Trending

Monday, 8 October 2018

RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT SHOLAWAT 'AZHIMIYYAH



RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT.
SHOLAWAT 'AZHIMIYYAH.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahupun sahabat-sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihaturkan keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Tiada setitik niat pun dihati ini untuk menggurui siapa, hanya mencari dan mengharap ridho Allah swt semata. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini, berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua.... Insha' Allah....
Alhamdulillah Rabbil Alamin.. pada artikel terdahulu aku membahas mengenai Sholawat Ismul 'Azhom karya Syekh Al-Arif Al-Imam As-Sayyidi Muhammad Taqiyuddin Ad-Damsyiq Al-Hambaliy rhm. Kali ini aku akan bentangkan pula salah satu daripada tiga Raja Dari Segala Raja Sholawat iaitu yang ke dua ialah Sholawat 'Azhimiyyah dengan segala keutamaan fadilahnya, yang begitu banyak manfaatnya. Sholawat ini terakhir telah di Ijazah oleh Syekh Muhammad Fathurrahman M.Ag Pimpinan Pusat / Mursyid Al Idrisiyyah Indonesia yang telah mendapatkan sanad dari Gurunya sekaligus mertua beliau yaitu Syekh al-Akbar Muhammad Daud Dahlan.
Ada beberapa riwayat mengenai makna dan kunci kalimah dari Sholawat 'Azhimiyyah ini.
Dikatakan oleh sebagian Masyaikh, dan diantaranya yaitu Syekh Muhammad Baha'uddin al-Bai'ar asy-Syami, bahwa Sholawat 'Azhimiyyah mempunyai persamaan dengan ayat al-Qursi. Oleh alasannya ayat al-Qursi dikenal dengan sebutan pemimpin segala ayat di dalam Al-Quran, maka Sholawat 'Azhimiyyah juga dapat disebut pemimpin segala Sholawat, alasannya persamaan-persamaan ini.
Persamaan pertama ialah di permulaan ayat al-Qursi ada kalimah Allah. Begitu juga dengan Sholawat 'Azhimiyyah, permulaannya ialah kalimah Tuhan (dalam perkataan Allahumma). Persamaan kedua ialah di hujung ayat al-Qursi ada kalimah al-'Azhim. Begitu juga dengan keadaan sholawat 'Azhimiyyah, hujungnya ialah kalimah al-'Azhim.
Sholawat `Azhimiyyah Ijazah Syekh Muhammad Fathurrahman M.Ag.
Selain dari itu, kalimah al-'Azhim itu disebut sebanyak sepuluh kali di dalam Sholawat 'Azhimiyyah. Ini yaitu sebagai satu kode mengenai kelebihan dan kesempurnaannya berdasarkan (mengambil i’tibar dari) dua potong ayat al-Quran.
Potongan ayat yang pertama ialah pada ayat ke-196 dari Surah al Baqarah yang artinya, " Itulah sepuluh yang sempurna."
Potongan ayat yang kedua ialah pada ayat ke-160 dari Surah al An'am yang bermahfum :
" Siapa saja yang mendatangkan satu kebaikan, maka baginya sepuluh (kebaikan) yang seumpamanya."
Disifatkan sepuluh itu dengan kesempurnaan yaitu sebagai tanda perihal tiada penghujung bagi bilangan (pahala dan ganjarannya), alasannya ; Setiap kebaikan itu digandakan dengan sepuluh, dan setiap dari yang sepuluh ini digandakan lagi dengan sepuluh, dan ini bersambungan sampai tiada penghujung baginya."
Sholawat Al 'Azimiyyah sanad dari Syekh Ahmad bin Idris al-Hasaniy.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِنُورِ وَجْهِ الله الْعَظِيمِ الَّذِي مَلأَ أَرْكَانَ عَرْشِ الله الْعَظِيمِ وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ الله الْعَظِيمِ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ الله الْعَظِيمِ بِقَدْرِ ذَاتِ الله الْعَظِيمِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَد مَا فِي عِلْمِ الله الْعَظِيمِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ الله الْعَظِيمِ تَعْظِيماً لِحَقِّكَ يَا مَوْلاَنَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِراً وَبَاطِناً يَقَظَةً وَمَنَاماً وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوحاً لِذَاتِي مِنْ جَمِيعِ الْوُجُوهِ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ يَا عَظِيمُ .
Allaahumma innii as ‘aluka bi Nuuri Wajhillaahil ‘Azhiim.
Alladzii mala-a arkaana ‘Arsyillaahil ‘Azhiim.
Wa qoomat bihii ‘awaalimullaahil ‘Azhiim.
Antusholliya ‘alaa mawlaanaa Muhammadin dzil qodril ‘Azhiim.
Wa ‘alaa aali Nabiyyillaahil ‘Azhiim.
Biqodri ‘azhomati dzaatillaahil ‘Azhiim.
Fii kulli lamhatin wanafasin ‘adada maa fii ‘ilmillaahil ‘Azhiim.
Sholaatan daa-imatan bidawaamillaahil ‘Azhiim.
Ta’zhiiman lihaqqika yaa mawlaanaa yaa Muhammadu yaa dzal khuluqil ‘Azhiim. Wasallim ‘alayhi wa ‘alaa aalihii mitsla dzaalik.
Wajma’ baynii wabaynahuu kamaa jama’ta baynar ruuhi wanafsi.
Zhoohiron wabaathinan, Yaqzhotan wamanaaman.
Waj’alhu yaa Robbi ruuhal lidzaatii min jamii’il wujuuhi.
Fid dunyaa qoblal aakhiroti yaa ‘Azhiim.
ARTINYA :
" Ya Allah..! Aku memohon kepada-Mu dengan perantaraan Nur ‘Wajah’ Tuhan yang Agung, yang memenuhi tiang-tiang penyanggah ‘Arasy Tuhan Yang Maha Agung,
yang dengan (perantaraan Nur Tuhan tersebut) terciptalah seluruh alam semesta Tuhan Yang Maha Agung.
Kiranya Engkau melimpahkan rahmat ta’zhim kepada junjungan kita Nabi Muhammad yang memiliki kedudukan yang agung,
dan juga kepada keluarga Nabi Tuhan yang besar, berkat kedudukan Keagungan Dzat Tuhan Yang Maha Agung.
Sholawat yang terus menerus berkat Keabadian Allah Yang Maha Agung, sebagai Pengagungan terhadap Hak-hak-Mu, wahai Tuhan kami.
Wahai Muhammad..! Wahai Pemilik akal pekerti yang agung..! Dan limpahkan salam sejahtera kepada dia dan keluarganya menyerupai itu.
Kumpulkanlah antara saya dan beliau, sebagaimana Engkau kumpulkan antara ruh dan jiwa, zhahir dan bathin, bangkit dan tidur. Serta jadikanlah beliau, wahai Tuhanku, sebagai ruh bagi jasadku dari seluruh segi di dunia sebelum akhirat, Wahai Yang Maha Agung."
Beberapa Fadilah Sholawat ini menurut para Syekh, Imam dan Alim Ulama.
Syekh Yusuf Bin Ismail An Nabhani berkata :
Imam Ahmad bin Idris radhiyallahu anhu telah mendapatkan sholawat ini dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dengan talqin eksklusif tanpa perantara sebanyak satu kali, dan dia juga ditalqin eksklusif oleh Sayyidina Khidir' Alaihis Salam satu kali.
Sayyid Habib Al-Haddar Muhammad Al-Haddar mengatakan :
" Barang siapa membaca Sholawat Azhimiyyah 3 kali, maka Insya' Allah, dia akan mimpi bertemu Nabi SAW."
Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki mengatakan :
" Barangsiapa membacanya sebanyak 7 kali sebelum waktu Shubuh, maka ia dapat berkhasiat untuk mimpi bertemu Nabi SAW." ( Habib Husin Muhammad Syadad bin Umar, do'a-do'a bertemu Nabi SAW, hal. 146, Pustaka Hidayah) Ahli Hadist dua kota suci Makkah dan Madinah.
Yarhamuh as-Sayyid Muhammad Bin Alawiy Bin Abbas al-Malikiy menyebutkan ;
" Siapa yang membaca Sholawat Azhimiyah 70 kali sebelum terbit fajar, maka ia akan melihat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam."
Para ulama Ahli Ilmu Hikmah menyatakan :
Siapa saja yang membaca Sholawat Azhimiyah 92 kali, maka sholawat itu tak ubahnya bagaikan pedang yang tajam sehingga dengan cepat mengabulkan segala hajatnya secepat pedang tajam memutuskan leher binatang sembelihan.
Semoga Bermanfaat.Aamiin....
SELESAI...
SEKIAN DAHULU..
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan dan cerita ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah, kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH......
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts