Trending

Monday 30 December 2019

Tanam durian ni sememangnya banyak kos yang perlu dikorbankan


Tersergam indah kehijauan daun di ladang Chantaburi. Tidaklah jauh cara mereka menguruskan tanaman berbanding dengan kita, kaedah yang sama, cara yang sama..semuanya hampir sama . Cuma kita sanggup atau tidak?
Tanam durian ni sememangnya banyak kos yang perlu dikorbankan. Apatah lagi soal baja.. Ya, baja memang banyak diperlukan pd pokok durian. Tidak ckup dngn organik semata, NPK kimia jgk mainkan peranan dan akhir sekali foliar sebagai sokongan. Kedua-dua kombinasi ini amat penting sekali terutama untuk peringkat vegetatif.
Saya disana bertanya tentang foliar yang mereka gunakan, tpi mereka rahsiakan pd saya. Hnya segelintir dri mereka juga rakan taulan saya memberitahu kebanyakan foliar tu buatan sendiri. Xmengapalah.. dari sudut jauh saya perasan satu beg guni ada gambar arnab. Dalam hati saya kata mungkin ini baja cap Arnab yg mereka guna. Tertulis beberapa nisbah NPK di beg. Konsep pembajaan yang sama sahaja dngn kita, mungkin ada certain part yg berbeza dengan kita terutama dari sudut sistem tanaman.
So, baja granule yg jelas saya nampak NPK👇
1.) 4-5-7 (organan)
2.) 21-3-3 (High Nitrogen, mungkin ini yang mereka gunakan untk bina pigmen hijau pd daun)
3.) 16-16-16 (penggalak tumbesaran tanaman)
*boleh sihat seperti dlm gmbr dibawah.
Saya rasa setakat ni dlu, saya akan kongsikan untk posting berikutnya ☺️. Jangan terlepas info yg ingin saya kongsikan kpd anda berkenaan durian ya! Klik "see first" dkt button following. Dan jangan lupa join channel telegram kami yg semestinya percuma untk anda! ☺️

Dahan hijau tu sebenarnya kesan dari penggunaan bahan kimia


Klon dlm gmbr ni Monthong. Nampak dahan tu hijau? Ramai tanya kenapa jadi hijau? Dahan hijau tu sebenarnya kesan dari penggunaan bahan kimia. Siam jugak xlari dari penggunaan pesticides dan fungicides yg berbahan kimia semestinya. Malah mereka banyak melakukan trunk injection utk mempercepatkan kadar penyerapan liquid chemical substance dn any kind of foliars pd kambium btng.
Jngn keliru dngn batang yg berlumut. Itu pulak penyakit 😅. Btng berdebu, tompok putih jgk penyakit. Bukan sabit dngn lebihan penggunaan bahan kimia. Need to be distinguished. Haha! Kalau kena penyakit cendawan angin, btng berlumut cpt buat langkah kawalan dn rawatan. Lgi2 musim hujan ni yer..
Boleh guna Metalic Copper, Benomyl dn Anvil. Semoga berjaya! 😊
.

Daun Nampak Overdose Tapi Sebenarnya Tidak


Daun Nampak Overdose Tapi Sebenarnya Tidak!
.
.
Sebenarnya dalam nutrisi ada 2 unsur yang paling penting perlu kita tahu. Tak hairan lah jika kita hanya didedahkan dengan daun yang kering sebagai overdose maka kita akan anggap semua daun yg seperti itu adalah kesan overdose. Tapi sebenarnya tidak!
2 unsur penting tu adalah Makronutrien dan Mikronutrien. So, apa benda Makro dan Mikro ni? Makin pening lah pulak.. huhu
Okay, macam ni.. Saya cuma nak cerita unsur yang diperlukan secara manual. Makna kata bila kurang unsur ni, anda kena cari baja untuk melengkapkan kekurangan pd pertumbuhan ni. Kerana sebagian unsur lain tu telah diperoleh secara semulajadi.
1.) Maknonutrien bermaksud unsur yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak. Unsur utama adalah Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S, Fosforus (F) dan Nitrogen .
2.) Miknonutrien adalah unsur yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang sedikit berbanding unsur makronutrien. Unsur unsur yang dikategorikan dalam unsur mikronutrien adalah seperti Boron (B), Zink (Z), Besi (Fe), Mangan (Mn),Kuprum (Cu), Klorin (Cl) dan Molibdenum (Mo).
.
.
Panjang pulak nak taip.. haha! Tp tolong baca sampai habis supaya jelas dan faham!
Saya nak explain, apa pulak siptom yang berlaku kalau kurang nutrisi ni?
.
.
Baiklah, Contoh gejala kekurangan nutrisi yang umum dialami tanaman.
1. Gejala kekurangan nutrisi Nitrogen 
Kat bawah daun biasanya berwarna kuning sebab kekurangan zat klorofil pembentuk zat hijau daun. Keadaan ini akan mengakibatkan daun mudah kering dan gugur. Bagian tulang daun terlihat pucat.
2. Gejala kekurangan nutrisi Fosforus (P) akan nampak berwarna merah keunguan di bagian bawah tulang daun, tepi daun, daun trpelintir dan batang juga berwarna ungu.
3. Gejala kekurangan nutrisi Kalium (K) cirinya ditandai dengan mengerutnya bagian daun tua namun tidak rata. Bagian tepinya akan menguning dan ada bercak coklat.
4. Ciri Daun kekurangan nutrisi Sulfur (S) laitu daun berwarna agak kekuningan atau hijau pudar. Pertumbuhan tanaman akan melambat, menjadi kerdil dan kurus.
5. Kekurangan nutrisi Kalsium (Ca) gejalanya laitu tanaman akan mati di bagian tunas utama di pucuk dan akar, bagian kuncup bunga dan buah akan mudah gugur. Kadang2 warna buah tidak akan rata atau retak-retak. Daun mudah mengerut, keriting dan kecil lalu rontok.
6. Kekurangan nutrisi Magnesium (Fe) tanaman akan timbul bercak kuning di permukaan daun tua. Daun akan terlihat layu dan mudah terserang penyakit.
Demikian siptom kekurangan nutrisi yang paling sering dialami oleh tanaman. Saya listkan diatas yang kerap berlaku sahaja. Nak tulis semua kremmm! haha.. So, bila berlaku tanda2 sprti dlm gmbr dn sya sebutkan ni. Cepat2 lah cari baja samada foliar atau butir yang mengandungi unsur2 yg melengkapkan kekurangan nutrien pd daun ya.
Pembajaan adalah bertujuan memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan dan kekurangan unsur2 tersebut menghasilkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan dan tumbesaran pokok.
Wallahua'lam
Mohd Fauzan
25/11/19
Sebarkan jika bermanfaat ya! 😉


Berapa kekerapan pembajaan organik dan NPK kimia


Suka untuk saya kongsikan tentang persoalan yg sering timbul diantara kita. Soalannya "berapa kekerapan pembajaan organik dan NPK kimia?"
Sya terbaca posting yg cukup bermanfaat dari cikgu Sobryz Zachary tentng kadar pembajaan. Bagi mengeluarkan kita dari tanda tanya berkaitan ini, saya ingat sifir mudh ini sangat membantu sekali utk sesiapa sahaja faham dan ingat!
So, cara dia mudah sahaja 👇
Organik :
3-4 kali setahun.
Butiran kimia :
2-3 minggu sekali dlm tempoh pertengahan pembajaan organik.
Supplemen/foliar :
2-3 minggu sekali
.
.
Kadar (gram):
Ikut saiz pokok.
organik 300-500gm.
Kimia 150gram.
Contoh pokok saiz 3-4kaki:
200gm organik.
100gm kimia
So, makin tinggi dn besar pkk, makin tinggi kadar taburan baja.
.

KLON MONTHONG 3TAHUN DAH BERPUTIK


KLON MONTHONG 3TAHUN DAH BERPUTIK!
Sememangnya klon Monthong yg merupakan varieti dri Thailand dngn kod pendaftaran Jab Pertanian Malaysia D159 adalah klon yg paling cepat berbuah dan paling lasak.
Mungkin ada kajian dari rakan yang tanam, Monthong mudah kena kanker. Saya jugk setuju memandangkan saya sendiri dah lihat rawatan torehan pd btng tu utk rawat penyakit "Phytophthora palmivora" di ladang Chantaburi ini. Namun, Monthong menjadi tanaman No.1 di Thailand sebagai hasil eksport buanya setiap tahun.
Ini kerana buah Monthong ni jenis yg peram dan boleh tahan lama sehingga berbulan2. Ada ura2 mengatakan mereka tanam Monthong kerana boleh petik separuh masak "cash" tanpa perlu tunggu habis musim. Berat pula 1x lebih berat dari yg masak.
Namun, yang sebetulnya saya faham mereka akan petik bila buah dah matang sahaja. Sebagai langkah keselamatan sebenarnya, Durian Thailand yg dipetik akan direndam ' air kunyit' untuk mengelak dari kulat dan mereka eksport dngn kontena mengambil masa hingga satu minggu ke China.
Cakap soal pasaran Monthong ni, kalau eksport sangat berbaloi. Pasaran harga Thailand tahun lepas dlm rm8.50 1 kg. 1 ekar blh tanam 60 pokok. Sepokok 10 tahun blh dpt 150-300 biji x 3-6 kg x rm 8.50 x 150 biji = 8 ribu hingga 15 ribu x 60 pokok = rm 450,000- 900,000 1 ekar semusim.
So, kalau anda ada ruang untuk tanam Monthong atau ada tanah terbiar.. Tanamlah! 😉


Pavillion of the Enlightened Bangkok Thailand


MENGGANTI GETAH DENGAN KOMODITI EMAS


MENGGANTI GETAH DENGAN KOMODITI EMAS... menyedari potensi pasaran Durian Musang King yang begitu luas di pasaran dunia, khususnya China - semakin ramai pemilik tanah kebun terutama getah dan kelapa sawit, kini beralih kepada tanaman "komoditi emas" itu.
Sejajar dengan perkembangan itu, ramai pula pihak kini mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh dengan mendakwa sebagai "pakar pemaju Musang King" bagi menipu pemilik tanah.
Justeru, pemilik tanah perlu berhati-hati agar tidak tertipu.
Mereka perlu menyelidiki dan memilih hanya kontraktor pemaju dusun Durian Musang King yang sudah mempunyai projek contoh dan rekod baik bagi membangunkan tanah mereka bagi tujuan itu seperti syarikat Hybrid Agro Farm & Nursery yang setakat ini sudah memajukan lebih 300 ekar pakej pembanginan berkonsepkan Dusun Durian Moden atau DDM di seluruh Semenanjung.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pakej DDM sila WhatsApp ke 0139288288











MEMENUHI PERMINTAAN ANAK BENIH DURIAN MUSANG KING BERSAIZ SUPER


MEMENUHI PERMINTAAN ANAK BENIH DURIAN MUSANG KING BERSAIZ SUPER... berikutan pemintaan yang melonjak terhadap anak benih Durian Musang King bersaiz super (keringgian 6 kaki ke atas) Hybrid Nursery memperkenalkan satu lagi inovasi baharu pengasuhan anak benih dalam tong dengan menggunakan Sistem Titisan Air Automatik atau Automatic Water Dripping System (AWDS) dan Fertiliser Dispenser (FD).
Dengan inovasi ini, kadar tumbesaran anak benih lebih cepat dan sekata serta sangat serasi apabila ditanam di tapak Dusun Durian Moden (DDM) lengkap dengan Sistem AWDS yang dimajukan oleh Hybrid Nursery.
Untuk pertanyaan dan pesanan anak benih Durian Musang King bersaiz super dengan ketinggian 6 kaki hingga 1O kaki sila WhatsApp ke 0139288288







PEMULIHAN DUSUN DURIAN TUA hari ini krew Hybrid Nursery ke Chendrong Balai Perak


PEMULIHAN DUSUN DURIAN TUA... hari ini krew Hybrid Nursery ke Chendrong Balai, Perak bagi melaksanakan projek pemulihan dusun durian tua dengan sulaman anak benih durian klon terkini khususnya D197 Musang King.
Kami juga memasang satu set Sistem Titisan Air Automatik atau AWDS untuk menyirami 50 pokok anak benih durian yang baharu ditanam di dusun ini.







Ikan kacuk daripada spesies avatar betta dan koi galaxy betta yang mengalahkan 2305 ikan laga lain dijual pada harga RM7000


KUALA TERENGGANU – Seekor ikan laga yang menjadi juara (Grand Champion) dengan mengalahkan 2,305 ikan lain dalam pertandingan kecantikan ikan laga hiasan, Terengganu Betta Monsoon Cup Vol 3 dijual pada harga RM7,000.

Selain menjadi juara keseluruhan, ikan ‘betta fish’ atau nama saintifiknya betta splendens hasil pertaruhan Grup Betta Koboi dari Perlis yang berusia empat bulan itu turut memenangi tiga lagi kategori iaitu Best of Multicolour, Division Champion dan Halfmoon Plakad (B28-AOC/Special).

Selain mengalahkan ikan yang dipertandingkan dari Malaysia, ikan kacuk daripada spesies avatar betta dan koi galaxy betta itu turut mengalahkan ikan laga daripada negara jiran iaitu Thailand, Singapura dan Indonesia.

Pemiliknya, Shahrul Hafifi Sobri, 30, dari Arau, Perlis berkata, dia amat bersyukur dan tidak menjangka ikan diternaknya itu menjadi juara dalam pertandingan terbesar itu.

Katanya, kemenangan itu berbaloi dengan usaha keras sejak berkecimpung dalam ternakan ikan laga pertengahan tahun ini.

“Saya sebenarnya tak sangka ikan ini menjadi juara dan menjadi pilihan juri mengalahkan 2,305 ikan lain yang bertanding sebab saya tak pernah letak sasaran pun untuk bergelar juara keseluruhan dalam pertandingan ini.

“Lagipun saya baru sahaja berjinak-jinak dalam ternakan ikan laga sejak Jun lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi pertandingan di Muzium Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Shahrul Hafifi yang merupakan seorang pelukis pelan di sebuah syarikat swasta berkata, setakat ini dia telah menyertai sebanyak sembilan pertandingan ikan laga sejak Julai lalu dan pertandingan kali ini disifatkan sebagai yang terbesar pernah disertai.

“Pertandingan di Terengganu kali ini menjadi rekod baharu dan terbesar yang saya pernah pegang kerana melibatkan sejumlah ikan yang begitu banyak dipertandingkan hingga memecahkan rekod dunia,” katanya yang mula meminati ikan laga sejak di bangku sekolah.

Shahrul Hafifi berkata, dia kini memiliki lokasi penternakan ikan laga di kediamannya di Padang Sera Kodiang, Kedah bermula dengan membeli ikan laga pada harga RM2,000.

“Kini ikan-ikan peliharaan saya telah mencecah 300 hingga 400 ekor dan boleh dijual dalam tempoh dua bulan lagi pada harga RM50 hingga RM200 seekor bergantung pada kualiti,” katanya yang membawa pulang wang tunai RM1,888 dan empat trofi kemenangan.

Sementara itu penganjur program, Mohd Fajiha Alaihis Mustafa, 29, berkata, pertandingan itu diadakan untuk menguji dan menilai kecantikan bagi setiap seekor ikan yang bertanding.

“Kita bukan laga ikan tetapi menilai kecantikan dari segi fizikal ikan-ikan yang bertanding. Biasanya ikan-ikan yang menang adalah ikan-ikan yang kurang kesalahan berdasarkan kriteria yang telah digariskan oleh para juri,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Terengganu Betta Monsoon Cup Vol 3 yang diadakan dengan kerjasama Muzium Negeri, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Jabatan Perikanan Terengganu mencipta rekod baharu dengan menyaksikan jumlah penyertaan sehingga 2,306 ikan dengan sebanyak 131 kategori untuk dinilai oleh 12 orang juri.

“Dalam banyak pertandingan yang dianjurkan, pertandingan ini mendapat paling banyak penyertaan dan sambutan yang begitu menggalakkan.

“Kita harap selepas ini pertandingan seumpama ini dapat diadakan lagi bagi mengumpul lebih ramai peminat-peminat baharu dalam industri ikan laga sama ada dalam atau luar negara,” katanya.

Durian bunga merah










Golden bun D13






KAEDAH TANAM PISANG TERBALIK


KAEDAH TANAM PISANG TERBALIK🍌🍌🍌.
Faedah tanaman cara ini:
1. Banyak anak pisang akan tumbuh dari satu benih.
2. Pokok tidak tumbang oleh tiupan angin sebab rendah.
3. Pokok cepat berbuah
4. Pokok berbuah rendah
5. Buah banyak dan besar dalam satu tandan.
Rujukan:
Dr. Yak
Maejo University, Chiangmai, Thailand.

Cara TUT pokok Figs










About

Popular Posts