PULANGNYA DANA RAJA RAJA MELAYU KE TANAHAIR
Oleh Sahabat Shahpaskal
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Duit kita dah balik semula. Puluhan tahun diusahakan oleh empat era Perdana Menteri terakhir namun hanya baru kali ini berjaya. Tidak kurang juga oleh pihak-pihak istana yang berhajatkan kekayaan Malaysia ini. Malangnya gagal dan terus gagal.
2. Asal mula duit ini adalah penunaian pinjaman batu bata kuning milik Raja-Raja Tanah Melayu yang tersimpan di bank tuan penjajah kita dulu yang mana dipinjamkan oleh Raja kita untuk memodalkan penubuhan Bank Dunia selepas WW2.
3. Mesti ada yang bertanya sebanyak mana nilainya dalam Ringgit kita... Ia cukup untuk keperluan mendesak semasa kita iaitu kira-kira 10 tahun peruntukan bajet semasa kita. Sekarang bajet negara dalam RM260 bilion.
4. Jadi, kiralah sendiri kalau sepuluh kali ganda nilai ni. Ini seperti saya katakan, permulaannya saja. Moga ALLAH SWT mengizinkan yang berikutnya.
5. Bagaimana pun, banyak syarat tak zahir dikenakan ke atas duit ni. Ada yang kata, bertambah kayalah kerabat PM Atuk Det dengan duit ni. Dan gerombolan kroni baru bakal muncul... Jawapan saya, ia tidak mungkin berlaku.
6. Sumpahannya berat. Disalah-guna oleh penerima amanah, nyawalah galang ganti kerana duit ini dibawa pulang diikrar melalui tukaran nyawa.. Bukan saja dirinya tetapi merangkumi kaum keluarganya. Ingatlah akhiran Surah Yassin...Kun fakakun... Dan bukanlah macam bulan jatuh ke riba.
7. Di dalamnya ada hak tertentu. Hak warga negara pribumi Islam dan bukan Islam, juga warga negara bukan pribumi yang bukan Islam. Semuanya terangkum. Jadi, usahlah berangan-angan untuk diseleweng. Ingatan ini juga saya panjangkan kepada para pegawai kerajaan terbabit. Sendiri mau ingat beb..
8. Berbalik kepada elemen politik. Seharusnya kita hanya berbeda pandangan politik tetapi hendaklah dalam kerangka demokrasi terpimpin dan penuh beradap. Sekarang masanya kita meletakkan kepentingan rakyat mengatasi nafsu individu dan kelompok.
9. Bagi saudara seagama saya khasnya yang berada di negeri pimpinan berlawanan dengan persekutuan khasnya di pantai timur dan utara, sedarlah duit nenek moyang kalian telah balik semula ke tanahair dan sedia untuk dimanfaatkan.
10.Maka bersatulah untuk sama-sama menggunakannya bagi faedah anak cucu kita. Cukup-cukuplah berpolitik. Tak guna pun kita berimej Islamik hinggakan orang lain semuanya tak betul walhal ALLAH SWT dah pilih orang lain yang nampak haprak di mata kita untuk diberi amanah kekayaan ini kerana pakej dirinya yang lebih baik.
11.Akurlah bahawa PM sekarang diberikan amanah ini dan berganding bahulah untuk sama-sama beliau membangunkan kembali negara. Sudah-sudahlah beretorik. Tak ke mana pun. Gunakanlah untuk basmikan kefakiran dan kemiskinan saudara-saudara kita. Kita ni dah lelah sebenarnya dalam kemiskinan.
12.Begitu juga kalangan yang lain. Bumi Malaysia ni ada rahmat Tuhan. Dan berganding bahulah untuk membangunkan negara tercinta. Usahlah banggai kekayaan kaum masing-masing kerana ianya terlalu ciput nilainya berbanding kekayaan sebenar yang diwsriskan Tuhan ke atas kaum pribuminya melalui waris tertentu.
13.Bagi golongan istana, masing-masing juga ada haknya. Memang lumayan. Bagaimanapun, tertakluklah kepada penentuan yang dibuat oleh pentadbir yang tidak zahir ini. Biarlah sampai saatnya, tibalah bahagian masimg-masing.
14.Walau handal mana pun berpolitik, saya sanggup bertaruh potong jari tidak ada mana-mana ahli politik yang mampu melunaskan hutang negara tanpa bantuan ALLAH SWT melalui jalan yang ditetapkan-Nya seperti yg DIA anugerahkan sekarang. Bersyukurlah.
15.Banyak lagi anugerah ALLAH bakal diturunkan kepada kita. Kalau direbut wang yang sekarang dari tangan dibenarkan, nescaya padahlah kita kerana wang ini kembali ke tanahair kita dengan ikrar taruhan nyawa oleh yang empunya hak waris.
16.Biarlah kita jadikan politik sekadar keperluan musim pilihanraya saja dalam memilih pemimpin. Bukan bread-n- butter yang dijadikan sajian pagi harian. Sudah-sudahlah...
17.Tentang kes wang diseleweng. Selesaikan secara berhemah dan wang gantian sudah dikembalikan ke tanahair dalam bentuk dan laluan berbeza. Nilai yang hangus tak sampai 2% pun. Jadikan ia asbab atas kembalinya kekayaan nenek moyang kita. Harapan saya, biarlah kemudian ini politik tidak lagi relevan dalam mencari kekayaan.
18.Saya sekadar menyampaikan pesanan dari pihak berautoriti yang tidak terzahir di mata umum kecuali segelintir insan sebelum wang nenek moyang ini boleh digunakan. Tidak lebih dari itu.
19.Sebelum si empunya hak-waris meletakkan ibu jarinya di papan kekunci untuk melepaskan duit nenek-moyang kita ni, bermuhasabahlah kita di dalam penuh kesyukuran bahawa ALLAH SWT tetap menyayangi kita walau pelbagai karenah dah kita buat di negara kita ni.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment