Trending

Saturday 12 September 2020

Hapuskan Siput dengan Yeast dan Gula Perangkap Serangga Perosak

 


Bangun pagi bersemangat masuk kebun. Nak siram pokok bagi cepat-cepat subur. Tapi bila sampai kebun sakit mata tengok pokok yang ditanam tinggal batang sahaja. Dibelek-belek habis daun-daun berlubang.

Ini memang tak lain tak bukan kerjanya si siput trumpet lah ni. Kalau serangga perosak yang aktif waktu malam memang siput.

Harini Admin nak kongsikan cara hapuskan siput selain menggunakan racun serangga. Gunakan cara organik ini yang menggunakan yeast dan gula.




Bahan-bahannya adalah :

1 Cawan Air
1 sudu gula
1/2 yeast

Cara-caranya adalah, pertama sekali campurkan semua bahan dan letakkan dalam cawan plastik pakai buang. Kemudian, tanam cawan tersebut berdekatan dengan tanaman yang sering diserang. pastikan mulut cawan sama aras dengan medium tanah bagi memudahkan siput masuk ke dalam perangkap.


Tanaman Berpotensi Tinggi Dan Hasil Lumayan Di Tanah Berbukit

 


1. Lamanya saya tidak menulis, rasanya sudah lebih sebulan disebabkan kekangan masa termasuk menguruskan nurseri buah-buahan dan keluarga.

2. Artikel tengah malam saya kongsikan 3 tanaman berpotensi tinggi yang sesuai ditanam di kawasan yang tinggi dan berbukit.

3. Yang pertama adalah durian. Masih ramai yang tidak tahu, durian tidak sesuai ditanam di kawasan rendah dan kerap dinaiki air.

4. Akar durian sangat sensitif terhadap air yang berlebihan dan boleh menyebabkan pokok durian mati. Durian lebih sesuai ditanam di kawasan bukit

5. Selain durian, bibit avocado juga mendapat permintaan yang sangat tinggi di nurseri saya selain durian. Jus avocado antara minuman berkhasiat yang digemari ramai

6. Nenas juga berpotensi untuk diusahakan terutama varieti sulur nenas MD2 kerana rasanya yang sangat manis seperti madu dan mendapat permintaan tinggi di pasaran.

7. Manakala sulur nenas boleh dijual sekitar rm1.5- rm3 satu sulur sebagai side income selain menjual buah di pasaraya ataupun dibuat jus nenas segar.

8. Antara tanaman lain yang sesuai ditanam di kawasan tinggi adalah kelapa sawit, padi bukit, dokong, langsat, duku langsat, tarap, rambutan, serai, ubi, labu dan banyak lagi.


Rupanya Begini Cara Yang BETUL Semai Biji Durian

 


1. Tahukah anda biji durian yang disemai dalam polibag dan di kawinkan dengan klon Musang King berpotensi menghasilkan ratusan ribu ringgit jika kena dengan caranya.

2. Tujuan buat cantuman adalah supaya pokok durian cepat berbuah iaitu seawal 4-5 tahun, berbanding tanam dari biji yang mengambil masa 6-10 tahun.

3. Bayangkan 1 biji durian disemai dalam polibag dan dikawinkan dengan klon seperti Musang king, dijual rm38 sepokok, jika 1,000 pokok x rm38 = rm3800. Lumayan kan?



4. Musim covid ni saya sarankan anda belajar buat cantuman durian dan mula jual pada saudara dan jiran, jika sudah betul-betul mahir boleh buka nurseri. Saya pun bermula dari rumah.

5. Kini ada nurseri sendiri. Permintaan bibit buah-buahan sentiasa tinggi lagi-lagi musim hujan. Selain bibit, bunga dan herba juga mendapat ramai peminat sejak kebelakangan ini.

6. Okey, artikel pagi isnin (7.9.2020) saya kongsikan cara yang betul menyemai biji durian supaya 100% tumbuh sekaligus mengelakkan kerugian. Biji pun ada harga tau, saya beli dengan penjual buah durian rm4 sekilo.

7. Caranya lepas makan durian jangan buang biji, terus cuci bersih-bersih (wajib ye) dan rendam 2 malam. Bila akar mula keluar, terus semai dalam polibag atau pasu besar menggunakan media cocopeat.

8. Satu cara lagi, lepas cuci biji, masukkan dalam plastik atau kontena kedap udara, pastikan semua biji jangan kering, perlu dibasahkan sedikit, lepas 3 hari akan sudah keluar. Semai diatas pasir dan pasang atap black net ketebalan 70%.



9. Akar tanam ke bawah, tanam 70% dan jangan tutup habis. Biji perlu kena cahaya matahari sedikit. Siram sekali sekala kecuali hujan. Jangan biarkan Kering.

10. Jika menggunakan tanah hitam atau top soil, tanah tidak boleh terlalu lembab dan paling penting pastikan biji durian yang disemai mesti sudah tumbuh / akar sudah keluar lebih kurang 4 inci. Kalau tanam tanpa akar, biji akan mereput dengan cepat sekali.

11. Selepas 6-8 minggu, pokok durian yang disemai dalam polibag perlulah dipindahkan terus ke polibag bersaiz 7×10 atau 8×10 iaitu saiz standard untuk dijual atau untuk ditanam sendiri. Gunakan media tanah bercampur iaitu 70% tanah kuning, 30% top soil dan mix sedikit dengan sekam padi bakar jika ada.

12. Lain orang lain caranya, ini cara saya semai bibit durian sehingga boleh di kawinkan dan dijual kepada pelanggan. Apa cara sekalipun pastikan buat dengan betul-betul dengan ilmu yang betul untuk mendapatkan hasil yang baik.


Modal Menternak Ikan Keli Hanya RM2500 sahaja

 


Harini Admin akan kongsikan tentang berapa modal yang kita perlukan untuk menternak ikan keli. Perkongsian adalah daripada Syam Ghaz, seorang penternak ikan keli.

1. Kolam yang disarankan untuk dibina adalah kolam simen (dengan mengunakan batuan merah-tanah liat bagi memastikan suhu dalam kolam sentiasa sejuk).

2. Kenapa kolam simen? Sebabnya dapat mengekalkan suhu sejuk dan sesuai dengan habitat ikan keli. Selain itu, tahan lasak dan mudah untuk dikendalikan.

3. Modal yang dicadangkan adalah RM5,000 ( Ini sesuai untuk pembinaan kolam keli di kawasan timur, dimana kosnya lebih murah berbanding di selatan)

Dengan modal tersebut, kita dapat membina;-

– Kolam simen saiz 10′(panjang) x 5′(lebar) x 3′ (tinggi) x 3 buah – simen, pasir dll
– istem pukat dan paip limpah-masuk-keluar.
– Benih keli – 20sen/ekor
– Makanan keli/ dedak – starter, grower & finisher.
– Sistem paip yang lengkap.
– Anak2 pokok kiambang dan tiub kereta
– Cecair EM.


Pengiraan Untuk Membuat Binaan Asas pula adalah :

1. Tapak Asas Konkrit – RM 525 (termasuk pasir, simen, upah dan lain-lain)
2. Bata Ikat – RM295
3. Plaster – RM273
4. Pasir (1 Lori) – RM150
5. Batuan kecil (1 lori kecil) – RM100
6. Pasir halus – RM100
7. Simen (20 beg x RM17) – RM340

JUMLAH KESELURUHAN: RM1,783 sahaja (Anggaran sahaja)

Modal keseluruhan (kasar) bagi perkara diatas hanya RM2,500 sahaja (dan boleh lebih murah lagi sekiranya dapat pembekal yang murah.) – Ini adalah anggaran harga di Kelantan. Lebihnya RM2,500 akan digunakan sebagai modal simpanan untuk tujuan kotigensi dan kecemasan. Modal pusingan yang diperlukan setiap pusingan akan datang dalam RM800-900 sahaja.

Sekiranya anda berminat untuk menternak keli, boleh jadikan ini sebagai panduan untuk pembinaan kolam. Mungkin akan ada sedikit perbezaan harga berdasarkan kawasan yang anda pilih. Pada entri yang akan datang admin akan kongsikan cara penjagaan ikan keli ya.


Dah Tanam 2 Tahun Besar Ni Je Ketahui Punca Dan Penyelesaiannya

 


Menanam durian ibarat membesarkan seorang bayi yang baru lahir. Jika bayi kekurangan nutrien dan dos yang diperlukan, tumbesaran akan terbantut dan mudah diserang penyakit. Sama kes dengan penjagaan pokok durian.

Artikel pagi selasa (8.9.2020) saya kongsikan beberapa sebab pokok durian tidak membesar atau terbantut serta cara penyelasaiannya.

1. Kekurangan nutrien dalam tanah. Pastikan lubang yang digali sebelum menanam anak durian (saiz lubang anggaran 1.5×1.5 atau 2×2 kaki) ditabur baja subur NPK 5:5:5 atau 15:15:15, cirp (penggalak akar), puradan dan kapur pertanian contohnya Dolomite.

2. Pembajaan yang tidak teratur. Selepas tanam dan pembajaan pertama (rujuk no.1), pastikan anda membaja secara teratur iaitu sekali dalam 2 atau 3 bulan (4-5 kali setahun) dengan baja subur npk diselang seli dengan baja foliar (cecair) seperti Ezygrow, Biobooster dan sebagainya.

3. Tanah kering dan keras. Kekurangan air menyebabkan akar durian lambat tumbuh dan pucuk durian terbantut, daun durian mula kekuningan, ibarat hidup segan mati tak mahu. Pastikan pokok durian disiram setiap hari terutama 6 bulan pertama selepas ditanam. Sebaiknya pasang sistem pengairan yang sistematik.

4. Tanah terlalu lembap. Akar durian tidak boleh menyerap baja jika pH tanah terlalu rendah (berasid), sebaiknya buat parit keliling pokok supaya air tidak bertakung bila hujan, tabur dengan dolomite untuk neutralkan balik pH tanah. Pastikan anda ada pH checker.

5. Akar diserang anai-anai, reput akar dan sebagainya. tandanya pokok yang ditanam kelihatan tidak bermaya, daun tidak menegak, kekuningan, daun mula gugur. Sila korek pada pangkal pokok untuk mengenalpasti masalah, jika ada serangan serangga, tabur dengan racun puradan.

6. Kawasan tanaman tidak sesuai. Elakkan menanam di kawasan yang rendah dan sering dinaiki air, tepi laut, kawasan berpasir. Durian lebih sesuai dan tumbuh subur di kawasan tinggi, berbukit, suhu tidak terlalu sejuk.

7. Pokok diserang serangga. Pucuk muda durian dimakan serangga seperti belalang, ulat gulung dan sebagainya. Pastikan sembur dengan racun seperti Malation dan sebagainya untuk mengelak serangga perosak. Pastikan kawasan kebun sentiasa bersih dan lakukan pemangkasan/pruning durian bila mencecah usia 2 tahun.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua pembaca. Jika anda perlukan sebarang khidmat nasihat boleh hubungi saya melalui whatsapp – Sifudurian – abaikan jika tidak setuju.


RM20 sekilogram Ikan Puyu Hibrid Ternakan yang Berpotensi Tinggi

 


Kerajaan menggalakan golongan belia untuk menceburi ternakan ikan Puyu Hibrid yang masih baru lagi di Malaysia ini. Ternakan ini adalah ternakan yang baru sahaja dibawa masuk dari Thailand dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan di Malaysia.

Menurut saudara Izzat, 33 tahun. Setelah beliau menceburi bidang ternakan ikan Puyu Hibrid ini beliau dapat membekalkan 30,000 hingga 50,000 benih ikan puyu hibrid setiap minggu.

Beliau juga memiliki 10 kolam berkonsepkan Do it yourself (DIY) yang menggunakan kanvas untuk menternak benih ikan dan transit ikan puyu sebelum dijual kepada pembeli.

Bekalan benih ikan puyu baka Chumphon F1 diperolehi dari Thailand sebanyak 200,000 hingga 250,000 ekor sebulan.



Ikan puyu hibrif mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk membesar, benih ikan puyu yang diternak ini mampu mencecah satu kilogram untuk enam ekor dan paling berat adalah 400g seekor.

Inisiatif beliau membuat kolam secara diy dan membuat makanan ikan pelet sendiri sememangnya membantu menjimatkan banyak kos. Beliau yang mendaftar sebagai pembekal rasmi ikan puyu hibrid dari Thailand itu telah memasarkan benih ikan puyu hibrid ke serata Malaysia.

Sebagai pembekal rasmi, beliau memberi jaminan sekiranya ada penggantian benih lain jika benih ikan puyu yang dibekalkan itu mati dalam tempoh 24 jam atau terbantut pembesarannya.

Ikan Puyu Hibrid yang bersaiz sekitar 300 gram ke 400 gram dipasarkan sebagai ikan mentah atau pun pekasam. Sekilogram ikan puyu hibrid ini berharga RM20.


SOP Dan Garis Panduan Ternakan Industri Burung Walit


1. Sarang burung walit sangat berharga dan memberi hasil berjuta-juta ringgit setiap tahun bagi pengusaha premis burung walit di Malaysia.

2. Percaya atau tidak, harga runcit sarang burung walet berkualiti premium dari Malaysia boleh mencecah sehingga RM66,000 sekilogram di negeri China.

3. Pada umumnya harga pasaran sarang burung walet berkualiti biasa dari Malaysia dijual sekitar RM8,000 sekilogram di China.

4. Bagaimanapun harga sarang burung walet yang tidak diproses hanya dijual pada harga sekitar RM3,000 sekilo atau lebih rendah.

5. Syarikar farmasi negeri China yang berusia lebih 300 tahun Beijing Tongrentang telah menyenaraikan harga produk sarang burung walet berkualiti tinggi sekitar RM26,648 sehingga RM66,000 sekilogram.

6. Lokasi yang dibenarkan untuk aktiviti perladangan burung walit ialah Kawasan pertanian seperti kawasan ladang, perkebunan, akuakultur, aktiviti berkaitan dengan pelancongan berasaskan pertanian.

7. Manakala lokasi yang tidak dibenarkan untuk aktiviti perladangan burung walit ialah di pusat tumpuan utama aktiviti bandar.


8. Selain itu kawasan sekolah, klinik kesihatan, tempat ibadat, kawasan taman permainan, kawasan kegunaan khas, rizab utiliti dan kawasan sensitif alam sekitar, kawasan tadahan air dan hutan simpanan kekal juga tidak dibenarkan.

9. Anda perlu Mendaftar dengan JPV dan membuat permohonan lesen premis kepada PBT yang terdekat untuk menternak burung walit.

10. Had ketinggian bangunan adalah tidak melebihi atau sama 12 meter.

11. Tempoh sah laku lesen adalah sehingga 3 tahun. Tarikh luput lesen adalah pada tarikh yang sama tahun berikutnya, iaitu sama seperti yang diamalkan bagi permohonan lesen memandu.

12. Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah sekitar RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.

13. Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia seluruh dunia.

14. Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah menghubungi jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk membuat pengesahan.

15. Sup sarang burung walit amat baik untuk merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan serta penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

16. Ia juga dipercayai mampu meningkatkan sistem imun badan dan melawan penyakit, melancarkan sistem darah dan melambatkan penuaan.



 

About

Popular Posts