Trending

Saturday 13 October 2018

KESURUPAN MASSAL DI SEKOLAH



............." KESURUPAN MASSAL DI SEKOLAH "...............
Assalam......Sahabat2 yg aku hormati semua, tidak kira di mana pun berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Dan selawat senantiasa di hatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dgn mengharap Ridho Allah dan dgn kerendahan hati yg paling dalam,izinkan aku yg miskin ilmu dan doif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk di kongsi bersama para sahabat2 semua. Insya Allah.....
Hari ini aku bercerita kembali tentang 'Kesurupan Massal' yg terjadi di sekolah. Dan kerana masalah inilah juga,segala ilmu2 yg aku miliki selama ini di cabut oleh sang guru yg aku hormati, kerana kebongkakan dan kesalahan aku sendiri. Macam mana ceritanya, mari sahabat2 ikut aku mengimbas apa yg sebenarnya terjadi.
Kisah ini terjadi di sebuah sekolah SMK Amaliah, Ciawi, Kabupaten Bogor. Puluhan para siswi(pelajar wanita) kesurupan saat upacara bendera sebelum memulakan pelajaran. Ok...mari kita mulakan dari awal ceritanya.
Ketika aku sampai Jakarta dari Pantai Parangkusuma, kerana jemputan dari Ibu Ratu Pantai Selatan, aku terus ke tempat 'Asia Paranarmal Club,' tunggu Nasir Anglir dan Andi sampai di situ. Aku sampai dahulu di situ dan ada beberapa sahabat2 yg lain. Seperti biasalah kalau dah berkumpul satu kepala, apa lagi yg di bincangkan,kalau tak perihal makhluk ghaib.
3 hari di situ(APC) baru Nasir Anglir dan Andi sampai. Aku lihat Andi ceria sangat2, apa tak dah dapat ilmu yg di ijazahkan kepadanya oleh Nasir.(ilmu Anglir). Dua hari di sana Andi dapat call dari cikgu Zaini, kawannya dari Bogor. Katanya sekolah tempat dia mengajar di landa 'kesurupan massal', ia meminta Andi membantunya dalam masalah ini. Andi datang pada aku dan Nasir Anglir sambil berkata:
" Badai,Nasir mau ngak ikut aku ke Bogor." Nasir Anglir yg menjawabnya.
"Ada masalah apa Andi ?
"Kawan aku katanya, di sekolah tempat dia mengajar terjadi kesurupan massal. Sudah seminggu kejadian ini berlaku." kata Andi.
" Aku tak ada duit,mau ke sana. Lagi 3 hari baru ada." aku katakan padanya.
" Kalau Badai tak pergi,aku pun tak mau pergi." Nasir Anglir pula mencelah.
"Ngak apa2." kata Andi.
"Teman aku yg akan bayar semuanya." sambung Andi.
Nasir Anglir tenguk muka aku,aku tenguk muka dia,sama2 anguk kepala tanda setuju.
"Ok...bila kita nak berangkat ke sana ?." aku tanya pada Andi.
"Hari ni Sabtu,esok Minggu,hari Isnin saje kita pergi." kata Andi pada kami.
Malamnya aku buat ritual 'Meraga Sukma' untuk melihat ada apa kat sekolah itu.
HARI BERSEJARAH BAGI AKU.
Pada pagi Isnin 30.9.2013 kami bertiga pun berangkat ke Bogor. Sampai di sana, kami tak terus ke sekolah SMK Amaliah,tapi ke rumah cikgu Zaini. Sampai sana hari dah malam, Zaini datang sambut kami lalu terus ke rumahnya. Di rumah Zaini, kami berbincang dan mencari info sebanyak yg mungkin. Agar nanti tidak ada masalah. Malam tu juga,aku buat 'terawangan' untuk melihat di mana puncanya.
Menuruk penuturan cikgu Zaini, peristiwa itu,bermula saat upacara menaikkan bendera sedang berlangsung. Selain itu, kejadian tersebut sudah berlanjut selama seminggu, kata cikgu Zaini. Ketika menaikkan bendera berlangsung, dgn secara tiba2 belasan siswi(pelajar perempuan) berteriak histiria tak sadarkan diri. Awalnya hanya satu, namun setelah dapat di tenangkan, satu persatu siswi lainnya mulai ikut kesurupan, sampai belasan pelajar. Para siswi yg mengalami kesurupan di bawa ke ruang guru untuk mendapatkan rawatan.
Ketika kami berbincang2 dgn guru besar, tiba2 datang murid melaporkan ada terjadi kesurupan di bilik darjah cikgu Zaini sendiri. Kami pun bergegas ke sana, sampai di situ aku lihat seorang siswi(murid wanita) terjerit2 histiria. Andi pun turun tangan,melakukan rawatan. Setelah murid pertama sadar,jatuh lagi satu mangsa. Belum selesai Andi rawat, jangkit lagi satu orang. Wah... Ini tak boleh jadi, sampai bila nak 'game over'.?
Dalam class cikgu Zaini, ada seorang muridnya bernama Rizky umur 12 thn. Pada aku dia anak "indigo"(kanak2 yg berkemampuan melihat alam atau makhluk ghaib). Dia kata pada cikgu Zaini.
"Cikgu,di belakang Atikah(murid perempuan) ada nenek yg tua duduk di atas badannya." kata Rizky.
Baru aku tahu dia anak Indigo. Setelah dia kata bergitu,aku pun menggerahkan mata batinku. Benar ada nenek yg sangat2 tua bergayut di belakang badan Atikah. Tapi bukan hanya satu, ada ramai kuncu2nya. Lalu aku katakan pada Andi dan Nasir Anglir.
"Andi,Nasir kalau kita lakukan(rawat) cara macam ini, sampai bila pun tak habis."
" Lalu kita nak buat yg macam mana,Badai." kata Andi cemas.
"Aku rasa kita buat 'Meraga Sukma',kita cari dan gempur tempat mereka."
jawab aku pada Andi dan Nasir Anglir.
Andi pun bertanya pada cikgu Zaini tentang pendapatnya. Dia setuju aje,asalkan tidak ada lagi gangguan di sekolahnya. Kita cuba dulu buat di sini, aku katakan pada Andi dan Nasir Anglir. Aku pun memantapkan zikir sambil membacakan ayat pembuka tabir ghaib, dgn niat untuk bersemuka dgn nenek tersebut. Aku,Andi dan Nasir Anglir pun memulakannya. Aku membacakan tiga kali al Fatihah dan berzikir sehingga jauh disanubari,lalu aku bacakan doa:
"Allahhu Yatawaffal Anfusahina Tiha Wallati Lamtamut Fi-Manamiha Fayumsikul Lati Qodo 'Alaihalmau-ta Wayursilul Ukhro Ila-Ajalim Musammam. Inna Fi-zalika La-Ayatin Liqaumiy Yatafakkarun."
Sebaik saja aku melepasi kabus putih yg menutupi,memang aku melihat nenek tua rambut menggerbang putih, terlihat dgn jelas wujudnya. Ketika ini perempuan tua rambut mengerbang berligar2 di atas busuk dan dikelilingi oleh lembaga2 berbagai rupa. Marah sangat perempuan tua rambut mengerbang itu apabila aku terconggol di hadapan dia. Andi dan Nasir Anglir baru tiba di belakang aku. Aku pun berkata padanya.
"Ini tempat tinggal kami, merekalah yg mengganggu kami, mereka mengotorkan tempat tinggal kami." katanya mencebik bibir.
"Ini tempat tinggal kami,merekalah yg mengganggu kami, mereka mengotorkan tempat tinggal kami." katanya mencebik bibir.
"Kamu jgn memberi alasan, ini alam manusia alam kamu terserah apa yg kamu mahu lakukan." aku kata padanya.
"Budak sombong lagi bongkak, kamu bukan orang sini kenapa kamu mau ambil tahu masalah di sini." katanya mengejek aku.
"Ini sudah menjadi masalah aku, dan aku beri kamu tempoh lima minit......"
Belum sempat aku habiskan kata2, dia dah potong kata2 aku.
"Kalau tak,apa yg kamu boleh buat,haa...budak sombong." katanya sambil mencemik bibir.
"Aku akan berkasar dgn kamu." kata ku memberi amaran kepadanya.
"Cubalah kalau kamu mampu budak sombong, baru memiliki ilmu secuil udah bongkak." katanya pada aku.
Aku pun angguk kepala pada Andi dan Nasir Anglir,untuk serbu dia dan lembaga2 yg bersama dgnnya. Setelah aku bacakan doa cemeti Jibril dan surah An Naas 3x, lalu aku tiupkan padanya. Keluar api berwarna biru mengejarnya mereka ke mana pun lembaga2 dan perempuan tua itu lari, api tetap menyambar2 pada mereka.Terpekik2 dia lari kepanasan mencari tempat berlindung.
Aku berkata padanya.
"Bukankah kamu bangsa Jin di cipta dari api, kok kamu lari kepanasan." kata aku mengejeknya.
Terkial2 perempuan tua berambut mengerbang putih dan lembaga2 bersamanya itu bertahan apabila api terus menyambar seluruh tubuhnya. Tidak bertangguh lembaga2 yg bersama perempuan tua itu lari bercempera lari menyelamatkan diri apabila Nasir Anglir melaungkan azan tujuh kali.
Kemudian aku menyuruh Andi bacakan 21 kali:
"SALAMUN 'ALA SULAIMAN FIL-'ALAMIN."
Setelah di hembus ke arah perempuan rambut mengerbang itu,jelmaan perempuan tua berkenaan cair laksana lilin diganggang pada api. Sekaligus jeritan nyaring perempuan tua rambut mengerbang itu bergema ke udara menahan kesakitan yg amat sangat. Perempuan tua rambut mengerbang itu berubah menjadi asap hitam yg berlegar2 di atas busut itu.
Setelah kejaran api berhenti,dia dan kuncu2nya masih nekad mahu menyerbu Nasir Anglir dan Andi. Belum sempat dia dan kuncu2nya sampai, mereka terpental beberapa meter ke belakang tersungkuh dalam kesakitan seperti melanggar tembok yg kukoh. Dia masih nekad lagi, lalu serbu dgn rantai besi yg merah menyala yg ada di tangannya. Sebaik saja dia menerkam,Andi mengisar tumit kaki kirinya sambil membacakan ayat pasung bumi.
"KAF HAA YA AIN SHOD. HA MIM AIN SIN QOF. Bukan Aku Memijak Bumi,Tapi Memijak Jantung Kau."
Terpaku perempuan tua rambut mengerbang di situ sambil memegang dadanya,seperti di pijak orang dada perempuan tua rambut mengerbang.
"Udah...udah,jgn bunuh aku. Ampun..ampun,tidak terlawan aku." kata perempuan tua rambut mengerbang itu.
Tiba2 muncul rantai besi yg merah menyala menuju ke arah Andi. Nasib baik Andi sempat mengelak. Terpaksa Andi melepaskan tumit kakinya untuk mengelakan dari rantai besi merah menyala itu menyingah padanya. Terkekeh2 perempuan tua rambut mengerbang itu ketawa. Rupa2nya ada lembaga berbentuk lelaki kurus tua yg menyerang Andi dgn rantai besi merah menyala tadi. Orang tua itu berlegar2 mahu mencari ruang untuk menyerang lagi.
Memang panas berbahang rantai besi merah menyala yg di lwpaskan ke arah Andi tadi,sehinggakan aku pun boleh merasa kepanasannya.
Kuncu2nya pun muncul kembali setelah mendapat pertolongan dari lelaki tua kurus itu.Walau pun mereka tahu, mereka tidak mampu melawan kami, tapi mereka masih nekat. Mereka menyerang kami dgn anak panah yg berapi,mungkin ribuan anak panah berapi yg mereka lepaskan ke arah kami bertiga. Aku menguatkan zikir,Andi dan Nasir Anglir pun bergitu, sehingga membentuk cahaya putih yg menyelaputi kami bertiga. Sebaik sahaja anak panah berapi menyinggahi cahaya putih yg melingkar di tubuh kami,semua habis menjadi debu.
Bertambah marah orang tua dan perempuan tua berambut mengerbang itu,apabila melihat semua anak panah yg menyinggahi cahaya putih habis menjadi debu tidak bersisa. Nasir Anglir pula membaca al Fatihah tiga kali di ikuti dgn bacaan surah as Saffa ayat 1 hingga 10. Satu putaran angin kencang memutar lelaki tua dan perempuan tua rambut mengerbang bersama dgn kuncu2 mereka seperti uri gasing ligat.(teringat masa kanak2 main gasing)
Jeritan lelaki tua dan perempuan tua rambut mengerbang berserta semua lembaga2 itu bergaung di dalam putaran angin kencang itu. Andi pula melaungkan azan tujuh kali sehinggakan bumi bergoncang dan bukit2 menghempap mereka.
Setelah 45 minit begitu, bayangan asap hitam berupa perempuan tua rambut mengerbang dan lelaki kurus tua itu nampaknya terlalu lemah untuk bangun semula. Sebelum mereka menghilangkan diri, perempuan tua rambut mengerbang itu berkata kepada kami:
"Sampai bila2 pun aku dan anak buah aku akan tetap mengganggu anak2 yg bersekolah di sini." kata perempuan tua rambut mengerbang itu kepada kami.
Setelah berkata bergitu mereka semua hilang melarikan diri. Maka keadaan di sekolah itu menjadi tenang semula, tetapi belum selesai lagi masalah ini. Aku tanyakan pada Rizky(anak Indigo).
"Adik Rizky nampak lagi tak nenek tua tu di sini ?"
"Tak ada lagi paman, tapi dia kata dia akan datang lagi membawa teman2nya." kata Rizky pada aku.
"Adik Rizky,boleh tak aku tanya apa yg adik nampak,sebentar ya...."
Aku pun pusing membelakangi,Rizky lalu aku bacakan surah ayatul Qursi lalu aku tiupkan ke tangan, dgn niat mengujudkan ayatul Qursi menjadi pedang yg tajam. Lantas aku tanyakan padanya apa yg dia nampak.
Dgn secara sepontan dia lihat tangan aku,sambil di tunjukkan ke arah depan dgn jarinya.
"Paman, tangan paman menjadi pedang yg tertulis dari ayat2 yg bercahaya panjang ke depan." katanya.
Tapi,katanya."Badan paman tadi ada sinar cahaya yg berada di sekeliling badan paman dan teman2 paman,itu apa paman."
"Itu pendinding tubuh aku." jawab aku perlahan.
"Patutlah setiap kali dia menyerang atau menerkam,mereka akan terpental kerana terlanggar cahaya itu." katanya.
Sama juga, ketika aku menbacakan ayat2 tertentu ke dalam air, bila di tanyakan padanya dia kata air ini berubah warnanya. Lain ayat lain warnanya. Ok...kita balik semula cerita tadi.
Aku pun berbincang pada Andi, Nasir dan cikgu Zaini. Mahu mengambil keputusan yg mana satu. Biarkan mereka bergitu atau buat sesuatu.Mereka penuh dgn tipu muslihat. Apabila kalah mereka akan berundur buat sementara dulu. Kemudian akan datang semula mengganggu. Setelah berbincang, kami pun setuju untuk memindahkan mereka(Jin) dari sekolah itu. Andi dan Nasir Anglir pun berkata:
"Badai... Aku dan Nasir takde ilmu untuk memindahkan mereka, hanya kau saje yg ada(Ilmu Rajeh Di Rajeh).
Kami pun membuat penelusuran mencari di mana lokasi perkampongan mereka.
Nah......Dah dapat,......perkampongan mereka berada di belakang sekolah di kawasan pokok besar di tepi sungai. Ketika kami sampai, mereka(bangsa Jin) berkerumun di situ. Aku suruh Andi dan Nasir Anglir untuk membuat pagar dinding di seluruh area perkampongan mereka. Dan aku membuat ritual 'Asmak Rajeh Di Rajeh'. Setelah 15 minit aku memrapal Asmak Rajeh Di Rajeh, aku merasakan energinya sudah mencukupi, aku mengunakan ayat pertama(RDR), lalu aku pasungkan agar mereka tidak boleh lari atau keluar. Langsung aku campakkan mereka kat Laut Selatan di mana Ibu Ratu Kidul berkuasa. Ia mengabil masa setengah jam untuk selesai.
Setelah semuanya selesai dan keadaan di sekolah pun aman, kami pun balik ke rumah cikgu Zaini. Tapi cikgu Zaini menyuruh kami tinggal satu atau dua hari lagi, mana tahu kalau gangguan datang lagi. Setelah dua hari di rumah cikgu Zaini keadaan di sekolah tenang, tiada lagi laporan siswi yg kerasukkan. Dah selesai tugas kami di situ, tetapi bagi aku ada masalah yg lebih besar lagi yg aku hadapi. Iaitu,aku kehilangan seluruh ilmu yg aku ada, kerana di tarik balik oleh Guru aku. Kenapa dan mengapa boleh jadi bergitu......?
Nanti aku sambung balik cerita ini,kenapa Abah Anom guru tercinta aku menarik segala ilmu2 yg ada pada aku. Apa kesalahan yg telah aku buat, sehingga sang guru sangat marah dan menarik balik ilmu yg di ajarkan pada aku ??
Bersambung.......
Seperti biasa,ambil sisi positif dari cerita ini,yg negetif jgn di ambil.Dan kekuatan yg tak bisa di tanding,adalah Kekuatan daripada ALLAH SWT.Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa atau tingkah laku yg tak berkenan di hati sahabat2 semua,aku, Tok Penjejak Badai dgn merendah diri memohon maaf kepada semua sahabat2.
Marilah kita berlapang dada dan berlajar mengikhlaskan hati. Jgn lah kita terburu2 membuat keputusan,kelak akan ada dampaknya. Perjalanan seribu batu,bermula dgn satu langkah. Pengorbanan hari adalah untuk kerjayaan di har esok.
OLEH:
TOK PEJEJAK BADAI.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts