Trending

Monday 8 October 2018

Nama Penuh Nabilah Ali Dally


Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally (lahir 27 September 1991) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Bakat beliau dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama pada 2009, dan sejak itu beliau telah berlakon dalam beberapa drama TV, filem dan telefilem.
Beliau dilahirkan pada 27 September 1991 di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik kepada ibunya Weana Quadra dan bapanya, Ali Dally Abdul Wahid Daly. Beliau mempunyai seorang abang. Nabilah memiliki darah campuran bapa (Melayu-Pakistan) dan ibu (Pan Asian-Filipina).
Beliau menukar namanya dari Nabilah Dally kepada Bella Dally bagi mengelakkan kekeliruan dengan pelakon Nabila Huda; pada 2014, beliau memutuskan untuk memakai tudung. Beliau berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016, namun mengumumkan penceraian mereka pada 17 Mei 2018.
  • Nama Penuh: Nabilah Ali Dally
  • Nama Popular: Bella Dally
  • Tarikh Lahir: 27 September 1991 (27 Tahun Pada 2018)
  • Adik-Beradik: Anak bongsu dari dua beradik
  • Pasangan : Nazim Othman (bercerai 2018)
  • Asal: Kota Kinabalu, Sabah
  • Agama : Islam
  • Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pekerjaan: Pelakon dan model
  • Pencapaian: Finalis pilih kasih musim pertama, 2009
  • Drama: Qalisha 2, (2010), 6 Progresif, Serapah Darah Bulan Madu, Inspirasi Varsiti, Sehelai Rambut Dibelah Tujuh, Jangan Bunuh Matahariku, Kalimah jiwa (2013), Drama Vanila Coklat, Akulah Balqis (2015),Cinta 11 Syarat (2016)




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts