SERATUS HARI PENTADBIRAN TUN M DAN PUTERA BUGIS TERAKHIR TANAH MELAYU…
Oleh Sahabat Shahpaskal
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Ramai juga sahabat pembaca yang menanyai pendirian saya berkaitan politik dan tentunya penyokongan saya kepada Tun Dr Mahathir.Saya jelaskan sekarang.
2. Saya tidaklah menyokong Tun M membuta tuli kerana dia adalah Tun M. Saya menyokong beliau adalah kerana pendirian politiknya selari dengan naluri serta pemikiran saya serta itulah yang dibuat juga oleh leluhur saya.
3. Ada yang berkata, bagaimana dengan anaknya yang menyokong LGBT dan ada yang jadi bilioner atas peluang bapanya. Jawapan saya mudah. Jika Tun M mendapat anak-anaknya yang serba perfect dari kacamata kita, pastinya beliaulah seorang insan yang dianugerahi ALLAH SWT selengkapnya untuk Bangsa Melayu. Pemuda Bani Tamim lah kot, tetapi ini tidak berlaku.
4. Bab LGBT ni, pokok pangkalnya iman kita. Kalau orang bertelanjang bagi buntut depan kita dan kita anggap buntutnya hanyalah buntut manusia yang sebenarnya iman dan aqidahnya tak ubah seekor lembu, tak terancam pun nafsu kita. Ni kita sibuk tembak sana sini, tapi pernah ke kita dekati, selami dan bagi terapi iman kepada golongan sedemikian..?
5. Lebih parah, produk-produk geng ni yang bersepah kata pasaran, kitalah yang jadi pengguna paling taatnya tapi pada masa yang sama, IG dan FB mereka, kitalah tolong likes. Tertunggu jugak tok-tok mufti keluar fatwa haram membeli produk geng LGBT ni kerana dengan lakunya produk dan perkhidmatan mereka, maka ghairahlah mereka berpromosi akan ‘kekayaan’ mereka. Ini belum termasuk lagu-lagu dan lakonan individu LGBT yang bebas ditayang di negara ini.
6. Dan berrbalik kepada Tun M. Jika begitu keadaannya, nescaya akan terangkatlah taraf beliau menjadi seolah-olah insan yang kita tunggu-tunggu yakni pembela akhir zaman bagi bangsa Melayu. Maka silap-silap berduyunlah orang ramai memuja -sanjungnya. Tetapi tak begitu, ALLAH SWT lebihkan beliau dari sudut visi dan pentadbirannya tetapi dikurangi hal-hal lain.
7. Dalam kata lain, kita memang mengharapkan seorang pejuang Melayu-Islam yang ideal tetapi ALLAH SWT masih belum melunaskan hajat kita. Jadi, saya terima hakikat ini dan setakat yang saya nampak, Tun M adalah pilihan terbaik dalam aspek pentadbiran negara yang ada buat masa kini. Tidak ada yang lain setaranya, macam Arwah P.Ramlee lah.. Seniman Agung..!
8. Kita tinggalkan hal ini. Ayuh kita ulaskan perihal realiti negara setelah 100 hari Tun M dengan kerajaan PH (Pakatan Harapan) memerintah. Pemerhatian saya setelah membandingkan apa yang dijanjikan dalam aku-janji atau kita panggil manifesto PH sebelum PRU14 lalu dan mengambil-kira had masa 100 hari, saya hanya memberikan 3 bintang dari keseluruhan 10 bintang. Ada bangkangan..?
9. Bagaimanapun, saya amat mengerti bagaimana aku-janji itu ‘dipersetujui’ oleh Tun M selaku kepala perang PH untuk PRU 14 bagi diikrarkan kepada khalayak ramai dan juga para pengundi selain isu-isu kleptokrasi. Saya mengerti dan tahu alasan dibelakang persetujuan beliau. Kita kupaskan selanjutnya.
10.TUn M tahu bahawa Malaysia berada di era kegelapan ekonomi dan juga masalah kebajikan rakyat. Tun M juga amat-amat tahu bahawa tidak ada jalan keluar secara konvensional untuk merungkai isu-isu ini melainkan kembali kepada kaedah ‘magic’ yang sememangnya diperturunkan ALLAH SWT kepada bangsa Melayu. Jelas.. Tun M memerlukan ‘seseorang’ untuk menampilkan diri membantu beliau. Sekarang beliau BUNTU…!
11.Bagaimanapun, pasti ada kekangan juga kerana untuk merealisasikan pendekatan kaedah non-konvesional ini. Negara memerlukan banyak perubahan dasar dan pindaan kepada undang tubuh negara itu sendiri yakni perlembagaan.
12.Kita semua tahu dan maklum akan keberadaan harta-harta Raja-Raja Melayu di institusi perbankan antarabangsa luar negara dan juga harta-harta terpendam. Saya yakin 100% semua Raja-Raja Melayu maklum akan hal ini dan begitu juga kerajaan. Jika tidak, masakan Ketua Eksekutif bank-bank tersohor ini datang ke Malaysia berjumpa kerajaan kita sejak dahulu lagi.
13.Kita juga maklum akan harta-harta ini ada warisnya. Jika tidak, masakan pesawat terbang kita dibenamkan ke laut kerana membawa keluar harta terpendam yang diambil tanpa izin. Warisnya adalah dari nasab Nabi Sulaiman a.s serta Rasullullah SAW.
14.Persoalan siapa warisnya sekarang ini tidak mampu dipecahkan baik oleh pihak kerajaan khususnya Tun M sendiri dan juga pihak istana. Disinilah letaknya keanehan tersebut. Sosok tubuh orang berkenaan sememangnya ada kerana kewujudannya sambung-menyambung dari generasi ke generasi berikutnya dan tak mungkin boleh ditukarkan. Cuma keberadaannya misteri.
15.Sosok tubuh ini kalau dahulu saya uar-uarkan sebagai ‘Ramli Pulau Nangka’ dan kemudiannya Pewaris Tanah Melayu lalu dikenali juga sebagai Satrio Piningit (panggilan di Indonesia). Maka, saya sempitkan lagi suluhan kita kepada sosok individu ini. Suka saya sebutkan beliau adalah ‘Putera Bugis Terakhir’. Yaa… Beliau berdarah Bugis tegar dan bukanlah dari pendiri kesultanan yang ada di negara kita sekarang.
16.Apa yang saya katakan, akan berlaku pengubah-suaian undang-undang tubuh negara kita sedikit masa lagi bagi
mengadaptasikan peranan dan keberadaan sosok tubuh seorang manusia ini. Pindaan ini bukanlah dicadangkan oleh mana-mana pihak luar secara paksaan melainkan sebulat suara secara sukarela oleh Raja-Raja Melayu. Yaa… Raja-Raja Melayu yang mencadangkannya dan parlimen sekadar meng’ia’kan saja.
mengadaptasikan peranan dan keberadaan sosok tubuh seorang manusia ini. Pindaan ini bukanlah dicadangkan oleh mana-mana pihak luar secara paksaan melainkan sebulat suara secara sukarela oleh Raja-Raja Melayu. Yaa… Raja-Raja Melayu yang mencadangkannya dan parlimen sekadar meng’ia’kan saja.
17.Kita tahu perlembagaan negara kita digubal dengan persetujuan Raja-Raja Melayu di waktu itu. Dan dengan kedaulatan yang sama, pindaan untuk penyesuaian ini akan terjadi. Siapa yang dibelakang semua ini…? Yang tahu, akan tahu.. Kuasa-kuasa ini bukanlah yang zahir di mata kasar.
18.Mengapa perlunya diletakkan ‘Putera Bugis’ ini..? Ini pertanyaan yang baik untuk dikupas. Takdir ALLAH SWT mengatasi segala apa jua perancangan manusia dan telah ALLAH SWT takdirkan adanya seorang Putera Bugis bagi mengawal dan mentadbir akan segala harta-harta warisan para Nabi di Tanah Melayu. Silalah kaji akan hikmah tersirat disebalik kitab ditulis ulama Melayu tersohor kita terdahulu, dah lebih dua kurun ditulis.
19.Maka, Putera Bugis inilah yang ditunggu-tunggu oleh Tun M bagi merungkai kemelut negara. Dijangkakan beliaulah (Tun M) yang akan berperanan dalam urusan penampilan Putera Bugis ini nanti dipersada khalayak rakyat dan permulaannya, Tun M akan berganding bahu menjalankan urusan negara dibawah naungannya. Dan Raja-Raja Melayu yang lain juga beroleh manfaat sewajarnya.
20.Bila agaknya akan berlaku peristiwa ini…? Insha ALLAH ianya akan berlaku dalam tahun ini juga dan setelah itu nanti, seharusnya berbanggalah kita semua menjadi warna negara Malaysia dengan segala limpahan kurniaan ILLAHI. The moment will come. Wassalam


No comments:
Post a Comment