Trending

Saturday, 20 October 2018

AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB



AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB.
CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB.
ILMU MERAGA SUKMA.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahupun sahabat-sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihaturkan keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Tiada setitik niat pun dihati ini untuk menggurui siapa, hanya mencari dan mengharap ridho Allah swt semata. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini, berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua.... Insha' Allah....
Bagi sahabat yang mencintai ilmu kebatinan, penting bagi sahabat untuk mempelajari salah satu ilmu ghaib ini. Ilmu Syahadat Ghaib merupakan salah satu ilmu kebatinan yang katanya mampu membuat seseorang menembus Alam Ghoib. Alam Ghaib atau alam dimana banyak makhluk tak kasat mata itu berada. Dengan mempelajari Ilmu Syahadat Ghoib seseorang mampu mengumpulkan energi dari alam ghoib, mengambil benda pusaka ghoib mahupun Meraga Sukma untuk berkomunikasi dengan leluhur zaman dahulu.
Ilmu Syahadat Ghoib boleh dikuasai atau dipelajari dengan amalan- amalan dan doa serta hizib. Ilmu ini akan aku kongsikan kepada sahabat-sahabat dalam artikel berikut, dimana aku mendapatkan ilmu Syahadat Ghoib ini dari seorang Pakar Ilmu Spiritual asal Kudus, Jawa Tengah bernama Kang Masrukhan, sesepuh di APC.
Selaku sesepuh di APC, beliau pakar Ilmu Spiritual sekaligus Guru Ilmu Hikmah, Kang Masrukhan sudah banyak mempelajari ilmu- ilmu kebatinan yang kata beliau amat berguna bagi kehidupan manusia. Ilmu Syahadat Ghoib adalah salah satu ilmu yang beliau kuasai dan katanya dari sinilah beliau dapat menarik benda pusaka atau berkomunikasi dengan makhluk ghaib seperti jin dan arwah para leluhur.
Amalan Ilmu Syahadat Ghoib dan Ilmu Hikmah.
- Bersihkan diri secara lahir dan bathin.
- Dirikan sholat Hajat 2 rakaat lebih dahulu.
- Setelah salam duduklah bersila, pejamkan mata dan konsentrasi di atara kedua alis(Cakra Ajna). Ucapkan kalimat doa :
" Ya Allah, berikanlah kepada hamba karomah, kemukjizatan dan keghaiban dari Syahadat Ghoib untuk menembus (....sebut alam mana hendak kita tembus seperti Alam Jin, Alam Khodam, Alam Bunian, Khodam suatu tempat dan lain-lain....). Berilah hamba ilmu dan lindungilah hamba dari kejahatan makhluk yang Engkau ciptakan." Aamiin.
LALU BACA :
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM. 1x.
SYAHADAT. 3x.
SHOLAWAT NABI. 3x.
TAWASSUL :
- Ila hadroti Rasulullah Muhammad SAW, baca al-fatihah 1x.
- Ila hadhroti Syaikh Abdul Qadir Jaelani ra, baca al-fatihah 1x.
- Ila hadroti Malaikat Jibril AS, Mikail AS, Isrofil AS, Izroil AS, baca al-fatihah 1x.
- Ila hadroti Rijalul Ghoib, baca al-fatihah1x.
- Ila hadroti Arwahul Muqoddas, baca al-fatihah 1x.
LALU BACA :
* Al Ikhlas. 3x.
* Al Falaq. 1x.
* An Naas. 1x.
* Laa Ilaha Illallah. Alam Awal, Awal 'Alimullah, 'Alimul Ghoibi Wa Syahadah. ( sebanyak-banyaknya.)
Insya' Allah kita akan melihat Alam Ghaib yang diinginkan seperti melihat tayangan televisi/video. Terkadang makhluk disana pun ada yang tidak suka dengan kehadiran kita. Hati-hatilah kerana mereka juga dapat menyerang kita. Kerana itu akan lebih baik bila kita siap dengan tenaga dalam atau pagar ghaib.
Satu hal yang penting jangan terpesona dengan Alam Ghaib atau Alam Bunian apabila punya keinginan untuk menetap disana kerana itu bukan KODRAT kita. Semua yang terjadi dalam penembusan Alam Ghaib sepenuhnya menjadi tanggung jawab kita. Cara ini pun sangat efektif untuk melakukan terawangan dll. Doa pada boleh ditukar sesuai keinginan kita. Sahabat-sahabat akan belajar banyak dari pengalaman ini.
Bila ingin ke alam nyata kembali cukup membaca Istighfar atau Sholawat dan niat.
SELESAI....
**********************
ILMU MERAGA SUKMA.
Memang indah dapat Meraga Sukma, menembus ruang dan waktu, mampu menyaksikan keindahan di luar alam nyata. Inilah salah satu cara yang aku amalkan untuk Meraga Sukma.
MANTRANYA :
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM.
SHOLALLAHU ALAIHI WASALLAM.
ALLAHUMA QUL HUALLAH, DZAT GUMILANG TANPA SANGKAN.
LIYEP. CUT PRUCUT. SUKMA NINGSUN METU SAKA RAGA. GAMPANG SAKA SARINING GAMPANG SAK NIATKU. LAN SLAMET KERSANING ALLAH.
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH. 3x.
LA ILAHA ILLALLAH. 10.000x.
TATA CARANYA :
- Mandi hadast besar dan berwudhu. Kerana kita memerlukan jiwa yang bersih untuk melepaskan sukma kita dari raga.
- Pakai pakaian putih bersih dan sapukan minyak Kasturi Putih di badan dan pakaian. Jika ada Dupa Cendana lagi baik, kerana bauan Cendana dapat rileks kan fikiran dan membantu kita fokus.
- Dirikan sholat Hajat 2 rakaat jam 12 malam.
- Selesai salam, baca Doanya :
" Ya Allah, berikanlah kepada hamba karomah, kemukjizatan dan keghaiban dari keilmuan ini untuk menembus (....sebut alam mana hendak kita tembus seperti Alam Jin, Alam Khodam, Alam Bunian, Khodam suatu tempat dan lain-lain....). Berilah hamba ilmu dan lindungilah hamba dari kejahatan makhluk yang Engkau ciptakan." Aamiin.
Lalu dibaca mantranya yang diatas..
- Untuk yang pertama kali, lebih baik lakukan secara berbaring dengan kedua tangan mendekap seperti orang sholat.
Kuncinya keyakinan saja, jangan ada rasa takut. Sebelum itu pagar dahulu diri kita.
SELESAI..
SEKIAN DAHULU..
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan dan cerita ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah, kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH......
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


4 comments:

  1. Di perguruan lain asmanya trbalik. Disini : awal alam....dst. di prguruan lain : alam awal... dst. Ga tau mana yg benar. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

About

Popular Posts