SIDDHARTA GAUTAMA BUDDHA ADALAH NABI ZULKIFLI...?
Assalam wr wbt....sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat dan salam senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan mengharap ridho Allah swt. dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua....Insya' Allah...
" Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung." An-Nisa ayat 164.
Dianggarkan bahawa nabi dan rasul masing-masing berjumlah 124,000 dan 312 orang. Namun, yang wajib diimani oleh umat Islam hanya seramai 25 orang sahaja. Ia dimulai dengan Nabi Adam as dan diakhiri dengan junjungan besar kita, Rasulullah saw.
Dari Abu Zar r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Ketika ditanya tentang jumlah para nabi, (Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124,000) nabi."
" Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka..?" Beliau menjawab:
" Tiga ratus dua belas(312)." Hadith riwayat At-Tarmizi.
Peranan Nabi dan Rasul adalah untuk memberi peringatan kepada manusia untuk sentiasa berada di jalan yang lurus dan memandu mereka ke jalan tauhid. Kepada mereka terdapat empat orang Rasul diberikan kitab sebagai panduan dan manual. Mereka adalah :
1.) Nabi Daud AS, dianugerah kitab Zabur.
2.) Nabi Musa AS, dianugerah kitab Taurat.
3.)Nabi Isa AS, dianugerah kitab Injil.
4.) Nabi Muhammad saw dianugerah kitab Al-Quran.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa Rasul dan Nabi yang tidak diceritakan oleh Allah swt dalam al-Quran. Allah swt hanya menceritakan seramai 25 orang Rasul secara menyebut nama mereka dengan jelas dan mereka itu wajib diimani serta dihayati kisah hidup mereka.
Miskipun demikian, terdapat beberapa Rasul yang Allah sebutkan dalam al-Quran tanpa menyebut nama mereka dengan jelas. Ada sesetengah ayat dalam al-Quran langsung tidak menyebut Rasul tersebut. Namun, para ulama dapat mengetahui siapakah gerangannya berdasarkan Asbabul Nuzul(sebab ayat diturunkan) ayat-ayat tersebut. Jadi, pada kali ini, aku akan nukilkan beberapa Rasul yang aku baca di kitab yang aku maksudkan tersebut. Boleh dipercaya, boleh juga tidak kerana ini hanya pendapat aku sahaja. Tak perlulah di perbesar-besarkan jika aku silap, aku hanya manusia biasa sahaja.
Menurut pendapat aku, Sang Buddha (Buddha Shakyamuni) yang dikenal sebagai guru suci bagi umat adalah Nabi Zulkifli as, yang di dalam Al-Quran disebut sebagai Nabi yang mempunyai tingkat kesabaran yang tinggi, dan sangat baik.
Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri bererti " orang yang berasal dari Kifl.". Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab untuk Kapila (singkatan dari Kapilavastu).
Buddha Maitreya yang dikenal dalam agama Buddha sebagai
" Buddha yang akan datang " menurut beberapa analisa pula adalah Nabi Muhammad saw.
" Buddha yang akan datang " menurut beberapa analisa pula adalah Nabi Muhammad saw.
Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 boleh ditemui :
" There will arise in the world a Buddha named Maitreya (the benevolent one) a holy one, a supreme one, an enlightened one, endowed with wisdom in conduct, auspicious, knowing the universe."
SIAPAKAH NABI ZULKIFLI...?
Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.
Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai :
" Wahai rakyatku..! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya."
Tiada seorang pun sanggup menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata :
" Siapakah di antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar..?"
Sejurus itu, seorang lelaki bernama Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.
Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud :
" Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar."
SIAPAKAH SIDDHARTHA GAUTAMA...?
Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/ Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan Putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya.
Raja Suddhodana adalah dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.
SEBELUM KELAHIRAN BUDDHA.
Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.
Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.
ISTILAH BUDDHA SERTA MAKSUDNYA.
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud " seorang yang bijaksana " atau " dia yang mendapat petunjuk.". Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud " nabi.".
Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud " yang terakhir " dan Antim Buddha bermaksud " nabi yang terakhir " (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.
Makna " Nabi " dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang berarti " dari tempat yang tinggi "; kerana itu orang ' yang di tempat tinggi ' dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha. Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai :
" Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung."
RINGKASAN KISAH SIDDARTHA GAUTAMA.
Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan) pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak. Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak.
Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disedari secara ghaib oleh seorang tua yang sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala). Asita bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat dan menilik putera Raja Suddhodana.
Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e. Jin dan Bunian), kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat membezakan di antara Jin dan Bunian yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).
Asita menangis kerana sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta.
Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua iaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi Mahaguru Agung.
Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud " Cita-Cita Terkabul.".
Siddhartha kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan mahir dengan ilmu ketenteraan. Yang menjadi kehairanan kepada orang di sekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sangat sensitif terhadap penganiayaan. Hatta jika ada seorang pun yang beliau lihat menganiaya walaupun menganiaya binatang, Siddharta akan mencegahnya serta merta.
Malah beliau sangat bersedih melihat para petani bekerja keras membajak tanah di bawah terik matahari menyebabkannya lari ke tempat lain ke sebuah pohon ( Tin@Bodhi ) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi, meditasi) untuk membuang stress.
PERSAMAAN NABI ZULKIFLI DENGAN SIDDARTHA GAUTAMA.
Maka berbalik kepada maudhu’ perbahasan, benarkah Buddha itu adalah Zulkifli yang disebut dalam Al-Qur'an...? Sebenarnya tidak ada kata-kata " Buddha " dalam Al-Qur'an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur'an dengan Sang Buddha, iaitu pada maksud ayat :
" Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi Bukit Sinai, dan demi Kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu...? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya..?"( surah At-Tin 95 : 1)
Beliau menjelaskan bahwa buah Zaitun melambangkan Palestina@ Jerusalem, Nabi Isa a.s. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Nabi Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Nabi Muhammad SAW. Manakala Pohon Tin (fig) pula melambangkan apa...?
POHON TIN (Fig) = Pohon Bodhi.
Pohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah Tin yang dimaksud ialah Pohon Bodhi.
Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan Pohon (buah) Tin( fig ) di dalam Al-Qur'an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai Nabi Zulkifli as, di dalam konteks agama Islam.
Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung :
Riwayat dan Ajarannya (Arab : Buddha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah Nabi Dhul-Kifl, yang bererti " ia yang berasal dari Kifl." Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur'an :
" Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar." (Al-Anbiya’ 21: 85).
" Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik." (Shad 38 : 48).
KESIMPULAN.
" KIFLI " adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur'an boleh jadi adalah Buddha.
Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama' menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur'an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disesuaikan.
Yang menarik perhatian aku ialah mengenai surah AT-TIN (the fig). Allah berfirman mengenai Pohon/buah Tin, Pohon/buah Zaitun, Bukit Sinai dan Kota Mekkah. Mekkah dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan Nabi Musa as, Zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau Pohon Tin...?
Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah Pokok Tin(Bodhi). Kalau ikut istilah Islam, dia dapat wahyu semasa duduk bertafakur/meditasi di bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah pokok tersebut. Sama seperti Nabi Muhammad saw, mendapat wahyu ketika bertafakur di Gua Hira.
Bila Allah berfirman :
" Wattiini Wazaitun. Watuurisinina Wahazal Baladil Amin."
" Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi Bukit Sinai, dan demi Kota ( Mekah ) ini yang aman.....".
Allah menyebut perihal nabi-nabi-Nya.
- Demi Tin( Nabi Zulkifli-Buddha )
- dan Zaitun( Nabi Isa a.s),
- Sinina- Bukit Sinai (Nabi Musa as)
- dan Baladil Amin -Tanah yang aman dan selamat (Mekah)- Nabi Muhammad saw.
- Demi Tin( Nabi Zulkifli-Buddha )
- dan Zaitun( Nabi Isa a.s),
- Sinina- Bukit Sinai (Nabi Musa as)
- dan Baladil Amin -Tanah yang aman dan selamat (Mekah)- Nabi Muhammad saw.
Ia ikut urutan, hebatnya al- Qur'an sebagai kalimah Tuhan susunan sejarah riwayat nabi-Nya. Mari kita sama-sama fikirkan.
Laa Haula Wala Quwwata Ila Billah.
Laa Haula Wala Quwwata Ila Billah.
Dengan ikhlas mohon diperbetulkan sekiranya ada kekurangan atau kesalahan dari kisah ini. Aku hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan dan kesalahan, ini hanyalah pendapat aku sahaja boleh jadi betul dan boleh jadi juga salah. Allah swt lah yang lebih mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.
" Yang BAIK itu datangnya dari Allah swt, dan yang BURUK itu datangnya dari diri aku sendiri."
WALLAHUALAM WA BISAWAB...
HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
SEKIAN DAHULU..
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa ambil sisi positif dari cerita dan keilmuan ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah, kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH......
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
5.11.2018.
ISNIN.
5.11.2018.
ISNIN.
****************************************************************
RAHSIA 3 QUL.
DAN PETUA PERNAFASAN.
DAN PETUA PERNAFASAN.
TATA CARANYA :
1.) Angkat kedua-dua tangan seperti berdoa...dan rapatkan antara dua tepi tapak tangan...
2.) Dekatkan kedua-dua tapak tangan tadi ke bibir...
3.) Baca al- Fatihah. 1 x.
*- pastikan terasa hembusan nafas sampai ke kulit tapak tangan semasa membacanya...
*- pastikan terasa hembusan nafas sampai ke kulit tapak tangan semasa membacanya...
4.) Baca sholawat nabi. 3 x.
5. )Baca surah Al-Ikhlas 1 x.
6.) Baca surah Al-Falaq 1 x.
7.) Baca surah An-Naas 1 x.
8.) Ludah syarat ke tapak tangan...iaitu asal ludah...tak perlu benar-benar ada ludahnya.
9.) Tutup muka dengan tapak tangan tadi...sambil menutup mata.
10.) Tarik nafas dalam-dalam sambil berzikir Allah...Allah... dalam hati seberapa banyak dengan syarat.
*- Lebih perlahan nafas ditarik...lebih baik...
*- Lebih lembut...lebih panjang masa menarik nafas lebih baik...
*- Lebih dalam nafas ditarik...lebih baik...
*- Lebih lembut...lebih panjang masa menarik nafas lebih baik...
*- Lebih dalam nafas ditarik...lebih baik...
Perhatikan...semasa menarik nafas...perlahan-lahan kempiskan perut...
Sambil perlahan-lahan kembangkan dada...serta perlahan-lahan luruskan tulang belakang.
11.) Setelah nafas habis ditarik, tahan nafas...sambil teruskan berzikir Allah...Allah... seberapa banyak dalam hati.
12.) Semasa mula menahan nafas itu...tapak tangan tadi...dari muka...perlahan-lahan sapu naik ke atas kepala.
13.) Kemudian turun ke belakang kepala dengan tapak tangan kanan menyapu bagian kepala belakang daun telinga kanan
dan tapak tangan kiri pula menyapu bahagian kepala belakang daun telinga kiri...serentak.
dan tapak tangan kiri pula menyapu bahagian kepala belakang daun telinga kiri...serentak.
14.) Kemudian turun ke belakang leher ke dada kanan dan dada kiri serentak.
15.) Kemudian sapu kemana saja bahagian badan yang dapat dicapai kedua-dua tapak tangan hingga ke hujung jari kaki...iaitu tapak tangan kanan berakhir di hujung jari kaki kanan dan tapak tangan kiri berakhir di hujung jari kaki kiri...secara serentak.
16.) Genggam kedua-dua tapak tangan sambil perlahan-lahan lepaskan nafas melalui hidung.
Semasa melepaskan nafas itu...teruskan berzikir Allah...Allah.... seberapa banyak dalam hati.
Badan yang tadi lurus...perlahan-lahan lembut dan bongkokkan.
Perhatikan...lebih perlahan...lebih lama...lebih senyap nafas dilepaskan...lebih baik.
Perhatikan...lebih perlahan...lebih lama...lebih senyap nafas dilepaskan...lebih baik.
17.) Setelah semua nafas habis dilepaskan...telan nafas seperti telan air liur dan buka mata.
18.) Ulang semula, angkat tangan seperti berdoa dan dekatkan ke mulut. Cuma kali ini hanya membaca :
*- Al Ikhlas 1 x.
*- Al Falaq 1 x.
*- An Naas 1 x.
Tutup muka dan tarik nafas seperti tadi hingga ke-nombor 17.
*- Al Falaq 1 x.
*- An Naas 1 x.
Tutup muka dan tarik nafas seperti tadi hingga ke-nombor 17.
19.) Dan ulang semula seperti nombor 18.
20.) Perhatikan, semasa proses menyapu dari muka hinggalah ke hujung jari-jari kaki, sebaiknya tapak tangan tak terangkat daripada badan.
Maka kita telah membaca Fatihah 1 x.
Salawat 3 x.
Al Ikhlas 3 x.
Al Falaq 3 x.
An Naas 3x.
Salawat 3 x.
Al Ikhlas 3 x.
Al Falaq 3 x.
An Naas 3x.
Amalan ini sekurang-kurangnya di amal sekali setiap malam, atau lebih baik kalau dapat ditambah pagi dan petang.
Bagi wanita yang uzur, semua surah itu boleh diganti dengan membaca...Bismillahirrahmanirrahim dengan niatkan ia sebagai doa.
Bagi wanita yang uzur, semua surah itu boleh diganti dengan membaca...Bismillahirrahmanirrahim dengan niatkan ia sebagai doa.
Sebaiknya ia dibaca 34 x. 33 x dan 33x...jadi semuanya 100 x.
Tujuan Petua Pernafasan.
1.) Apabila kita membaca surah...gelombangnya kita takung ke tapak tangan.
Apabila kita menutup muka dan menarik nafas...gelombang(energinya) itu akan kita sedut ke dalam diri
( jasad ).
( jasad ).
2.) Sementara wap-wap dari nafas semasa kita membacanya masih ada pada tapak tangan...dan ia disapu ke muka dan seluruh tubuh sebagai perisai dari luar.
3.) Kesan bacaan surah juga ada pada air liur dalam mulut...maka itu sebabnya kemudian telan air liur.
4.) Maka pengisian diri tak bergantung semata-mata kepada membacanya semata-mata...dimana bagi kebanyakan kita lalai hatinya. Maka kesan amalan membaca begitu sahaja akan pada tahap minima...hingga kadang-kadang kita tuduh...amalan membaca surah ini kurang berkesan...atau seperti tak ada apa-apa kesan.
5.) Sedangkan sebenarnya kita sendiri tak cukup syarat, iaitu banyak lalai dan lewa nya, malah mungkin dengan penuh ragu-ragu.
Berbanding dengan petua pernafasan ini, maka surah yang sama dibaca tapi kita akan merasakan kesan yang lebih nyata.
6.) Kalau tapak tangan kita ada angin bisa, baru sahaja kita menakung gelombangnya pun, kita akan merasa suam atau panas pada tapak tangan.
TINDAKBALAS.
1.) Kalau dalam badan ada gangguan jin yang nyata atau angin bisa, maka sekali amal kita mungkin dah boleh merasakan kesannya.
Ada juga yang amal dan pada hari ketiga baru rasa kesannya dan didapati ada jin saka bersembunyi dalam badan.
2.) Secara umum tindakbalas yang dirasai oleh seseorang itu bergantung kepada ada atau tak adanya gangguan dalam badan dan kalau ada bagaimana bentuk dan kekuatannya.
Lebih banyak angin bisa dalam badan semakin nyata tindak balasnya seperti panas dan sakit, benda bergerak dan sebagainya.
3.) Amalan ini berfungsi sebagai mengesan(scan) gangguan dalam badan, menyerang jin dalam badan, rawatan diri dan amalan pendinding.
4.) Walaupun biasanya pernafasan itu dibuat semasa membaca 3 Qul, tapi tak ada halangannya kalau kita guna ayat atau surah-surah yang lain. Allah sahaja lebih Mengetahui.
SELESAI....
SEKIAN DAHULU..
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa ambil sisi positif dari cerita dan keilmuan ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah, kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH......
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
No comments:
Post a Comment