Trending

Friday 31 August 2018

Durian ni berapa sekilo bang




"Durian ni berapa sekilo bang?"
Belum apa-apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu.
Diketuk-ketuk. Kalih pula sebelah lain, dia ketuk lagi. Terus takik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat saya isi durian yang dia baru pilih tadi.
Tanpa banyak soal, saya angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, saya seluk poket bagi duit.
'Isi kuning tebal, rasa lemak manis, dan banyak ulas'
Itulah yang terbayang dalam otak saya masa otw balik. Tapi bila sampai rumah, bayangan tadi hanya tinggal bayangan.
Banyak kali juga saya beli durian, tapi selalu kena tipu. Paling mahal, rm50 sebiji tapi isi dalam hareyy.
Isi lembik. Rasa tawar. Paling hampeh pernah kena yang masam. Sampai tahap dah givap nak beli durian. Beli mahal-mahal, tak sempat masuk perut, masuk tong sampah dulu.
Sampai lah satu hari tu aku google tips nak pilih durian.
Ajaibnya, hampir kesemua durian yang saya beli guna tips tu menjadi. Rasa macam tak percaya. Saya cuba apply tips tu berkali-kali. Resultnya sama.
.
.
Nah, saya akan kongsikan 10 tips untuk memilih durian. Saya berani jamin tips ni buat korang puas hati.
1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.
2. Berat durian.
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.
3. Tangkai.
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.
4. Bunyi.
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.
5. Duri.
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.
6. Bau.
Hidu durian dan cari yang berbau manis.
7. Juring.
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.
8. Kulit.
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.
9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.
10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.
.
.
Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.
Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.
.
.
Azlan Noor
Pilih, beli dan makan durian

MUSANG KING 5POKOK RM150 SIAP POS SEMENANJUNG


MUSANG KING 5POKOK RM150 SIAP POS SEMENANJUNG....!!!!
.
.
Pm admin di www.wasap.my/60146697870/mk





OCHEE DURI HITAM KAWIN BAJI KAWIN POLO


OCHEE@DURI HITAM KAWIN BAJI@KAWIN POLO..!!!
.
.
POKOK 3FT ready untuk di tanam terus atas tanah..
.
Penghantaran seluruh Malaysia. Minima postage 3pokok..
.
Pm www.wasap.my/60146697870/ochee+baji.






Penanaman mangga merah paling lazat dan termahal di dunia hanya terdapat di Jepun


Kita pasti pernah mendengar dan melihat mangga merah Jepun iaitu mangga paling mahal di dunia. Mangga ini memiliki 15 kali rasa lemak manis dan lazat berbanding mangga yang biasa. Dua biji mangga merah tidak bermusim akan berharga sehingga RM12,200. Ladang mangga termahal ini terletak di Miyazaki, Jepun dan di sini mangga merah ditanam secara eksklusif.

Penanaman mangga merah paling lazat dan termahal di dunia, hanya terdapat di Jepun
 








Projek tanaman durian seluas 502 ekar yang diusahakan oleh satu syarikat swasta



Tarikh Lawatan : 27 Ogos 2018
Lokasi : Kg Tasek, Pengkalan Hulu
Satu tinjauan telah dilakukan di tapak projek tanaman durian seluas 502 ekar yang diusahakan oleh satu syarikat swasta. Keadaan keseluruhan kawasan adalah berbukit dengan sejarah kelapa sawit sebagai tanaman terdahulu.
Kesemua anak pokok ditanam dari sumber biji benih dan dibuat cantuman diladang setelah pokok penanti mencapai usia yang sesuai. Jabatan mengesyorkan agar umur pokok penanti mencapai usia 10 - 12 bulan sebelum dibuat cantuman diladang. 70% dari keseluruhan pokok di sini sedang dan akan dicantum dengan mata tunas D197.
Pihak syarikat menjangkakan hasil pertama pada tahun kelima penanaman. Kemudahan infrastruktur seperti Pusat Pengumpulan Hasil, Bilik Sejuk dan Ruang Pasca Tuai turut dirancang untuk dibina oleh pihak syarikat. Beberapan penambahbaikan telah disyorkan kepada syarikat untuk memastikan lagi kejayaan projek seterusnya.
Credit tu DOA Hortikultur





















ILMU RASA


ILMU RASA
"Rasa" adalah sebuah perkataan yang digunakan untuk pelbagai makna. "Rasa" tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kerana ianya hadir di dalam diri manusia. Ia hanya dapat "dirasai". Dipanggil juga sebagai perasaan.
Oleh kerana ia tiada dapat dilihat kerana sifatnya yang tersembunyi dalam diri maka seseorang yang ingin menzahirkannya dalam bentuk perbuatan, dipanggil sebagai "tunjuk perasaan".
Adalah menjadi fitrah manusia untuk "merasa". Sungguhpun ia tidak dapat dilihat, disentuh atau diketahui bentuk seginya namun "rasa" tersebut dirasai dengan pengalaman yang berbeza.
Ada yang secara biologi seperti rasa manis gula, masin garam, masam limau, pahit kopi, rasa lazat dan sebagainya.
Ada pula secara emosi seperti rasa marah, rasa geram, rasa gerun, rasa sedih, rasa gembira, girang, rasa ngeri, rasa tenang, malu, rasa stress, rasa kecewa, hampa, benci, gundah gulana, tertekan, rasa gelora jiwa dan lain-lain.
Ada secara mental seperti rasa gelisah, rasa resah, keluh kesah, rasa bingung dan hairan, rasa pilu, cemas, rasa terpesona, rasa seronok, rasa khayal, syok, bosan, nostalgia, simpati, rasa minat, rasa geli, jijik, angau, rasa perasan dan lain-lain.
Ada secara nafsu seperti rasa bangga dan kagum diri, rasa hebat, rasa dendam, dengki, iri, cemburu, gila bayang, angau dan lain-lain.
Ada pula secara hati seperti rasa cinta, rindu, redha, pasrah, asyik, intim, rasa yakin dan lain-lain.
Ada secara umum seperti rasa berdekatan, rasa berjauhan, rasa bersama, rasa berpisah, rasa kerdil, rasa ngam, kamcing, akrab, rasa cukup, rasa fakir, rasa hina, rasa rendah diri, rasa teringat2 dan lain2.
Semua "rasa" yang dinyatakan diatas semua ini, ada jenis rasa yang boleh membawa 2 makna (serampang dua mata), makna pada sisi positif dan juga negatif. Contohnya benci boleh bermaksud permusuhan yang menyebabkan persengketaan dan pada sisi lain seseorang yang merasa benci kepada perbuatan maksiat yang menyebabkan dia memghindarinya.
Sesuatu "rasa" itu juga boleh digunakan untuk perkara zahir dan batin, nyata dan ghaib. Seperti rindu, rindu kepada anak2 dan juga rindu kepada akhirat.
"Rasa" didalam bahasa Arab ialah zauq, shu'ur dan istish'ar. Ilmu Tasawuf dipanggil sebagai ilmu rasa atau ilmu zauqi kerana ilmu ini mengajarkan bagaimana untuk berinteraksi dengan "rasa-rasa" diatas, bagaimana untuk mengawalnya, bagaimana menghindarinya dan bagaimana mencapainya.
Oleh itu, walaupun ia bersifat zauqi/perasaan namun ia masih termasuk dalam konteks ilmu syariah kerana ilmu Tasawwuf disebut sebagai
ilmu syar'iyyah qalbiiyyah. Ia adalah untuk mencapai makam Ihsan( menjadi hamba Allah seolah-olah melihat Allah, jika tidak, hendaklah merasa diri dilihatNya). Dipanggil "seolah-olah melihat" kerana ia berlalu pada medan "rasa".
Akhiran, skop "rasa" adalah sesuatu yang agama kita suruh untuk menyantuninya sebagai amal qalbi yang hendaklah wujud dalam penghayatan tauhid dan ibadah zahir.
Ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf adalah untuk mencapai matlamat iman, islam dan ihsan,tanpa dipisah-pisahkan.
WalLahua'lam...


Ilmu Rajah Panglima ini berfungsi sebagai wadaq bathin TENAGA DALAM HAWA MURNI


●※ ILMU RAJAH PANGLIMA ※○
Ilmu Rajah Panglima ini berfungsi sebagai wadaq bathin TENAGADALAM HAWA MURNI,memperkuat lapisan-lapisan ruh,menjaya sempurnakan dzohiriah dan bhatiniah,serta memperkuat intelegensi alami dan ketenangan bathin.
Tawassul ;
ILA HADROTIN NABIYYIL MUSTOFA SAYYIDINA WA MAULANA MUHAMMAD SAW,syaiun lillaahi Al-Fatihah
Al-Fatihah 63x
Tawassul Penguat Pendamping Malaikat Diri
Assalamualaikum Salaamun Qaulam Mirrobbir Rohim Yaa malaikat penjaga batang tubuhku,ABDULLAH AFIYYATI,syaiun lillaahi lahu Al-Fatihah.
Al-Fatihah 7x
Assalamualaikum Salamun Qaulam Mirobbir Rohim Yaa Malaikat Jibril Penjaga Nyawaku,syaiun lillaahi lahu Al -Fatihah.
Al-Fatihah 7x
Assalamualaikum Salamun Qaulam Mirrobbir Rohim Yaa Malaikat Syeikh Nur Jihat yang bersemayam di pusatku,syaiun lillaahi lahu,Al-Fatiha.
Al-Fatihah 7x
Assalamualaikum Salamun Qaulam Mirrobbir Rohim Yaa Malaikat Kiroman di kananku,Yaa Malaikat Kotibin di kiriku,syaiun lillaahi Al-Fatihah.
Al-Fatihah 7x
Assalamualaiku Salamun Qaulam Mirrobbir Rohim Yaa Kidam yang menjaga bayang-bayangku,syaiun lillahi Al-Fatihah.
Al-Fatihah 7x
Assalamualaiku Salamun Qaulam Mirrobbir Rohim Yaa Malaikat Hutomah yang menjaga Makrufahku ( saudara gaibku ),syaiun lillaahi lahu Al-Fatihah.
Al-Fatihah 7x
Assalamualaikum Salamun Qaulam Mirrobbir Rohim Yaa Malaikat Putih yang menjaga seluruh batang tubuhku,syaiun lillaahi lahu Al-Fatihah.
Al-Fatihah 36x
SYAHADAT 1x
SHOLAWAT IBROHIMIYAH 1x
SHOLAWAT QULHU GHOIBI 7x(Allahumma inni as'aluka bismikal a’dzomil maktubi minnuuri wajhikal
a’laamu abbad addaaimil baaqil mukhollad fii qolbi nabiyyika
warosulika muhammad.
Wa as'aluka bismikal a’dzomil waa khidi
biwakhdatil ahad, almuta’aalii anwakhdatil kammi wal adad
almuqoddasi an kulli ahad wa bihaqqi bismillahirrohmanirrohim+Al-Ikhlas 1x.
An tusolliya ala sayyidina Muhammadin sirr khayaatil
wujud wassababil a’dzomi likulli maujud sholatan tu tsabbitu fiiqolbil iiimaan watukhaffi dzunil
qur’an watufahhimuniii minhul aaayaat wa taftakhu li biha nuurul
jannat wa nuuron na’iiim wa nuron nadzori ila wajhikal karim.
Wa ala
alihi wasohbihi wasallim)
AL-FATIHAH 1x
(ASYHADU ANNA ILAAHANA LAHU ILLAHU YAA HUU YAA HUU WAHDAHU LAA SYARIKALLAHU WA ASYHADU ANNA MUHAMMADUR ROSULULLAH HUU HUU ALLAH),333x
( ALLAHUMMA SHOLLI ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD,YAA SYEIKH MUHYIDDIN ABDUL QODIR JAILANI BI HAIBATIHI YAA ABDUL JABBAR,
WA QUL JAA AL HAQQU WA ZAHAQOL BAATHILU INNAL BAATHILA KAANA ZAHUUQO
WA NUNAZZILU MINALQUR ANI MAA HUA SYIFAA U WAROHMATUL LILMU'MINIINA WA LAA YAZIDU DHDHOLIMINA ILLA KHOSYAAROO, YAA ALLOH
YAA ALLOH
YAA ALLOH
HUUWAL JALIILUL JABBAR IDZNILLAH ROBBUL ALIIM ),13x
AAMIIN SHOLLALLAAHU ALAIKA YAA MUHAMMAD,17x.
Lakukan amalannya selama sembilan malam sesudah sholat isyah sebagai tahap awal.
Tahap selanjutnya sekali seminggu atau sekali dalam sebulan.

ASMA SIIR BATHIN ROSULILLAH


SALAM PENYEJUK IMAN
★✩♡ ASMA SIIR BATHIN ROSULILLAH ♡✩★
※©ASSALAAMU ALAIKUM YAA HUU QODDIM ILLALLAH HUU ILLAH,TUUM TALAM HUU,ALIFULLAH ISFALLAHU ANNALLAHU ALHAMDU,HUU ILLAAHUL HAQQ®※
Pengasihan tingkat tinggi :
1.bacalah 63x selama 63 hari sambil memandan foto makam atau bayangkan diri anda berada di depan makam Rosulillah tapi ini bukan syarat khusus,bisa langsung pakai
2.bisa anda baca 63x setelah berdoa untuk hajat dunia-akhirat,bayangkan diri anda berada di depan makam Rosulillah
3.boleh anda pakai saat mandi,bisa di awal mandi,pertengahan ataupun akhir.
baca 1x,siram kepala,baca 1x siram bahu kanan,baca 1x siram bahu kiri
4.keselamatan lahir bathin,cukup dijadikan wirid sambil memandan foto makam Rosulillah atau bayangkan anda berada di depan makam Rosulillah
5.boleh anda pakai saat bercermin
6.dan lain sebagainya


7 RAJA JIN TERKUAT DI DUNIA



7 RAJA JIN TERKUAT DI DUNIA.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahupun sahabat-sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihaturkan keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Tiada setitik niat pun dihati ini untuk menggurui siapa, hanya mencari dan mengharap redho Allah swt semata. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini, berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua.... Insha Allah....
Nama-nama Jin terkuat di dunia.
Di kisahkan Syeikh Ibnu Haji At-Tilmisani Al-Magribi di dalam kitabnya Syumusul Anwar bertemu dengan 7 Raja Jin di sebuah Gua setelah beliau ber-Riyadhoh. Syeikh Haji menanyakan beberapa pertanyaan kepada bangsa ruhani dan bangsa jin mukmin tentang perkara yang terjadi di alam dunia. Maka mereka memberitahukan perkara tersebut dengan baik dan benar tanpa ditambahi dan dikurangi. Syeikh Haji berkumpul bersama tujuh Raja Jin di dalam Gua kemudian Syeikh Haji menanyakan kepada mereka tentang perkara yang terjadi pada seorang laki-laki dan perempuan yang di ganggu oleh bangsa jin seperti kesurupan, dipukul jin, dibuat susah jodoh atau sakit dll. Serta cara mengobatinya.
Maka bermusyawarahlah ketujuh Raja Jin tersebut kemudian ditunjuklah salah satu dari 7 Raja Jin tersebut bernama ISMAIL AL-KATIB. Dialah yang faham tentang perkara tersebut. Ismail Al-Khatib berkata pada Syeikh setelah Syeikh Ibnu Haji terlebih dahulu membacakan pada mereka ; " AHAD SULAIMAN ", agar mereka berkata jujur ( ‘Ahad Sulaiman adalah sebuah perjanjian antara Nabi Sulaiman dan bangsa jin ), Ismail Al-Katib merupakan Pemimpin dari 7 Raja Jin di dunia. Dia adalah seorang juru tulis dan menteri dari pemimpin besar Raja Jin. Berkata Raja Jin Ismail Al-Katib :
" Wahai Ibnu Haji bahwa golongan Jin terdiri dari 70.000 Qobilah tiap-tiap 1 Qobilah mempunyai 70.000 Suku. Seandainya engkau jatuhkan sebatang jarum dari langit maka jarum tersebut pasti akan mengenainya."
Sebenarnya dialog antara Syeikh dengan Ismail Al-Katib panjang sekali yaitu menceritakan tentang perbuatan-perbuatan para jin terhadap manusia seperti Sihir, Santet, Kerasukan dan lain-lain dan cara-cara mengobatinya sesuai Qobilah nya masing-masing. Insya Allah aku bahas dalam postingan yang lain.
Berikut di bawah ini sebagian kecil dari nama-nama Jin yang disegani dan mempunyai nama besar di kalangan bangsa Jin agar para sahabat mengetahuinya :
1.) 'IFRIT DIMRIYAT.
2.) 'IFRIT SYUGOL.
3.) 'IFRIT MAN'IQ.
4.) HADLIYAJ.
4 Jin 'Ifrit di atas adalah para kepala Menteri Nabi Sulaiman A.S.
5.) HAMAH BIN ALHIIM IBNI LAQOYSIN.
6.) SYAYWAROD.
7.) 'ARWAROD.
8.) 'IFRIT ROWDAYAIL AL-HARIB.( 'Ifrit ini merupakan salah satu Ifrit yang lari dari kerajaan Nabi Sulaiman A.S)
9.) ZAWBA'AH AR-RIYAH. (Raja Jin dari golongan Angin )
10.) 'IFRIT DAHMUSYIN.
11.) SAMTOYAL.
12.) YAQUTATAH BINTI MALIK AL-AKBAR. ( Putri Raja Jin Malik )
13.) ABU HAMID AL-HINDI IBNI AL-'ALLAMAH SYANTUN.
Jin ini terkenal Ibadahnya, Zuhudnya dan senantiasa memanjangkan sujud kepada Allah. Jin ini berasal dari negeri India yang menyukai warna Hitam, ayahnya seorang Syeikh Thoriqoh.
14.) BANU GHOYLAN بنى غيلان .
Qobilah ini yang suka tinggal di Gua-Gua.
15.) BANU KHONADIQ.
Qobilah ini terkenal di kalangan bangsa Jin Ibadahnya kepada Allah.
16.) SYAMSUL QIRMID BINTI MALIK AL-ABYAD.
Putri Raja Jin Putih / Raja Jin Abyad.
17.) FATIMAH AS-SAHABIYYAH.
Putri Raja Jin dari Qobilah Awan yang suka memakai pakaian warna Merah.
18.) DARDAM.
19.) 'ASOB IBNI SYAMALIQOH.
20.) AWLAD AHMAR. بنى الاحمر .
Awlad Ahmar merupakan Qobilah Jin yang suka menempati Mata Air.
21.) BANU QOMAQIM. بنى القماقم .
Qobilah Jin yang suka tinggal di gunung-gunung.
22.) BANU NU'MAN. بنى النعمان .
Qobilah yang suka tinggal di rumah-rumah manusia.
23.) BANU QOY'AN. بنى قيعان .
Qobilah Yang suka tinggal di batu-batu besar.
24.) BANU QOYSAN.
Qobilah Yang suka tinggal di pohon-pohon yang tinggi.
25.) BANU DAHMAN. بنى دهمان .
Qobilah yang suka tinggal di kuburan-kuburan.
26.) BANU 'ISSY.
Qobilah dari golongan Jin yang selalu terbang.
27.) AWLAD HARIST.
Qobilah yang suka tinggal di kebun-kebun.
28.) MABROSY.
29.) SALTUZ.
30.) SARHAQ.
31.) KARHUL.
32.) KARZUS.
33.) SYAMAT.
Qobilah Yang suka tinggal di dekat Api.
Dan Masih banyak lagi yang tidak dapat aku tulis disini. Semoga tulisan ini dapat menjadi dan menambah wawasan kita semua dalam hal keghaiban. Insyaallah...
SEKIAN....
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan ini. Yang negatif jangan di ambil. Kekuatan yang tak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tak berkenan dihati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.




Wednesday 29 August 2018

Dua geliga merak merah yg berbeza fungsinya telah ditingkatkan energinya



Untuk tatapan shbt shbt saja..
Dua geliga merak merah yg berbeza fungsinya telah ditingkatkan energinya dan diaktifkan atas nama pemiliknya akan diposlaju kepada pemilik pemilik barunya sebentar lagi.
Perhatikan auranya yg berkilau kilauan setelah aura energi khadam diboosterkan ke khadamnya..alhamdulillah.
Sesiapa yg ingin memesan geliga geliga asli bermutu tinggi yg menjadi impian anda , silakn pm@ whasap saya di no 0135329682..(Abg Sany).
Terima kasih..
There can only be one..

About

Popular Posts