Trending

Saturday 31 August 2019

BAGAIMANA SAUDI MENJADI PENJAGA DUA KOTA SUCI


BAGAIMANA SAUDI MENJADI PENJAGA DUA KOTA SUCI
Raja Salman melawat Malaysia. Mungkin ada yang tertanya-tanya dari mana datangnya gelaran Raja Saudi yang berbunyi "Penjaga Dua Kota Suci" (Khadim Al-Haramayn Al-Sharifatayn, خادم الحرمين الشريفين). Siapa yang beri? Sejak bila ia diguna pakai?
Raja Saudi pertama yang memakai gelaran tersebut ialah Raja Fahd (1982-2005), dan diteruskan oleh Raja Abdullah (2005-2015) dan Raja Salman (2015-kini). Walaupun keluarga Banu Al-Saud telah menguasai dua kota suci (Makkah dan Madinah) sejak tahun 1924, namun hanya sehingga tahun 1986 baru Raja Fahd memakai gelaran tersebut, menggantikan gelaran Yang Mulia (Shahib al-Jalalah, صاحب الجلالة).
Tujuannya adalah untuk menonjolkan imej Raja Saudi sebagai pembela Islam, demi memperkukuhkan kedudukannya yang semakin terancam dengan pelbagai peristiwa. Antaranya peristiwa Rampasan Masjidil Haram pada tahun 1979 di mana golongan radikal mencabar keabsahan kuasa raja, pemberontakan Syiah pada tahun 1980 di wilayah Al-Hasa timur Arab Saudi, dan juga kemunculan pemimpin karismatik seperti Ruhollah Khomeini dan Saddam Hussein yang mencabar pengaruh geopolitik Saudi. Pada masa yang sama, golongan agamawan konservatif Saudi juga kurang berpuas hati dengan Raja Fahd yang dilihat “liberal” dan pro-Barat.
Gelaran Penjaga Dua Kota Suci ini sebenarnya muncul pada abad ke-12. Ia merupakan gelaran yang dipakai oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (atau Saladin) yang berjaya mempertahankan dua kota suci daripada serangan Tentera Salib di bawah pimpinan Raynald semasa tahun 1183. Namun pada tahun 1201, Qatada ibn Idris dari golongan “sharif” (keturunan Sayyidina Hasan ibn Ali) telah menguasai dua kota suci. Keturunan Qatada (Banu Qatada) menjadi pemerintah dua kota suci sehingga tahun 1925. Setelah kejatuhan Khilafah Abbasiyyah di Baghdad pada tahun 1258, gelaran Penjaga Dua Kota Suci turut dipakai oleh Sultan Mamluk di Mesir yang menjadi penaung Banu Qatada,.
Selepas Sultan Salim dari Turki Uthmaniyyah mengalahkan tentera Mamluk pada tahun 1517, Sharif Abu Numayy ibn Barakat telah mengunjungi Salim dan bai'ah kepadanya yang kini menjadi Khalifah Islam yang baru. Sharif cuba mengambil hati Salim dengan menamakan beliau “Pemilik Dua Kota Suci” (Hakimul Haramayn), namun Salim menolak dan mengekalkan gelaran “Khadimul Haramayn”. Maka gelaran itu lekat pada Khulafa' Uthmaniyyah. Keluarga Sharif dibenarkan terus memerintah Hijaz di bawah Uthmaniyyah.
Kerajaan Uthmaniyyah menjadi semakin lemah semasa Sharif Hussein ibn Ali Al-Hashimi menjadi pemerintah Hijaz (1908-1924). Disebabkan penguasaan dua kota suci dilihat sebagai simbol malah syarat Khilafah, maka hati Sharif Hussein mula berjinak-jinak ingin menggantikan kedudukan Uthmaniyyah. Pada tahun 1915, ketika Perang Dunia Pertama berlangsung, Sharif Hussein telah memeterai kerjasama dengan British untuk menjatuhkan Uthmaniyyah. Sebagai balasan, British berjanji akan menyokong Sharif menjadi Khalifah baru. (kisah lanjut boleh baca di post lama saya di sini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10205535619429474&set=a.1494100212092.57754.1821685114&type=3&permPage=1 )
Namun pada masa yang sama, British juga memeterai Perjanjian Darin dengan ketua kabilah Banu Al-Saud yang bernama Abdul Aziz ibn Abdul Rahman Al-Saud. Keluarga Banu Al-Saud ini berasal dari padang pasir Najd berpusat di Riyadh, dan mereka membawa satu misi yang luar biasa. Pada tahun 1744, moyang Abdul Aziz iaitu Muhammad ibn Saud telah membentuk satu pakatan dengan Muhammad ibn Abdul Wahhab untuk sama-sama memajukan dan menyebarkan fahaman yang dikenali sebagai Wahhabiyyah. Muhammad ibn Abdul Wahhab melihat Makkah dan Madinah ketika itu penuh dengan syirik dan bid'ah pemujaan kubur (katanya), jadi hasratnya adalah untuk “membersihkan” dua kota suci daripada “kemungkaran”.
Banu Al-Saud pernah menyerang Hijaz dan menguasai dua kota suci dari tahun 1803 hingga 1814, namun mereka telah dikalahkan oleh Uthmaniyyah. Abdullah, amir Banu Al-Saud, telah dihukum bunuh oleh Uthmaniyyah pada tahun 1818. Kebencian Banu Al-Saud terhadap Uthmaniyyah menjadikan mereka sekutu idaman British. British memberi bantuan kepada Banu Al-Saud untuk mengalahkan Banu Rashid yang merupakan sekutu Uthmaniyyah. Banu Al-Saud berjaya menguasai Najd dan Abdul Aziz mengisytiharkan diri sebagai Sultan pada tahun 1921.
Selepas Perang Dunia tamat pada 1918, baru Sharif Hussein sedar beliau telah ditipu oleh British. British sebenarnya cuma mahu menjatuhkan Uthmaniyyah untuk memudahkan pembinaan Israel dan memperkukuhkan lagi kedudukan Empayar British. Janji terhadap Sharif Hussein dicapati. Namun Sharif Hussein masih mahu menjadi Khalifah. Seminggu selepas Turki membubarkan Khilafah Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, Sharif Hussein mengisytiharkan diri sebagai Khalifah dan mencabar kedudukan British di Tanah Arab. British “fed up” dengan Sharif Hussein, maka ia memberi sokongan penuh kepada Abdul Aziz untuk memerangi Sharif Hussein.
Tanggal 13 Oktober 1924, Abdul Aziz berjaya menawan Makkah. Madinah turut jatuh ke tangan Banu Al-Saud pada 12 Disember 1925. Tentera Banu Al-Saud mengganas di Ta'if, menyembelih penduduk tempatan. Dikatakan Mufti Mazhab Syafi'i di Mekah, Syeikh Abdullah Az-Zawawi turut ditembak mati oleh tentera Banu Al-Saud. Pada 8 Januari 1926, Abdul Aziz mengisytiharkan diri sebagai Raja Hijaz. Pada 21 April 1926, kompleks makam Jannatul Mu'alla (Makkah) dan Jannatul Baqi' (Madinah) yang mengandungi makam-makam ahli keluarga dan para sahabat Rasulullah diratakan, atas nama membanteras syirik dan bid'ah. Kekacauan yang luar biasa menyebabkan urusan haji tergendala. Pengutusan Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pesuruhjaya Haji Negeri-Negeri Selat ke Haramayn turut ditangguhkan.
Pada tahun 1927, Abdul Aziz dan British menandatangani Perjanjian Jeddah bahawa kerajaannya tidak akan kacau sempadan Yaman, Oman dan emiriah-emiriah Teluk yang merupakan jajahan British. Ya, sekutu macam inilah British mahu, bukan jenis degil seperti Sharif Hussein. Pada 23 September 1932, Abdul Aziz menamakan wilayah taklukannya, yang merangkumi Hijaz dan Najd, sebagai “Saudi Arabia”. Keturunan Muhammad ibn Abdul Wahhab dikenali sebagai Aal Al-Sheikh (آل الشيخ‎‎) dan masih menjawat jawatan penting seperti Mufti Besar Arab Saudi.
Itulah cara Saudi menjadi Penjaga Dua Kota Suci.
Bacaan lanjut:
Clive Leatherdale (1983), Britain and Saudi Arabia, 1925-1939: The Imperial Oasis.
Haifa Alangari (1998), The Struggle for Power in Arabia: Ibn Saud, Hussein and Great Britain 1914-1924.
James Wynbrandt (2014), A Brief History of Saudi Arabia.
-Ayman Rashdan Wong


Kelapa Macapuno ATAU Kelapa Jelly


Kelapa Macapuno ATAU Kelapa Jelly
Tengok Nampak sedap je kan...😊
Sesiapa yang belum tanam, rugi kalu tak tanam sepokok dua kat umh ni.. Jenis ni isi tebal & lembik macam agar2, sesuailah kalau yang suka kelapa muda tu.
Buahnya walaupun dah tua, isinya tetap lembik. Tak sesuai untuk di buat santan, bagi pengemar isi kelapa muda elok tanam jenis ni...
Setanda boleh hasil 10-18 biji, pokok jenis rendah dan cepat berbuah dalam seawal 3-4 tahun
Harga Asal
Rm50 sepokok
Harga Offer Hanya Rm40 je
Rm15 pos kalau jauh






Slmt malam chat yu


Supaya tidak hilang dari ingatan kita Terengganuku





Hai u All Merdeka duduk Rumah aje Ke


I am proud to celebrate as a Malaysian with the culture and history we pride on




I can’t imagine a world without nasi lemak, teh tarik, roti canai or basically anything I can get at any hour. I am proud to celebrate as a Malaysian with the culture and history we pride on. Selamat Hari Merdeka!



Bukan mahu menunjuk solat atas rumput


Bukan mahu menunjuk solat atas rumput
“BUKAN niat saya untuk menunjuk alim sebaliknya memilih solat di situ kerana bimbang tak sempat memandangkan waktu Maghrib hampir tiba,” kata Noor Aliyah Ali Choon, 26.
Noor Aliyah memberi reaksi berhubung gambarnya solat di rumput yang tular di laman sosial hingga mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Gambar itu dimuat naik sepupunya, Nur Ainul Jannah Mohamed Alijan, Isnin lalu dan sehingga kini mendapat lebih 2,800 tanda suka dan 2,000 ulang ciap.
Menurut Noor Aliyah, dia tidak tahu Nur Ainul Jannah mengambil dan memuat naik gambarnya ketika solat sehingga ciapan berkenaan tular di Twitter.
Menceritakan perkara sebenar, Noor Aliyah berkata, dia dan Nur Ainul Jannah menetap di Jitra, Kedah dan ke Kuala Lumpur Isnin lalu kerana ada urusan kerja di sebuah kafe di Sri Petaling.
“Kami tiba di Kuala Lumpur agak lewat iaitu 5 petang dan terus ke Sri Petaling menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) untuk urusan kerja di situ.
“Selesai tugasan, kami cuba mencari surau atau masjid berhampiran namun tak menemuinya kerana tidak biasa dengan kawasan itu dan mulanya bercadang solat di stesen LRT saja.
“Malah kami sudah menempah perkhidmatan Grab untuk ke stesen LRT berkenaan tetapi pemandu itu dijangka tiba lewat disebabkan kesesakan lalu lintas dan disebabkan masa suntuk, saya nekad solat Jamak di atas rumput saja.
“Namun saya sudah memeriksa kawasan berkenaan terlebih dulu dan tidak teragak-agak untuk solat di situ kerana persekitarannya bersih,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Noor Aliyah, lebih mengharukannya apabila pemandu Grab itu sanggup menunggunya sehingga selesai solat.
“Walaupun pemandu itu bukan Muslim, dia faham dengan situasi saya dan tak keberatan menunggu.
“Sikapnya itu menunjukkan dia tidak berkira dan tahu menghormati penumpang berlainan agama.
“Tiada apa dapat saya katakan padanya melainkan ucapan terima kasih,” katanya.
Sementara itu, Nur Ainul Jannah , 25, berkata, tujuannya memuat naik gambar Noor Aliyah sekadar untuk berkongsi pengalaman dilalui mereka dan tanda penghargaan kepada pemandu Grab.
“Sejak tularnya ciapan itu, banyak maklum balas diterima dan ada salah faham dengan mengatakan saya memuat naik gambar itu untuk menunjuk-nunjuk ibadat dilakukan.
“Tidak kurang juga mempersoalkan kebersihan tempat solat dan persepsi itu mungkin timbul disebabkan ia (solat di kawasan terbuka) bukan satu kebiasaan di negara ini.
“Sedangkan mesej yang cuba disampaikan adalah sikap tolak ansur pemandu Grab itu yang menjadi bukti masih ramai rakyat Malaysia tahu menghormati satu sama lain tanpa mengira warna kulit dan agama,” katanya.


KLCC sambutan kemerdekaan tadi Lawa





31 OGOS 2019 MERDEKA MERDEKA MERDEKA













31 OGOS 2019 MERDEKA





Pengertian ilmu Tasawwuf pada syariat adalah AKHLAK


Pengertian ilmu "Tasawwuf" pada syariat adalah AKHLAK . Sedangkan pada ilmu "kesufian" hakikat Tasawwuf adalah :
Ta(ﺕ )
So( ص)
Wau( ﻭ) 
Fa( ﻑ).
Maksudnya: Ta( ﺕ) adalah daripada kalimat Taubat . Iaitu harus bersih/suci daripada dosa, dgn cara Taubat Zahir dan Taubat Bathin. Apabila seseorang itu tidak melakukannya dengan sebenar Taubat, maka tidak akan didapat tentang hakikat kesucian.
So( ص ) adalah daripada kalimat Soffa (tenang/sejahtera). Adalah orang-orang yang sudah dibersihkan/disucikan hati dan pusat hatinya oleh Allah.
Wau( ﻭ) adalah daripada kalimat Wilayah (maqam). Maksudnya ialah suasana kesucian dan keaslian para pencinta Allah dan kekasihNya. Keadaan ini bergantung kepada kesucian bathin.
Fa( ﻑ ) adalah daripada kalimat fana (lenyap diri sendiri dalam ketiadaan). Maksudnya diri yang palsu akan hancur dan hilang apabila sifat-sifat yang suci memasuki seseorang, dan apabila sifat-sifat serta kepribadian yang banyak menghalang tempatnya akan digantikan oleh satu sahaja yaitu sifat Ke-ESA-an.

Pendekar Pahlawan Pejuang Melayu dahulu jika orang sudah menjual dengan pantas mereka bangun membeli


Pendekar/Pahlawan/Pejuang Melayu dahulu jika orang sudah menjual dengan pantas mereka bangun membeli..Tetapi pada zaman sekarang ianya semakin hilang kerana tidur lena sangat dibuai mimpi duniawi , Terlalu lena sehingga di pijak-pijak oleh bangsa lain..Pendekar Melayu dulu rajin berselawat dengan berzikir berjam-jam sehari..Berbeza dengan Pendekar Melayu hari ini berwhatsapp , Fb , Insta , Twitter , Wichet , Televisyen Berjam-jam.
Hang Tuah Bila keluar dari pertapaan hanya takut pada ALLAH bukan makhluk.Apabila Pendekar Majapahit menjual untuk bertarung dengan orang kuat melaka , Hang Tuah terus membeli..Padanya ALLAH lebih berkuasa bukan makhluk.. sehinggalah Taming Sari tewas ditangan Hang Tuah..
Hang Tuah lebih tahu apabila orang menjual atau mencabar selalunya pasti kalah kerana itu adalah salah satu tektik untuk menakutkan musuh sahaja di samping riak yang cuba di tonjolkan..Ia pasti akan kalah..Perang Psycology la katakan..
Taming Sari cuma sebatang besi bengkok.. Tetapi keris taming sebenar adalah di dalam diri iaitu Tulang belakang kita yang berbentuk alif.. alif itupun bengkok hujungnya, kalau berdiri tegak lurus dah salah arah tu.. bengkok sangat pun tak menjadi jugak. Bengkok bukan sebarang bengkok.. bengkok ada makna.. bengkok bukan bengkek, tapi bengkok satu kalimah bermakna.
Hidupkan lah ALIF dalam diri itu dengan Amalan Tauhid.. sudah pasti terpancar pancar kursani di dalam diri..Melayu hanya akan kembali GAH seperti dulu hanya bila semuanya kembali pada ajaran Tauhid. Itulah kunci utama para pendekar dahulu sehingga cerita kehebatan mereka terus bermain di mulut kita hari ini , walaupun beratus tahun telah berlalu .


Seni itu indah dan penuh rahsia


Setiap Gerak Diam dan Langkahan bukan semata-mata dipandang dari mata seni biasa malah ianya lebih dari itu..
Seni itu indah dan penuh rahsia..Yang lebih indah adalah MEMPELAJARI , MEMAHAMI , MENGHAYATI dan MENGAMALKAN Rahsia Seni tersebut dalam kehidupan seharian.
Tiap perbuatan ada LAMBANG , KIAS , MAKNA dan TAMSILAN PENGAJIAN . Jika kenal dan faham in shaa ALLAH moga selamat-lah dari pepatah guru dahulu "Lari kaedah , Jatuh Akidah"
Yang macam ni kena ambik tahu apatah lagi di zaman LIBERAL yang Aqidah jadi gadaian dan pajakan demi nafsu dan perasaan.
Nampak kecik dan merapu tapi itulah keadaannya. Kehebatan bukan pada ilmu kebal.. ilmu pelimunan, ilmu² bersifat 'Takut Mati'.. Tapi bagaimana pergantungannya dengan yang Empunya ilmu yakni ALLAH.
Kenal tiap GERAK DIAM dan LANGKAH.. Apa kunci pengajian pada perbuatan tersebut. Kalau bab adat bertarung semua orang dah mahir mengelak menepis dan memukul.. Paling tidak pun dapat lepas diri dengan cara lari je. Hehe
Contohnya berdiri betul sebelum mula..Menceritakan perkara penyerahan diri pada ALLAH. Ini dipanggil akidah atau tahkik "ILMU SYAHADAH" . Dan seterusnya setiap perbuatan.
Bukan apanya sekadar satu jalan pengajian baca yang Tidak Berhuruf tapi Rasa dan Faham . Ni lah SENI . Inilah RAHSIA. Pecahan takluk Musyahadah .
Hebat pun mati .. Tok Guru kita dulu pun mati.. Tapi mati dalam keadaan macam mana? . Itu yang kita perlu sama² belajar. Supaya setiap hembusan Nafas .. Denyutan nadi dan setiap kerlipan mata dalam mengingat-Nya.
Tapi biasalah bab begini jarang orang nak ambil tahu sebabnya.. pertama takut dikata sesat.. keduanya bimbang jadi tak hebat kerana itu tak boleh buat.. ini tak boleh buat..Menyongsang nafsu..Mengekang akal Dan Malas beramal.


