Trending

Saturday 31 October 2015

Persembahan Zizan Memukau Penonton



Pertandingan akhir Super Spontan All Stars menyaksikan pelawak Zizan Razak diangkat juara program realiti lawak itu yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, di sini, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, Zizan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000 dan trofi.
Selepas sembilan minggu bersaing dengan 14 peserta, Zizan berjaya menewaskan lima finalis lain iaitu Johan, Achey Bocey, Pak Yus, Rahim R2 dan Tauke.
Tempat kedua disandang oleh Johan diikuti Achey Bocey masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM75,000 dan RM50,000 serta trofi.
Sementara tempat keempat, kelima dan keenam dimenangi Pak Yus (RM20,000), Rahim R2 (RM10,000) dan Tauke (RM5,000).
Gelanggang akhir Super Spontan All Stars menampilkan Datuk AC Mizal selaku pengacara dan program itu dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan De Fam dan Lawa Nie Geng.
Program itu turut menampilkan Afdlin Shauki, pengacara ERA FM Ray dan Haniff sebagai pengadil perlawanan manakala Amir Raja Lawak menjadi pembantu pengacara.
Super Spontan All Stars berkonsepkan komedi adalah pertandingan permainan pentas secara spontan. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.

Lembaga Putih (Langsuir) LPT 2 – Mistik



PENGGUNALebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak menolak kemungkinan wujudnya gangguan makhluk halus di laluan itu.
Umum mengetahui LPT2  dicop sebagai ‘lebuh raya berhantu’ rentetan kes kemalangan maut yang berterusan berlaku di laluan sepanjang 184 kilometer itu sejak dibuka sehingga sekarang.
Jolokan itu diberi orang ramai kerana bagi segelintir mereka kemalangan meragut nyawa yang berlaku itu bukan semata-mata berpunca daripada faktor yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja sebaliknya ia turut berkait dengan gangguan makhluk ghaib.
Perihal LPT2 yang kononnya ‘keras’ dan punya ‘penunggu’ juga turut rancak diperkatakan di media sosial terutama di Facebook, malah ada netizen yang tampil menceritakan kisah seram yang pernah dialami untuk peringatan pengguna LPT2 yang biasa menggunakan laluan itu dan perkongsian kisah seram itu turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.
Bagi mengetahui sejauh mana dakwaan berkenaan, Sinar Harian mengupas isu tersebut dan berjumpa dengan mangsa kemalangan dan pengguna LPT2 yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.
Rata-rata mereka tidak menolak kemungkinan kemalangan turut dipengaruhi faktor gangguan makhluk halus berdasarkan pengalaman seram yang pernah dilalui.
Nampak langsuir bergayut pada papan tanda elektronik
Isteri peneroka Felda Neram 2 Kemaman, Senani Omar, 53, berkata, kereta yang dinaikinya sekeluarga nyaris terbabas selepas anak lelakinya yang memandu terkejut melihat lembaga perempuan berbaju putih labuh dan berambut panjang sedang bergayut pada papan tanda elektronik  atau VMS.
Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam berdekatan kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing LPT2 pada awal September lalu semasa mereka empat beranak dalam perjalanan balik dari Kuantan ke rumah mereka di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru.
“Waktu itu makcik duduk di tempat duduk penumpang depan. Tapi semasa tiba di kawasan Plaza Tol Jabor, makcik bersama menantu dan seorang lagi anak yang duduk di belakang tertidur.
“Hanya beberapa ratus meter untuk sampai di depan R&R Perasing, anak makcik, Wan Shahdillah Wan Abdullah, 28, yang memandu itu tiba-tiba nampak langsuir sedang tergantung pada VMS hingga dia terperanjat dan kereta Proton Wira kami hampir terbabas ke kanan jalan. Ketika itu, VMS itu gelap dan tak ada tulisan cerah seperti biasa,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dalam keadaan panik berkenaan mereka bernasib baik kerana laluan itu lengang dan anaknya yang bekerja sebagai pemandu lori sawit sempat mengawal stereng dan berhenti seketika di lorong kecemasan.
“Nasib baiklah hanya selang beberapa saat lepas nampak langsuir itu ada bas ekspres yang lalu jadi anak makcik terus memandu dengan mengekori belakang bas hingga tiba ke susur keluar Plaza Tol Cheneh,” katanya.
Namun, ibu sembilan anak itu berkata, anak keempatnya itu tidak menceritakan kejadian itu kepadanya sebaik dia tersedar dari tidur apabila sudah tiba di rumah kira-kira jam 11.30 malam.
“Dia cuma cerita pagi esoknya dan hari itu juga dia ambil cuti kecemasan,” katanya.
Terlihat wanita berjubah putih
Kelibat wanita berjubah putih labuh dengan rambut panjang mengurai turut dilihat seorang pekerja kilang sawit, Mohd Muradzi Mohd Nawi, 20, kira-kira tiga jam selepas berlaku kemalangan yang meragut nyawa dua beranak yang juga jiran hadapan rumahnya.
Dalam kemalangan kira-kira jam 11.40 malam pada 17 Oktober lalu di Kilometer 273.9 susur keluar ke Plaza Tol Cheneh itu, seorang peneroka Felda Neram 2, Hasan Abd Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Shazwani, 21, terbunuh sementara isteri dan anak bongsunya cedera.
Mohd Muradzi berkata, sejurus mendapat khabar mengenai kemalangan yang menimpa jirannya itu, dia bersama abangnya, Mohd Mutalib, 33, segera bergegas ke Hospital Kemaman di Chukai untuk menziarahi.
“Kami balik ke rumah ikut LPT2, namun di separuh jalan saya nampak satu lembaga wanita yang pakai baju putih labuh dan rambut panjang duduk di atas pengadang jalan di jejambat Lubuk Batu, iaitu lebih kurang lapan kilometer sebelum tempat arwah Pok Hasan kemalangan.
“Tapi muka lembaga itu saya tak nampak sebab gelap. Menggeletar badan saya masa itu dan waktu kami lalu di bawahnya ayat-ayat suci al- Quran tak putus-putus saya baca dalam hati. Waktu itu saya sempat toleh ke arah jam dan jarum tunjukkan pukul 3 pagi,” katanya.
Setelah tiba di rumah, Mohd Muradzi yang bekerja di Bukit Bandi, Cerul pelik kerana abangnya yang memandu kenderaan mengakui tidak nampak apa-apa sepanjang perjalanan pulang mereka ke rumah.
“Sebelum ini saya cuma dengar cerita orang saja pasal macam-macam kisah mistik sepanjang LPT2 ini. Tapi lepas lihat sendiri, tak tahu nak cerita macam mana perasaan waktu itu,” katanya.
Menurutnya, dari pelbagai versi cerita yang pernah didengarnya terdapat satu kisah yang paling diingatnya iaitu kisah rakannya sendiri yang bekerja sebagai pemandu lori dan pernah terserempak dengan seorang warga emas lelaki berkopiah yang berjalan kaki dan menahan lori yang dipandu pada jam 2 pagi di hadapan R&R Perasing.
Sebaik sahaja ditahan, rakan Mohd Muradzi memberhentikan kenderaan dan bertanya mengenai arah tuju pakcik lewat usia itu.
“Pakcik itu jawab ‘mahu ke depan tu sikit’. Tapi dia bukan mahu tumpang kawan saya sebaliknya dia pesan pada kawan saya supaya hati-hati. Dia bagitahu jalan di Perasing itu tak elok sebab ada kisah-kisah lama. Katanya di kawasan itu adanya kubur-kubur lama.
“Saya juga pernah dengar yang kawasan Lembah Perasing di kawasan ini adalah perkuburan besar komunis puluhan tahun lalu dan dalam banyakbanyak lokasi di sepanjang LPT2 ini difahamkan kawasan Perasinglah paling ‘keras’,” katanya.
Mangsa terselamat trauma
Sementara itu, mangsa kemalangan yang terselamat, Salimah Ghalam, 51, yang juga ibu kepada tiga anak mengakui terkejut apabila mendengar kisah jirannya melihat lembaga wanita berambut panjang selepas tiga jam mereka empat beranak kemalangan.
“Muradzi ceritakan kepada saya apa yang dia nampak itu lepas seminggu kami kemalangan. Dia cerita pada saya dekat waktu senja semasa saya sedang termenung di depan rumah.
“Saya pun tidak tahu apa yang arwah suami nampak waktu kami kemalangan. Saya yang duduk sebelah suami tak tidur pun waktu kami kemalangan dan seingat saya secara tiba-tiba kereta terbabas langgar pembahagi jalan sebelum saya pengsan sekejap,” katanya.
Ketika kejadian, Salimah bersama arwah suami dan arwah anak sulungnya serta anak bongsu, Hanis Shazhizatul, 14, dalam perjalanan balik dari Kampung Ibok, Kijal kerana menziarahi adiknya yang tercedera akibat terkena letupan belon gas.
Hanya anak keduanya, Hanis Shazhirah, 19, yang tidak terlibat dalam nahas itu kerana anak perempuannya itu tidak tinggal di rumah disebabkan belajar di Kolej Islam Pahang (Kipsas).
“Saya tak pernah lalu LPT2 sebelum ini tapi mungkin arwah suami dah banyak kali lalu. Sampai sekarang saya masih trauma dan tak mahu lagi lalu jalan itu. Sebagai mangsa, saya tak tolak kemungkinan faktor mistik turut jadi penyebab kemalangan kerana dalam al-Quran sendiri pun sudah dinyatakan ada makhluk lain dicipta selain manusia,” katanya.
Rasa mengantuk ketika lalui tempat ‘keras’
Pemilik pusat rawatan alternatif, Laila Husin, 56, mengakui banyak kali dia hampir terbabas setiap kali melalui ‘lokasi keras’ di LPT2 sekitar Kemaman berikutan rasa mengantuk yang teramat sangat ketika melalui laluan itu.
“Apa yang saya perasan, ada tiga tempat yang tiba-tiba kepala saya rasa hanyut dan datang rasa mengantuk yang teramat sangat setiap kali melalui LPT2,” katanya.
Menurutnya, lokasi itu ialah sekitar R&R Perasing yang menjadi lokasi enam beranak maut dalam kejadian 14 Oktober lalu, di Cheneh (lokasi kemalangan melibatkan bekas Ketua Polis Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam) dan sebelum
Plaza Tol Kijal.
Katanya, rasa hanyut dan mengantuk itu dirasainya pada ketika melalui lebuh raya itu pada waktu siang dan bukan pada waktu malam.
“Yang saya pelik, saya bukannya tak cukup tidur pun. Setiap kali lalui ikut LPT2 mesti saya mengantuk ketika lalu tiga lokasi itu. Kaki saya yang tekan pedal minyak seolah-olah tak rasa apa-apa. Kadang-kadang saya terlelap beberapa saat, sebab itu saya hampir hilang kawalan banyak kali. ‎
“Dalam keadaan begini apa yang penting kita kena basahkan mulut dengan bacaan ayat suci al-Quran dan zikir, malah sebelum mulakan perjalanan juga perlu amalkan baca doa agar sentiasa dilindungi. Dari pengalaman yang saya lalui ini saya percaya adanya gangguan makhluk ghaib tapi ajal maut semuanya di tangan ALLAH SWT,” katanya.
  • SH

177 KM Sejam Di Lebuh Raya Pantai Timur 2 – Fadillah Yusof



Sikap pengguna yang memandu laju dengan purata melebihi had kelajuan 110 km sejam antara penyumbang berlakunya peningkatan kadar kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata menerusi kajian yang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR), hanya 30 peratus pengguna lebuh raya itu mematuhi had laju yang ditetapkan.
Beliau berkata, 50 peratus lagi memandu lebih daripada 140 km sejam ketika menggunakan lebuh raya tersebut.
“Kami pernah merekod ada pengguna yang memandu mencecah 177 km sejam,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di KM258.9 LPT2 di sini hari ini yang merupakan lokasi kemalangan meragut nyawa enam sekeluarga baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu Ir Rosli Othman dan Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman.
Menurutnya langkah penguatkuasaan telah dilakukan pihak polis dengan memasang lebih banyak perangkap had laju di sepanjang laluan 184 km LPT2 itu.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), LPT2 dari Jabor di Kemaman sehingga Gemuruh di Kuala Nerus meragut 85 nyawa sejak dibuka Januari 2011 secara berperingkat.
Pada 14 Oktober lalu, enam sekeluarga yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Kuantan maut, selepas kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki mereka terbabas sebelum terperosok ke bawah lori treler yang berhenti di lorong kecemasan.
Justeru Fadillah menasihatkan pengguna LPT2 supaya berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan dan had kelajuan yang ditetapkan ketika mengguna laluan itu.
Katanya pihak JKR juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan elemen keselamatan terus dipertingkat termasuk meminta pihak konsesi membenarkan kiosk perniagaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) beroperasi bagi memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya itu.
Selain itu papan tanda amaran juga akan diperbanyakkan bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada para pemandu yang menggunakan laluan tersebut. – Bernama

Wednesday 28 October 2015

MASYALLAH! Afifah dedah perangai sebenar suaminya, Ajak Shiro di rumah yang amat menyentuh hati


Isteri mana yang tidak mengimpikan seorang suami yang bertanggungjawab serta tetap memberikan kasih sayang kepada mereka dan anak-anak meskipun suaminya sering sibuk dengan kerjayanya.

Membaca kisah pengorbanan Ajak Shiro yang dikongsikan oleh isterinya Afifah menerusi akaun Instagram miliknya membuatkan hati ini tersentuh akan sifat penyayang Ajak yang bukan sekadar di bibir sahaja.

Menurut Afifah, jika Ajak berada dirumah hampir semua kerja berkaitan urusan rumah tanggn ingin dilakukannya sendiri seperti memasak, jaga anak dan lain-lain.

Berikut adalah luahan penuh mengenai pengorbanan Ajak :-


"Nie citer semalam… Susah nak tengok 2 tangan itu kosong tanpa anak disisi. Sebelum nie semua orang tanya,apa yang paling sweet baba buat..tapi selalu xde jawapan sebab xtahu apa yang sweet tentang baba.setelah diamati dan diteliti,ku sedar segala tentang baba adalah sweet..kalau baba ada di rumah semua urusan anak dia nak buat..mandikan, bagi susu,pakaikan baju,tidurkan dan semua berkaitan rumahtangga.pendek kata,baba tapaw semua kerja2 ibu di rumah.

Bila dia duduk berehat pun dia akan panggil semua untuk peluk dia sambil menonton televisyen,so ibu akan tutup api masak,berhenti basuh pinggan dan lain2 untuk join baba. Bila orang tanya,baba romantik sama macam cerita Isteriku Bukan Tukang Masak tak?jawapannya..baba lebih daripada itu.Romantiknya bukan pada kata2 sangat tetapi sentuhan kasih sayang yang melimpah-ruah…terima kasih Allah kerana ciptakan ku dari rusuk kiri insan penyayang ini."

Apa yang dilakukan oleh Ajak Shiro ini benar-benar melambangkan beliau sebagai seorang suami dan bapa yang mithali. Lelaki seperti ini memang susah hendak di cari zaman sekarang, untung Afifah dapat suami seperti Ajak. Kami doakan rumah tangga anda akan lebih diberkati dan dipenuhi kasih sayang.


Zizan Jawab Isu Tak Mahu Berlakon Dengan Kamal



Jika sebelum ini Kamal Adli menyatakan rasa redhanya jika digugurkan daripada penggambaran filem sekuel yang sebelum ini dia digandingkan bersama Zizan Razak, kini pelawak itu tampil memberi penjelasan terhadap khabar angin tersebut.

“Macam mana pula boleh timbul cerita itu? Siapalah saya untuk menentukan dengan siapa boleh bekerja? Saya hanya pelakon yang buat kerja kerana dibayar. Saya bukannya produser yang boleh menentukan siapa barisan pelakon pilihan hati. Ini benda mengarut dan tidak masuk akal”

“Saya malas nak layan atau fikir hal ini. Kalau betul benda (pengguguran Kamal) itu berlaku, ia tiada kena mengena dengan saya sebab bukan saya yang menerbitkan Abang Long Fadil 2. Macam saya katakan tadi, saya dibayar penerbit untuk berlakon. Jadi saya hanya buat kerja saya, saya tidak tahu atau campur tangan pun,” katanya dipetika melalui Harian Metro.

Sunday 25 October 2015

PANASS!! GAMBAR PERIBADI NANO EKORA BUDAK SELUAR BELANG TERSEBAR!!


PANAS!! gambar last sekali tak sanggup nak tengok...








Pegawai Wanita Rusia Bekerja Di Malaysia, Tidak Mahu Balik

Seorang pegawai akhbar Kedutaan Rusia sudah jatuh cinta dengan Malaysia. Selepas tiga tahun bekerja di Kuala Lumpur, beliau mencintai dan selesa tinggal di sini.

Polina Matveycheva, juga naib johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012 mengakui cuaca sejuk dan bersalji di Rusia — sehingga mencecah 25 darjah Celsius bawah paras beku  — sering merisaukannya dan sentiasa menggamitnya pulang ke Malaysia.
Pertandingan pidato itu, yang diadakan di Kuala Lumpur, terbuka kepada pelajar-pelajar di serata dunia yang mengambil pengajian bahasa Melayu. Sejak itulah, gadis berambut perang ini berkenalan dengan Malaysia.
“Saya sudah biasa dari kanak-kanak tidak suka salji, tidak suka hujan. Bila saya balik Moscow pada musim salji, tidak boleh tahan.
“Saya suka salji tetapi hanya pada hari pertama. Lepas itu, rasa hendak balik Malaysia. Tidak boleh tahan,” katanya ketika ditemubual oleh ProjekMMO, Sabtu lalu.
Mengakui jatuh cinta dengan masyarakat dan budaya Malaysia, Matveycheva berkata berat kakinya untuk meninggalkan negara ini kelak apabila tempoh perkhidmatannya di kedutaan tamat dua tahun lagi.
Beliau memuji Malaysia. Di matanya, negara ini sememangnya indah dan mempesona sebagaimana yang diceritakan pensyarahnya sewaktu menuntut di Moscow University of Oriental Studies tiga tahun lalu.



“Mungkin saya akan balik Rusia dua tahun lagi tetapi saya sangat suka di sini dan sekarang saya tidak mahu balik.”
“Saya suka Malaysia. Di sini semua orang senyum kepada orang yang tidak dikenali. Di Rusia tidak begitu. Kalau tidak kenal orang, kalau senyum pada mereka, rasa pelik. Di sana tidak sama,” katanya.
Ditanya perbezaan ketara antara budaya Malaysia dan Rusia, gadis 24 tahun itu berkata warga Rusia sangat mementingkan masa dan segala perkara mahu disiapkan segera.
Anak tunggal kelahiran Moscow berkata menetap di Malaysia memberikannya sedikit ruang dan tidak perlu tergopoh-gapah dalam melakukan sesuatu.
“Gaya hidup di Moscow sangat berbeza, semua mahu cepat. Di sini relaks sedikit. Di Rusia sangat menepati masa. Bila saya baru datang ke sini sangat luar biasa.”
“Saya telefon ke salah sebuah jabatan kerajaan, mereka kata akan telefon semula lima minit, tetapi tidak. Saya harus panggil balik sendiri. Ia sudah macam budaya tempatan. Saya sudah biasa.”
“Di Rusia, kalau tidak panggil balik, orang akan marah. Kenapa tidak panggil balik sebab sudah berjanji. Perkataan paling popular di sini, ‘tak apa’,” katanya, sambil tersenyum manis.
Lulusan pengajian Timur ini juga menggemari masakan pedas dan kuih karipap namun cuba mengelak menikmati nasi lemak kerana bimbang menjadi gemuk.


“Saya suka karipap dan sambal. Nasi lemak juga suka tapi tidak baik untuk badan, saya takut jadi gemuk. Hanya sekali dalam beberapa bulan,” katanya, yang menghabiskan masa di gimnasium tiga kali seminggu.
Peminat filem “Ibu Mertuaku” dan “Penarik Beca” lakonan Tan Sri P Ramlee, Matveycheva  gemar melancong. Kedudukan Malaysia di tengah-tengah Asia Tenggara memudahkan beliau menikmati negara-negara jiran.
“Saya sudah melawat Bali, Kemboja dan Thailand. Lokasinya hampir dengan Malaysia. Tidak seperti di Rusia, negaranya besar, terpaksa terbang lapan jam untuk ke Vladivostok dari Moscow,” katanya, merujuk kepada dua kota besar Rusia yang jauhnya hampir 9,300 km.ss
“Di sini, saya sudah melawat Langkawi, Redang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Baru. Belum ke Sabah dan Sarawak tetapi mahu ke sana.”
“Saya orang Rusia. Di Moscow tidak ada laut. Bila saya di Rusia beberapa tahun tentulah saya mahu ke laut, berjemur. Orang Rusia suka begitu,” katanya


Siang Jadi Pengemis..Bila Malam Makan Di Restoran Mewah


Ada ramai orang yang meminta belas kasihan orang lain dengan menadah tangan. Sebahagian daripada mereka ditinggal keluarga dan tidak mempunyai tempat tinggal, sehingga mengemis adalah pilihan terakhir untuk bertahan hidup. Sedangkan sebahagian pengemis lain, mereka masih muda tetapi meminta-minta sedangkan mereka bergaya hidup mewah.

Seorang jurugambar senior bernama Zhengzhou dari China mendedahkan gambar tiga orang pengemis dengan mengekori mereka. Mereka kelihatan sangat profesional, pakaian mereka compang-camping. Geng pengemis ini seolah-olah satu keluarga, bahkan menangis menyayat hati apabila meminta-minta. Sudah pasti ramai yang bersimpati dan memberikan beberapa keping wang pada mereka.

Jurugambar dengan sabar menunggu seharian sehingga terkuak fakta yang sangat mengejutkan. Tiga pengemis itu bukan orang miskin, kehidupan mereka jauh dari mewah dari orang biasa. Mereka tinggal di rumah yang lebih baik. Tiga pengemis itu juga bersarapankan burger di restoran makanan segera. Ketika tengah hari, mereka makan daging lembu di sebuah restoran, minum bir, mencuci mulut dengan tembikai dan makan aiskrim. Ketika malam tiba, mereka makan di restoran mewah hotel lima bintang.

Bayangkanlah! Orang yang memberikan mereka wang belum tentu boleh makan di restoran hotel lima bintang. Hanya orang-orang kaya dan orang penting sahaja yang mampu menikmati kemewahan hotel bintang lima. Bahkan jurugambar turut berjaya merakam pengemis tersebut ketika membeli barang-barang mewah.

Dengan berpura-pura sakit dan menangis, mereka mampu meraih banyak duit di luar apa yang anda bayangkan. Rata-rata pendapatan pengemis adalah RMB $ 3,000 .



Lihat gambar-gambar dibawah..







[2 GAMBAR] BONGKAR! PENGACARA SELAMAT PAGI MALAYSIA DICABUL PENGURUS KETIKA TIDUR


Penyanyi dan pengacara program Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, 30, terpaksa memecat pengurus yang lebih sedekad menguruskan karier seninya. Semuanya gara-gara pengurus itu didakwa cuba mencabul kehormatan dirinya, baru-baru ini.

"Selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya sudahpun memecat pengurus terbabit lebih dua bulan lalu. Saya pun tidak sangka dia sanggup melakukan perbuatan itu ketika saya tidur. Mujur saya cepat tersedar dan segera menghentikan perbuatannya itu," katanya.Walaupun berat hati untuk berbuat demikian, Iesya terpaksa melakukannya demi menjaga kehormatan diri.

"Saya terpaksa membuat pendedahan ini kerana ramai peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang tidak tahu pengurus terbabit sudah tidak menguruskan karier seni saya lagi.

"Saya berharap mereka yang ingin berurusan dengan saya boleh berhubung terus dengan pembantu peribadi," katanya.

Demi masa depan karier seni, pemilik nama sebenar, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh mengakui dia tidak cepat mengalah. Sebaliknya, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.

"Pada mulanya saya berasa goyah juga kerana ketika itu baru muncul dengan album kedua berjudul Kasih. Saya juga impi lagu Kasih yang dipopularkan penyanyi popular Hetty Koes Endang dan ciptaan komposer terkenal Indonesia, Richard Kyoto juga sebagai peluang keemasan untuk menembusi pasaran muzik Indonesia.

"Malah, saya juga diundang untuk muncul di stesen TV di sana. Namun, sayangnya kejadian yang tidak diduga ini berlaku menyebabkan ia terpaksa ditunda dulu," katanya.

Apapun, kata penyanyi berdarah kacukan Thailand, Cina, Arab dan Melayu ini, sampai masanya dia belajar erti berdikari untuk menguruskan karier seni.

"Mujur saya masih ada pembantu peribadi, ahli keluarga dan ahli kelab peminat Iesyafanzatic yang terus memberi sokongan padu dari belakang," katanya.


sibuk buat persiapan kahwin Sebelum ini, Iesya sering digosipkan menjalinkan hubungan dengan golongan kenamaan mahupun VIP. Namun, semua gosip dan kontroversi yang melanda diri tidak sedikitpun menjadi kudis buat dirinya. Hakikatnya hati pengacara manis ini sudahpun dimiliki seorang jejaka yang dikenali lebih setahun lalu.

"Si dia bekerja sebagai kontraktor dan berusia 35 tahun dan kami sudah merancang untuk terus bernikah pada Mei ini di Masjid Angkasapuri.

"Insya-Allah, majlis resepsi pula dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya," katanya.

Bercerita lanjut perkembangan karier seninya, Iesya yang turut tersenarai dalam pencalonan awal, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 turut tidak menang tangan memenuhi undangan persembahan nyanyian.

Terbaru, mini showcasenya turut mendapat sambutan hangat daripada peminat di Hard Rock Cafe Melaka pada September tahun lalu. Antara lagu disampaikan ialah Kaulah Segalanya, Menghitung Hari, I will survive, Akhirnya Kini Pasti dan Gadis Dan Bunga.

Apa yang menarik, Iesya juga membuat 'tribute' buat ibu saudaranya, Allahyarham Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini menerusi lagu seperti Hapuslah Airmata mu, Terbang Helang, Kenangan manis di bulan September dan Seiring dan Sejalan.

Selain itu, dia turut membuat 'tribute' untuk idolanya Whitney Houston dengan lagu seperti Saving My Love For You, I Have Nothing dan I will Always Love You.

Manakala, dalam segmen terakhir pula, Iesya memilih untuk menyampaikan lagunya sendiri iaitu Anak Adam, Semanis Janji dan Kasih dengan iringan 'live band' kumpulan Klutz dari Singapura.

Sebelum ini, dia pernah buat 'showcase' di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (2011) dan Hard Rock Cafe Pulau Pinang (2012). Album sulungnya berjudul Impian bukan saja mendapat sambutan di Singapura, sekali gus lagu Semanis Janji yang dipertaruhkan turut menjadi lagu tema drama bersiri tempatan di sana.

sumber : Harian Metro



SUBHANALLAH !!! SELEPAS MURTAD ... ASMIRANDAH DAN SUAMI JATUH MISKIN ... ALLAH MAHA BESAR



Artis pindah agama bukan hal baru.... Teranyar,,,, artis Lukman Sardi menjadi perbincangan ramai karena mengaku pindah agama dan memeluk Kristen sejak 6 tahun lalu....

Vide0 kesaksian Lukman Sardi pindah agama diunggah di YouTube, Kamis (18/6/2015).... Hingga Jumat siang (19/6/2015),,,, video berdurasi 15 menit 12 detik itu sudah dilihat 1,186  orang.....

Vide0 tersebut menuai banyak komentar.... Ada yang mendukung, ada juga yang mencibir. Bahkan, sebagian netizen menyeret nama artis cantik Asmirandah yang sebelumnya dikabarkan masuk Kristen....

“Pindah agama hanya karena pernah punya masalah ek0n0mi yang ga seberapa. Ga belajar dari Asmirandah yang sekarang udah jatuh miskin gara gara masuk kristen,” tulis akun Risky Bisky mengomentari video Kesaksian Aktor Lukman Sardi masuk Kristen, Jumat (19/6/2015)....

K0mentar tersebut langsung dibalas akun Herlina Saragih... “Dapat inf0 dari siapa bilang Asmirandah jatuh miskin gara-gara masuk kristen, kami sebagai orang percaya tidak mencari harta di dunia ini, tapi kami mencari kerajaan sorgawi… Tuhan kami tidak akan membiarkan anak-anaknya meminta-minta,” tulis Herlina....

Tahun lalu, pasangan selebritis Asmirandah dan Jonas Rivanno dikabarkan terlilit masalah finansial. Menurut Tabloid Genie, Jonas terjerat utang hingga membuat Asmirandah menjual rumahnya....

Masih menurut sumber Genie, Rumah yang ditempati Jonas dan Andah di kawasan Cibubur ternyata sudah dijual sejak beberapa bulan lalu dengan harga di bawah pasar. Rumah yang biasanya bisa mencapai Rp4 miliar, dijual Andah dengan harga Rp3 miliar saja....

Asmirandah telah memutuskan pindah keyakinan, setelah suaminya gagal memeluk Islam. Keputusan Andah itu mendapat tentangan keluarganya. Namun, cinta Andah kepada Jonas membuatnya mengabaikan tangisan sang ibu yang memintanya tidak pindah keyakinan....

Meski Asmirandah sempat mengelak, tapi fotonya sedang beribadah di gereja dan kesaksiannya di media sosial beredar. Bintang film Ketika Cinta Bertasbih itu tetap pada keputusannya mengikuti agama Jonas dan menjauh dari orangtuanya....

Sejak saat kasus itulah, karier Andah dan Jonas di dunia keartisan tenggelam dan mulai dijauhi penggemarnya. Padahal, sebelum kasus mereka mencuat, Andah dan Jonas terbilang artis papan atas....

Tadinya, karier Andah terbilang stabil, mulai dari pesinetr0n, bintang film, bintang iklan hingga penyanyi. Begitu juga Jonas yang namanya mulai mer0ket sebagai pemain sinetron. Bahkan, Andah dan Jonas semakin menjadi idola ketika bermain sinetron bersama. Namun, semua sudah tak mereka rasakan lagi....

Mereka juga sudah jarang terlihat di infotainment. Andah terakhir terlihat saat fitting baju adik iparnya yang akan dinikahi D0nnie Ada Band. Saat itu, perut Andah mulai membuncit karena hamil....

Karena sudah jarang mendapat pekerjaan lagi, penghasilan Andah dan J0nas tentu semakin berkurang sementara mereka harus mencukupi kebutuhan hidup....

SUAMI GAGAL MENAHAN KERANA ISTERI MENGENAKAN JUBBAH KETAT MELEKAT, APA YANG BERLAKU SELEPAS ITU AMAT MANGAJUTKAN!!


Berlaku pertelingkahan sepasang suami isteri atas dasar jubbah yang dipakai isterinya itu tidak menepati syarat Islam akhirnya berakhir dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di bahagiam muka dan dipukul dengan penyangkut baju hinggaj cedera ditubuh.

Kejadiaan ini berlaku di rumah kedua pasangan terbabit di Setapak kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, ketika kedua-dua sedang bersiap untuk ke sebuah acara majlis makan malam.

Menurut dari salah satu sumber, sebelum kejadian tersebut si suami mengajak isterinya untuk pergi ke sebuah acara makan malam anjuran pihak Syarikat tempat si suami bekerja.

Namun apabila si isteri tersebut cuba mengenakan sehelai jubbah, lelaki terbabit meminta supaya si isteri menukar pakaiannya disebabkan pakaian yang dikenakan sangat ketat melekat sehinggah menampakkan bentuk badan si isteri.

Si suami berpendapat jubbah yang cuba dipakai oleh isterinya itu terlalu ketat melekat pada tubuh, jadi secara dasarnya ia di kategorikan tidak menutup aurat dan tidak menepati syarat Islam.


Bagaimanapun, si isteri tersebut enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya biasa-biasa sahaja dan sudah cukup untuk menutup aurat, katanya kepada si suami ketika dihubungi semalam.

Sumber itu berkata, pasangan terbabit hanya bermula dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka si isteri berkali-keli.

Tidak pula cukup dengan itu, dia terus memukul badan mangsa dengan menggunakan penyangkut baju hinggah wanita itu cedera di bahagian mulut dan lebam di seluruh badan.

Mangsa yang cedera terus mendapat rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku itu di balai Polis Setapak. - BH


About

Popular Posts