Cincin Permata TERAS BIDARA KAMPUNG
Pohon bidara disebut jelas didalam kitab yang paling mulia iaitu Al Quran dan Hadith Nabi dgn Nama Sidr iaitu mengambil singkatan namanya daripada Sidratul Muntaha.. Sebahagian Ulama Hakikat mengatakan ianya pokok dari Luh Mahfuz. Ianya juga disebut sebagai diantara salah satu pohon syurga.
Rasulullah juga mengajar daun bidara digunapakai sebagai salah satu bahan mandian jenazah, mandi hadas, mandikan muallaf yang baru memeluk islam.. dialam bidang perubatan alternatif, daun bidara digunapakai sebagai medium merawat gangguan halus.
Bahkan, leluhur zaman juga berpegang teguh akan khasiat daunnya. Yang digunapakai untuk mandian. Utama pada wanita yang baru habis haid. Lebih utamanya pada anak dara. Bagi mengelakkan gangguan luar menyelinap dekat. Dan sebagai penaik seri dara. Tidaklah masuk tuju-tuju, melainkan berpatah ia kembali pada empunya khianat.
Adapun ini hanya perihal daunnya. Maka, lebih lagilah ia pada terasnya. Hikayat purba mengatakan, Teras Bidara dijadikan ia sebagai pemanggil seru. Baik ia seru molek atau buruknya. Mujarablah keduanya.
Teras Bidara juga teramat baiknya untuk kesihatan. Semakin dikena ia pada peluh, semakin baiklah ia khasiat pada diri. Padanya urat saraf dan sakitan kulit. Penawar bisa sekehendak jadi.
Tidaklah mendekat sebarang hasutan pada mereka yang menanggung Teras Bidara. Melainkan ditembusi pada orang yang menanggungnya jua. Yakni mudah difahami, tidaklah datang sebarang keburukan dari musuh. Melainkan musuh itu juga mempunyai tanggungan Teras Bidara. Adapun ini pemakaian umum.
Adapula mereka yang membawa jalan amal menanggung Teras Bidara ini. Diringankan akannya kesulitan amal. Dipermudahkan akannya lerahan perjalanan. Hingga sampai padanya maksud cita-cita. Yakni berkat dan redha. Tiadalah datangnya dukacita dari penghasad. Hatta, ditanggung penghasad satu timbangan teras bidara jua. Melainkan digagalkan ia penghasad atas nisbah keburukan.
Teras Bidara adalah antara teras yang payahlah ia ditemui. Walaupun pohonnya melata di muka bumi. Bahkan tidaklah Bidara itu berteras, melainkan melawan adab ia untuk kebaikan manusiawi.
Percuma
Cincin Pelbagai saiz
dan freegify
Cincin Pelbagai saiz
dan freegify
No comments:
Post a Comment