalah tugas pelaga jantan, jantan akan menjaga telur-telur tersebut disarang buatannya. Telur yang rosak akan dimakan kerana khuatiri akan menjangkiti telur-telur lain. *ini normal
· Dalam tempoh 2-3 hari telur akan mula menetas dan kelihatan kelibat anak-anak ikan yang sangatlah kecil berpaut pada sarang buih.
· Pada tempoh ini fry (anak-anak ikan) tidak perlu diberi makan kerana masih terdapat persediaan telur kuning pada badan.
· Fry akan mula melepaskan pautannya dan berenang bebas dan mampu makan dengan sendiri.
· Si bapa boleh diasingkan, tugas bapa selesai.
· Pastikan semua fry sudah melepaskan pautannya dan berenang dengan bebas, fry yang masih lagi berpaut perlu dipantau oleh bapa kerana bimbang fry jatuh dan tidak boleh berenang dengan sendiri akan dibantu oleh bapa dan diletakkan disarang buih semula.
Perlu Tahu !!
.
· Semasa tempoh penjagaan oleh bapa, pastikan keadaan sentiasa cerah supaya si bapa boleh melihat dan memantau telur-telurnya.
· Jangan goncang bekas atau menganggu fry, ini akan menyebabkan fry yang masih lemah jatuh dan boleh membawa maut jika lambat diselamatkan.
· Anda boleh puasakan si bapa sementara kerana khuatiri akan termakan telur. Boleh beri makan tapi mesti jauh dari kawasan fry atau telur.
· Tanaman air akan menjadi tempat bermain bagi fry-fry ini.
· Bekas tersebut harus ditutup untuk mengelak dari termasuk bendasing dan semut. *jgn ttup sehingga tiada udara, pelaga juga perlukan udara.
· Fry sangatlah sensitif dan mudah mati jika dijangkiti fungus atau bacteria.
· Betina mampu bertelur sehingga 200-1000 pada satu masa. Namun hanya 5-80 yang boleh selamat. *ini normal
Selepas habis semua proses ini, tanggungwab penjagaan fry terletak pada tuan empunya. Tuan empunya wajib mengetahui cara penjagaan fry kerana fry-fry ini sangatlah sensitif dan mudah mati dan anda mungkin akan kehilangan semua fry anda. Admin buat habis teliti dan jangan tinggal walau satu langkah kerana “sesaat terleka, selama-lamanya menyesal” huhu


Wild Betta Green Mahachai


Wild Betta: Green Mahachai
Known only from a handful of localities in Bangkok, Samut Sakhon, Samut Songkhram and Samut Prakan provinces in central Thailand, all of which lie on the coast of the Gulf of Thailand.
Most habitats are in close proximity to Bangkok, which continues to expand rapidly, are considered under extreme threat, and recent surveys have failed to confirm that the fish is still present in Samut Songkhram and Samut Prakan.
Populations from different localities exhibit slight morphological differences, e.g., the shape of the caudal-fin can vary from rounded to ovate, and should not be mixed or hybridised in aquaria.


identify which tail type your betta fish has


The following infographic was designed so you and your friends can identify which tail type your betta fish has – or maybe which one you want next!


Pengenalan Ikan Pelaga Betta Fish


Pengenalan Ikan Pelaga (Betta Fish)
.
Pendahuluan
.
Ikan pelaga ni sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis-jenis yang berbeza. Ia dapat dikenal pasti melalui bentuk ekornya. ada spesis crown tail, halfmoon plakat, halfmoon atau jenis yang biasa. 
.
Jenis ikan pelaga yang disukai biasanya half moon..cantik bila dilihat...ikan pelaga ini mempunyai bermacam-macam warna dan kualitinya juga dinilai dari warna, sama ada sekata atau seragam
.
Jantina
.
Cara nak kenal ikan jantan agak senang..biasanya ikan jantan ekor die panjang.tapi tidak semestinya sebab sekarang nie para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang juga. Jadi masalah lah sikit..tapi yg betina ni korang akan dapat kenal pasti melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya..bawah badan ikan tu.
.
Kematangan
.
Untuk pembiakan korang memerlukan induk yang matang jadi pilihlah dengan betul.
.
Jantan
.
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..itu maknanya dia tengah 'hot' lah tu.
.
Betina
.
Bagi yang betina pula,macam biasa lah perut atau abdomen dia akan buncit dan terdapat biji putih di bahagian anusnya serta mempunyai garisan menegak pada badan untuk yang telah bersedia untuk sesi pembiakan.




10 Tips Penjagaan Ikan Laga Supaya Kekal Aktif


10 Tips Penjagaan Ikan Laga Supaya Kekal Aktif
Jangan campurkan ikan laga
Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.
Dapatkan bekas yang sesuai
Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.
Letakkan tumbuhan
Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.
Berikan makanan hidup
Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.
Letakkan daun ketapang
Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.
Letakkan kayu Hiasan
Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.
Tukar air tiga hari sekali
Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.
Gunakan garam
Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.
Gunakan air yang sesuai
Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.
Sayangi ikan anda
Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya.


Ok ke bossku setting tmpt baru utk fry mcm ni



Samaragdina Guaitar Pair Interested Pm


HARD CORE WILD BETTA COMPETITION yg dijangka diadakan pada suku terakhir tahun ini


Team WBLM sedang dalam proses mendaftarkan Persatuan Pencinta Ikan Laga Liar Malaysia dan berhajat mengadakan kelas penjurian standard asas untuk show grade Wild & Hybrid Wild Betta. Kelas ini dirancang untuk diadakan sebelum kami menganjurkan 100% HARD CORE WILD BETTA COMPETITION yg dijangka diadakan pada suku terakhir tahun ini (antara Sept - Dis 2019). Kelas ini adalah salah satu perancangan kita demi mencapai VISI WBLM, untuk Memertabatkan industri Wild Betta Malaysia kepada bertaraf dunia menjelang 2023.
p.s. Agak2 ada yg berminat tak?


Budak bru up Splendtos




Betta persephone adalah salah satu species unik di negara kita


Betta persephone adalah salah satu species unik di negara kita, Ia adalah salah satu dr berpuluh species pelaga@Betta yg telah dimasuk dlm senarai merah IUCN "CR" iaitu terlalu hampir pupus sejak tahun 1996
Ikan ini dahulunya duduk di 3 buah kawasan hutan di negeri Johor (hutan2nya berdekatan...tapi berpisah krn jalan raya, highway dan sebagainya)
Tapi pd tahun 2008 salah sebuah hutan habitatnya telah musnah sama sekali (kini sudah jadi kebun durian)
Dan malangnya lokasi yg musnah adalah lokasi "Type locality" ikan tersebut..
Dan pd tahun 2017 satu lg habitat nya telah di buka utk pembalakkan dan perladangan...
Kini ikan ni hidup di kawasn yg tidak tidak di ketahui jaminan masa dpnnya...Doa jelah hutan yg tinggal skrg (tinggal satu lokasi shj habitatnya) akan terus wujud.....
Hairan...tahun 1996 dah istihar CR dlm IUCN...knp tiada apapa tindakan utk melindunginya ya...



spesis pelaga pengeram mulut Betta ocellata


Akhirnya saya berjaya juga membiakkan spesis pelaga pengeram mulut (Betta ocellata) dengan kesabran setelah beberapa kali gagal



Akhirnya projek OFFGRID solar siap sepenuhnya hasil DIY



Akhirnya projek OFFGRID solar siap sepenuhnya..hasil DIY..lama jugak menabung bg menyiapkn segala kelengkapan utama..
- Solar panel 240W - 8 kpg
- Inverter 48V 3000W 3.7KVA - 1 unit
- PowerBATT 12V 100ah - 4 bijik
Terima kaseh byk2 buat AGS Salim@AGS Solar kerana ilmu dan tunjuk ajar dari awal hingga akhir DIY, walaupun menyediakn proses pemasangan..Terima kaseh juga buat Cg.Izzul kerana menyediakn proses penghantaran panel 250w dari Penang ke Kemaman.
Betul, nak berjimat kena blajar jangan habiskn duit mcmtu je..
Sistem Solar ready to go..seterusnya alihkn penggunaan ke Solar..ada modal..tambah battery shj..😎






About

Popular Posts