Trending

Sunday, 25 December 2016

SULUHAN SCANNING SEMBANG RINGAN-RINGAN


SULUHAN (SCANNING)… SEMBANG RINGAN-RINGAN…
Oleh Sahabat Shahpaskal
1. Orang kita ni mudah sesangat percaya bila seseorang tu ada ilmu suluhan atau bahasa mudahnya ‘scanning’ ke atas orang lain, si dia tu ilmunya tebal, setebal perisai kereta kebal M1 Abrams.
2. Pada pendapat saya lah.. saya yang tak nak terjebak dalam ilmu ni secara khusus, kepandaian scan-scan orang lain ni seharusnya diteliti dengan mendalam. Untuk fahami apa yang saya tulis ni, seharusnya dah baca apa yang saya tulis dulu-dulu.. Yaa… Dulu-dulu di zaman belum GST saya dah tulis intronya.
3. Seterusnya.. Bila nak terlibat lebih jauh dalam ‘aktiviti menye’can’ orang ni, kita kenalah tahu aliran ilmu apa kita guna, untuk tujuan apa, guna kaedah mana dan apa manfaatnya kepada kita yang scannya dan juga kepada yang meminta atau mengupah.. Kan zaman ni mana ada benda free2.. Tak percaya, cubalah kentut dalam lif, silap2 dibayar dengan siku dek orang.
4. Setahu saya, kebolehan scan orang ni taklah duduknya di hieraki atas dalam hal-hal ilmu ghaib. Sebabnya ramai yang pakai ilmu hitam pun banyak boleh scan-scan ni tetapi menggunakan perantaraan jin atau makhluk halus. Masa dia menye’can’ tu, dikirimlah balaci-balacinya untuk selongkar targetnya luar dan dalam.
5. Emm.. Malah smart-phone juga boleh scan lokasi kita terutama ada aplikasi friend-finding.. So, mak-mak datin, kena smartlah gunakan smart-phone anda untuk tahu koordinat dato2 suami ni, takut2 dia dah terlentok kat bahu awek cun melecun.. Dulu tak ada sapa pun percaya kemudahan gelombang paket radio (gprs) ni.. Ini juga perkara ghaib.
6. Scan yang hitam ni selalunya oleh pawang atau dukun terutama nak hantar tembakannya berupa santau, keris atau lembing (persenjataan ghaib) kepada targetnya. Ada juga hantar terus para pendekarnya siap dengan keris bagai. Alih-alih dah terpacak kat depan rumah target. Tak kurang juga hantar jenis seakan-akan binatang. Jenis ni payah sikit nak interogatenya untuk tanya apahal dia datang.
7. Ada juga kawanan jin hitam ni digunakan untuk tujuan perubatan tapi ritualnya pelik-pelik kalau disandarkan kepada syariat Islam. Jin-jin ni pun last-last mintak dengan iblis (big-boss mereka) dan iblis pun kesudahannya mohon kepada ALLAH SWT juga. Selalunya rabak poket kita dikerjakan.
8. Diringkaskan, banyak juga scan puak-puak ni tak menjadi. Banyak kes kiriman AR registernya balik semula dan silap-silap boleh terkorban pulak si pengirim. Ada juga kes balaci-balacinya ditangkap dan dikurung seperti kambing dalam kandang. Last-last towkeynya ketandusan stok.. Tapi dia boleh ambil balik dengan cara memikat stok yang liar, cuma leceh sikitlah.
9. Cukup yang hitam, kita pergi kepada yang putih. Yang putih sekali tentulah ilmu para Rasul dan diwarisi oleh para wali. Selain itu, ada juga yang putih menggunakan perantaraan atau orang suruhan berupa jin-jin Islam. Selalunya ni kategori jin pendamping atau kawan warisan tok nenek dulu-dulu. Yang ni sering diguna semasa perubatan. Tapi ramai juga kaki membongak…terutama si tuannya.
10.Walaupun putih, masalahnya bila guna perantaraan, makanya kita dah menyandarkan keputusan penilaian kita terhadap seseorang target tu melalui apa yang diperkatakan oleh macai-macai (jin-jin) ni. Saya sama sekali tak galakkan sebab manusia bergelar tok lebai pun ada ketikanya huru-hara.. Apatah lagi jin-jin.. Kan kita ni khalifah sebagaimana darjatnya Nabi Adam a.s, takkanlah nak rendahkan diri pulak.
11.Kalau ilmu scan aliran kewalian, itu terlalu jarang ada masa kini tapi tetap ada. Ye laah..Bukan senang nak isikan dada dengan kalimah yang juga makanan qalbu kita. Bagi kalangan kita yang biasa-biasa ni, ada yang dipersyaratkan oleh boss besar (wali besar) supaya sholat sunat taubat, tahajjud dan witirnya jadi rutin harian.
12.Lepas tu diiringi dengan pelbagai wirid yang jumlahnya ribuan, bacaan surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan beberapa surah lagi setiap satu tak kurang seribu kali dalam setiap 24 jam. Yang lebih menyukarkan lagi, ada yang dikenakan syarat mesti wiridnya di laksanakan di beberapa masjid hingga jumlahnya berbelas-belas.
13.Sementara tu, apabila dah dikurniakan ilmu istimewa ni dan dibukakan hijab, maka si dia akan mampu melihat secara makrifat seseorang target itu walaupun duduknya ratusan km.
14.Malah dah dicuba, jangkauannya boleh hingga ke London sedangkan pemilik jasad masih di Malaysia… Ye laa.. Kat luar negara juga ada hantu raya.. Siapa cakap tak ada..? Cak tangkap hantu raya ni dari jauh berjarak ribuan km, penatlah.
15.Tu bab orang biasa. So tak payahlah sentuh cerita bersuluk bagai.. Bukan nak jadi tok wali pun.. Sebabnya kalau dah taraf wali besar (wali hidup), tu dah amat jauh berbeda. Amalan mereka terlalu superb. Makanan dan segala macam panca indera mereka terjaga rapi.
16.Terlanjur bab wali hidup ni, saya kenal baik seorang macam ni hidup di satu pulau di Sulawesi. Kalau ikutkan kata-kata beliau, usianya dah 3 kurun. Insha Allah nanti saya akan bawa Tuan Shah ke sana dan bolehlah dia ceritakan pengalamannya termasuklah menjamu selera dengan makanan ghaib. Lagi pun Tuan Shah dah pernah makan makan ghaib sebab kat situ hanya makanan dari ghaib yang ada.
17.Kita sentuh akan implikasikan scan-scan ni sepintas lalu.. Selain tujuan untuk perubatan dan menilai kesediaan dalaman seseorang pelajar oleh gurunya untuk diturunkan ilmu-ilmu istimewa, rasanya selain tujuan itu ia lebih banyak buruk dari baiknya.
18.Scan ni boleh menimbulkan rasa tak senang seseorang yang di’scan’ tanpa rela malah boleh jadi punca fitnah dan perselisihan faham. Tak semua orang bersedia menerima hakikat adanya ‘tempelan’ dalam dirinya. Nak pulak yang kena scan ada ilmu yang boleh dia boleh tahu seseorang sedang menyuluhnya.. Ilmu orang berbagai2.
19.Ada juga yang mula-mula bersetuju tetapi kemudian tak percaya hasilan scan lalu menyalahkan tukang scan. Lepas tu mulalah cerita ke sana ke mari yang tukang scan ni pakai jin-jin suruhan.
20.Maka jadilah satu kumpulan tu, bila ada yang boleh buat sesuatu secara karomah, dikatanya pakai jin sebab bab-bab wali ni depa tak percaya. Tapi bila suruh tangkap dan pamirkan jin yang dikatanya tu, dikata pulak dia tak nampak. Dan kalau tak nampak janganlah tuduh-tuduh.
21.Jadi, bila bertemu orang yang ada kepandaian scan-scan ni, siasatlah dulu peribadi dan amalannya. Kalau perilakunya jauh dari berakhlak muslim sejati, say bye-bye sajalah kat dia.. Banyak mengarut.. Orang baru nak cuba-cuba ilmu kot-kot menjadi bolehlah jadi femes.
22.So, kesimpulannya. Janganlah taksub sangat dengan kepandaian scan-scan ni. Silap-silap akan jadi bala firnah pulak.. Cukuplah setakat ni. Nak cerita dalam-dalam pun, tak ada faedah mana sangat.. Karang ramai terasa.. Sekian.

1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts