AMALAN WIRID ENAM BASMALAH.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahupun sahabat-sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihaturkan keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Tiada setitik niat pun dihati ini untuk menggurui siapa, hanya mencari dan mengharap ridho Allah swt semata. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini, berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua.... Insha' Allah....
Wirid ini multifungsi. Disebut Enam Basmalah kerana ada enam kata basmalah di dalamnya.
1.) Bismillaahis Samii'il Bashiir, alladzii laisa kamitslihii sya-un wahuwa bikulli syai-in 'Alim.
2.) Bismillahil khallaqil'aliim, alladzii laisa kamitslihii syai-un wahuwal Fattaahul 'Aliim.
3.) Bismillaahil ladzii laisa kamitslihii syai-un wahuwal 'Aliimul Qobiir.
4.) Bismillaahil ladzii laisa kamitslihii syai-un wahuwal 'Aliimul Qodiir.
5.) Bismillaahil 'Aziizil Kariim, alladzii laisa kamitslihii syai-un wahuwal 'Aziizul Kariim.
6.) Bismillaahil Ghafuurir Rahiim, allaadzii laisakamits lihii sya-un wahuwal Ghafuurur Rahiim. Fallaahu khairun haafizhan wahuwa Arhamur Rahimiin.
2.) Bismillahil khallaqil'aliim, alladzii laisa kamitslihii syai-un wahuwal Fattaahul 'Aliim.
3.) Bismillaahil ladzii laisa kamitslihii syai-un wahuwal 'Aliimul Qobiir.
4.) Bismillaahil ladzii laisa kamitslihii syai-un wahuwal 'Aliimul Qodiir.
5.) Bismillaahil 'Aziizil Kariim, alladzii laisa kamitslihii syai-un wahuwal 'Aziizul Kariim.
6.) Bismillaahil Ghafuurir Rahiim, allaadzii laisakamits lihii sya-un wahuwal Ghafuurur Rahiim. Fallaahu khairun haafizhan wahuwa Arhamur Rahimiin.
KHASIATNYA :
1.) Dibaca 70 kali kita akan aman dari ancaman pembunuhan.
2.) Dibaca di tempat yang suci, dapat melihat Jin.
3.) Dibaca di malam Jumaat 20x, kita akan melihat Alam Arwah.
4.) Aman daripada serangan binatang buas. (baca 1 x usai sholat fardhu dan saat akan masuk ke hutan tempat yang ada binatang buasnya).
5.) Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca 1x, maka sawah ladang aman dari ancaman babi, tikus atau burung.
6.) Selamat dari bahaya kejahatan. Air laut menjadi tawar, selamat dari tenggelam di laut. (baca 1x usai sholat fardhu dan saat akan mulai berlayar).
7.) Jika dibaca dan dihembuskan pada air putih pada malam Jumaat tiga kali kemudian diminum kepada perempuan hamil, maka akan mudah bersalin.
8.) Orang yang sakit telinga hingga tidak boleh mendengar, jika dibaca pada telinganya 1x usai sholat fardhu selama 7 hari niscaya dapat/boleh mendengar.
9.) Orang gila atau yang dirasuki makhluk halus apabila dibaca di telinga tiga kali maka makhluk halus akan keluar dari tubuh.
10.) Mahluk halus akan sakit/terbakar bila memasuki kawasan/rumah yang sering diwiridkan amalan ini.
11.) Penawar segala jenis racun dan bisa. Caranya :
* Letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fatihah 7x dan lanjutkan dengan wirid di atas 1x. Tiup tempat tersebut dan sedikit diurut. Baca juga ayat ini pada air yang sudah dibubuh garam bukit 3 butir untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Racun dan bisa akan keluar dari tubuh.
12.) Memenangkan perkara di pengadilan dan keluar dari penjara. Caranya :
* Baca 1x usai sholat fardhu dan saat akan dimulai pembicaraan dijalankan pengadilan.
13.) Hajat dan keinginan tercapai. Caranya :
* Baca 1x usai sholat fardhu.
14.) Membuka pintu rezeki. Caranya :
* Baca 1x usai setiap sholat fardhu. Diamal secara istiqomah.
14.) Pelet Pengasihan. Caranya :
* Baca 1x usai sholat fardhu sambil di bayangkan wajah yang di tuju. Boleh juga dibuat minyak pengasih. Dibaca 100x pada minyak Kasturi Putih atau Kasturi Kijang.
* Menang dalam peperangan. Caranya :
* Baca 1x usai sholat fardhu dan sebelum berangkat perang. Boleh juga ketika mahu pergi mengubat orang, dijadika pagar yang ampuh.
15.) Penerang Hati. Caranya :
* Baca 1x usai sholat fardhu dan saat hati gundah. Juga boleh di buat air untuk diminum.
16.) Penyembuh Sakit. Caranya :
* Letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fatihah 24x dan lanjutkan dengan wirid di atas. Tiup tempat tersebut dan sedikit diurut. Baca juga ayat ini pada air yang sudah dibubuh garam bukit 3 butir untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Penyakit akan keluar dari tubuh yang sakit diikuti oleh muntah.
* Doa ini juga boleh digunakan untuk binatang ternak yang dipatuk ular atau sakit. Caranya :
- Bacakan wirid dan hembuskan pada makanan dan air yang akan dimakan binatang ternak (misalnya rumput).
17.) Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
Amalan BISMILLAH ENAM ini kerana ianya mampu menjadikan segala jenis racun akan tawar dan tidak memberi mudharat kepada pengamal jika terminum minuman atau makanan yang di santau. Gelas atau pinggan yang mengandungi racun akan pecah jika dipegang oleh pengamal Bismillah Enam ini. Insyaa'allah..
ALLAH adalah sebaik-baik Pemelihara, dan DIA maha mengasihani dari segala-galanya. Dan telah berselawatlah ALLAH ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW juga ke atas kaum keluarga dan sahabatnya.
Wallahu'alam...
Wallahu'alam...
SELESAI...
SEKIAN DAHULU...
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan dan cerita ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah, kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH......
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
No comments:
Post a Comment