Trending

Thursday 30 July 2015

Zain Saidin pujuk Che Ta hamil lagi




ZAIN Saidin mengakui tidak berupaya menyembunyikan keinginan untuk menambah cahaya mata selepas dikurniakan anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan Rozita Che Wan (Che Ta).

Bagi Zain, seandainya ada rezeki pemberian Ilahi, hasrat untuk menimang seorang lagi anak memang dihajati.

Biarpun isteri tersayang pernah menyuarakan permintaan tidak mahu mengandung lagi, Zain tetap bersemangat dan menyatakan dirinya sanggup memujuk Che Ta untuk berbuat demikian.


"Kalau boleh memang saya nak tambah lagi anak. Insya-Allah kalau ada rezeki. Memang Che Ta kata sebelum ini tak mahu mengandung lagi. Tapi saya boleh pujuk Che Ta. 

"Ini soal rezeki dan anugerah Tuhan. Takkan nak tolak tuah dan rezeki kalau boleh lahirkan anak yang cantik. Insya-Allah. 

"Selepas ini, saya tak kisah pun dapat anak lelaki atau perempuan. Saya sendiri sudah ada dua anak lelaki (anak Che Ta menerusi perkahwinan terdahulu)," katanya. 

Pasangan pelakon bahagia itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana selepas beberapa tahun menunggu detik kehadiran si comel kesayangan mereka. 

Sementara itu, anak sulung hasil perkongsian hidup Che Ta dengan Zain, yang dilahirkan 1 November tahun lalu dan pastinya, si comel itu menjadi perhatian pada perayaan Aidilfitri, kali ini.

Semestinya berbeza daripada tahun sebelumnya, akui Che Ta. Kali pertama beraya dengan anak perempuan, Che Ta sanggup berhabis supaya 'anak dara' bergaya sepanjang musim perayaan.


ROZITA Che Wan bersama Zain Saidin serta anak mereka, Aaisyah Dhia pada majlis The Royale Chulan Damasara bagi meraikan anak yatim sempena Ramadan. - Foto Rohanis Shukri.



Lebih 20 pasang baju raya disediakan Che Ta buat Aaisyah dan pastinya ibu serta bapa juga tampil sedondon.

Aaisyah kini memang antara anak selebriti popular yang digilai ramai. Muat naik sahaja gambarnya di Instagram sebagai contoh, pasti banyak jumlah 'likes' yang diterima.

Namun, populariti yang dikecapinya hingga menjadi artis naungan paling muda di syarikat pengurusan Laugh Out Loud Entertainment, menerbitkan kebimbangan pada sesetengah pihak mengenai keselamatan si kecil.

"Saya tak fikir sampai ke tahap ia akan menjadi ancaman atau terancam oleh mana-mana pihak yang berniat jahat. Insya-Allah, minta simpanglah. Saya pun bukan selalu bawa dia ke acara hiburan. Begitu juga memakaikan dia dengan gelang emas. Saya utamakan keselamatan dan tidak mahu bertindak bodoh dengan melakukan perkara yang boleh mengundang bahaya. 

"Selalunya dia tinggal di rumah. Saya juga ada belikan insuran untuk dirinya selain menabung untuk masa hadapannya," kata Che Ta.




ROZITA Che Wan bersama Zain Saidin begitu menyayangi Aaisyah Dhia. - Foto Rohanis Shukri.



Seperti budak kecil lain yang kebiasaannya membesar 'bagai johan', Aaisyah juga dilihat semakin comel dan berisi. 

"Biasalah budak kecil sebelum dia aktif dan membesar, memang semangat badannya. Saya hanya berikan dia makan bijirin tiga kali sehari dan minum susu. Kadang-kadang, apa yang saya makan, dia pun nak," katanya.

Pasangan itu beraya di rumah keluarga Zain di Bukit Antarabangsa pada raya pertama dan pulang ke Kedah, keesokannya.

Bapa si comel, Zain Saidin, juga mengakui hari lebaran tahun ini berbeza dengan kehadiran Aaisyah. Malah, secara berseloroh, Zain berkata, `anak gadisnya' itu menjadi perhatian adik-beradik dan saudara-mara sehinggakan beliau dan isterinya, `tidak dipedulikan'.


ROZITA Che Wan dan Zain Saidin kali pertama berhari raya dengan Aaisyah Dhia pada Aidilfitri. - Foto Rohanis Shukri.



Tambah Zain, persiapan raya diserahkan sepenuhnya kepada isteri tercinta. 

"Memang sudah lama Che Ta nak anak perempuan. Jadi biarlah Che Ta nak bersakan raya dengan anaknya itu. Saya memang serahkan bulat-bulat persiapan raya kepada Che Ta. Saya hanya keluarkan belanja apa yang patut. Bab menggayakan Aaisyah memang Che Ta yang teruja lebih nak buat...pakai gaun itu dan ini," katanya. 

Sebagai bapa, Zain pastinya mengharapkan yang terbaik untuk anak sulungnya itu. 

"Saya akan sokong apa yang Aaisyah akan buat. Karakter Aaisyah sebenarnya lebih mirip kepada Che Ta. Orang kata mata Aaisyah macam mata saya. Mungkin juga. Tapi kebanyakannya lebih dekat kepada Che Ta. Aaisyah sangat ceria, happy go lucky, happening, tak banyak kerenah dan senang didekati. Memang macam Che Ta.


Kamal Adli 'cinta baru' Emma Maembong






KUALA LUMPUR: Pernah digandingkan buat pertama kali menerusi drama Syurga Tanpa Cinta di RTM suatu ketika dahulu, Emma Maembong dan Kamal Adli sekali lagi dipertemukan dalam drama Jodoh Sebelah Pintu yang diarahkan Michael Ang. 

Kedua-dua drama berkenaan menyaksikan perbezaan ketara antara Emma dan Kamal.

Jika drama Syurga Tanpa Cinta, kedua-duanya dilihat masih terikat dengan cinta. 

googletag.display('div-gpt-ad-1406188242562-0');





Kamal ketika itu dengan Intan Ladyana dan Emma pula bahagia dengan Zizan Razak. Berbeza pula dengan drama Jodoh Sebelah Pintu pula mereka masing-masing gagal dalam percintaan terdahulu. 

Malah ada yang mula menghidu sudah ada bibit-bibit cinta antara Kamal dan Emma ketika penggambaran drama kedua gandingan mereka bersama itu.

Jika benar sekalipun tak salah dan kedua-duanya juga dilihat terbuka berkongsi perkembangan hubungan mereka. Cuma sejauh mana hala tuju perhubungan mereka itu masih terlalu awal untuk ditebak.


PELAKON, Emma Maembong bersama Kamal Adli. - Foto Nurul Syazana Rose Razman



Tetapi andai sudah tertulis jodoh mereka bersama, itu semua urusan Tuhan. Kamal sebelum ini mendedahkan memang selesa mengenali Emma.

Bertemu Emma baru-baru ini, wanita berdarah campuran itu turut berkongsi getar rasa yang sama.

"Siapa yang tak nak kahwin. Semua perempuan mahu bahagia bersama lelaki yang dicintai. Tapi semuanya berbalik kepada jodoh. Melihat teman lain yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, saya sendiri juga mahukan kebahagiaan yang sama. Cuma saya tidak mahu terlalu galak bercakap soal kahwin dan jodoh kerana semua itu aturan Tuhan.

"Macam dengan Kamal sekalipun, saya tak nafikan sangat selesa dengannya. Dialah lelaki yang rapat dengan saya ketika ini. Dengannya, saya tak perlu jadi orang lain. Saya ini jenis keluar rumah bergaya sempoi dan dia juga bercita rasa sama.

"Kami jenis yang tak kisah pakai pakaian jenama atau tidak dan makan di tempat mahal sekalipun. Janji selesa dan kami menjadi diri sendiri apabila bersama," katanya yang tertarik dengan Kamal kerana sikap sempoi dan sederhana.


PELAKON, Kamal Adli. - Foto Nurul Syazana Rose Razman



Kali kedua bergandingan dengan Kamal, Emma tidak melihat wujud kejanggalan dan barangkali kedua-duanya sudah selesa serta rapat, lalu keserasian itu pantas tercipta. Malah saat ini, andai diusik persoalan jodoh mahupun apa sahaja mengaitkan dirinya dengan Kamal, Emma tidak melihat itu sebagai tekanan yang memeningkan kepala.

"Orang usik kami tak kira di set penggambaran atau mengenai keakraban kami, masing-masing okey. Cuma kalau drama Syurga Tanpa Cinta dahulu, ia lebih kepada genre sedih dan saya menangis 24 jam tetapi drama Jodoh Sebelah Pintu ini kami berlakon penuh santai. Drama yang akan disiarkan di Hypp TV dan Hypp Sensasi itu memang cerita lawak dan sikit-sikit akan ada babak kami bertekak dan bergaduh. 

"Saya tidaklah sampai ke tahap rimas, sekalipun diajukan banyak kali ditanya mengenai hubungan saya dan Kamal. Kalau bukan dengan Kamal pun, orang akan tanya. Cukup kalau ada yang tanya saya mengenai Kamal, saya jawab dia antara lelaki yang buat saya selesa mendekatinya.


EMMA menganggap Kamal di antara lelaki yang selesa untuk didekati. - Foto Nurul Syazana Rose Razman



"Ketika ini pun saya bebas berkawan dan berjumpa dengan sesiapa tanpa terikat dengan itu dan ini," katanya yang turut menjadi wajah ilham koleksi raya Melinda Looi di bawah label EMEL by Emma Maembong. 

Seperti orang lain, Emma juga bercita-cita untuk memanfaatkan pengaruh dan populariti yang dikecapinya untuk menceburi bidang perniagaan. Cuma selama ini, nama Emma digunakan untuk mempromosikan jenama orang lain. 

"Perancangan masa depan memang saya nak keluar jenama pakaian dan tudung sendiri. Siapa yang tak nak keluar produk sendiri. Insya-Allah semua masih dalam perancangan. Ada rezeki memang saya nak keluarkan jenama sendiri. Kalau dapat keluarkan produk kosmetik dan restoran sendiri pun okey juga. Tengoklah macam mana nanti," katanya. 

Di sebalik perpisahan dengan Zizan, Emma percaya hidup mesti diteruskan.


DI sebalik perpisahan dengan Zizan, Emma percaya hidup mesti diteruskan. - Foto Nurul Syazana Rose Razman



"Ada hari kita akan berada di atas dan di bawah. Cuma dalam hidup ini saya selalu katakan insan yang kita sayangi termasuk ibu dan bapa sekalipun pasti suatu hari nanti mereka akan meninggalkan kita. Tipulah saya tak pernah menangis dan kecewa 'menonggeng'. Tapi saya bersyukur ada keluarga, kawan dan peminat yang menggelarkan mereka sebagai Emma Vengers. 

"Malah ada insan yang tak kenal saya sekalipun hadir memberikan sokongan moral tanpa dipinta. Kalau nak meratap pilu perkara yang diharapkan menjadi milik kita tetapi punah akhirnya pun tak guna. Buat apa nak menangis terhadap benda yang sudah pergi. Ia tak berbaloi. Saya harus bangun dan bina semangat baharu. Alhamdulillah saya sudah boleh lupakan memori lalu," katanya. 

Dalam pada itu, biarpun sudah bertudung, Emma tidak melihat dirinya seperti 'malaikat'.

"Saya hanya manusia biasa yang tak pernah putus belajar dan menjadi yang terbaik. Sebelum ini pun, saya akui khilaf diri. Saya sedar apabila bertudung, ada perkara itu dan ini yang kita perlu elak bagi mengundang kecaman. Memang betul tapi saya tidak mahu terlalu drastik berubah. Saya hanya menjadi diri sendiri dan mengharapkan perubahan ke arah kebaikan itu akan terus membuatkan saya beristiqamah.

"Soal hati dan ketetapan diri, biarlah antara saya dengan Tuhan. Saya juga terbuka dengan teguran tapi janganlah menegur seperti mereka itu sempurna. Ada yang tegur cara saya berpakaian selepas bertudung tak okey, saya terima dan ambil positif. Tapi ada yang lantang menegur tanpa sedar diri. Apabila dilihat diri mereka sendiri ada yang tak bertudung dan melakukan perkara yang lebih teruk.


EMMA jarang menyekat dan memadamkan komen yang bersifat negatif. - Foto Nurul Syazana Rose Razman



"Biasalah pengikut di laman Instagram ini ada yang nak cipta perhatian dengan memberikan komen pedas dan negatif. Kalau nak tegur pun atau menghukum orang pun, janganlah sampai begitu daring," katanya.

Kata Emma lagi, dia jenis yang tidak memadamkan komen negatif atau menyekat pengikut yang cenderung menghentamnya.

"Saya memang jarang menyekat dan memadamkan komen yang ditulis bersifat negatif. Orang negatif sebegini adakalanya mereka tak cermin diri pun. Nak mengata orang, tapi diri sendiri lebih teruk. Normallah. Nasihat saya kepada orang sebegini, lebih baik nasihatkan diri sendiri dahulu. Senang cerita, nasihat positif saya ambil jadikan pegangan dan teladan manakala yang negatif itu saya tolak ketepi," katanya.

Info drama Jodoh Sebelah Pintu

- Drama bersiri Jodoh Sebelah Pintu arahan Michael Ang mula bersiaran di saluran 116 Hypp TV pada 29 Julai depan.

- Ia mengisahkan Mona lakonan Emma berjiran dengan Badrul atau Alang (Kamal) dan jatuh cinta. Ia turut diserikan dengan Lia Natalia, Erwin Dawson, Azhan Rani dan Datuk Eizlan Yusof.


Keluarga Akim terima Stacy


HUBUNGAN cinta di antara Akim dan Stacy sememangnya bukan lagi rahsia. Lebih menarik kini pertautan dua insan seni itu mendapat reaksi positif daripada kedua-dua keluarga.

Ketika diajukan soalan mengenai penerimaan keluarga terutama ibu terhadap hubungan cinta mereka, Akim bersyukur kerana keluarga kedua-dua belah pihak cukup positif.

"Semuanya positif, baik daripada sebelah saya termasuk keluarga Stacy. Jadi, tidak ada apa-apa isu yang berlaku antara keluarga kami.

"Alhamdulillah, keluarga boleh terima Stacy," katanya sambil menjelaskan beliau masih belum memikirkan soal jodoh.

Akui Akim, andai bercerita soal jodoh itu, esok pun beliau dan Stacy boleh berkahwin.

"Tetapi seru itu (kahwin) belum sampai lagi. Kalau sudah ada seru, InsyaAllah. Buat masa sekarang, tidak kot. Kita berkawan dulu macam biasa dan masih belum lagi memikirkan peringkat seterusnya. 

"Mana tahu tahun depan? Rezeki dan jodoh bagi saya sebenarnya adalah suatu benda yang saya tak tahu nak terangkan," jelasnya.

Selain itu, Stacy bertuah apabila baju raya warna sedondon yang dipakai bersama Akim pada pagi 1 Syawal lalu, rupa-rupanya pemberian ibu Akim.


Daripada jenis fabrik, warna dan potongan sehinggalah urusan tempahan, semuanya dilakukan ibu Akim. 

Nampaknya, hubungan cinta Akim dan Stacy yang bukan lagi rahsia, mendapat restu ibu. Malah seluruh anggota keluarga penyanyi The Majistret mengenakan pakaian warna sedondon ketika berkumpul di Skudai, Johor, pada pagi raya.

Bertemu Akim, penyanyi lagu popular, Mewangi itu berkongsi keseronokan meraikan 1 Syawal bersama insan tersayang bersama BHPlus.

"Raya tahun ini lebih istimewa buat saya kerana dapat bersama Stacy. Raya tahun ini adalah kali ketiga kami bersama meraikannya.

"Tahun lalu lagi, kami sudah memakai baju raya rona sedondon. Kalau tak silap, warna jingga sikit. Tahun ini, sekali lagi kami memakai baju raya sedondon iaitu hijau Emerald. 

"Kali ini, emak saya yang pilih. Baik daripada jenis kain, warna, malah emak juga yang membuatkan baju kurung dia (Stacy).

"Baju raya warna sama kali ini turut dipakai seluruh ahli keluarga saya termasuk kakak, abang, kakak ipar dan anak saudara yang menggayakan koleksi baju sama," katanya.
Selain meraikan detik kemenangan umat Islam bersama kekasih hati, Akim memberitahu, tahun ini adalah pertama kali beliau dapat beraya bersama keluarga Stacy di Johor.

Menurutnya, selain memeriahkan suasana hari raya, kunjungan keluarga Stacy yang berlainan budaya dan adat ke rumahnya dapat merapatkan hubungan keluarga selain ukhuwah sesama insan.

Sementara itu, Akim yang juga wajah produk keluaran syarikat makanan, Yeo's akan menjelajah ke enam lokasi di seluruh negara bagi menjayakan Konsert Patriotik Yeo's I Love Malaysia. Akim tidak bersendirian sebaliknya bersama kumpulannya, The Majistret dalam siri konsert itu.



Zizan mahu ikut cara Fahrin kahwin


KUALA LUMPUR: Zizan Razak nampaknya terus berteka-teki mengenai soal peribadi berhubung pengakuannya ingin menamatkan zaman bujang dengan memilih gadis berusia 24 tahun dari negeri kelahirannya bernama Nor Edura Diyana Hashim.

Namun hingga saat ini, perkembangan itu bagaikan ternoktah sehingga desas-desus bahawa hasrat ingin berkahwin itu ditangguhkan. 

Tidak kurang yang mengatakan hubungan mereka sudah berakhir dan ada yang mengandaikan keputusan mendedahkan cerita berkenaan hanya menutup kisah kontroversi yang pernah menghantui apabila dikaitkan sebagai pelawak kasanova. 

Zizan atau Mohd Razizan Abd Razak, 31, yang ditemui BH Plus sejurus selesai sidang media mengumumkan barisan pengacara, tenaga pengajar, peserta dan pengetua Akademi Fantasia (AF) 2015 di Bandar Utama semalam nyata masih terus mengunci mulut. 



"Macam mana pun saya mesti kahwin. Saya kena kahwin. Sebagai lelaki saya pun nak kahwin dan ada keluarga sendiri. Insya-Allah, semua yang dirancang bagaimana biarlah ia menjadi rahsia keluarga saya. 

"Tak ada apa pun sebenarnya. Saya suka cara Fahrin Ahmad yang berkahwin secara 'tiba-tiba' dan 'mengejut'. Cara itu nampak lebih afdal. Kalau boleh saya nak ikut cara dia," ungkapnya yang masih memikul mandat sebagai hos AF untuk kali ketiga.

Benarkah ada yang mengatakan Zizan sudah putus dengan gadis yang dimaksudkan? Atau mungkin sudah berpunya kekasih hati baharu?

"Rahsia. Saya tak nak cakap. Saya sedar artis memang ada peminat dan mereka nak tahu kisah luar dalam. Tapi pastinya ada bahagian yang boleh cerita dan sebaliknya. Ini soal peribadi saya. Jadi saya memilih untuk tidak terlalu terbuka berbicara mengenainya. Saya tak mahu memberikan jawapan klise. Tapi soal saya sudah peribadi saya... biarlah rahsia dahulu," katanya. 

Daripada sudut kerjaya seninya, Zizan kini dikatakan sedang melalui fasa kejatuhan dek siri kontroversi yang mula bertandang. Ironinya, kembara seni Zizan dilihat bermula cukup baik. 


"Saya hanya tahu bekerja dan menghiburkan orang. Untuk fikir secara tuntas jatuh bangun ini, ia bukan kerja kita. Saya percaya ia kerja Tuhan. Kalau ada yang boleh ukur dan hakimi saya seperti dianggap itu, hebat juga sebenarnya manusia sebegitu. "Terserahlah kepada apa yang orang nak fikir. Saya masih meneruskan kerjaya seni seperti biasa," katanya.

Malahan ada yang menyifatkan Zizan sudah mula kurang tawaran kerja seni dan kontraknya dengan Astro juga kononnya bakal ditamatkan. Tetapi Zizan memaklumkan jadual seninya penuh hingga hujung tahun. 

Bahkan dia masih lagi dipilih menggalas kerusi pengacara AF2015 buat kali ketiga. Saat ini Zizan menegaskan, dia tidak mahu terlalu larut dengan cerita atau skeptikal negatif sekali gus mahu terus fokus kepada amanah yang diberi.

"Saya tak rasa apa-apa atau terkesan dengan apa yang terjadi. Semua buat saya jadi kuat dan matang. Apa yang lebih utama, orang yang sentiasa belakang saya termasuk peminat terus menyokong. Saya laluinya seperti tiada apa yang berlaku. Kontroversi itu biasalah mainan dunia seni dan menjadi cabaran kepada golongan artis.

"Tetapi sebagai manusia, kerjaya atau kerja bidang lain pun nescaya ada masalah serta fasa turun naik. Ia permainan dan pada akhirnya berbalik kepada bagaimana kita mahu menyelesaikannya. Jangan risau, doa dan usaha terus menjadi azimat untuk saya terus tabah melalui cabaran hidup. Apa yang tak baik itu pastinya daripada kita dan baik itu daripada Tuhan. Insya-Allah saya boleh lalui dan tanganinya sebaik mungkin.

"Kerjaya seni itu biasalah ada turun naik. Tak semestinya kita akan selalu berada di atas. Pegangan saya hingga saat ini, cukup apa saya buat ini boleh buat ibu bapa saya tersenyum, bahagia dan ceria. Saya utamakan ibu bapa dan tak mahu sia-siakan mereka. "Peminat dan mereka yang menyayangi saya akan saya hargai dan jadi keutamaan. Yang berada di belakang saya tak kira waktu baik atau buruk itu lagi saya sayang," katanya. 



Tuesday 28 July 2015

Gempar marah & sedih dgn kejadian tragis eskalator di China


Gempar marah & sedih dgn kejadian tragis eskalator di China, ramai yg mula takut utk guna eskalator..sdgkan kjadian spt ini boleh dielakkan (jika org sekeliling'aware')..dan lebih penting semua org( sbb semua pernah pakai punyela) tahu kat mana nk cari benda ni dan apa fungsi nya..
Jd lps ni bila dh ada dkt dgn eskalator tu, cuba jeling2 kt mana benda ni..
Jenis tekan dgn jari tgn ke dgn kaki (sepak) je..
Kalau pun bkn utk keselamatan kita, mgkin ia dpt mnyelamatkn nyawa org lain..
Sekianmesejpagi..


Ayda Jebat pertaruh single Siapa Diriku


KUALA LUMPUR: Bermula dengan menyertai pertandingan Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) empat tahun lalu, Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH) lebih menyerlah dan dikenali sebagai pelakon. 

Itu satu fakta yang tidak boleh diubah dan ternyata tuah lebih menyebelahi Ayda Jebat sebagai pelakon. Drama Rindu Awak 200 % yang bersiaran di TV3 menerusi slot Akasia TV3 ternyata melonjak nama beliau yang cukup terkenal dengan tagline #muahciked.

Gandingan sulungnya bersama Zul Ariffin mencipta fenomena dan sensasi tersendiri hingga melayakkan Ayda memenangi beberapa siri anugerah termasuk kategori Artis Baharu MeleTOP dan Anugerah Top Top MeleTOP bagi Anugerah MeleTOP ERA 2015. Pertemuannya baru-baru ini turut menyingkap khabar gembira mengenai dunia nyanyiannya. Mungkin selama ini Ayda dilihat begitu fokus berlakon hingga lupa dunia nyanyian yang memperkenalkan di arena seni. Ayda begitu teruja bercerita mengenai single pertamanya berjudul Siapa Diriku berentak pop. Lagu itu ciptaan Omar K manakala lirik hasil sentuhan Omar K juga bersama Ayda. 

Walaupun mengambil masa hampir empat tahun untuk dia muncul dengan single pertama, Ayda tidak ralat dan percaya ruang itu sentiasa ada dan boleh dimanfaatkan jika kena pada gayanya. Lagu ini dihasilkan menerusi syarikat pengurusan saya sendiri iaitu Paranormal Talent "Saya memang nak kembali fokus kepada nyanyian pada saat ini selain berlakon. Ini lagu pertama saya dan saya nak curi perhatian pendengar dengan lagu pop. "Mungkin single seterusnya boleh diketengahkan konsep balada. Malah saya turut melobi lagu ini kepada pengarah drama Maid, Michael Ang untuk digunakan sebagai lagu tema atau latar.

 "Dalam tempoh kurang sebulan lagu ini disiapkan dan saya cuba memenuhi permintaan pengarah mengenai penceritaan apa yang sesuai digambarkan dalam lagu ini. "Insya-Allah lagu ini akan dipromosikan dalam minggu pertama atau kedua raya. Saya tak mahulah lagu ini dipromosikan sekarang kerana semestinya lagu raya yang akan mendapat permintaan tinggi. "Lagu ini juga menjadi penentu saya di arena nyanyian. Memang ada tekanan. Tapi saya optimis biarpun orang muda seperti saya akan dianggap cepat patah semangat. Orang mungkin akan cakap kalau lagu ini tak meletup, lebih baik saya berlakon sahaja. 

Namun jauh di sudut hati saya berharap kepercayaan semua untuk terus menyanyi," katanya. Lagu Siapa Diriku secara jelas menceritakan mengenai realiti kehidupan anak seni yang sering menjadi mangsa kecaman pahlawan papan kekunci di laman sosial. Ayda sendiri melihat lagu ini bersesuaian dengan usia dan karakter dirinya yang happy go lucky. "Secara dasarnya peminat dan orang sekeliling mengenai saya sebagai seorang yang 'gila-gila, gedik dan suka gelak. Saya tidak mahu hilangkan sikap semula jadi itu hanya kerana mahu memuaskan hati orang yang tidak suka. "Saya hanya menjadi diri sendiri dan sebab itu saya mahu lagu Siapa Diriku ini menjadi seperti yang diharapkan. 

"Lagu ini mewakili manusia tak kiralah dia artis atau orang biasa sekalipun tetapi pantas dihukum dan mendapat komen negatif di laman sosial. Lagu ini dalam erti kata lain menyerlahkan sisi judgmental manusia yang tak kenal seseorang itu atau belum berjumpa tetapi begitu cepat meletakkan kesimpulan sendiri. "Pendek kata lagu ini ada kena mengena dengan saya atau mana-mana individu yang selalu dihukum. Contohnya lirik ini berbunyi Ku bukan primadona... ku bukan diva.. tapi itu memang aku. Ia mewakili diri saya dan diluahkan dalam lagu," katanya.

NORA DANISH FREEMASON


Nora Danish bulan ini nampaknya tidak habis-habis dihimpit dengan kontroversi, masih lagi panas dengan isu perbalahan beliau bersama bekas isteri Nedim Nazri, terbaru kecoh di Instagram Nora apabila ada peminat beliau telah mempertikaikan bentuk segi tiga yang dilukis di leher beliau yang dianggap menyerupai lambang Freemanson.

Mendapat pelbagai komen negatif mengenai foto berkenaan, Nora akhirnya telah tampil menafikan perkara tersebut dan meminta agar peminat tidak terlalu berfikiran negatif.

Freemason? Gila Ke apa Korang Ni? Cuba goggle Freemason punya lambang!!! Jgn negatif sgt la dgn semua benda. Tolong lah.


Memang bergaya Amy Search pergi menyelam pakai baju raya



About

Popular Posts