Trending

Sunday, 25 December 2016

PUTERI GUNUNG LEDANG SI PINTAR YANG SEPATUTNYA MENJADI ROLE MODEL GADIS MELAYU



PUTERI GUNUNG LEDANG, SI PINTAR YANG SEPATUTNYA MENJADI ROLE MODEL GADIS MELAYU
Ditulis oleh Shahpaskal, Joint Venture (JV) dengan Sahabat Shahpaskal
NOTA SAHABAT SHAHPASKAL: Tawasulan yang dimaksudkan bukanlah terhad kepada menyandarkan doa kepada seseorang. Dalam konteks ni, tawasulan yang dimaksudkan adalah 'kaedah' atau 'method' untuk berhubung melalui alam roh antara dua atau lebih individu sama ada antara orang yang masih hidup dengan seorang hidup yang lain atau dengan roh seseorang yang alim.
Kaedah yang digunakan adalah kaedah biasa (salam, hadiah bacaan al-fatihan dan beberapa ayat Al-Quran lazim serta wirid dan salawat. Banyak syaratnya dan bukanlah boleh buat main-main kerana ia melibatkan alam roh dan tak zahir di mata orang kebanyakan. Antara syarat utama mestilah seseorang itu terdiri dari ahlinya (ada hubungan nasab), ilmu diperakui dan tiada kecacatan aqidah serta syariat. Ilmu ini adalah ilmu dalam dan ilmu para wali warisan para Rasul khasnya Rasullulah SAW.
Sebelum memutuskan hukumnya, biarlah khatam dulu ilmunya. Bukan semudah a-b-c kerana ditakuti banyak mudaratnya.
1. Ini merupakan bahagian kedua dalam pengalaman rohani saya dengan alam yang tidak terlihat oleh mata kasar.
2. Ahad kelmarin (2 Okt) bermula sidang para wali ghaib di Masjid Putrajaya selama tiga hari, dua malam, kisah persidangan para wali ini bukan benda baharu, tahun lepas, Sahabat Shahpaskal sudah tulis, tempatnya berada di sekitar Makam Sunan Gunung Jati, Cirebon. Tahun depan, akan berlangsung di Istanbul, Turki.
3. Dari kecil, saya sering tertanya-tanya tentang watak yang bernama Puteri Gunung Ledang. Khususnya pengetahuan mengenai kediaman dan jambatan emas serta perak yang dipinta sebagai syarat perkahwinan untuk berkahwin dengan pemerintah Melaka.
4. Saya anggapnya sebagai dongengan (jambatan emas dan perak), tetapi semakin dewasa, lebih banyak pula maklumat yang disampaikan orang tentang kewujudan Puteri Gunung Ledang (PGL), golongan yang beranggap bahawa ianya jin lebih kurang sama banyak dengan yang menyatakan bahawa ia memang manusia yang wujud.
5. Sehinggalah kira-kira dua tahun lepas, apabila saya melawat Gunung Ledang dengan membawa seorang (sahabat dari Indonesia) yang agak mahir dengan alam mistik, beliau meninggalkan saya di pertengahan gunung untuk memasuki alam satu lagi, sebaik sahaja keluar, beliau tidak habis-habis memuji keindahan dayang-dayang PGL serta mengaku melihat sendiri jambatan emas dan perak Ledang.
6. Baru-baru ini pula seorang sahabat saya, Kerol (bukan orang Indonesia ya), mengalami pengalaman aneh, apabila dibawa melawat menyaksikan jambatan-jambatan tersebut dalam keadaan separuh sedar (bukan mimpi), ia mengaku dapat menyentuh permukaan jambatan tersebut yang diselaputi lumut. Jambatannya bagaimanapun hanya menghubungkan puncak-puncak Ledang dan tidaklah sampai ke bandar Melaka, luas jambatan mampu memuatkan jajaran roda sebuah kereta kuda.
7. Sehinggalah pada satu hari, kami pun berhimpun (gang Shahpaskal-Khairul, Zuha dan Azmy Mamak) untuk berbual kosong di kedai Kayu, oleh kerana Kerol memiliki kebolehan berinteraksi dengan golongan jin, kami meminta beliau memanggil kenalannya dari golongan ini untuk mengorek rahsia mengenai Tabut Sakinah dan juga kain milik Nabi Ibrahim tetapi golongan jin ini agak perahsia, nak bagi tahu pun, punya banyak teka teki, so selepas menilai jawapan mereka, kami hentikan perbualan tersebut, bagaimanapun, kawan baik saya, yang datang kemudian iaitu Sahabat Shahpaskal mengutarakan idea supaya kami berbual dengan PGL. Beliau kemudian berselawat kepada kepada Rasulullah dan memohon kepada Allah agar diberi izin untuk memanggil Puteri Gunung Ledang.
8. Kami agak sangsi juga kerana keadaan tempat lepak kami bukan di masjid tetapi di lokasi yang kurang sesuai, sudah tentu tidak begitu cantik untuk urusan seperti ini tetapi kami diyakinkan bahawa dengan izin Allah, beliau pasti sampai, maka kami akur dan selepas menghadiahkan Al Fatihah serta selawat kepada Rasulullah, kurang dari 5 minit, datanglah Puteri Gunung Ledang (PGL) berpakaian baju kurung dan berselendang sutera menutut aurat kecuali wajah dan tapak tangannya.
9. Yang boleh melihat hal ghaib di kalangan kami adalah Sahabat Shahpaskal dan Kerol. Lagi tiga orang memang apa pun tidak nampak, selendangnya dililit kemas, ia amat beristiqamah dalam menutup aurat (helaian rambut), ini amat bertentangan dengan apa yang digambarkan oleh gambar dan wayang, dengan berimaginasi bahawa PGL seperti seorang wanita yang tidak bertamadun, mendedahkan aurat dengan pakaian seperti berkemban.
10.Kerol berinteraksi dengan suara hati. PGL benar-benar cantik persis wajah bekas model terkenal masa zaman saya sekolah dulu, Sofea Jane, tetapi PGL 5x lipat cun...beliau amat sopan tetapi gerak-gerinya menggambarkan seseorang daripada martabat dan kedudukan yang tinggi. Berusia antara lebih kurang 17 hingga 20an, berat dalam anggaran 48 kilogram,kecil tubuh badannya seperti pelajar sekolah menengah. Bentuk muka bujur sirih, berkulit cerah dan berkening nipis (bukan kerana dicukur)...tapi sekarang usianya sudah 600 tahun.
11.Ia hanya menunduk sepanjang masa berbicara tetapi apabila beliau mahu menegaskan pendirian atau memberi jawapan yang konkrit, ia akan mengangkat muka dia, serius... khususnya hal-hal yang terkait dengan iman.
12.Kerusi dikosongkan, beliau duduk berhadapan saya. PGL sesekali membetulkan selendang yang beliau pakai (orang zaman dulu tak pakai tudung/hijab tapi selendang).
13.Saya kemudian memulakan bicara, "Maaf, PGL ini asalnya, golongan jin atau manusia". Beliau menjelaskan bahawa beliau ketika memang berasal daripada manusia biasa. Mempunyai nasab keturunan dengan Rasulullah dan jurai yang sama dengan para wali sembilan di Jawa. Beliau bukan berasal dari Gunung Ledang sebaliknya dari tanah seberang.
14.Saya kemudian memandang muka Khairul...setiap kali mengajukan soalan, memang saya lihat muka Khairul. Ini menyebabkan Kerol berasa tidak selesa, dia kata : "Yang kau tengok muka aku buat apa??"
15."Aku bukan boleh nampak...kang orang kata aku gila kalau nampak aku bercakap dekat kerusi kosong,". Hal ini menurut Khairul telah menyebabkan PGL tersenyum.
16. Nama sebenar beliau adalah XXXX. Beliau merupakan anak tunggal kepada seorang pemerintah di tanah seberang. (Maaf saya tidak diizinkan meletak nama sebenar beliau. Saya dah tulis tapi kemudian dimohon buang kerana tidak mahu wujud pertikaian dengan pihak lain)
17.Beliau datang ke Gunung Ledang dari Tanah Seberang dengan beberapa tujuan, 1. Perkahwinan yang bersifat politik dan 2. Kerana diberi ilham oleh Allah untuk bersuluk di sana. Beliau datang dengan sebuah kapal yang berlabuh di Muar dan ditemani oleh 5 dayang beserta 40 pengawal.
18.Saya difahamkan (atau mungkin saya salah faham), PGL duduk di Gunung Ledang untuk urusan-urusan tersebut selama
lebih kurang beberapa purnama, saya pun tak faham, agaknya tiga bulan kot.
19.Ketika menanti rombongan dari Melaka dan bersuluk inilah, pengikut beliau mendirikan sebuah pondok macam rumah kampung di Ledang. Beliau sendiri mengakui bahawa kudratnya sebagai seorang anak gadis hanya mampu memanjat setakat pertengahan gunung, jadi di situlah, rumahnya didirikan dan bukan di puncak gunung.
20. Bagaimanapun, rancangan untuk perkahwinan itu bagaimanapun gagal. Saya bertanya adakah kegagalan itu terkait dengan penolakan PGL kepada pemerintah serta kononnya wujud dakwaan ada hubungan cinta dengan Hang Tuah. Beliau berkata, ia gagal kerana FITNAH. Jadi mengertilah saya, isu ini tidak ada hubung kait dengan syarat pelik-pelik yang wujud dalam mitos PGL. Gadis yang memiliki budi perkerti yang amat tinggi seperti itu bagaimanapun enggan mengulas isu tersebut kerana jika
dinyatakan, orang yang hidup seperti saya, tidak akan mampu membuat pengesahan yang tepat (cross check).
21.Saya bertanya, apa bisa saya melihat "istana PGL"? jika berkunjung ke sana..."Ya boleh jika diizinkan Tuhan, bermohonlah kepada Allah, baca Al Fatihah, tiga surah Qul dan selawat ke atas Rasulullah", katanya ringkas.
22.Jika demikian saya ingin bertanya mengenai Gua Masjid yang terletak di Gunung Ledang. Gua ini agak misteri dan tidak ramai yang tahu akan kewujudannya, dalam gua masjid ini seolah-olah menyamai tempat solat, siap dengan anak air bagi mengambil wudhu.
23.Saya berbicara, apa ada sebarang keberkatan untuk beribadah di gua ini? Menurut PGL...ia hanyalah sebuah gua.
Tidak ada apa yang istimewa, bumi ini terbentang luas untuk beribadah cuma jika solat disitu, ada yang akan mengaminkan
(kata beliau sambil merujuk kepada golongan jin Islam yang sering bersolat di gua tersebut).
24.Apa pesan PGL kepada kami, anak-anak muda hari ini?
25."Berpeganglah pada rukun Iman. Peliharalah akidah," ujar PGL ringkas.
26.Ketika ini Sahabat Shahpaskal datang dan duduk di kerusi kosong yang dikhaskan untuk PGL. PGL terus bergerak pergi dan berdiri di satu sudut. Kacau daunnnn betul.....
27.Oleh kerana tidak ada sebarang pertanyaan (kami sebenarnya tak tahu nak tanya apa kerana kami memang tidak bersedia untuk pengalaman tersebut, apa pun terima kasihlah kepada Sahabat Shahpaskal yang memberi jalan untuk pengalaman seperti ini. Biasanya kami panggil kaum kerabat kami sahaja untuk sembang-sembang tetapi tidaklah jisim yang melibatkan orang terkenal. Kami kemudian mengucapkan Terima Kasih dan menghadiahkan PGL dengan Al Fatihah. 5 minit kemudian, beliau tiba ke Gunung Ledang.
28.Saya kemudian diminta menulis artikel ini, saya tahu saya perlu memberitahu kisah sebenar secara jujur khususnya kerana mereka ini semua terpalit dengan darah yang paling mulia di atas muka bumi ini iaitu keturunan ahlul bait, Rasulullah.
Nabi kita yang tercinta.

1 comment:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete

About

Popular Posts