Trending

Wednesday, 14 November 2018

Panglima Hitam 7 beradik


Panglima Hitam 7 beradik
masa bergerak perlahan, angin diluar sepoi-sepoi bahasa,
kereta , moto lalu lalang sesibuk pekan kuala lumpur. inilah resam duduk di bandar dengan kepesatan penduduk yang taktau malam siang.. haha. tibeeee
masa jam menunjukkan jam 8.30 malam. perut dah penuh balun nasi ayam tsunade buat. sambil melengkapkan tradisi kenyang. capai john dblend sambil scroll fb.
pingping, wasap masuk. jiran sblah rumah ajak poie rumah makcik dia ditaman hujung senawang ni. hampir terlupa janjitemu yang dibuat malam kelmarin. lalu den baleh ' jap 15min'
dengan tenang habiskan dblend, sambil lari2 anak masuk tukar persalinan. lalu den update tsunade yanng den nak pergi mengubat.
mcm biasa. tsunade pun wangikan vessel ratu dia dan vessel sheikh sagejr.
tin tin, sebuah kereta proton exora putih berhenti didepan rumah. tepat 15min sampai jiran barisan rumah.
den pun salam lah dengan tsunade sambil ingatkan pesanan...
lalu den pun ,kunci pagar dan bersalaman dengan jiran. nama beliau abg amit.
'Barang den mintak disediakan kelmarin tu dah ada bang?, kalau takde den taknak pergi' sambil senyum sinis.
dah ada boss, semua barangan dah ada kat rumah makcik... trus dia lepas handbrake dan pijak minyak berlalu laju meninggalkan rumah.
sambil2 borak dalam kete. den siasat sikit lagi
tanya, punya tanya, sampai dirumah teres dua tingkat makcik abg amit.
turun je dari kereta. 'wow!!!!! kenduri ke ni bang amit? tu dia, orang punya ramai.'
'tu semua adik bradik dio bang. dengan anak cucu semua ada tu.'
'aduhai. ramai betul ni. takut lak den bang. den dah lah sorang je kang ni.'
ada lebih kurang 10 kete depan rumah. dah macam kenduri ni. den berkata sendiri.
den pun sapkok sbatang lua rumah sambil abg amit dengan semua dlam rumah jemput masuk. den pun tolak slow. 'jap yo. bg den cas dlu'
sambil cas den pun summoning semua yang den ada. sbb kes ni kes bosa jugak.dari scanning dan esaimen dibuat, formasi dah lama dah atur.
den melangkah je masuk. den tgk lagi ramai orang dalam rumah. sah ini memang nak kenduri doa selamat. tak doa pesakit. doa slamat den ni kang ðŸ˜‚😂😂
maso den duduk tu, den nampak dah panglima hitam bertujuh tu dengan pesakit yang terbaring tu. diorang duduk bulatan dengan pesakit. den pun tegur dan mintak panglima2 keraton den sapa dengan baik bertujuh tu. orang berbudi, kita berbahasa
pesakit tu suami pada makcik abg amit. orang lama , umur pun dah lebih kurang 70 tahun.
sambil2 den tgk2 tu. adik pada pesakit ni tanya.
umur brapa dik. lama dah ka merawat? dia punya soalan mcm was2 dengan den.
orang was2 ni memang den suka. den pun jawab soalan. muda lagi, bru setahun jagung umur dan masih belajar.
dio pun balas. pakcik bukan apa. sblm2 ni semua yang handal2 pakcik bawak, masih ada saka pada abg pakcik ni. makin hari, makin teruk. makin hari makin kurus.hmm
takpa la pakcik, saya cuba dan kita ikhtiar ya..
den pun bermonolog. ini saka, kalau tak betul memang pqyah. kalau kena cara 30saat settel sambil den gelak dalam hati.😛😛
den pun mintak barangan yang den perlukan. bini pesakit pun kedapur pi ambik
dalam masa tu den tanya khabar pesakit. dio pun cakap. "terima kasih tuan hamba kerana sudi datang. panglima semua memberi salam, kami mengalukan kehadiran tuan hamba"
si pakcik yang was2 ni tad tekesima. dalam banyak2 perawat, ni bru first time panglima2 abg dia menerima dan memberi salam.
"Allahu!!!," ayat yang tekeluar dari mulut pakcik yang was2 ni tad. "sebelum ni panglima hitam tu menolak sekeras2nya dan suruh balik..
pertama kali dalam aku bawak kau,dalam ramai² perawat,ni pertama kali orang2 kau menerima dan memberi salam.” si abg yakni pesakit senyum manis dalam baringannya.
den pun dalam takpaham, den pun tanya pakcik was2..
"sblm ni macamana peel pesakit,abg pakcik ni?"
dia pun cerita. pernah skali dia tgk abg dia bangun dan perambat perawat. diajak nya bersilat, diludahnya. dia mcm merasuk tak ketentuan arah.
ada skali tu abg carutkan 3orang perawat. ilmu lemah ada hati nak rawat orang. pergi balik belajar!!.. macam2 lagi lah
tap kalini, pertama kali pakcik dengar dari mulut abg pakcik,panglima dia mengalukan kehadiran awak.
den pandang abg amit.abg amit senyum menyenggir mcm kerang busuk tepi pintu.,...
bersambunggg
solat maghrib lu john ðŸ˜ŒðŸ˜ŒðŸ˜Œ


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts