Trending

Tuesday 9 October 2018

KAEDAH MEMBUANG SAKA


KAEDAH MEMBUANG SAKA.
Terlalu banyak kaedah membuang saka...Namun perlulah difahami..apakah yang dikatakan buang dan menghalau...
Jika halau maksudnya setakat dihalau sahaja...Saka boleh aje datang kembali....
Seseorang yang Soleh..mudah sahaja menghalau Saka dari dirinya..namun..Saka tersebut masih ada disekitar...Saka jenis ini akan menganggu atau datang kembali sewaktu Nazak..Atau turun kepada waris2 yang tidak warak......
Maka sebaiknya dibuang...Kalau betul kaedah dan caranya..tiadalah Saka kembali lagi...
Antara kaedah membuang saka ialah memutuskan perjanjian dengan saka tersebut...
Memutuskan perjanjian boleh dilakukan dengan sebaris ungkapan atau mengikut apa jua kehendak Saka seperti yang termaktub dalam perjanjian awal...Namun cara ini kurang sesuai kepada Saka yang berkeras tidak mahu memutuskan tali ikatan...lebih-lebih lagi Saka Kafir.
Kaedah ini sesuai untuk Saka yang memang mahu menamatkan kontrak lebih awal..seperti JIN Islam yang sudah tidak mahu terikat dan mahu beramal ibadah menanti ajal..Maka mereka hanya perlu dilafaskan kata2 pemutus sahaja...maka dengan rela hati mereka akan pergi buat selamanya...
Kaedah Paksaan yakni mengaji beberapa Surah Al-Quran tidak beberapa berkesan..kerana kebanyakan Saka tidak duduk didalam diri waris...Ia hanya sesuai untuk saka yang sudah mula merasuk atau mendiami waris kerana tidak berjaga atau melanggar janji...Saka2 jenis ini memang akan lari sebentar..tapi paling lama akan datang kembali dalam 3 bulan...atau menganggu ahli keluarga waris yang lain...
Satu kaedah yang biasa ialah meletakkan Saka didalam botol...ada yang menghanyutkannya dan ada juga yang menanam botol dalam simen dan membenamkannya didalam dasar laut atau sungai...Kaedah ini juga akan menyebabkan saka tidak akan kembali lagi...Namun ia agak kejam kerana berlaku pengurungan terhadap saka..Maka ada setengah perawat hanya menggunakan teknik ini untuk saka yang jenis jahat dan kafir sahaja...
Ada juga kaedah menipu saka..yakni disuruh Saka menjaga sesuatu yang mustahil..antaranya menjaga jagung yang telah direbus sehingga menjadi tumbuhan jagung dll...telur rebus sehingga menetas..Ini amat sesuai untuk Saka bertahap bodoh dan rendah..
Kaedah Jurus boleh saja melalui senjata-sanjata ghaib atau terus dari kaedah makrifat dan pernafasan. Kaedah ini berkesan kepada saka yang terdiri dari JIN2 Kafir dan yang bertahap rendah seperti Hantu Raya, Pelesit, Polong, Pontianak. Toyol...Namun pada yang bertahap Jin bertanduk Rusa ataupun Puaka ataupun Jin yang boleh memecahkan diri kepada beberapa jumlah tertentu ( JIN sebegini memang tidak dapat dibunuh melalui kaedah Sembelih yang di praktiskan oleh beberapa Darul dan perguruan ). Kaedah ini juga dikira agak kejam..lebih lebih lagi kepada Jin Saka yang beragama Islam..
Kaedah Scan...kaedah ini amat pantas..namun bukan semua dapat perawat dapat menguasainya...bertanyalah kepada Guru anda..itupun kalau dia sudah melepasi tahap malaikat diri...Ia hanya melibatkan niat perawat sahaja..Jin2 saka datang menyerah diri tidak kira dari 7 keturunan pun..Biasanya ini akan melibatkan ratusan Jin Saka yang biasanya melebihi 500 ekor meliputi semua keturunan samada sebelah ayah dan ibu.
Kaedah ini sesuai unutk Saka Diri, Keluarga, Keturunan dan adat....Tiada berlaku penganiayaan terhadap makhluk Allah...
3 kaedah terakhir boleh membuang saka walau apa pun jenis Hantu, Jin , Dewa dan Roh Gentanyangan ( Roh Gentanyanngan hendaklah dipulang ke alam barzah, tidak boleh ditempatkan bersama denagan makhluk lain yang belum marasai mati )...Asalkan benda Ghaib selain malaikat dan Aulia semuanya boleh dikaut dan buang...
Kaedah yang tertinggi setakat ini ialah pada martabat KUN...
WALLAHU'LAM..

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts