Trending

Saturday, 13 October 2018

KISAH RUH SYEIKH ABDUL QODIR AL JAILANI R.A DAN BURAQ NABI SAW



KISAH RUH SYEIKH ABDUL QODIR AL JAILANI R.A DAN BURAQ NABI SAW.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahupun sahabat-sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihaturkan keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Tiada setitik niat pun dihati ini untuk menggurui siapa, hanya mencari dan mengharap ridho Allah swt semata. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini, berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua.... Insha' Allah....
Berikut adalah Manaqib dari Rajanya para Aulia ( Qutbul Aqtob ) Syeikh Abdul Qodir Jaelani R.A, diterjemahkan dari kitab Al-Lujaini Ad-Daani yang di susun oleh Syeikh Al-Karim Ja'far bin Hasan bin Abdul Karim Al-Barzanji R.A. Mudah-mudahan sahabat dan aku mendapatkan Barokah serta Karomahnya..
Aamiin Ya Robbal 'Alamin.
Diriwayatkan oleh Syeikh Rasyid bin Muhammad Al-Junaidi dalam kitab Raudhah An-Nadzir, pada malam Rasulullah S.A.W Mi'raj, Malaikat Jibril A.S datang menghadap Rasulullah S.A.W sambil membawa binatang Buraq, telapak kaki Buraq tersebut mengeluarkan cahaya seperti cahaya rembulan.
Buraq tersebut diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W oleh Malaikat Jibril A.S. Seketika itu juga Buraq tersebut tidak mahu diam kerana sangat senang yang luar biasa sehingga Nabi bersabda :
" Wahai Buraq kenapa engkau tidak mau diam...?. Apa kerana engkau tidak mahu aku tunggangi...? ".
Buraq menjawab :
" Wahai Rasulullah S.A.W bukan aku tidak mau Baginda tunggangi, tetapi aku mempunyai permintaan kepada Baginda wahai kekasih Allah. Permintaanku adalah nanti di hari Qiamat ketika baginda masuk kedalam Surga agar tidak menunggangi yang lain kecuali aku."
Rasulullah bersabda :
" Wahai Buraq permintaanmu aku kabulkan."
Buraq pun berkata lagi :
" Wahai baginda sudikah kiranya baginda memegang pundak ku agar menjadi ciri di hari Qiamah...?"
Kemudian Rasulullah S.AW memegangkan kedua tangannya pada pundak Buraq tersebut. Kerana Buraq sangat gembiranya yang luar biasa, sehingga badannya tidak muat lagi untuk ditempati Ruhnya. Terpaksa Buraq tersebut membesar dan tinggi sampai 40 hasta. Setelah itu Rasulullah S.A.W berdiri sebentar sambil melihat betapa tingginya Buraq tersebut dan berfikir bagaimana caranya untuk naik ke punggungnya sedangkan pada saat itu tidak ada satupun tangga untuk naik. Pada saat itu juga datang ruh Syeikh Abdul Qodir Al-Jaelani seraya berkata :
" Silahkan Baginda naik ke pundak saya."
Kemudian Rasulullah S.A.W naik ke pundak ruh Ghautsul 'Adzom Syeikh Abdul Qodir Jaelani ra. Kemudian Syeikh Abdul Qodir berdiri sehingga Rasulullah S.A.W dapat naik ke pundak Buraq kemudian Nabi bersabda :
" Dua telapak kakiku menaiki pundakmu wahai Abdul Qodir. Maka telapak kakimu nanti yang akan menaiki pundak semua para Wali - Wali Allah."
SELESAI....
ASR SYEKH ABDUL QODIR JAELANI
PENGIJAZAHAN ASR SYEKH ABDUL QODIR JAELANI
Bismillahirrahmanirrahim.
MANTRA ASR SYEKH ABDUL QODIR JAELANI RA.
INNA QUWATIN FAQOWWINI BIJAHIN WA SULTHONIN WAMULKIN TARODAFAT. 1000x.
TATA CARANYA :
- Penyatuan ilmu selama 7 hari setiap jam 12 malam. Boleh di dalam bilik / kamar.
- Di baca sebanyak 1000x, setiap malam.
- Selesai penyatuan selama 7 hari, setiap lepas sholat Subuh dan Maghrib di baca sebanyak 3/ 7 atau 21x.
KHASIATNYA :
Multifungsi. Tergantung niat kita.
Silahkan di amal dengan ikhlas semoga bermanfaat Dunia dan Akhirat. Aamiin..
SEKIAN DAHULU..
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan dan cerita ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah, kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH......
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.





1 comment:

About

Popular Posts