Trending

Monday 27 February 2017

Fans discover this Rookie Girl Group Member has a fantastic body



Fans have discovered rookie female idol Goeun has a fabulous body, after digging up some of her sexiest photoshoots.


Rookie idols often start out their careers with cute concepts, keeping an innocent image until later in their career, however, rookie idol Goeun from girl group Laysha has shocked fans by being quite open with her sexuality, showing off her fierce attitude since early debut.
Laysha started out as a dance group, doing covers and performances. As their popularity grew they took on the challenge of entering the music industry with their debut track “Turn Up The Music”, followed later but “Chocolate Cream.”


In addition to doing performances with her fellow group members, Goeun has also starred in several solo photo shoots, modeling in swimwear and lingerie among other outfits. Goeun especially caught the attention of fans, some commenting she could be “The sexiest new rookie idol.” Her following continues to grow. Check out some of her photo shoots below!




















Saturday 18 February 2017

RUU 355 Bangkit Pertahan Bangsa Daripada Gejala Negatif



PADANG MERBOK, 18 Februari 2017 – Himpunan 355 hari ini bukan sahaja disertai penyokong dan ahli parti politik. Malah himpunan ini turut disokong pakatan NGO-NGO Islam antaranya Pertubuhan Alif Ba Ta Srikandi Masyhur.


Wan Hashimah Kamarudin yang mewakili pertubahan itu berkata, perhimpunan hari ini adalah bukti kebangkitan rakyat untuk mempertahankan bangsa dari gejala negatif.
“Hari ini kita hadir kerana perjuangan dan syahadah yang satu.


“Kalau hari ini kita bangkit, kenapa di parlimen tidak boleh dengar suara semua orang?” soal beliau terhadap puluhan ribu peserta himpunan yang hadir.


Tegas beliau lagi, suara wanita juga adalah hak yang perlu didengari dan beliau melahirkan rasa gembira kerana menjadi salah seorang peserta dalam himpunan raksasa yang diadakan di Padang Merbok itu.


“Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam agar menyokong usul pindaan Akta RUU 355 ini.


Turut kelihatan dalam himpunan ini Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dan Tan Sri Syed Hamid Albar yang tiba kira-kira jam 3.00 petang tadi sambil disambut laungan “Allahuakbar”.



Hak Perkasa Mahkamah Syariah Tidak Jejas Kaum Lain



Kuala Lumpur, 18 Februari 2017 – Himpunan 355 yang bertujuan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 mula dibanjiri peserta sejak jam 11 pagi lagi.


Ybhg Ayahada Sri Hassan Bi Talib, yang mewakili Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda itu turut menegaskan Akta 355 yang bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu hanya akan dikenakan kepada orang Islam sahaja dan ianya tidak sekali-kali melibatkan non-muslim.


Justeru itu, orang bukan Islam tidak perlu bimbang apabila ia diluluskan kelak.
Beliau turut menyifatkan perhimpunan hari ini juga merentasi ideologi politik kepartian itu teruja apabila melihat lautan manusia ‘purple’ memenuhi sekitar Padang Merbok.


Kemuncak acara akan bermula pada jam 9 malam dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan diakhiri dengan pidato oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada jam 10 malam nanti.





Lensa RUU355















KEBANGKITAN ISLAM dalam menyokong RUU355



Tepat 70 tahun yang lalu umat Islam di Malaysia pernah berhimpun untuk menolak gagasan Malayan Union.Sebuah gagasan yang akan merugikan Islam. Mereka bersatu tidak kira latarbelakang politik dan perjuangan NGO , mereka bersatupadu kerana Islam.
Hari ini sekali lagi sejarah berulang apabila umat Islam di Malaysia berkumpul atas satu maksud iaitu ikhtiar untuk meletakkan undang-undang syari'ah Islam pada tempatnya.
...
Ini adalah bukti bahawa umat Islam di Malaysia mampu bergabung demi ISLAM.
Minggu lepas saja jutaan umat Islam di Indonesia berhimpun diatas maksud Islam.
Namakan saja ini sebagai"Zaman Kebangkitan ISLAM di Timur".




10 Salah Faham Pindaan RUU Akta 355











RUU355 Lebih 100,000 Sudah Mula Banjiri Padang Merbok



KUALA LUMPUR: Tepat jam 4.00 petang, Padang Merbok yang terletak bersebelahan Bank Negara dan Bank Rakyat umpama menjadi lautan ‘ungu’ apabila lebih 100,000 membanjiri padang tersebut melimpah hingga ke luar kawasan dan jalan sekitarnya.


Wartawan Nazirah Nasrun dan Nurhasmira Mohamad ketika ini sedang berada di tengah-tengah orang ramai sambil menyaksikan ribuan lagi peserta menyusuri jalan menuju ke tapak utama Himpunan H355.


Sebelum itu, Pada jam 3.05 petang, perjalanan kumpulan lebih 30,000 dari Sogo dan Pertama Kompleks dipimpin oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat, bersama Dr Azman Ibrahim, Dr Alias Razak, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ustaz Zakaria Dagang.
Sambil berjalan lautan manusia melaungkan takbir dan melaungkan  hidup RUU355. Ada yang membawa plakad dan banner yang tertera tulisan menyokong pindaan Akta 355 yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Mereka melalui Jalan Tunku Abdul Rahman menuju ke Jalan Parlimen dan bergabung dengan kumpulan yang datang dari Jalan Masjid Jamek menjadi kumpulan besar yang menderu ke arah tapak Himpunan H355.



Friday 17 February 2017

KEKASEHKU (MUHAMMAD)



Wahai diri yang mulia wahai jiwa yang luhur wahai peribadi yang agung bagaimana mungkin aku merasa cukup dengan amal dan ilmu ku bila aku harus bercermin pada keteladanan mu yang telah memikat segala bentuk hati dan perasaan. Sementara Engkau telah menjelma dengan sifat sifat ke Tuhanan yang pengasih lagi penyayang. Engkau telah menjadi cahaya mata bagi para perindu dan nama mu menjadi sumber bagi yang mengamal bahkan sifat dan keteladanan mu menjadi sya...ir bagi para pencinta. Kehadiran mu telah dinantikan semenjak awal segala penciptaan dan nama mu telah terukir dengan agung nya yang disandingkan ditempat yang tak mungkin satupun makhluk dapat menyandingnya.
Wahai keutamaan yang menjadikan seluruh penghuni langit dan bumi bersholawat kepada mu, bagaimana mungkin laut akan cukup menjadi tinta untuk menulis ke utamaan mu itu, bila laut saja dijadikan sebab dari pada keadaan mu
Wahai raja dari segala yang zahir maupun bathin, tiada lah yang ghaib tersingkap seluruhnya kerana kaulah sang pengawas dan digenggaman mu semua yang zahir kerana kuasa untuk mu.
Tiadalah dapat bulan dan mentari menandingi cahaya mu bila engkaulah sumber segala cahaya itu.
Pada diri mu lah dapat menemukan kebenaran Allah dan pada jiwa mulah tersingkap rahsia ke Tuhanan
Wahai sang kekasih . . . . . .




MAKRIFATULLAH





Untuk menuju matalamat orang-orang beriman harus melalui tahapan Makrifat. Adapun iman yang ditasdiq di hati, tidak boleh tasdiq kalau tidak mengenal Allah..Tasdiq adalah hasil dari pada pengenalan (makrifat), akan mustahil boleh tasdiq di hati kalau belum kenal, sama dengan menasdigkan buah simala kama iaitu hayal, palsu dan angan-angan sahaja.....
MAKRIFATULLAH: Mengenal Allah SWT, pada Zat-nya, pada Sifat-nya, pada Asma-nya dan pada Af’al-nya....
AWALUDIN MA’RIFATULLAH Artinya : Awal agama mengenal Allah.
LAYASUL SHALAT ILLA BIN MA’RIFAT Artinya: Tidak sah shalat tanpa mengenal Allah.
MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU Artinya: Barang siapa mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya.
ALASTU BIRAB BIKUM QOLU BALA SYAHIDNA Artinya: Bukankah aku ini Tuhanmu ? Betul engkau Tuhan kami,kami menjadi saksi.(QS.AL-ARAF 7:172)
AL INSANNU SIRRI WA ANNA SIRRUHU Artinya: Manusia itu RahsiaKu dan akulah Rahsianya.
WAFI AMFUSIKUM AFALA TUBSIRUUN Artinya: Di dalam dirimu mengapa kamu tidak melihat.
ANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ Artinya: Aku lebih dekat dari urat nadi lehermu.
LAA TAK BUDU RABBANA LAM YARAH Artinya: Aku tidak akan menyembah Allah apabila aku tidak melihatnya terlebih dahulu.
Mereka yang bermakrifat adalah mereka yang melihat Allah dengan mata hati, iaitu merasakan Dzahir nya Allah…
Mereka yang merasakan wujud Allah, …mereka itu berkekalan lebur dan tenggelam dalam merasakan NYA.
Makrifat adalah pakaian (pengalaman), kalau masih ditingkat faham, baru ilmu..belum lagi makrifat, ia berkaitan dengan Tuan yang punya ilmu itu sendiri,. Maka, makrifat itu lebih dari kenal dan mengalami sendiri seperti kita merasa manisnya gula dan kenal gula. Oleh kerana itu jika kita mendapat rasa gula yang pahit walaupun bentuk gula, maka bukan gula namanya.
Amin yarabullallamin.




About

Popular Posts