NAFAS ITU BERLIAN MAKNAWI BILA TARIKAN DAN HEMBUSAN NAFAS TIDAK DIIKUTI DENGAN ZIKIR


"NAFAS ITU BERLIAN MAKNAWI
BILA TARIKAN DAN HEMBUSAN NAFAS
TIDAK DIIKUTI DENGAN ZIKIR, SEMUA
JADI SIA² BELAKA."
Nafas adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini. Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas.Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal. Begitu juga Ruh, Jika nafas seorang hamba tenang, Maka ia memberi kesan pada ruhnya.Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan Tuhannya.


SEMUA SUDAH RUNTUH KINI TINGGAL SEPULUH



SEMUA SUDAH RUNTUH , KINI TINGGAL SEPULUH
Bertingkap Alam Berpintu Ilahi. Itu cogankata pada lambang Kabupaten Lingga hari ini dengan tertera ungkapan di bawahnya "Bunda Tanah Melayu" bersama imej keris, tepak sirih, payung ubur-ubur kuning juga Gunung Daik yang bercabang tiga. (Gambar 18)
Ingat lagi pantun Melayu ini?
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Ya. Gunung Daik itu wujud. Pembayang pada sejumlah pantun lama Melayu bukan dibina kosong.
Lingga di Indonesia hari ini asalnya adalah sebahagian Kesultanan Melayu Riau-Lingga (1824-1911) yang dimusnahkan oleh penjajah Belanda.
Sebelum itu, Johor juga sebahagian daripada empayar Johor-Riau-Lingga sebelum dirobek oleh pakatan kolonial Belanda dan Inggeris pada 1824.
Jangan kita lupa, Lingga pernah menjadi ibu negeri Johor. Sultan Johor ke-16 iaitu Sultan Mahmud Riayat Shah III (1761-1812) mangkat di Pulau Lingga.
Sejumlah kerajaan Melayu lain di Sumatera dan Kalimantan juga lenyap dihapus kolonial Belanda. Walaupun begitu, identiti Melayu yang tidak dapat dipisahkan dengan laut masih boleh dikesan pada lambang wilayah kabupaten Indonesia hari ini.
Lambang Kota Makassar yang terletak di Pulau Sulawesi hari ini contohnya tampil dengan cogankata "Sekali layar terkembang, pantang biduk surut ke laut". (Gambar 19)
Nun di utara Semenanjung Tanah Melayu (kini dipanggil Semenanjung Malaysia), kerajaan Patani (1516–1902) yang merangkumi wilayah Pattani (Patani), Yala (Jala), Narathiwat (Menara) dan sebahagian Songkhla (Singgora) tersungkur ditakluk Siam. Kesultanan Sulu (1457–1917) pula diporak perandakan Sepanyol dengan agenda murtad secara paksa.
Pada 1946, tidak kurang daripada enam buah kerajaan Melayu di Sumatera tumbang akibat keganasan atau genosid Melayu yang diberi nama 'rasmi' Revolusi Sosial Sumatera Timur.
Kezaliman pengganas komunis atau pro Republik Indonesia menyaksikan tanggal 3 Mac 1946 sebagai peristiwa berdarah bagi bangsa Melayu di Sumatera.
Sentimen anti feudal tidak terbendung lagi dahagakan darah. Istana dibakar, kaum kerabat raja dibunuh secara besar-besaran bahkan para puteri diperkosa di depan sultan.
Di Langkat, penyair Tengku Amir Hamzah juga dibunuh. Kepalanya dipenggal di kebun pisang! Alangkah kejamnya! (Gambar 20 & 21).
Pembantaian komunis atau gerakan anti kesultanan bukan sahaja memangsakan orang Melayu Islam yang menghuni di wilayah pesisir. Malah, orang Karo dan Simalungun di kawasan pedalaman juga tidak terkecuali.
Kalau kita meneliti rangkap pantun pada lagu-lagu lama Melayu dalam filem-filem Melayu hitam putih juga dendangan lagu asli Melayu oleh penyanyi antaranya Syarifah Aini, P.Ramlee, Saloma dan Herman Tino, dapat dikesan sejumlah nama wilayah kesultanan Melayu di Pulau Sumatera juga terselit pada pembayang pantun lagu.
Contohnya, dalam filem "Si Tanggang" (1961), antara lirik dalam lagu tari 'Lanang Si Paku Lanang' itu berbunyi:
Buah mengkudu buah delima
Dibawa belayar ke KUALA DELI
Usah ditunggu sekian lama
Ambillah hamba sebagai ganti.
Bahkan, 'Kuala Deli' juga menjadi judul lagu nyanyian Sudirman:
"KUALA DELI berdayunglah sampan
Hanyut berkayuh sampai ke muara
Tuan di rantau dapatkanlah bulan
Orang di kampung terangilah jua".
(Deli hari ini ialah Medan). Dengarkan juga lagu 'Joget Menanti Jodoh' dalam filem 'Sumpah Wanita' (1960):
INDRAGIRI pasirnya lumat
kepah bercampur hai segala lokan
Bagailah Nabi kasihkan umat
Begitulah saya hai kasihkan tuan.
Meskipun lagu 'Seri LANGKAT' berentak rancak dengan pelbagai versi dendangan penyanyi Malaysia dan Indonesia, tetapi lagu itu mengingatkan kita tentang sejarah sedih yang pernah menimpa kesultanan Langkat juga kesultanan Melayu lain di Sumatera.
Dengarkan lenggok suara Sudirman dan Zaleha Hamid serta banyak lagi gubahan lagu Seri atau dieja Sri Langkat dengan menggeledah YouTube.
Kepesatan ekonomi Kesultanan Melayu Makassar (1512-1945) dengan banyak kapal membawa dagangan juga terselit dalam filem 'Sri Mersing' (1961):
"Selat Makasar Lautan Maluku,
Banyaklah kapal membawalah dagang,
Sungguh nasib malang diriku,
Ayam di tangan disambarlah helang."
Kekejaman berulang
Tragedi 1946 yang memusnahkan kesultanan-kesultanan Melayu di Sumatera berulang lagi pada 1964. Tapi kali ini nun di Pulau Borneo dengan bentuk kekejaman sama!
Tragedi Bultiken menghapuskan Kesultanan Bulungan di Kalimantan. Kekejaman berlaku mulai waktu Subuh 3 hingga 18 Julai 1964 apabila pasukan tentera Indonesia mengepung dan membakar istana yang terdiri daripada dua tingkat, merampas harta benda milik Kesultanan Bulungan.
Kerabat diraja Bulungan diculik, ditangkap dan dibunuh termasuk dengan cara diikat dengan pemberat lalu ditembak dan dibuang ke laut!
Demikianlah nasib sejumlah kesultanan Melayu di tangan penjajah Belanda dan pro republik.
Akhirnya, senarai nama Kesultanan Melayu ini hanya tinggal sejarah berladungkan air mata dan darah...
1. Kesultanan Melayu Singapura (1299-1930an)
2. Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511)
3. Kesultanan Melayu Sulu (1457–1917)
4. Kesultanan Melayu Patani (1516–1902)
5. Kesultanan Melayu Langkat (1568-1946)
6. Kesultanan Melayu Deli (1632-1946)
7. Kesultanan Melayu Serdang (1726-1946)
8. Kesultanan Melayu Asahan (1632-1946)
9. Kesultanan Melayu Siak Sri Inderapura (1723-1946)
10. Kesultanan Melayu Pelalawan (1725-1946)
11. Kesultanan Melayu Indragiri (1347-1963)
12. Kesultanan Melayu Jambi (1687-1904)
13. Kesultanan Melayu Pagaruyung (1347-1833)
14. Kesultanan Melayu Riau-Lingga (1824-1911)
15. Kesultanan Melayu Acheh (1496-1874)
16. Kesultanan Melayu Pontianak (1771-1950)
17. Kesultanan Melayu Banjar (1526-1860)
18. Kesultanan Melayu Kutai Kartanegara (1300-1960)
19. Kesultanan Melayu Bulungan (1731-1964)
20. Kesultanan Melayu Sambaliung (1810-1960)
21. Kesultanan Melayu Makassar (1512-1945)
Kesemua kesultanan Melayu di Nusantara di atas sudah runtuh. Sekarang hanya berbaki 10 kesultanan Melayu dengan institusi beraja paling lama bertakhta di Nusantara masih ada di Semenanjung Tanah Melayu yang sekarang dipanggil Semenanjung Malaysia. Ada juga satu kesultanan Melayu di Semenanjung adalah warisan kesultanan Melayu Melaka.
Sebuah daripada 10 itu pula berdiri sebagai negara berdaulat dengan memartabatkan tulisan jawi pada semua bangunan dan logo termasuk syarikat antarabangsa.
Apakah senarai 10 kesultanan Melayu yang masih tinggal itu? Giliran anda pula untuk senaraikan.
Ingat salah satu daripada lima Rukun Negara tanah air kita:
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.
Kredit To : Arif Atan




