DASAR EKONOMI MELAYU HARUS DIHAPUSKAN?
1. Bakal PM ke-8, Anwar Ibrahim berkata "orang Melayu memerlukan masa untuk berubah dari polisi berasaskan kaum kepada tindakan berasaskan keperluan"
2. Ini susulan dari soalan temubual dengan Bloomberg: "Adakah Anwar melihat suatu hari nanti polisi berasaskan Bumiputra akan dihapuskan?"
https://www.todayonline.com/…/malays-need-time-accept-eradi…
https://www.todayonline.com/…/malays-need-time-accept-eradi…
3. Kelakar sungguh saudara Anwar ini. Adakah beliau ingin mengatakan bahawa polisi ekonomi Melayu seperti DEB adalah sekadar 'suka-suka' dan bukannya satu keperluan?
4. Adakah Anwar Ibrahim sudah lupa bagaimana tertubuhnya DEB selepas rusuhan kaum 1969 yang berpunca dari ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum?
5. Ketika itu jurang ekonomi antara kaum asal Melayu dan kaum Pendatang adalah besar. Maka DEB direka untuk merapatkan jurang itu. Adakah itu belum lagi dikira keperluan?
5. Anwar Ibrahim juga berkata polisi ekonomi mengutamakan Melayu yang diamalkan sejak 40 tahun lalu sudah tertanam di dalam minda orang Melayu dan sukar dibuang.
6. Bangunlah dari tidur Anwar. Adakah kamu sudah lupa siapa yang memerintah ketika itu?.. Bukankah ketika itu kamu sendiri dan Tun Mahathir yang melalak siang malam mengenai "agenda ekonomi Melayu"? untuk meraih sokongan Melayu kepada parti UMNO kesayangan kamu?
7. Kenapa ketika kamu berkuasa dahulu kamu tidak berkata bahawa DEB itu adalah sia-sia?
8. Tapi kini bila sudah berkuasa dengan parti lain, maka orang Melayu pula yang disalahkan sebagai kolot, jumud dan berfikiran sempit akibat menerima idea yang kamu sendiri tanamkan ketika kamu memerintah dahulu?
9. Kata Anwar lagi di dalam temubual itu, polisi berasaskan kaum tidak penting. Yang penting adalah negara mampu berkembang dan menarik pelaburan asing.
10. Lucu, jika inilah taraf pemikiran bakal seorang Perdana Menteri.
11. Jika orang Melayu tidak terlibat dalam proses ekonomi, bagaimana mereka hendak mendapat 'tempias' kekayaan itu?
12. Duit pelaburan asing itu hanyalah akan dimonopoli oleh kaum tertentu yang menguasai ekonomi. Orang Melayu di kampung? Satu sen pun tidak nampak.
13. Dengan polisi ekonomi yang menyebelahi Bumiputra sekarang ini pun orang Melayu masih dipinggirkan dalam pembangunan ekonomi. Bayangkan apa jadi bila tiada lagi polisi berteraskan Bumiputra kelak?
14. Sebab inilah polisi berasaskan kaum, terutamanya polisi ekonomi Bumiputra adalah penting untuk menjamin kestabilan sosioekonomi dan kestabilan negara.
15. Wahai Anwar Ibrahim, sila belajar dari sejarah. Jangan terlalu buta dan tuli sehinggakan faktor yang mencetuskan peristiwa hitam Mei 1969 terjadi kembali.
.
*sila like page kami NEGARA INSIDER. Kami memerlukan sokongan anda*
*sila like page kami NEGARA INSIDER. Kami memerlukan sokongan anda*
No comments:
Post a Comment