KU SANGKA ORANG GILA.
Assalamualaikum wr wbt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua. Tidak kira dimana jua berada, baik dari dunia nyata mahupun sahabat dari duia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Sholawat dan salam senantiasa di hatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan mengharap ridho Allah swt, dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu dan dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan serta secuil pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Insya' Allah..
Pada pagi tadi 26 May 2011, lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar Batu Buruk sementara menunggu Amir interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah seperti dia. Sewaktu aku sedang makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang berpakaian " lusuh ", karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah. Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku duduk. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun rasa lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai aku seolah- olah memanggilku. Aku pun balas dengan mengangkat tangan supaya tunggu sebentar.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata :
" Pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.."
Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang aku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik itu. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil aku tadi.
Ada apa pakcik...? Pakcik kedai balas :
" Jangan bagi dan jangan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari." Aku tersentap.
Dan spontan aku membalas :
" Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia...?" Pakcik tu diam.
" Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik tadi tu sudah makan...? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu." kata Pakcik kedai itu.
Dalam hati kecil ni berkata, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pergi semula kepada pakcik kopiah tu.
" Pakcik, saya sunyi makan sorang-sorang, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku.
Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan saja bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu.
" Pakcik dari mana, dan tinggal dimana...? Pakcik tu jawab.
" Pakcik merantau cari ridha Allah." Aku terkejut.
Dalam hati aku dah syak bukan-bukan. Kot-kot wali Allah atau Nabi Khidir yang menyamar ke ni...? Kerana Nabi Khidir as pandai menyamar, begitu juga kata guru aku.
Dimana keluarga pakcik...?
" Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah."
" Kenapa pakcik...? Apa masalahnya...?"
" Pakcik sedekahkan geran itu kepada seseorang untuk dibangunkan pondok-pondok mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik." Allah Huu...
" Pakcik tinggal dimana...? Pakcik itu diam tak menjawab.
Masa terlalu singkat untuk aku menyambung perbualan dengan beliau kerana menunggu urusan interview kerja Amir. Aku panggil pakcik kedai untuk kira makan yang aku pesan darinya. Semuanya berharga Rm 11.60. Aku selop dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa Rm 5.00. Aduhhh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah-olah melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Sahabat nak tau apa yang terjadi...? Pakcik itu keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah Huu.. Semua yang berada di kedai itu semuanya menoleh ke arahnya. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing-masing semua pandang aku dan pakcik kopiah di sebelah aku. Dengan tiba-tiba pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama tangan berdoa. Dan paling terharu apabila aku dengar suara " Aamiin.....", bergema dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami sambil mengangkat tangan berdoa berdekatan kami...Subhanallah....
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang aku sangka gila, berbaju lusuh koyak dan berbau busuk ini rupanya seorang guru agama..! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat berjumpa lagi. Aku terus berjalan ke aras motor Amir. Ketika aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku tersenyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik itu. Aku buka semula dompet kerana aku simpan kunci motor dalamnya.
Nak tau apa...? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis :
" Ambil duit ini buat nak Badai gunakan semasa merantau mencari ilmu di negeri orang dan buah delima untuk orang rumah temanmu Amir yang mengidam.."
Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
Sebarkan lah.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt..
SELESAI....
KITAB FUTUHUL ASROR
IJAZAHAN DZIKIR FUTUHUL ASROR.
IJAZAHAN DZIKIR FUTUHUL ASROR.
DI IJAZAHKAN OLEH :
KI ARYA KUSUMA DEWA.
KI ARYA KUSUMA DEWA.
AMALANNYA :
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
YAA MAN QAALA LISY SYA'IN KUN FAYAKUN. 1000x.
YAA MAN QAALA LISY SYA'IN KUN FAYAKUN. 1000x.
ERTINYA :
" Sesungguhnya Dia Yang Menghendaki Terjadi sesuatu Maka Terjadilah."
Ini adalah amalan Si Pahit Lidah yang jika diamalkan dan jika sudah menyatu maka tiap ucapan nya akan menjadi kenyataan. Tentunya dengan Biidznillah..
Jaga hati sikap dan ucapan jika kita ingin mengamalkan amalan ini. Ujian yang biasanya muncul ketika mengamalkan asma' ini adalah banyak kejadian yang membuat kita emosi. Rendam energi panasnya dengan dzikir :
" Astaghfirullah Hal 'Adzhim Waatubu Ilaihi."
AMALANNYA :
QUL KAF HA YA A'IN SHAD.
QUN KAF HA YA A'IN SHAD.
LAM KAF HA YA A'IN SHAD.
MIM KAF HA YA A'IN SHAD.
NUN KAF HA YA A'IN SHAD.
QUL QUN LAM MIM NUN KAF HA YA A'IN SHAD.
QUN KAF HA YA A'IN SHAD.
LAM KAF HA YA A'IN SHAD.
MIM KAF HA YA A'IN SHAD.
NUN KAF HA YA A'IN SHAD.
QUL QUN LAM MIM NUN KAF HA YA A'IN SHAD.
Baca 7x Tahan Nafas sebut Niat.
selesai....
SEKIAN DULU...
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan dan cerita ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah, kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
No comments:
Post a Comment