Tunku Muhamad Saad telah mengkaji semula kedudukan angkatan perangnya


Dari pengalaman di Pulau Songsong dan di Pulau Bunting, Tunku Muhamad Saad telah mengkaji semula kedudukan angkatan perangnya. Akhirnya Tunku Muhamad Saad mendapat persetujuan dari Dato’ Muhamad Ali Datok Setia Segera, Panglima Muhamad Taib Hitam dan lain-lain panglima kanan supaya angkatan perang kali ini dibahagi kepada empat pasukan.
Pasukan pertama ialah pasukan penyerang yang terdiri dari pejuang-pejuang handalan-pahlawan dan panglima-panglima yang tahan di pahat biji mata dan boleh menangkap peluru yang terbang dengan tapak tangan. Ketua pasukan ini ialah Tunku Muhamad Saad sendiri. Matlamat pasukan ini ialah menduduki Kota Sanggora.
Pasukan kedua dikepalai oleh Dato’ Muhamad Ali. Matlamat pasukan ini ialah menyerang Negeri Terang, Negeri Krabi dan Pulau Panjang yang letak bertentangan dengan Negeri Pangnga. Angkatan ini akan bergerak dari laut dan darat. Serentak menuju ke utara. Pasukan-pasukan kedua ini mengandungi sekumpulan pahlawan-pahlawan yang digelar “Puak Tulang Besi”.
Kumpulan ketiga terdiri dari orang-orang Kedah dan orang-orang Pattani yang mempunyai sasaran membebaskan Negeri Pattani dengan apa jalan dan cara sekalipun. Angkatan ini diketuai oleh seorang putera Pattani yang tidak lagi diketahui namanya.
Kumpulan keempat diketuai oleh Tunku Muhamad Akib ditugaskan menjadi angkatan simpanan yang setia. Selepas menduduki Kota Kuala Kedah dan mengawal ketenteraman seluruh negeri, mereka akan diminta membantu mana-mana pasukan yang belum selesai dengan matlamatnya.
Detik untuk melancarkan serangan ditetapkan oleh pahlawan yang tua-tua yang kebetulan telah berada di Temasya Tambun, Bangkok semasa Maharaja Siam membakar jasad seorang Maharaninya. Pada masa ini semua gabenor-gabenor wilayah dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan berkumpul di Bangkok menghormati Maharani yang akan di hantar ke menuju ke alam baqa. Masa itulah Tunku Muhamad Saad sampai di Hatyai dan Dato’ Muhamad Ali sampai di Puket.
Dalam bulan Muharram tahun itu turun dari Mekah seorang ulama yang terkenal bernama Sayyid Abdus Al-Samad iaitu anak kepada Syeikh Abdur Rahman Al-Jawi yang menjadi guru kepada Sultan. Syeikh Abdul Samad bernaung di Mekah sejak kecil lagi dengan saudaranya yang menjadi mufti di Kedah iaitu Syeikh Abdul Kadir Dato’ Maharaja Kadi. Mereka berdua berlainan ibu. Syeikh Abdul Kadir ibunya orang Kedah manakal Syeikh Abdul Samad ibunya orang Palembang, maka dikenali beliau sebagai Syeikh Abdul Samad al-Falembani. Kedua-dua orang Syeikh ini telah turut berjuang berganding bahu dengan Tunku Muhamad Saad dan memberi perangsang serta galakan yang besar kepada kejayaan perjuangan merebut negeri Kedah kali ini.
Angkatan perang Kedah menuju ke utara dari tiga hala serentak dan telah berjaya melumpuhkan pertahanan Siam di mana-mana mereka pergi. Negeri Pattani telah berubah tangan ke tangan orang-orang Melayu semula. Terang dan Pulau Phuket telah diduduki oleh Dato’ Muhamad Ali, dan beliau mara ke timur bagi membantu Tunku Muhamad Saad yang telah berjaya menawan Hatyai lalu bergerak ke utara bagi menduduki Sanggora.
Kuala Kedah dengan diambil oleh kumpulan keempat dengan perjuangan yang agak berlaku di Alor Ganu selama beberapa waktu. Phya Buri Seknutun yang bertahan di Alor Ganu telah berundur ke Petalung dengan beberapa baki sisa tenteranya.
Negeri Kedah telah bebas semula dan Kota Kuala Kedah telah diduduki oleh orang-orang Melayu. Penghulu Kota dilantik dengan serta merta dan penghulu kali ini ialah Syed Hussein.
Dalam perjalanan ke utara, angkatan perang Tunku Muhamad Saad sampai ke hutan belantara, yang asalnya adalah sebuah kampung dan sawah. Perkampungan itu berada di pinggir-pinggir bukit dan di tempat-tempat yang terpencil di lurah-lurah pergunungan. Di sanalah mereka menanam pokok-pokok durian dan lain-lain pokok buah-buahan sehingga hasilnya masih kelihatan namun tanpa penghuni. Ramai hulubalang-hulubalang yang menitiskan air mata melihat suasana ini, perkampungan tinggal dengan hasil yang masih banyak belum dimanfaatkan. Manisan madu lebah menitik dari sarangnya membanjiri perdu tualang. Tiada lagi orang yang memungut madu. Inilah kesan dan akibat daripada peperangan.
Angkatan perang yang berjalan kaki ini sampai di Kuala Perlis dan Kuala Sanglang kemudian menuju ke Bukit Kayu Hitam dan terus ke Hatyai. Dari sini mereka mara sehingga ke Sanggora dan Pattani.
Kapal-kapal orang Melayu pada masa itu tidaklah besar seperti kapal-kapal sekarang. Kapal-kapal Melayu hanya memakai layar ataupun dayung. Jenis yang agak besarnya ialah jong, pilang, pusta atau galis. Diantara yang banyak-banyak itu terdapat sebuah yang amat besar, sagurnya berlapis-lapis dan boleh dibuat benteng perisai daripada ditembak. Kapal inilah yang menjadi kenaikan Dato’ Muhamad Ali.
Diantara pejuang-pejuang yang melibatkan diri menyerang Terang dan Pulau Puket dari tangan Thai ialah orang-orang Illanun dan beberapa orang Balanini dari Selatan Filipina-Burnei. Orang Illanun dan Balanini ini cekal dan berani menghadapi musuh dan tidak mudah meninggalkan perjuangan yang belum selesai. Mereka memilih mati dari menjadi tawanan perang atau hamba abdi orang.
Pada satu masa perahu-perahu mereka telah ditembak oleh sebuah kapal perang Inggeris hingga berkecai didalam laut. Mereka tidak rela dipungut-pungut oleh kapal tersebut supaya diselamatkan. Mereka lebih rela mati dari hidup tidak bermaruah.
Orang-orang Illanun dan Balanini ini gempal tetapi pendek tubuhnya, berambut panjang menjijak bahu, berlilit kepala, berseluar ketat tetapi pantang berbaju. Tulang pipinya tinggi, hidung penyet, mata merah dan mulut pun merah juga sebab kuat makan sirih.
Perahu mereka ialah bangsa perahu panjang- ada yang sehingga sembilan puluh lima kaki dari haluan ke buritan, didayung oleh sembilan puluh orang pendayung, empat puluh lima orang sebelah. Jika keadaan memaksa, mereka mendayung siang dan malam tanpa henti dan akan menggosok mata yang mengantuk dengan daun lada pedas supaya tidak terlena. Lela lentaka/rentaka dan meriam kecil menghiasi kiri dan kanan perahu mereka. Orang-orang laut ini sangat pandai menggunakan lela, istanggar dan meriam perang dengan tepat keatas perahu-perahu musuh.
Perahu-perahu Melayu didalam angkatan ini terdiri dari perahu-perahu nelayan yang biasa, bermacam-macam jenis dan saiz. Tetapi tidaklah kurang handalnya merempuh laut yang luas dan dapat pula yang memudik anak-anak sungai yang sempit serta bergerak dengan senyap-senyap dicelah pokok-pokok nipah dan hutan api-api. Perahu-perahu Melayu amat senang menyelit-nyelit dicelah-celah batu dan diantara pulau-pulau yang bergugus di Nusantara ini.
Angkatan laut beginilah yang telah berjaya mengusir Siam dari Negeri Kedah.
Bagi menandakan kejayaan Tunku Muhamad Saad dalam perjuangan ini, Syeikh Abdul Shamad al-Falimbani telah mengarang serangkap syair dalam Bahasa Arab yang diabadikan diatas sekeping kain sutera merah, dan disimpan oleh anak cucu Dato’ Muhamad Ali Setia Segera turun temurun di Pulau Langkawi. Syair ini memuji-muji Tuhan Semesta Alam yang menganugerahkan kejayaan cemerlang kepada pimpinan Tunku Muhammad Saad:-
Putera bukan sebarang putera
Putera Raja Sultan Pilihan
Negeri Kedah telah berjaya
Mengecap nikmat anugerah Tuhan
Ugama Islam bergerak semula
Begitu lama dalam tekanan
Penyatuan tonggak kekuatan, Kedah tidak mampu memerangi sendiri Siam tanpa mendapatkan bantuan daripada saudara-saudaranya. Dan keutuhan satu-satu negeri itu tergantung pada kesatuan hati rakyat dalam mentaati pemimpin dan cintakam tanah air.."
Wahai Sekalian saudaraku . Ingat, tanpa jasa saudara kita yang lain daripada Aceh, Pattani, Bornoe, Sulu, Jawa dan Sulawesi. Nenek moyang kita tidak mampu mempertahankan Negeri Melayu yang terakhir ni, yang jatuh di tangan British. Kekalkan tradisi budaya kita, ramah mesra pada tetamu.


Ilmu Silat Vs Ilmu Kungfu




Ilmu Silat Vs Ilmu Kungfu?
Bagi saya, kedua duanya ada kelebihan sendiri bergantung atas latihan seseorang itu..Belajar ilmu pertahankan diri yang hebat hebat tapi tidak amalkan secara istiqomah kesan nya tak sama seperti individu yang amalkan ilmu itu dalam kehidupan harian...
Orang kayu ni dikira sparing partner yang terbaik untuk berlatih setiap hari, Memang benar “orang kayu” ini tidak hidup tapi Serangan untuk tumbukan dan tepisan perlu di asah agar tangan kita menjadi senjata yang ampuh dan keras “dimatikan”sakit ...
Tujuannya agar permainan buah pukul itu boleh “hidup” selalu tanpa lelah dan merasai sakit untuk bertempur..Sekaligus menghidupkan tangan dengan secara spontan.
Lebam itu sudah pasti akan berlaku..Mungkin juga urat “terlari” tapi itu gunanya amalkan dengan ilmu..Kalau tak nak sakit.. silakan belajar menari atau zapin.. hehe.. tapi itu pun tetap kena sebati dan sehati dengan langkah dan tapak tari...
Kungfu dan Silat tetap sama konsep main kudrat Tangan dan Kaki.. Yang bijaknya pada akal..Guna air liur meludah lawan juga satu ilmu..Sebab dalam “ILMU PERANG” sebenarnya tiada rules... tapi nak belajar nya ada “ADAB”..
Stamina melalui pernafasan juga penting.. kita bergaduh tidak hari hari tapi kita berlatih mesti hari hari setiap kali...
Rajin berlatih , Dapat hasil yang baik . Bak kata orang practice make perfect , Tapi janganlah sampai semua buah pukul kau nak belajar sekaligus , Seeloknya kuasai dulu 1 demi persatu secara Berulang-ulang sehingga mahir .
Bak kata Bruce Lee "Aku tidak takut pada lelaki yang berlatih 10 ribu tendangan , Tapi aku lebih takutkan lelaki yang belajar 1 tendangan sehingga 10 ribu kali."
Ingat kehebatan tidak dikira pada jenis pertahan diri , ianya terletak pada Akal dan latihan seseorang , Masing-masing ada kehebatan tersendiri.


Panji Emas Harta Tanah Melayu


"Panji Emas Harta Tanah Melayu"
Kunci gedung Nabi Sulaiman a.s yang dipanggil Panji Emas.
barang-barang ampuh (berkhadam) hilang keampuhannya apabila memasuki sempadan Tanah Melayu. Lazimnya perumah khadam ini adalah objek istimewa macam batu delima, besi kuning, besi meleleh, kulit kerbau landor dan macam-macam lagi. Selalunya dijadikan azimat pelindungan diri, tarik duit, pelaris dan berbagai lagi tujuan tapi banyaknya untuk tujuan yang tak baik.
Sebaik saja benda berkhadam ini nak masuk sempadan tanahair kita, khadamnya akan ditapis oleh taiko Tanah Melayu sama ada dia satu geng atau tak (compatible), apakah dah ada pre-arrangement atau visa masuk. Sebijik macam kawalan imigresen kita. Kalau kemasukannya ditolak, khadam ni tak ikut perumahnya ke negara kita dan yang sampai kat Malaysia nanti hanyalah perumah ‘kosong’.
Tanah Melayu ni ada dua grup khadam yang dominan. Satu di Selat Melaka dan satu lagi di Laut China Selatan. Jajahan mereka bertemu di daratan, ertinya Tanah Melayu ni fully covered. Yang di Selat Melaka, dah banyak kali bertindak terutamanya menenggelamkan kapal-kapal penjajah dan meminimumkan kebanjiran elemen-elemen ghaib dan sihir keterlaluan dari memasuki Tanah Melayu.
Khadamnya adalah khadam Taming Sari dan menjaga tanah ini sejak Nabi Ibrahim a.s lagi. Dan dia juga sebahagian khadam yang menjaga harta Tanah Melayu selain khadam yang khusus untuk gudang Sulaiman a.s.
Yang di Laut China Selatan pulak, juga lazimnya memantau kot-kot ada yang cuba melarikan harta Tanah Melayu ikut kapal laut atau udara (kapal terbang). Kalau ada, ikut fitrahnya wassalamlah dan berkuburlah engkau kat dasar laut.
Tanah Melayu ni istimewa kerana salah-satunya adanya gudang Nabi Sulaiman a.s. Gudang ni bukanlah piramid atau berbentuk demikian. Yang disebut piramid tu cuma sekadar memudahkan pemahaman kita sahaja. So, janganlah ada geng yang sibuk merayau ke sana ke sini semata-mata nak buktikan yang piramid ni tak wujud. Ko takkan jumpa..
tahukah kita gudang terbesar harta warisan Nabi-Nabi ni kat mana? Gudang terbesarnya adalah di bawah Kaabah kat Mekah. Jumlahnya tak termampu kita nak bayangkan. Tetapi stok ini secara logiknya tak mungkin dapat dizahirkan kecualilah dah ketentuan Illahi yang ia dizahirkan, ketentuan-Nya mengatasi segala-gala.
Apa sebenarnya panji emas ni..? Macam anak kunci Qorun ke atau anak kunci Yale..? Sebenar-benarnya ia bukanlah anak kunci yang tergambar kat minda kita. Ia tak lebih adalah watikah sahaja dan objek warisan Rasullullah SAW untuk seseorang dari keturunan Baginda. Cicitnya yang pertama menerima kunci ini adalah Sheikh Syarif Hidayatullah aka Sunan Gunung Jati dan dikhabarkan akan dilanjutkan warisan ini kepada salah seorang keturunan beliau, mungkin sebagai perlaksananya atau bagaimana, Wallahua'lam
Berbalik kepada panji yang real. Kunci berkenaan hanyalah satu botol kaca jernih sebesar jari kelingking sepanjang lebih sedikit 2 inci (7-8 cm). Di dalamnya ada minyak yang bening (jernih) dan sebatang objek logam emas berbentuk seperti kuda laut sebesar batang mancis. Dikhabarkan objek ni sekarang berada dalam simpanan Sultan Abdul Samad selaku penjaganya di Tanah Melayu. Dan akhirnya untuk siapa nanti, tak lah tahu pulak..
Dikatakan barang siapa yang menerimanya nanti, bakal diiringi lebih banyak barangan ghaib yang khusus untuk membuka gudang-gudang di Tanah Melayu sama ada gudang purba milik para Nabi, milik British atau milik Jepun, semuanya sekali termasuklah Pulau Nangka. Buka bukanlah macam kita sangkakan. Semuanya pekerjaan oleh bala tentera ghaib. Dengan itu juga kata mudahnya, harta keseluruhan dalam perbatasan Tanah Melayu akan diserahkan untuk tadbiran si penerima tadi.
Mungkin itu juga, amat sesuailah maksud hadis Baginda Rasullullah SAW berkaitan kunci perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s ini yang mana Baginda amat musykil dan khuatir kalaulah umat Baginda di akhir zaman tahu bahawa Baginda ada wariskan kunci harta Sulaiman a.s ini, nescaya ramai umatnya akan jadi musyrik akibat terkejar-kejar akan harta (kunci) ini sehingga melupai adab dan kewajipan yang hakiki. Lantas mengundang banyak mala-petaka dan musibah diluar-jangka.
Satu dunia tertarik untuk mencari gedung emas Nabi Sulaiman, dari pelbagai bangsa, Yahudi, Serani dan juga orang-orang kita. ada orang kata, ia terletak di bawah Masjid Al Aqsa dan kerana itu orang Yahudi sibuk menggalinya. Ada orang kata, orang Yahudi menggali untuk mencari kitab-kitab ilmu hitam yang disembunyikan tetapi saya menolak perkara tersebut, tanpa kitab-kitab ini pun, manusia tetap mampu berhubung dengan syaitan dan mengamalkan ilmu-ilmu hitam. Pyramid itulah Gedung Emas Nabi Sulaiman dan kod inilah yang berjaya dipecahkan bangsa barat sehingga mereka mencarinya di nusantara.
Kewalian Sultan Abdul Samad ini tidak ramai yang tahu. Di alam sebelah sana, beliau merupakan pemerintah bagi para wali di Tanah Melayu. Beliau merupakan antara sultan yang paling 'low profile' di kalangan nama-nama hebat di tanah bertuah ini khususnya Selangor. bagaimana seorang sultan menjadi sangat kaya sehingga mampu membangunkan Kuala Lumpur dan Jugra.
ada mengatakan semua pembangunan ini dibuat melalui hasil lombong timah. Tapi sebenarnya, Kekayaan ini terkait dengan rizab emas Nabi Sulaiman yang dikeluarkan sedikit bagi membangunkan ibu negara Selangor dan yang terpenting, sistem rel kereta api Tanah Melayu. Bagi mencari sejarah penggunaan harta Nabi Sulaiman ini, saya mula mendampingi susur galur keluarga Sultan Abdul Samad. Akhirnya, saya berpeluang melihat 'carta keluarga' yang disusun melalui cicitnya yang saya panggil Pak Ungku. Seorang ahli tasawuf yang duduk di Banting.
Seiring dengan peredaran zaman, baginda juga tidak lepas dari disandung fitnah. Baginda dituduh menjadi tali barut British. Yang orang tidak tahu, British sentiasa mencari peluang untuk berbaik dengan Sultan Abdul Samad bagi mengorek rahsia mengenai hasil emas dan harta karun yang menjadi tunggak kekayaan baginda. Daripada sejarah lisan yang disampaikan oleh keturunan Sultab Abdul Samad, saya difahamkan, baginda pernah dipanggil ke Istana Buckingham untuk diberi gelaran "SIR", tetapi sesuai dengan kedudukannya sebagai pemerintah dan wali kecil ketika itu, beliau tidak mahu menjatuhkan martabat dirinya sebagai seorang raja Melayu dan maruahnya sebagai seorang mukmin, perlawaan itu ditolak secara baik.
Sultan Abdul Samad dan orang kepercayaannya yang dipanggil sebagai "Panglima Hitam" pernah belayar ke Palestin untuk mengambil kunci emas Nabi Sulaiman. Kunci ini diguna bagi mengeluarkan sedikit harta dari rizab emas Gedung Nabi Sulaiman yang terletak di Tanah Melayu, dengan kekayaan inilah, beliau membangunkan, bangunan Sultan Abdul Samad, ibupejabat KTMB, stesyen besar KTM, bangunan-bangunan lama dan bersejarah di sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan yang paling utama adalah landasan keretapi yang berlingkar di Tanah Melayu ini.
Saya tidak perlu kemukakan bukti, saudara boleh lihat dengan mata kepala sendiri dan panjangkan fikiran....apa begitu muliakan hati penjajah mahu membangunkan bangunan-bangunan ini dengan seni reka Islam?
Jika benar hati penjajah begitu bersih, mengapa bangunan-bangunan lama di negeri-negeri lain tidak mempunyai sentuhan Islam, sebaliknya architecture Inggeris secara TOTAL? Dengan kekayaan tersebut, pembinaan bangunan2 ini dibiayai oleh Sultan Abdul Samad, Inggeris hanya menjadi pembina dan pereka. Beliau hanya meninggalkan namanya pada Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai kenang-kenangan. di bawah bangunan tersebut terdapat bilik bawah tanah dan terowong-terowong yang menghubungkan beberapa lokasi lain di ibu negara. bilik-bilik bawah tanah itu satu ketika dahulu menempatkan emas negeri-negeri Selat tetapi sekarang tidak wujud lagi, bilik dan kompleks bawah tanah itu masih ada.


Apa Maksud pada Tari Silat Langkah Sembah


Apa Maksud pada Tari Silat (Langkah Sembah)
Langkah sembah bermaksud ibu segala permainan atau ibu kaedah bagi silat. Baik zahir mahupun batin, hakikat atau makrifat. Bukan pandai² buat atau suka² buat melainkan setiap gerakan ada makna, rahsia tertentu.
Langkah sembah, gabungan permainan langkah, letak kekuatan badan, gerak nafas, pandangan diri zahir, serta pandangan diri batin.
Dalam gerak bunga sembah terdapat ciri-ciri asas kaedah silat iaitu seperti ‘Langkah’, ‘Kekuda’, ‘Jalan’, ‘Gerak’, ‘Garik’, ‘Sikap’, dan ‘Arah’. Tujuh ciri-ciri asas tersebut merupakan rahsia yang terkandung dalam bunga sembah.
Kita buka sikit rahsia , Jangan dibanyak sangat.. kita beri huruf LAM ALIF, rahsia pandai pandai lah cari sendiri hehe .
Bergerak dalam kalimah..Mudah-mudahan kita sentiasa ingat pada Dia.
"Tumpuan hati berdiri atas diri terperi..
Gerak atas gerik..
Rasa atas resa..
"AGAM".. aku gerak ALLAH menggerak "
Hebatnya orang melayu ni..Bukan sahaja dalam ilmu perang, bahkan dalam pembuatan rumah, busana, dan macam² yang lain..semua aplikasi tauhid tahap tinggi.


About

Popular Posts