Trending

Saturday 3 November 2018

Kisah Iblis Ular dan Adam Yang Mengikut Hawa


"Kisah Iblis,Ular dan Adam Yang Mengikut Hawa"
Selepas iblis dihalau dari Syurga macam maner pulak dia masuk semula ke dalam Syurga dan boleh pulak dia hasut Adam dan Hawa makan Buah Khuldi..?
Jika ikutkan Logik Aqal manusia iblis bukannlah lagi Penghuni Syurga..
Almarhum Tuan Guru Syekh Haji Ahmad Junaidin pernah menceritakan..
Iblis walaupun sudah dihalau dari Syurga selepas penciptaan Nabi Adam alaihisalam ..
Iblis hanya dilarang masuk ke syurga melalui wajahnya yang sebenar..
Ketika dia ingin masuk ke Syurga ketika sampai di Pintu Syurga pelbagai helah serta taktik dia ingin masuk ke Syurga..
Maka dihasutnya ke semua jenis Makhluk atau Penghuni yang berhampiran di Pintu Syurga untuk membantunya masuk ke dalam Syurga..
Kesemua Makhluk atau Penghuni termasuk Binatang menolak pelawaan Iblis tersebut..
Kecuali seekor lalat dan Ular..
Maka berpakatlah kedua binatang tersebut lalu bersetuju dengan permintaan iblis..
Lalu Iblis pun menyamar atau masuk ke dalam tubuh lalat tersebut lalu masuk ke dalam tubuh seekor Ular..
Maka masuklah Ular tersebut ke dalam Syurga lalu menghampiri sebatang Pokok yakni Khuldi
Ada riwayat mengatakan sampai di pokok tersebut iblis menyamar menjadi orang tua bertongkat..ada juga mengatakan dia masuk ke dalam pokok tersebut dan mengeluarkan suaranya..
Maka ketika itu keluarlah suara yang memanggil Hawa yakni isteri Nabi Adam
Suara itu menarik perhatian Hawa agar memakan Buah tersebut dan berjaya menghasut Hawa lalu makanlah ia lalu terlekat di dadanya menjadi Buah Payudara..
Ketika itu Nabi Adam juga terikut dan terhasut agar makan Buah Khuldi lalu makanlah si Nabi Adam maka terlekatlah ia dileher dan menjadi Buah Halkum..
Maka terbuka lah aurat keduanya yang selama ini terlindung
Dikatakan setelah itu ada kisah mengatakan Ular semasa itu mempunyai kaki(mirip naga) maka dihukumlah Ular itu dengan dipotong kesemua kakinya..
Disebabkan itu Iblis,Syaitan atau Jin sering menyamar menjadi Ular dan selalunya Makhluk ini akan menumpang di dalam Badan Ular atau menjelma menjadi Ular dan disebabkan itu jika ada Ular yang masuk ke dalam rumah Rasulullah saw melarang kita membunuhnya sebaliknya dihalau terlebih dahulu sebanyak 3 kali..kerana dikhuatiri ia Jelmaan Jin..
Ular Menjadi Pengawal Singgahsana Iblis,
Pernah juga ada satu riwayat mengatakan Singgahsana iblis yang berada di lautan itu dikelilingi Ular yang bermata merah dan mulutnya mengeluarkan Api dikatakan Ular tersebut menjadi Pengawal kepada Singahsana Iblis..boleh rujuk kisah pertemuan Rasulullah Saw dan Sahabat yang bertemu ibnu shayad seorang budak yang buta sebelah matanya yang pernah ingin dibunuh Saidina Umar Al Khatab yang dikatakan Dajjal namun Rasulullah Saw melarang membunuh budak tersebut kerana dia bukannlah Dajjal..
Hawa Nafsu,
Berdasarkan kisah Nabi Adam dan Hawa ini jugaklah maka orang Melayu kita selalu menggunakan perkataan Nafsu yang dituju kepada Hawa iaitu,
"Jangan Mengikut Hawa Nafsu"
Sekadar kongsi cerita..
Walahualam,


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts