Trending

Saturday, 3 November 2018

Maksud Islam Melayu Melayu Islam Oleh Syekh Haji Ahmad Junaidin


"Maksud Islam Melayu,Melayu Islam Oleh Syekh Haji Ahmad Junaidin "
(Nota: Atas Permintaan Beberapa Sahabat Saya Siarkan Semula Penulisan Dari Blog Yang Pernah Saya Tulis Dahulu Walaupun Mungkin Ada Tulisan Saya Pernah DiCopy Patse Oleh Pihak Lain)
Ingin saya kongsikan sekali lagi mengenai Ilmu yang disampaikan oleh Almarhum Tuan Guru kami iaitu Tuan Guru Syekh Haji Ahmad Junaidin Bin Haji Che Din.
Topik kali ini lebih menjurus kepada pegangan Akidah Golongan Al Mala U nama Asal Melayu yang dinamakan oleh Ulamak sejak 900 Tahun dahulu yang mana pegangan Akidah Al Mala U atau Melayu pada masa dahulu yang begitu kuat pada pegangan Ajaran Islam yang sebenar khususnya pegangan Aliran Ahli Sunnah Waljamaah Aliran Abu Hassan Asyaari dan Abu Mansur Maturidi .
(Ilmu yang disampaikan oleh Tuan Guru melalui Kuliah,Ceramah@Program dan Penulisan)
Nota :
(Penulisan saya ini kemungkinan ada cacat celanya dengan mengunakan nama pena Blogers Azeman_Jrt dan kemungkinan Penulisan saya ini tidaklah sempurna atau menepati sepenuhnya apa yang disampaikan Almarhum Tuan Guru )
Boleh juga rujuk Link Tulisan Blog saya yang lepas mengenai Sejarah Kedatangan Islam Di Kedah untuk lebih Detail.
TOPIK ISLAM MELAYU,MELAYU ISLAM DI SUDUT PEGANGAN AKIDAH :
Petikkan kata-kata Tuan Guru,
SEJARAH AL MALA U (MELAYU)
"Perkataan Melayu itu berasal dari perkataan atau Kalimah yang di beri oleh Ulamak sejak 900 tahun dahulu yang berasal dari perkataan Al Mala U"
"Yakni nama sebutan Al Mala U ini terbit dari Lidah Ulamak,dari Lidah Orang yang Baik,Lidah Wali Allah,bukanlah dari Lidah Orang yang Jahat,khususnya di zaman Khalaf yang diberi oleh Ulamak terhadap penduduk yang tinggal menetap di Alam Mala U(Wilayah Nusantara/Kepulauan Melayu "
"Maksud Al Mala U adalah Nisbah Kelompok Bangsa Manusia Agong(Bangsa Terpilih)"
(Dianggap Bangsa terpilih kerana Islam telah tersebar di rantau Kepulauan Al Mala U( Melayu) ini melalui Ucapan Kalimah Syahadah pada kurun zaman Khalaf bersesuaian dengan Firman Allah di dalam Surah Ayat Al Maidah Ayat 54)
"Wilayah Alam Mala U itu sendiri luasnya dari Segeting Kra di Utaranya,di Timurnya Filipina di Selatannya hingga sempadan Australia dan di Baratnya hingga kepulauan Madagascar, dan dinamakan ia Alam Mala U,Wilayah Alam Mala U,Kepulauan Alam Mala U dan sebagainya yang duduk di antara Benua China dan Benua India "
(Percampuran 24 jenis keturunan Arab,Parsi,India,China,Monggolia dan sebagainya)
"Yang mana Bangsa ini yang di gelar Bangsa Al Mala U(Melayu) ini adalah Bangsa yang Berpegang Teguh Pada Ajaran Islam yang mana gelaran Kalimah Al Mala U(Melayu) ini tidak boleh dirombak rungkai dengan apa cara sekalipun kerana ia telah diguna pakai semenjak 900 tahun dahulu lamanya"
(Kalau hendak rombak rungkai perlu dapat keizinan dari Raja-Raja Melayu dan Ijmak Ulamak)
"Al Mala U(Melayu) itu wujud bukanlah selepasnya Islam,tetapi datangnya Islam dahulu barulah wujud perkataan Al Mala U(Melayu)
(Sebab itu dipanggil Islam Melayu,Melayu Islam)
AKIDAH :
Jadi Orang Melayu sejak Akhir ini khususnya di zaman Khalaf itu terbahagi Cantuman kepada 3 jenis dan menjadi 1,iaitu nombor satu Akidah,iaitu jenis akidah yang murni yang dimurnikan oleh Pakar-pakarnya iaitu Akidah Abu Hassan Asyaari,Abu Mansur Maturidi..(Akidah Ahli Sunnah Waljamaah) bebas dari 72 puak sesat..namun ada juga yang terjerumus /tergelincir pada puak Maghdubialaihim(Tuhan Andad) dan satu lagi Golongan Penyembah Tuhan Asnam iaitu Golongan Abdholin(Golongan yang ambil Berhala sebagai Tuhan mereka) dengan membelakangkan Al Quran Hadis Ijmak Ulamak dan Qias"
"Golongan Al Mala U Akhir Zaman ini boleh juga dianggap Taksub
(Taksub yang dimaksudkan Pegang Sungguh-sungguh Pada Ajaran Islam) iaitu tak boleh disentuh apa cara sekalipun oleh puak yang lain iaitu bukan dari puak Orang Islam(Puak Awal Kurun sebelum Islam hingga kurun dijajah )"
"Namun di akhir zaman ini ada juga golongan yang mengkhianati perkataan Islam Melayu,Melayu Islam,iaitu Golongan yang suka merombak rungkai Kalimah Al Mala U itu sendiri termasuk juga Golongan yang menyalahgunakan Kebesaran Ayat Allah seperti Puak yang berpegang pada Selendang Merah dan Berpegang pada Wirid( Bermaksud Amalan yang Salah di sisi Islam Campur Aduk Amalan Khurafat yang masih diamal Golongan tertentu) ,tak terkecuali juga Golongan Politik yang suka berkelahi sesama sendiri tak kira apa jenis Golongan Parti Politik sekalipun"
(Golongan yang tergelincir Akidah tersebut juga boleh dianggap Golongan yang Munafik,Musyrik,Fasik dan Murtad)
"Puak Al Mala U juga boleh menjadi Kafir apabila Amalan Wirid yang diamal mereka yang diambil tiada Sandaran pada Ulamak yang mana mereka merombak rungkai Ayat Allah, (Maksud Amalan yang tiada Sanad dari Ulamak hingga Rasulullah tak kira apa jenis Doa,Wirid,Zikir,Jampi tak kira apa sebutan Bahasa sekalipun) iaitu Golongan ini juga berpegang pada Ayat dan yakin Ayat itu memberi Bekas dan Hajat dengan sendiri seperti Ilmu Kuat dan sebagainya selain itu Amalan permujaan dan sebagainya dengan mengambil Tuhan Andad dan Tuhan Asnam untuk Golongan Pengikut dan Pendokong Amalan tersebut"
"Maka penyokong Tuhan Andad ini di akhir zaman ini juga dianggap ramai kerana mereka tidak suka akan perkara baik yang dilakukan oleh Golongan Al Mala U yang sebenar"
"Pegangan Akidah Bangsa Al Mala U ini yang sebenarnya telah menjadi sebati yang kini disohorkan dengan perkataan Melayu yang telah dinamakan dipersetujui dan diijmakkan oleh Ulamak dan Sultan sejak awal kedatangan Islam selama 900 tahun yang silam perbezaan orang Al Mala U Mukmin itu yang mengambil Allah sebagai Wali dan Ubudiyah dan Mintak Tolong, dengan pegangan mereka yang tahkik,mantap,Kejab pegangan mereka yang penuh mesra jitu dan kasih sayang berbetulan dengan Dalil yang Haq dengan Makbul hasil Doa mereka ini jika pada diri orang Al Mala U Mukmin yang terpelihara dari "Dosa Besar dan Kecil" dengan ini dinamakan "Karamah" dan jika dituju pula pada orang Al Mala U Mukmin jika disentuh pula dengan "Dosa Besar dan Kecil" namun segera Bertaubat dinamakan pula Makwanah"
Kesimpulan,
Almarhum Tuan Guru Syekh Haji Ahmad Junaidin pernah menceritakan perkataan Al Mala U sebenarnya telah dinamakan oleh Syekh Abdulah Qumairi Yamani dari Kota Baghdad bersama 11 Ulamak yang lain yang telah datang ke Negeri Kedah pada Tahun 1136 Masihi di Puncak Gunung Jerai dengan mengislamkan Phra Ong Mahawangsa 2 dan menukar nama kepada Raja Muzaffar Syah dan dinamakan kemudian dengan Gelaran Sultan Muzaffar Syah..
Kemudian Negeri itu dinamakan Haza Qodah Darul Aman iaitu Kedah Darul Aman..
(Syekh Abdul Qumairi Yamani adalah Murid paling kanan sekali kepada Ulamak Sufi terkenal dahulu iaitu Sultan Auliak Syed Syekh Muhyiddin Abdul Qadir Al Jailani pada Zaman Khalaf )
Pegangan Akidah Al Mala U pada Awal 900 tahun dahulu telah pun berjaya dibersihkan dari perkara Syirik,Khurafat,Munafik dan Murtad iaitu Bebas dari bentuk Penyembahan Tuhan Andad(Tuhan Tandingan) dan Penyembahan Tuhan Asnam(Berhala yang diukir dengan Tangan mereka).
Namun sejak akhir ini terdapat Golongan yang mengaku Islam Melayu,Melayu Islam telah tergamak mengkhianati Gelaran yang telah diberi Ulamak dahulu untuk Bangsa ini dengan telah merombak rungkai Ayat Allah dengan mengamalkan perkara yang dilarang dengan mencampur aduk Ayat Al Quran,Wirid,Jampi dan Doa yang tiada Sandaran Ulamak dan Sanad Rabitah Wasilah hingga Rasulullah Saw..
Maka Puak yang tergelincir Akidah tersebut boleh dianggap Golongan yang berada dalam Jemaah Maghdubialaihim dan Jemaah Abdholin dan dianggap berada dalam Golongan 72 Puak yang Sesat dalam Bab Akidah..
Golongan Al Mala U yang sebenar adalah Golongan yang Berpegang Teguh Pada Ajaran Islam melalui Akidah Ahli Sunnah Waljamaah, Aliran Abu Hassan Asyaari dan Abu Mansur Maturidi,serta berpegang teguh kepada Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak dan Qias serta berpegang teguh pada Fiqh Muktabar seperti Imam Hambali,Imam Maliki, Imam Syafie,Imam Hanafi serta berpegang pada Akhlak Muktabar Imam Ghazali,Imam Junaidi Al Baghdadi,Imam Qusairi dan sebagainya..
Maka jika pegangan mereka yang mengaku Golongan Al Mala U atau kini dikenali Melayu itu jika pegangan Akidah mereka betol dan kuat maka bolehlah mereka itu digelar Islam Melayu,Melayu Islam sesuai dengan kedudukan dan gelaran yang diberi oleh Ulamak terdahulu.
Firman Allah,
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan
Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
(Al-Maaidah 5:54)
Nota :
Pandangan Syekh Ahmad Al Fathani Mengenai Al Mala U (Melayu)
Al Malayuwiyah:
Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya'. Mereka adalah kelompok atau segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia.
"Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.
"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.
"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.
"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.
Ya Allah Perkuatkanlah Orang orang Islam..
Yakni Bangsa Melayu atas Bangsa bangsa Kafir..
Dan kembalikanlah Negeri negeri kami kepada kami..
Perkenankanlah Ya Allah Ya Rabbal Alamin..
Kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin
Edisi Bahasa Arab terjemahan Jilid 1,Al Alim Al Allamah Az Zaki Asy Syeikh Wan Ahmad Bin Syekh Wan Muhammad Zain Al Fathani
"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."
- Kitab Hadiqatul Azhar
Walahualam,
Azeman Man
Sekian,
Hamba Fakir...
"Islam Melayu,Melayu Islam"
Nota :
Syekh Haji Ahmad Junaidin Bin Haji Che Din adalah Anak Murid kepada Syekh Haji Mahmud Nasri Usmani.Syekh Mahmud Nasri Usmani adalah Murid kepada Tok Kenali.
Syekh Haji Ahmad Junaidin Bin Haji Che Din adalah Badal Mutlak ABJAD Malaysia (Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD Malaysia PK 2090) yang diamanahkan Tuan Gurunya terdahulu iaitu Syekh Haji Mahmud Nasri Usmani.
Al Fatihah Taqarub dan Tabaruk kepada Almarhum Syekh Haji Ahmad Junaidin Haji Che Din yang pulang kerahmatullah pada 23/1/2015 Hari Jumaat sebelum Subuh..


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts