Trending

Saturday 27 June 2015

Benarkah Zizan Razak Digam Astro?




 Tak habis-habis. Lepas satu gosip, muncul pula satu gosip baru yang melanda pelawak dan pelakon Zizan Razak. Dia yang baru sahaja putus cinta dengan Emma Maembong telah dituduh sebagai individu kasanova yang menghantar mesej ‘nakal’ kepada beberapa wanita. Belumpun surut isu berkenaan, tunjang utama filem Cicakman 3 itu dikatakan telah melanggan pelacur di negara seberang pula. Akibat dari siri kontroversi yang melandanya, Zizan kini dikatakan telah digam sementara oleh pihak Astro untuk muncul dalam program-program yang diterbitkan syarikat tersebut. Ura-ura tersebut muncul setelah Zizan dilihat jarang muncul dalam rancangan-rancangan yang disiarkan stesen TV berbayar itu sejak akhir-akhir ini. Tapi betul ke dakwaan tersebut atau ia hanya satu tuduhan melulu? Nampaknya, Zizan perlu bingkas menepis andaian tersebut kerana jika ia berlarutan, ramai pihak akan membuat kesimpulan bahawa figura itu sememangnya individu yang dituduh dengan dakwaan-dakwaan berkenaan. Apa-apapun, cerita sebenar di sebalik kontroversi mesej lucah dan melanggan pelacur ini masih menjadi misteri. Siapalah agaknya pelawak yang dimaksudkan?


Gambar Ayda Jebat Masa Sekolah Buat Ramai Jatuh Cinta



Pelakon Ayda Jebat telah berjanji kepada peminatnya yang dia akan memuatnaik gambar dirinya ketika bersekolah menengah. Maka Ayda Jebat telahpun menunaikan janjinya apabila memuatnaik gambar ketika tingkatan 3 di laman instagram baru-baru ini. Ini caption Ayda Jebat: Sebab dah janji nak upload gambar masa sekolah! Jumpa ni! Form 3! Jangan gelak!  Ok siapa nak cerita apa yang best jadi masa awak sekolah dulu?! Hehe Paling best ofcoz la bila ramai cikgu practical baru masuk,masing-masing nak usha lagi2 cikgu pj Ayda Jebat kini sedang menempah nama dan baru-baru ini telah memenangi 2 kategori ABPBH 2014. Ini gambar nya ketika berumur 15 tahun:



Nyamuk Kencing Semasa Hisap Darah?


Serangga penghisap darah seperti nyamuk memang pelik sebenarnya semasa menghisap darah. Seperti yang diketahui sebelumnya oleh para ahli saintis yang awesome, mereka kencing terlebih dahulu. Dan di luar dugaan, mereka juga mengeluarkan cecair pre-urin berupa darah! Perilaku tersebut membuat para saintis bingung. Claudio R Lazzari,entomolog dari François Rabelais University in Tours,Perancis… seperti dikutip New York Times, mengatakan, “Darah adalah sesuatu yang sangat berharga. Melepaskannya berisiko tinggi.”Kajian terbaru yang dilakukan Lazzari dan diterbitkan di jurnal Current Biology mengungkap bahawa pengeluaran cecair pre-urin bertujuan untuk menurunkan suhu badan ketika makan, yang boleh mencapai 40 darjah Celsius. Untuk mendapatkan kesimpulan itu, Lazzari meneliti nyamuk jenis Anopheles stephensi. Semasa makan, cecair urin dan pre-urin nyamuk itu dikeluarkan di hujung ususnya. Kadang-kadang, cecair tergantung seperti embun yang menitik sebelum jatuh. Menurut Lazzari, semasa urin dan pre-urin dikeluarkan, cecair menguap dan menyejukkan suhu tubuh hingga mencapai 3 darjah Celsius. Mekanisme ini adalah salah satu kehebatan serangga dalam mengawal suhu badan. Nyamuk bukan satu-satunya serangga yang menggunakan makanannya sendiri untuk menetapkan suhu tubuh. Lebah misalnya, membuang sedikit manisan yang dimakannya untuk menjaga kepala tetap dingin semasa terbang.

Tips Hilangkan Nafas Berbau


Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan : 

(1) Bersihkan lidah- Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah. Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau. 

(2) Mengunyah gula-gula getah- Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur. 

(3) Menghisap kulit kayu manis- Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya. 

(4) Pastikan mulut sentiasa lembap- Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria ‘jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungipoleypehnols, iaitu sejenis ‘bahan kimia’ tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau. 

(5) Pemakanan- Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya. 

(6) Ubat kumur- Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari. 

(7) Masalah perubatan- Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.


Sakit Gastrik, Bahu Berisiko Hidap Sakit Jantung – Pakar


Ramai menganggap sakit gastrik dan bahu perkara biasa, namun keadaan itu sebenarnya berkemungkinan boleh menyebabkan seseorang itu berisiko menghidap penyakit jantung. Perunding Kardiologi Intervensi, Hospital Pantai Pulau Pinang Dr Liew Chee Tat berkata kebanyakan masyarakat hanya mengetahui seseorang itu diserang penyakit jantung jika individu terbabit berasa sakit di dada. “Sebenarnya banyak tanda untuk kita kesan bahawa kemungkinan kita berisiko menghidap penyakit jantung. “Tanda sakit jantung bukan hanya pada sakit dada, tetapi sesetengah orang tandanya sakit gastrik iaitu sakit di bahagian ulu hati, sakit bahu malah sakit gigi juga tanda-tanda seseorang itu menghidap sakit jantung,” katanya ketika ditemui Bernama pada majlis pelancaran Wad Pemulihan Jantung di Hospital Pantai Pulau Pinang di sini hari ini. Pelancaran wad berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Dr Liew berkata 50 peratus individu yang mengesan mereka menghidap penyakit jantung melalui tanda-tanda sakit dada manakala 50 peratus lagi menerusi simptom sakit gastrik, bahu dan gigi. “Jika perempuan muda sakit gastrik, mungkin bukan sakit jantung tapi jika pesakit tua menghisap rokok, ada kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi tiba tiba sakit gastrik, kita mesti memeriksanya kerana kemungkinan dia sakit jantung,” katanya. Dr Liew turut menasihatkan orang ramai agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak merokok, melakukan senaman, mengurangkan pengambilan makanan manis dan berkolestrol tinggi bagi mengelak terdedah dengan penyakit jantung.


Gambar: Kucing Comel Muka Sedih Jadi Sensasi Internet





HAIWAN peliharaan yang popular di laman sosial Instagram sememangnya menjadi trend pada masa kini.
Ternyata haiwan seperti kucing, anjing, arnab serta banyak lagi haiwan kesayangan yang lain mendapat publisiti sangat meluas seperti selebriti.
Terkini, giliran kucing comel yang memiliki wajah sedih ini pula menjadi sensasi di media sosial dengan gambar-gambar aktiviti hariannya.
Kucing yang diberi nama Luhu dan merupakan baka kucing Tabby ini tinggal bersama pemiliknya, Maggie Lui di Beijing, China.
Maggie membela tiga ekor kucing yang sama namun Luhu adalah satu-satunya kucingnya yang unik kerana memiliki raut wajah yang sedih selalu.


Gila!!Wanita Bunuh 8 Orang Bayi Yang Dilahirkan Hasil Hubungan Sulit Dengan Bapa Sendiri


Seorang wanita dari bandaraya ini telah dibicarakan di mahkamah Douai, selatan Perancis, atas dakwaan membunuh selepas dia dilaporkan telah membunuh 8 orang bayi yang dilahirkannya hasil hubungan sulit dengan bapa sendiri.
Dia dikatakan telah mencekik semua bayi-bayi berkenaan setelah 8 kali melahirkan anak kerana bimbang diketahui oleh suaminya dan orang laini.
Dominique Cottrez, 51, kini telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah.
Kes ini telah emnggemparkan Perancis selaepas semua rangka mayat anak-anaknya yang dibunuh itu telah dijumpai  di kampung asal Cottrez pada 2010.
Ibu kepada dua anak perempuan itu yang berbadan gemuk menyebabkan dia senang menyorok kehamilannya tanda disedari oleh suami, jiran dan doktor hi hospital tempat dia bekerja.
Dia yang bekerja sebagai jururawat memberitahu kejadian bermula selepas telah dirogol oleh bapanya ketika berusa lapan tahun dan kejadian berkenaan berterusan sehingga selepas kawin.
Apa yang mengejutkan dia memberitahu bahawa dia lebih menyintai bapanya daripada suami menyebabkan rela melakukan hubungan terlarang .
Bagaimanapun bapanya telah meninggal dunia pada 2007.
Leonard Meriaux adalah merupakan saksi utama selepas dia yang membuatkan perkara ini terbongkar selepas menjumpai mayat pertama. Pihak polis yang dihubungi telah menjalakan sasatan dan kemudian menemui tujuh lagi mayat, termasuk enam dalam garaj. –


Elizabeth Tan Punca Adira Dan Shahrul Putus Tunang?


Ketika ini sedang kencang khabar angin yang mendakwa penyanyi Elizabeth Tan sebenarnya menjadi punca kenapa Adira putus tunang. Menurut Elizabeth, Shahrul Nasrun (tunang Adira) sendiri yang memulakan langkah untuk mendekatinya ketika bekerjasama dalam satu penggambaran klip video.

“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. If ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back
“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata Elizabeth kepada Rotikaya.
Elizabeth mengakui dia sedih dengan perkara tersebut namun dalam masa yang sama tidak mampu mengawal apa yang mahu diperkatakan oleh setiap orang


SUDAH GILA KE? Jual Beli Seluar Dalam Terpakai ‘Berbau’ Dalam FB


SEJAK kebelakangan ini, memang ramai usahawan yang memulakan perniagaan secara atas talian atauonline kerana mudah dan seiring dengan dengan perkembangan semasa.
Boleh kata, apa sahaja barangan dan perkhidmatan yang anda mahukan ada dalam pasaranonline.
Namun, dalam banyak-banyak benda, paling tidak disangka-sangka apabila wujud urusan jual beli seluar dalam terpakai secara online di Facebook.
Apa yang paling memalukan, gejala ini bukan hanya berleluasa di luar negara, namun sebenarnya telah berjangkit menjadi ikutan rakyat Malaysia.
Malah, apa yang mengejutkan kami apabila mengetahui group khas bagi urusan jual beli seluar dalam terpakai ini mendapat sambutan hangat sehingga berjaya menarik hampir 600 ahlinya.
Tujuan urusan jual ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bagi memuaskan nafsu si lelaki miang yang gilakan aroma bau seluar dalam wanita terpakai! Mungkin sekadar melancap atau khayal fantasi!







Bapa Celaka, Ajak Rakan Perkosa Anak Gadis Sendiri


SEORANG lelaki dari Cornwall, England dihukum penjara selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan dia bersalah merogol seorang wanita yang kini berusia 35 tahun pada 20 tahun lalu.
Yang sadisnya, gadis itu dirogol di hadapan bapanya sendiri yang melihat suspek, Dean Angear meratah darah dagingnya sendiri.
Sehubungan itu, Dean dan bapa mangsa yang tidak didedahkan identitinya telah ditahan baru-baru ini selepas mangsa membuat laporan polis berhubung penderaan seksual yang dialaminya sejak berusia belasan tahun lagi.
Menurut mangsa, bapanya membenarkan Dean merogolnya pada 1995 dan kemudian si bapa durjana pula sambung merogolnya dalam billik yang sama.
Mangsa mendakwa dia diberi pil ecstasy semasa peristiwa hitam itu berlaku.
Dean, bapa kepada tiga cahaya mata walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut namun hakim telah memerintahkannya disumbat ke penjara bermula hari ini


Kasihannya Nur Zuliana Didera Ibu Tiri Hingga Kaki Pendek Sebelah


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diperlakukan tidak ubah seperti binatang apabila dipercayai diseksa dan didera oleh ibu tirinya sendiri sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk serta paha sebelum dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak setahun lalu.
Mangsa, Nur Zuliana Zaara Zulkifli turut dipukul apabila tubuh kanak-kanak itu dipenuhi dengan kesan parut, malah luka terbaharu ditemui di kepalanya, apabila kulit kepala mangsa didapati terkoyak akibat didera.
Rahsia mengenai kekejaman suspek dikatakan terbongkar selepas ayah mangsa dan ibu tirinya enggan menjaga Nur Zuliana atau mesra dipanggil Yaya sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28 di Rantau Panjang pada Rabu lalu.
Sana berkata, doktor telah mengesahkan Yaya didera selepas mendapati terdapat kesan parut di badannya malah, mendedahkan terdapat kecederaan lama tulang patah iaitu pada tulang belakang, rusuk dan paha.
“Kejamnya mereka, selepas Yaya didera, dia dibiarkan kesakitan tanpa rawatan kerana menurut doktor tulang-tulang yang patah itu sudah bersambung sendiri, tetapi tidak dirujuk ke hospital menyebabkan bahagian belakang badan Yaya berhampiran pinggang membengkak.
“Malah, akibat penderaan itu Yaya turut tidak lagi boleh berjalan secara normal dengan badannya sedikit bongkok dan kakinya pendek sebelah,” katanya ketika ditemui di Wad Pediatrik Kanak-kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini semalam.


Kisah Benar: “Aku Penat Main Dengan Makcik Hajah”[18sx]


Amaran! Bacaan untuk 18 tahun keatas sahaja.
Kisah Benar Penat Bermain Dengan Mak Cik Hajjah | Kisah ini sebenarnya adalah kisah nyata yang terjadi dalam hidupku malam tadi.Aku memang tak menyangka sama sekali dapat main dengan seorang makcik bergelar hajjah.
Makcik hajjah ni sebenarnya isteri kepada salah seorang kawan/jiran satu tempat tinggal denganku. Walaupun isteri kepada kawan,tetapi nama betul makcik ni memang aku tak tahu. Aku biasanya hanya memanggil beliau dengan panggilan hajjah saja sama seperti panggilan yang digunakan oleh jiran-jiran lain.
Maklumlah makcik hajjah ni dah 2 kali pergi ke Mekah, bekerja pula guru mengaji Al-Quran di tempat tinggal kami. Memang layaklah dia dipanggil hajjah berbanding dari nama sebenarnya.
Jom baca Kisah Benar – Permainan Antara Aku Dan Mak Cik Hajjah
Makcik hajjah ni orangnya sederhana, tak berapa tinggi tak berapa rendah. Umurnya pula dalam lingkungan 50 an, tapi kalau korang tengok memang tak percaya umurnya dah masuk 50 sebab makcik hajjah ni aku fikir memang kuat makan jamu atau pun memang terer awet muda.
Kalau tak kenapa dia ni masih lagi cantik, berkulit halus dan putih serta masih cergas dan aktif. Lagipun, badannya yang sering dibalut dengan baju kurung dan tudung labuh, tidaklah nampak gemuk dan layu macam makcik-makcik lain.
Cerita aku dan makcik hajjah ni main berlaku kat sebuah dewan yang tak jauh dari tempat tinggal kami. Malam tu sebenarnya wifeku tak ada jadi terpaksalah aku bersendiri. Nak dijadikan cerita, malam tu juga makcik hajjah tu pun tak berpartner sebab suaminya dah berpartner ngan orang lain. Melihat makcik hajjah yang malam tu cantik memakai track suit dan t-shirt dengan tudung yang tak berapa labuh, hanya duduk menunggu suaminya, jadi daripada aku sendiri-sendiri, aku cuba ler ajak makcik hajjah tu main ngan aku. Lagipun ada tempat tak ada orang untuk kami main.
Mula-mula makcik hajjah tu menolak, katanya dia tak berapa pandai. Bila aku kata aku pun bukan pandai sangat, tak sangka pulak dia setuju. Jadi mulalah kami main berdua. Walaupun makcik hajjah ni sudah berusia tapi yang membuat aku terkejut giler bila dia menunjukkan aksi yang benar-benar hebat. Lelah aku mengikut rentak permainannya, sampai berpeluh-peluh walau keadaan dalam dewan masa tu agak dingin.

Agak lama kami berdua main hingga mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke kemuncaknya. Memang makcik hajjah ni cergas dan hebat. Banyak juga skil-skil main yang dia tahu. Sampai 3 round kami main. Round pertama aku bermandi peluh. Memang lenjun habis aku dikerjakan makcik hajjah. Aku bagi dia ambil, dia bagi aku ambil. Round kedua,makcik hajjah pula lelah aku kerjakan. Mandi peluh juga dia menyambut pemberian aku. Begitu juga round ketiga, hingga akhirnya makcik hajjah tewas juga dengan permainanku.
Bila selesai main, makcik hajjah dah puas menelan air dan aku pun lega meneguk air, dalam keadaan tubuh yang masih lenjun oleh peluh, kami duduk melepaskan penat lelah. Dengan nafas yang masih sedikit termengah-mengah, kami berbual dan bercerita.
Ini antara perbualan kami berdua..
Makcik hajjah: Wah! hebat engkau ni ya, penat makcik engkau kerjakan.
Aku: Makcik pun sama. Berpeluh-peluh saya.
Makcik hajjah: Biasa makcik main 2 round je. Dengan engkau sampai 3 round. Seronok pulak.
Aku: ye ke? Makcik nak main lagi?
Makcik hajjah: Tak larat dah makcik malam ni. Malam esok kita main lagi.
Aku: Ye lah cik, senang-senang kita main lagi. Best main dengan makcik ni, macam..
Makcik hajjah: Macam apa tu? (belum habis cakap makcik dah menyampuk)
Aku: Kita main tadi tu kan cik.. lebih kurang cam Chong Wei main sama Lin Dan cik.
Makcik hajjah: Chong wei sama Lin Dan?
Aku: Ala masa diaorang main kat London baru-baru ni.
Makcik hajjah: Ooo…yang itu. Ada makcik tengok..tapi lupa pulak makcik kejohanan apa tu..
Aku: Kejohanan badminton dunia cik. Kan 3 round juga diaorang main. Sama cam kita main tadi, 3 round.
Selepas seketika berbual-bual dan peluh di tubuhku dah agak kering, aku pun meminta diri untuk pulang dulu. Sementara makcik hajjah masih menunggu suaminya yang masih lagi bermain di round ke 3(set penentuan) dengan partnernya.
Dalam perjalanan pulang, aku berkira-kira dalam hati untuk membeli raket baru. Seronok pula rasanya dapat partner bermain yang ‘boleh lawan’ macam makcik hajjah.



Gulp! 8 Gambar Zila Bakarin Yang Hott








About

Popular Posts