Trending

Friday 30 September 2016

The Sexiest Korean DJ, DJ Soda, Stars In Hot Swimsuit Photo Shoot


In addition to being one of the top DJs in Asia, 
DJ Soda is also a rising talent in the modeling industry as well.
With many fans praising her looks after seeing her perform at clubs and events, DJ Soda has participated in a variety of photo shoots and pictorials, and was even recently featured in a sexy swimsuit photo shoot. Sporting a beautiful white one-piece swimsuit DJ Soda blew fans away with her photogenic visuals and overwhelming aura.




Pengiraan kepingan atap bata dan jumlah pasir menambung dalam petak beam bagi sesebuah Rumah



Disini ambo kongsikan pengiraan ringkas yang biasa ambo gunakan sebagai rujukan dan sifir pengiraan ini bukanlah tepat 100%. Antaranya adalah untuk pengiraan kepingan atap, bata dan jumlah pasir menambung dalam petak beam bagi sesebuah Rumah.
1. Kepingan atap
# keluasan rumah x 1.5, contohnya rumah keluasan 1800kp x 1.5 maka kepingan atap diperlukan adalah 2700 keping. Satu keping atap jenis monier premier sekitar harga rm2.30 sekeping
2. Kepingan bata
# keluasan rumah tertutup ( tidak termasuk porch dan beranda ) x 9, contohnya rumah keluasan 1800kp keseluruhan tetapi ruang tertutup cuma 1600 maka sifirnya 1600 x 9 : 14400 kepingan. Satu keping bata tanah liat sekitar 48sen satu dan bata simen/press 24sen.
3. Pasir menambung dalam petak beam
# keluasan rumah ÷ 100, contohnya keluasan rumah 1800kp/100 maka lebih kurang 18lori diperlukan untuk pasir itu. Kalau dikelantan harga pasir untuk lori 5tan sekitar rm140 satu lori.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini boleh dijadikan rujukan buat semua :)

Cara Orang Dulu Membuat Pelaburan Tanah Untuk Anak-Anak


Cara Orang Dulu Membuat Pelaburan Tanah Untuk Anak-Anak
Ini adalah situasi dikelantan dan diceritakan oleh seorang pakcik berdasarkan pengalamannya sendiri tentang kisah membeli tanah pada tahun 2000.
# Tanah dibeli seluas dua ekar pada masa itu cuma rm35k sekar. Tanah itu dipecahkan kepada 12lot banglo. Katanya kos beli tanah dan siap pecah sekitar total rm85k.
# Pada tahun 2005, beliau telah menjual 7lot pada harga keseluruhan RM200k dan menyimpan 5lot lagi untuk diberikan kepada 5orang anaknya yang pada ketika itu masih dibangku persekolahan.
# Kini pada tahun 2016, impiannya itu telah tercapai dengan membuat pindah milik tanah lot banglo kepada setiap orang anaknya. Katanya, tanah itu pernah ada orang tawarkan untuk beli satu lot pada harga rm85k pada awal tahun 2016.
# Selokanya, tanah pakcik bagi dah setiap orang anak-anak dan sekarang ikut dioranglah nak bina rumah atas tanah itu ataupun nak jual. Diorang pun dah tak boleh berebut harta lagi jika pakcik tiada nanti sebab masing-masing dah dapat satu lot sorang.
Kesimpulannya disini, pelaburan tanah adalah menguntungkan untuk jangka masa panjang dan tiada susut. Jangan tunggu untuk memiliki tanah tapi milikinya dulu dan tunggu. Harga tanah tahun ini sudah pasti tidak akan sama dengan tahun hadapan dan akan datang.


Sekadar perkongsian tentang bata press atau bata simen



Sekadar perkongsian tentang bata press/bata simen. Harga pasaran sebiji bata jenis ini sekarang sekitar dari 20sen - 25sen sebiji. Perbezaan harga itu juga bergantung kepada keadaan fizikal bata itu sendiri.
Sebagai contoh saiz asas bata cukup inci sekitar 8.5inci dan dijual pada harga 23/24sen sebiji. Manakala jenis yang tidak cukup inci, ada yang dijual sekitar 20/21/22sen sebiji.
Dalam konsep pembinaan, setiap inci bata itu juga akan terlibatnya kos. Bab kata pepatah, jangan hanya bandingkan harganya saja tapi bandingkan juga keadaan fizikal dan jenis bata itu sendiri.


Cara nak beli rumah bagi orang yang berbisnes dan bekerja sendiri



Susulan dari perkongsian semalam, ada yang "direct" hubungi saya untuk tahu lebih lanjut mengenai cara-cara nak beli rumah bagi orang yang berbisnes dan bekerja sendiri.
Disebabkan respons yang positif saya kongsikan lebih teliti tapi baca dan fahami betul-betul sebab terlampau penting.
-
Macam mana BANK KIRA KELAYAKAN PINJAMAN untuk korang yang berBISNES SENDIRI?
i. Dari peratusan akaun semasa
ii. Debt Service Ratio @ DSR (Nisbah Keberhutangan)
Fuhhh...tarik nafas...okay kita teruskan
-
Senario dia begini:
1. Katakanlah korang berbisnes dan ada duit masuk setiap bulan (abaikan duit keluar dan baki akaun semasa) :
-
Bulan Ogos : RM17,500
Bulan September : RM18,000
Bulan Oktober : RM19,500
Bulan November : RM19,000
Bulan Disember : RM20,000
Bulan Januari : RM18,500
2. Jadi kiraan PENDAPATAN korang kita jumlahkan semuanya dan bahagi 6 bulan :
RM112,500 ÷ 6 bulan = RM18,750 PENDAPATAN sebulan
-
3. Jadi bank mengambil kira 20% dari PENDAPATAN korang ni sebagai jumlah konsisten @ GAJI korang setiap bulan :
RM18,750 PENDAPATAN × 20% = RM3,750 GAJI sebulan
Masih boleh hadam lagi tak?..huhu
-
4. Kiraan DSR pulak menetapkan hanya 60% sahaja dari GAJI bulanan ni untuk BAYAR segala HUTANG dan KOMITMEN:
RM3,750 × 60% = RM2250 BAKI
-
5. Jadi hanya RM2250 di benarkan untuk anda GUNAKAN beli rumah, kereta, bayar PTPTN dan sebagainya.
Kalau korang tiada hutang kereta dan komitmen lain dengan RM2250, korang LAYAK membeli rumah dengan harga RM400,000.
Kenapa bank kira DSR = 60% ?
Sebab lagi 40% bank anggap sebagai kos sara hidup. Itu saja.
Inilah sebabnya semalam suruh buat akaun semasa semua tu sebab nak tunjukkan yang korang ni berduit.
Kalau duit yang masuk bulanan lagi banyak. Maka lagi banyaklah korang layak buat pinjaman. Huhu
Kredit : Putera Ambo Bos kemah keming
Shahizat Amir
Suka sembang dengan kawan kerja bank

Harga tanah sentiasa naik dan kos bagi pembinaan juga sentiasa naik



Kepada kenalan yang mempunyai keupayaan untuk memiliki hartanah sendiri. Anda dinasihatkan agar jangan bertangguh dalam soal ini kerana harga tanah sentiasa naik dan kos bagi pembinaan juga sentiasa naik dari semasa ke semasa.
Ambo sendiri pun mendapat pertanyaan dari kenalan di pm dan whatspp sudah ratusan persoalan berkaitan pembinaan dan hartanah. Mungkin ambo jawab cepat dan mungkin lambat tapi InsyaAllah ambo akan cuba jawab satu persatu setiap persoalan yang bermain difikiran kenalan-kenalan itu.
Sekadar untuk makluman semua berkaitan harga pembinaan rumah, sebagai contoh ditahun 2011 dulu kadar harga kontrak binaan rumah sekitar rm80/90 skp dan kini ditahun 2016 ianya sekitar dari Rm125 ke atas untuk spesifikasi yang sama seperti dulu. Manakala harga tanah pun dulu dan sekarang kenaikkan sudah hampir 100%.
Oleh itu, jangan amalkan sikap tunggu dan lihat kerana masa pasti tidak akan menunggu kita semua.
# Hidup biarlah berbakti dan membantu walaupun tidak dipuji.


Tanah = Beli, Pecah Sempadan, Jual Lot Dan Bina Rumah Jual



Tanah = Beli, Pecah Sempadan, Jual Lot Dan Bina Rumah Jual
Kenalan : Salam, saya ingin minta pendapat berkaitan dengan tanah saya ada hampir 1ekar dikelantan. Dibeli pada tahun 2015 dengan harga sekitar RM160k. Apakah yang patut saya buat sekarang untuk bermula jual tanah lot ataupun bina rumah dan jual ?
Ambo : Wasalan, tanah 1ekar tu berkeluasan 43560kp. Kebiasaannya 43560kp keluasan tanah tu, cuma sekitar 70% yang boleh digunakan untuk membuat lot2 tanah selepas ditolak rezab2 jalan. Contohnya macam ni, 43560 kp x 70% = 30492kp.
Katakan 30492kp yang tinggal itu, anda pecahkan kepada lot banglo dan lot semid mungkin boleh dapat 3lot banglo dan 4lot semid. Kos tukar syarat serentak pecahlot/sempadan dikelantan sekitar purata rm5k satu lot. Jadi 7lot x rm5k maka kosnya lebih kurang rm35k. Jadi total kos beli tanah rm160k + kos pecahlot serentak tukar syarat rm35k = rm195k. Kiraan kos perkaki tanah keseluruhan adalah seperti berikut, rm195k / 43560kp = +-rm5 sekaki. Tempoh masa prosesnya untuk dapat geran individu status bangunan dari 1-2 tahun.
Kebiasannya, penjualan harga sekaki tanah lot selepas dapat geran individu adalah dari 150%. Maka rm5 x 150% = +- rm13sekaki dan tanah anda tadi yang digunakan untuk lot adalah 30492kp. Tanah anda sekarang sekiranya dijual 30492kp x rm13 = rm396396 dengan jumlah mengikut lot adalah 7lot ( 3 banglo + 4 semid ). Keluasan asas lot banglo katakan sekitar 5600kp dan lot semid 2800kp.
Cadangan ambo juga, anda buka jualan dulu 3lot banglo dengan harga rm70k satu lot x 3 = Rm210k dan baki 4lot semid lagi buat bina dan jual rumah dengan menggunakan hasil jualan tanah2 lot banglo itu. Ingatlah, hartanah satu perniagaan dan selamat maju jaya ambo ucapkan.

Hazanutz Slay Pandangan ambe yang cetek ilmunya dalam bidang hartanah. Kalau tak laku juga. Tanam lada atau pisang untuk seekar. Hasil, setahun jangan pakai. Sebab proses pecah, km, makan hampir setahun. Dalam masa setahun hasil pertanian. Dah ada modal sikit utk 45% bina rumah contoh.
LikeReply15 mins
Muhammadrusmi Bin Razali Mantap..i follow

Friday 23 September 2016

Hukum-hukum tajwid Smart Quran Centre Padang Ruas


Hukum-hukum tajwid..
Boleh simpan sebagai rujukan, senang untuk amalkan dalam bacaan
Kredit: Ustaz Azam, Smart Quran Centre Padang Ruas







Such Lovely Colors of Fuchias!




About

Popular Posts