RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT.
SHOLAWAT ISMUL A'DZHOM.
SHOLAWAT ISMUL A'DZHOM.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahupun sahabat-sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihaturkan keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Tiada setitik niat pun dihati ini untuk menggurui siapa, hanya mencari dan mengharap ridho Allah swt semata. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini, berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua.... Insha Allah....
Sholawat A'zhom, merupakan sholawat yang banyak khasiat dan karomah terkandung didalamnya. Sholawat ini disebut juga Sholawat Ismul A'zhom Li Rijalil Ghoib. Karya Syekh Al-Arif Al-Imam As-sayyidi Muhammad Taqiyuddin Ad-Damsyiq Al Hanbaly rhm, (Pengarang dari kitab Aqidatul Ghaib wa Thariq Rijalul Ghaib) .
Keagungan Sholawat ini telah banyak dibuktikan oleh Alim Ulama Shalaf, bahkan para Sufi Melayu sering menyebutnya dengan Sholawat Qulhu Ghoib, alasannya didalam sholawat tersebut terdapat surah Al Ikhlash, dan penciptaan nur Nabi Muhammad SAW. Sholawat ini mempunyai banyak fadhilah.
Syekh Yusuf bin Ismail An-Nabhani sendiri telah mencantumkan Sholawat ini didalam kitab nya iaitu Kitab Sa'adatud Dara'in. Bahwa Sholawat inilah yang sering digunakan sebagai wasilah untuk bertemu dengan Nabiyullah Khidir AS. (Walllahu 'alam)
Sholawat Ismul A'zhom Li Rijalil Ghoib.
اِنِّى اَسْأَلُكَ بِاسْمِكَ اْلاَعْظَمِ الْـمَكْــتُوْبِ مِنْ نُوْرِ وَجْهِكَ اْلاَعْلٰى الْـمُئَــبَّــدِ الدَّائِمِ الْبَاقِى الْـمُخَلَّدِ فِى قَلْبِ نَبِــيِّــكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَاَسْأَلُكَ بِاسْمِكَ اْاَنعْظَمِ الْوَحِيدِ بِوَحْدَةِ اْلاَحَدِ الْـمُتَــعَــالِى عَنْ وَحْدَةِ الْكَمِّ وَالْعَدَدِ الْـمُقَدَّسِ عَنْ كُلِّ اَحَدٍ وَبِحَقِّ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. قُلْ هُوَاللهُ اَحَدٌ. اللهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُــفُوًا اَحَدٌ. اَنْ تُصَــلِّـــيَ وَتُسَــلِّمَ عَلٰى سَيِّــــدِنَا مُحَمَّدٍ سِرِّ حَيَاةِ الْوُجُوْدِ وَالسَّبَبِ اْلاَعْظَمِ لِـــكُلِّ مَوْجُوْدٍ. صَلَاةً تُــثَـبِّتُ فِى قَـــلْبِى اْلاِيْمَانِ وَتُــحَفِظُنِى الْقُرْآنَ وَتُـــفَــهِّــمُنِى مِنْهُ اْلاٰيٰاتِ وَتَفْتَــحُ لِى بِــهَا نُوْرَالْجَنَّاتِ وَنُوْرَ النَّعِــيْمِ وَنُوْرَ النَّظَرِ اِلٰى وَجْهِكَ الْـــكَرِيْمِ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ.
" Allahumma inni as-aluka bismikal A’dhoomil maktuubi min nuuri wajHikal a’laa al-mu-abbadid-daa-imil baqiil mukhollad. Fii Qolbi nabiyyika wa Rasuulika Muhammad. Wa as-aluka bismikal a’dhoomi waahidi biwahdatil ahadil muta’aalii ‘an wahdatil kammi wal’adad. Al-Muqoddasi ‘an kulli ahaad. Bihaqqi…( baca surah Al-Ikhlas dari Basmalah sampai akhir surat ). An tusholliya ‘alaa Sayyidina Muhammadin sirri hayatil wujuudi was-sababil a’dhoomi likulli maujuudi sholaatan tu-tsab-bitu fii Qolbil Iimaani wa tuhaffidhunil Qur-aan, wa tufah-himunii minhul ayaati wa taftahuli bihaa nuurol jannati wa nuuron na’iim wa nuuron nadhoori ilaa wajhikal kariimi wa ‘alaa alihi wa shohbihi wa sallim."
Artinya :
" Ya Allah aku mohon kepada-Mu dengan Asma-Mu yang Agung, yang tertulis dari cahaya wajah-MU yang maha Tinggi dan maha Besar, yang kekal dan abadi, di dalam kalbu Rasul dan Nabi-MU Muhammad SAW. Aku memohon dengan Asma-MU yang Agung dan Tunggal dengan kesatuan yang manunggal, yang Maha Agung dari kesatuan jumlah, dan maha Suci dari setiap sesuatu, dan dengan hak BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM. Qulhuallahu Ahad. Allahus Shomad. Lam Yalid Walam Yulad Walam Yakul Lahu Kufuwan Ahad. Semoga Engkau limpahkan sholawat kepada junjungan kami Muhammad SAW, rahasia kehidupan yang ada, sebab terbesar bagi semua yang ada, dengan sholawat yang menetapkan iman dalam dadaku, dan mendorongku agar menghafalkan Al Quran, dan memberikan pemahaman padaku akan ayat-ayatnya, membukakan padaku dengannya cahaya surga dan cahaya nikmat, serta cahaya pandangan kepada wajah-Mu yang Mulia, juga kepada keluarga dan para sahabatnya. Limpahkan pula salam sejahtera padanya."
TATA CARA MENGAMALKAN SHOLAWAT A'ZHOM SERTA FADILAHNYA.
Dalam satu risalahnya perihal Sholawat A’dzom Li Rijalul Ghoib ini faedah tasarruf termaktub (tertulis) dalam kitab Sa’adatu Darain, karya Syeikh Yusuf bin Ismail an Nabhani. Sholawat ini mengandung faedah yang sangat luar biasa diantaranya :
KHASIAT SHOLAWAT ISMUL A'DZHOM.
1.) Jika dibaca 100x tiap hari akan mendapatkan kedudukan wali dari Auliya Allah.
2.) Apabila dibaca 1000x tiap hari, engkau akan dapat memberi nafkah secara ghaib. Dengan kata lain bila ada keperluan masukkanlah tanganmu ke dalam saku, maka akan engkau dapatkan yang engkau perlukan.
3.) Untuk membinasakan orang zholim, dibaca pada malam Sabtu 1000x, maka engkau akan melihat keajaibannya, kebinasaannya.( hati-hati jangan sembarangan, boleh kena diri sendiri )
4.) Untuk mencegah perompak dan musuh yang banyak, ambillah segenggam tanah dari bawah telapak kaki sebelah kiri, bacakan sholawat ini 7x, tiupkan pada tanah tersebut
( dijampikan ) dan lemparkan ke arah dimana musuh/perompak berada, akan terjadi kebinasaan pada mereka seketika.
( dijampikan ) dan lemparkan ke arah dimana musuh/perompak berada, akan terjadi kebinasaan pada mereka seketika.
5.) Untuk mengembalikan barang hilang dan melunasi hutang, bacalah setiap hari 7x. Tiap mulai satu kali diniatkan pahala yang engkau baca dihadiahkan ke Hadratun Rasulullah, keluarganya, sahabatnya, serta pada Rijalul Ghaib dan Ashaabun Naubah dan kepada pemimpin mereka. Dan berniat bila hajatmu tercapai engkau bersedekah dengan makanan dan pahalanya untuk mereka. Atau kau dapat memberi makan orang miskin sebagai terima kasih kepada Allah kerana barokah merekalah dan sholawat ini sehingga hajatmu tercapai. Insya' Allah.
6.) Untuk sakit kepala, demam, sakit mata, migrain ( sakit kepala sebelah ) dibacakan pada air mawar 7x dan diminumkan pada si sakit. Insya' Allah sembuh.
7.) Untuk melancarkan air susu bagi manusia atau hewan ternak, ambil air dari mata air ( perigi/sumur ) baca sholawat ini 7x diusapkan pada teteknya dan diminum, maka air susunya akan banyak. Insya' Allah.
8.) Untuk kencing tersumbat ( kencing batu karang ) dan wanita yang akan melahirkan ( susah melahirkan ) dibacakan seperti diatas.
9.) Untuk sesak nafas, medu, rasa takut, sering mimpi yang tidak baik/menakutkan, masuk angin, sakit dada, TBC, sulit tidur bikinlah air jampian seperti tadi dan dikerjakan / diminum malam hari.
10.) Dibaca untuk perempuan/laki-laki agar cepat menemukan jodohnya, dibuat air diminumkan pasti banyak yang menyukainya dan cepat menemukan jodohnya. Sudah dibuktikan.
11.) Bila didawamkan/rutin dibaca 100x setiap hari selama 40 hari, engkau akan menjadi seorang Arif mungkin Kasyaf.
12.) Untuk wanita yang menginginkan anak/mandul dibaca di air seperti diatas pada malam Jumaat dan diminumkan kemudian berjimak pada malam itu juga, dia akan hamil. Insya' Allah yang telah dicoba pada air untuk diminumkan dan dimandikan.
Catatan :
Semua faedah sholawat tersebut aku dapatkan dari dalam kitab Saadatud Dara`in karya Syekh Yusup bin Ismail An-Nabhani dengan terjemahan dari Syaikhina Habib Muhammad bin Ali bin Ahmad Syihab.
Semua dapat terjadi atas izin Allah swt, silahkan sahabat-sahabat yang mahu mengamalkan sholawat ini sambil juga berusaha mencari ijazah guru yang mempunyai sanad yang tersambung kepada Syaikh Al -Qutb Muhammad Taqiyudin Ad-Dimsyiqi ( Shahib Aqidatul Ghaib wa Thariq Rijalul Ghaib Qodasallahu Sirrohu Wa Nafa`Na bihi ).
* PERHATIAN :
Aku sarankan semua ahli Kampus Tok Penjejak Badai WAJIB mengamalkan Sholawat Ismul 'Adzhom salah satu Raja Dari Segala Raja Sholawat yang agung ini.
Semoga dengan memperbanyak membaca sholawat nabi kita kelak akan digolongkan sebagai orang-orang yang mencintai Nabi Muhammad Saw, dan bersanding dengan Rasulullah Saw, dan semoga Allah Subhanahu Wataàla memuliakan kita baik di dunia mahupun diakhirat. Aamiin..
Semoga Allah berkenan menawarkan keistimewaan dan keajaiban dikala kita masih hidup dan sesudah mati. Amin ya Robbal ‘Alamin.
Semoga bermanfaat. Wassalamualaikum wr.wb.
SELESAI...
SEKIAN DAHULU..
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan dan cerita ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah, kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH......
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
No comments:
Post a Comment