Trending

Saturday 13 October 2018

ILMU MEMBUKA TABIR ALAM GHAIB




 ........... ILMU MEMBUKA TABIR ALAM GHAIB.......
Assalam.....Sahabat2 semua,oleh kerana terlalu ramai yg bertanya aku tentang Alam Ghaib.Sekali lagi aku beberkan dan share Ilmu yg telah di ijazahkan pada aku oleh Pak Imam Badawi asal Cirebon,Jawa Barat,pada thn 18 Sep 2012 yg lalu.
Orangnya sangat santun dan meredah diri.Beliau tidak akan bosan atau marah selagi muridnya belum dapat menembus 'Alam Ghaib' dan melihat Qorin atau (khadam) Jin yg selama ini tidak kita ketahui akan keberadaan mereka yg menjadi 'pendamping' kita.Dan beliau juga akan memberi senjata2 ghaib pada murid2nya.Aku sediri di kasi senjata berbentuk "sabuk" bila di gunakan seperti kilatan2 petir.Ok ..mari kita sambung cerita tadi.
Ilmu ini berguna untuk memperkuat wadah kita,sehingga kita yakin dan boleh mengamalkan ilmu apa saja yg sesuai dgn kita..
BERIKUT AMALAN NYA:
"QOOLA FA INNAKA MINALMUNDZIRIRIIN,ILAA YAUMIL WAQTIL MA'LUUM" 41x (surah SAD:80-81)
DI LANJUTKAN BACA:
1) Al Ikhlas 1x
2) Al Falaq 1x
3) An Nas 1x
4) Ayat Qursi 1x
CARA2 NYA:
a. semua ayat di atas di baca jam 12 malam.
b. siangnya puasa putih 3 hari (sahur dan buka hanya nasi putih dan air putih)
c. setiap selesai sholat baca doa ini;
"YA ALLAH,YA MUHAMMAD,YA KHIDIR,YA SYEKH ABDUL QODIR AL JAILANI,HAMBA MOHON BERKAH DAN KAROMAH MU.BANGKITKAN LAH DAYA METAFIZIK DALAM BADAN HAMBA.BERILAH KEKUATAN ENERGI DAN KAROMAH ILMU INI DGN SEMPURNA PADA HAMBA.SEMOGA BERMANFAAT DI DUNIA DAN AKHIRAT"....AMIN YA ROBBAL ALAMIN....
Insya;ALLAH sahabat tidak akan takut dgn makhluk ghaib apa pun.Selesai proses penyatuan ilmu ini.Sekarang ilmu cara membuka tabir ghaib@khasaf.
Asma' pembuka dan penutup Wadak ilmu ghaib.Aku pesan,jgn terus menerus membuka 'hijab' mata batin,kerana nanti ditakuti tidak dapat menutupnya lagi.Nanti kecoh jadinya,kemana2 sahabat pergi,sahabat dapat melihat hantu dan makhluk ghaib yg lainnya.Nanti orang kata sahabat dah gila,tunjuk sana tunjuk sini nampak hantu.Gunakan ilmu ini hanya jika perlu sahaja,setelah itu tutup kembali mata batin sahabat.Dan lagi satu aku ingatkan,jgn gunakan ilmu ini untuk melihat no.ekor.'4D'.
Kerana setiap sesuatu ada Hukum Karma nya.
...... ILMU PEMBUKA PINTU KHASAF@GHAIB.....
Ini kunci pembuka alam ghaib.
1) ASYHADU ALLA ILA HAILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADARASULULLAH 3X (tahan nafas)
2) ALLAHUMA SHOLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA ALI SAYIDINA MUHAMMAD 3X (tahan nafas)
3) ASTAGFIRULLAHI ADZIM,ALLADZI ALILAHA ILLAH HUWAL HAYYUL QAYYUM WA ATUBU ILAIH 3X (tahan nafas)
4) YA QAYYUM 3X (tahan nafas)
5( YA FATTAHU 3X (tahan nafas)
6) ALLAHU AKBAR 3X (tahan nafas)
7) LAA HAULA WALAA QUWWATA ILAA BILLAHIL ALIYYIL ADZIIM 3X (tahan nafas)
Inilah ayat pembuka Khasaf dan juga penutup Khasaf@mata batin.
Semoga ilmu ini ada manfaat nya kepada sahabat2 yg ingin sangat melihat Alam Ghaib atau apa pun masalah2 menggenai dunia ghaib.
Versi ke 2, Ilmu Menembus Alam ghaib.Yg ini lebih mudah dari yg di atas.Ilmu ini juga boleh di gunakan untuk membuka Tabir Alam Ghaib atau Alam Bunian di mana saja.
ILMU MENEMBUS ALAM GHAIB@ ALAM BUNIAN
Sebelum sahabat2 mengunakan ilmu ini,aku sarankan pada sahabat,siapkan mental agar sahabat tidak terkejut dan takut ketika mata batin sahabat terbuka dan melihat cahaya2 yg terang benderang menerpa kehadapan muka sahabat.Itulah alam ghaib.Tanda2 terbukanya alam ghaib,sahabat akan mendengar suara angin yg menderu di sekitar kawasan sahabat melakukan ritual pembukaan alam ghaib dan juga seoleh2 di tempat situ ada gempa bumi.Sahabat juga harus mempersiapkan diri untuk bertahan dari serangan dan gangguan dari makhluk ghaib.Dari itu sahabat harus serahkan diri 100% kepada ALLAH SWT.
Kekuatan batin yg sudah terlatih secara rutin dan terus menerus akan membuat pandangan mata batin semangkin tajam,hingga dapat menembus dimensi dan menangkap fikuensi2 alam yg lebih dalam.Contohnya dapat melihat 'flashback' kejadian masa lalu.
CARA MELAKUKAN NYA:
1) posisi duduk bersila/meditasi ke2 tangan di letakkan di atas lutut dan ke2 mata terarah lurus ke depan,tarik nafas dalam 4 hitungan/detik dan keluarkan dgn 7 hitungan/detik,kedua2 melalui hidung.Hitungan harus sama dan teratur.
2) pejamkan mata dan pusatkan 'KE 1 TITIK DI ANTARA KE 2 BELAH MATA'.Heningkan batin sehening2nya sambil mengatakan dalam hati sebanyak 13x.
"ALLAHUHUMMA ANTAS SALAM,QADIA HAJJADI,GHOIBBUSIRRI MASYA'ALLAH ,LA HAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH"
3) tahan nafas dan pejamkan mata sampai nampak sinar ghaib putih.jika tak tahan nafas,lepaskan dan tarik nafas kembali.
4) biarkan cahaya putih menjadi biru biruan lalu berubah lagi menjadi kekuning kuningan kemudian membesar dan pecah kemudian lenyap.
5) setelah lenyap akan nampak pemandangan aneh yg belum sahabat lihat sebelumnya.Itu lah alam ghaib yg di huni bangsa Jin.Sahabat juga merasai bau,warna,suara yg khas.jangan terkejut dan takut bila melihat banyaknya makhluk Jin berselisih bahu dgn sahabat.Kadang2 menggaggu,selalunya Jin Hantu Raya,Jin gendoruwo,Jin yg merip dgn manusia juga Jin2 Muslim.Usah melawan mereka dgn tenaga fizik mau pun dgn ayat2 penghapus Jin syaitan.Secepatnya menghidar saje dari serangan mereka kerana sahabat belum biasa atau mahir dgn alam mereka,lagi satu mereka ramai geng sedangkan sahabat seorang saje.
6) berhasil atau tidak tergantung pada kualiti amalan sahabat dan juga batin sahabat.
Bila ilmu ini berhasil,sahabat mampu menembus alam ghaib.Sesuai dgn sifat ROH kita mampu menembus ruang dan waktu juga dimensi.Roh yg bersifat ghaib akan mampu menembus alam2 ghaib sehingga tak ada alasan kita untuk takut apa lagi mengingkari alam ghaib.Nasihat aku jgn lah gunakan ilmu ini untuk mencari keuntungan apa lagi menjadi bongkak kerana memiliki ramai sahabat2 dari golongan Jin.Angaplah mereka sebagai kawan sesama makhluk ALLAH SWT yg saling hormat menghormati dan menyayangi tanpa bermaksud menyakiti.
Seperti biasa,ambil yg positif dari cerita ini yg negetif jgn di ambil.Kekuatan yg tak bisa di tandingi adalah Kekuatan daripada ALLAH SWT.Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yg tak berkenan di hati sahabat2 semua,aku Juraimie Ismail dgn merendah diri memohon maaf dari sahabat2 semua.
Angaplah cerita ini sebagai hiburan belaka.
TERIMA KASIH..........
DI IJAZAHKAN OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


3 comments:

  1. Qobhiltu Guru ,, mohon ijin untuk melanjutkan amalan nya. 🙏🏼🙏🏼🙏🏼
    Jak-bar guru, hadir @fikkiulumi

    ReplyDelete
  2. qobiltu. mohon ijin mengamalkan nya

    ReplyDelete

About

Popular Posts