Trending

Tuesday, 27 December 2016

MENGUPAS KAROMAH AYATUL QURSI pt 1


MENGUPAS KAROMAH AYATUL QURSI. pt.1.
ILMU MEMBENTENGI DIRI DARI SERANGAN ILMU HITAM.
HAWA AYATUL QURSI.
Assalam......Sahabat2 yg aku hormati semua, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dgn mengharap ridho Allah dan dgn kerendahan hati yg paling dalam. Izinkan aku yg miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsikan bersama para sahabat2 semua. Insya Allah.....
Kali ini aku akan mengupas karomah atau khasiat ayatul Qursi. Jadi kali ini tak ada adengan sepak terajang atau membakar Jin dan Syaitan. Jgn boring ya, sahabat takde action fight dgn hantu ke puaka ker....
OK.....langsung saje...Aku bukanlah Uztazds atau Guru apalagi Ulama. Aku hanya orang biasa2 sahaja yg sentiasa dahaga dgn ilmu2 apapun. Baik ilmu ghaib mahu pun ilmu hikmah.
Semua orang islam tahu akan Ayatul Qursi yg memiliki banyak ke istimewaannya. Dan sajian berikut ini aku mengupas tentang 10 karomahnya. Seperti apa rahasianya..?
Menurut kalangan ulama salaf, ayat Qursi merupakan salah satu ilmu tertinggi dalam pencapaian derajat. Wilayah, Karomah serta Mu'jizatnya ansabul ilmi dgn suatu penafsiran, tidak ada ilmu lain yg menyamai akan rahmat serta salamnya. Kerana ayatul Qursi tercipta sebagai suatu puncaknya alam iaitu Arasy (langit ketujuh) dan sebagai ilmu teragung. Yg mana ALLAH SWT menurunkannya pada seorang hamba yg agung pula iaitu utusan akhiru zaman, Rasulullah Muhammad SWA.
Dari zaman ke zaman, ayatul Qursi selalu dibaca oleh seluruh umat, misalnya dalam suatu tadarus al Quran, dzikir bersama serta dalam upaya pendekatan diri kapada sang Khaliq. Dalam sebuah arti ritual, asma ayatul Qursi mempunyai suatu kunci sebagai pembukanya. Demikian menurut para masyaikh, mursyid serta para ahlul ghaib. Sebagai kunci ayatul Qursi adalah sanadnya atau silsilah, tawassul serta hadoroh kerana dari Nabiyullah Muhammad SWA, ayatul Qursi turun temurun dipegang oleh para khosois pilihannya. Hingga suatu karomah ilmu tersebut tak pernah pupus sampai akhir zaman.
Runtutan ilmu ayatul Qursi adalah sebagai berikut.
ADAB-ADABNYA :
1.) Tawasul al fatihah.
2.) Ayatul Qursi.
3.) Doa.
" ALLAHMMA INNI AS' ALUKA BIHAKIKAL ADZIM.
WABIHAKKI NURI WAJHIKAL KARIM.
WABIHAKKI HADZIHIL AYATTIS SYARIFAH.
WABIHAIBATI HADZIHIL AYATIS SYARIFAH.
WABI MANZILATI HADZIHIL AYATIS SYARIFAH.
WABIFADLI HADZIHIL AYATIS SYARIFAH."
(antul himani ilman ladunian nafi'an waddunya wal akhiroh)
Inaka ala kulli syai'in qodir,wabil ijabati jadir. Wasolloha wasalam ala khoiri khol kihi muhammadin wa'ala alihi wasoh bihi wasallam walahamdulillahi robil'alamin.
Dalam suatu ritual amaliyah, ilmu ayatul Qursi terbagi menjadi 5 iaitu :
a.) 7 hari.
b.) 17 hari.
c.) 21 hari.
d.) 31 hari dan 41 hari.
Semua itu tergantung dari niat dan keikhlasan dari seorang ritualis (paranormal) itu sendiri di dalam memilih arti tirakat/ritual(lakukan) di atas. Dan sebagai kuncinya, maka siapkanlah terlebih dahulu Buhur Ambar. Kerana buhur tersebut aroma wanginya sangat disukai oleh Nabiyullah Muhammad SWA. Secara turun temurun buhur tersebut selalu dipakai para khosois ahli batin atau spiritual sebagai salah satu syarat dan sunnatur Rasul.
Adapun Ayatul Qursi sendiri memiliki 10 macam keistimewaan. Yakni :
1.) SARANA PENGASIHAN DIRI.
Jika menginginkan suatu " Raja Pengasihan ", sebaiknya lakukan dgn puasa BILA RUHIN.(tanpa makan yg bernyawa) selama 7 hari atau 17 hari lamanya. Dan untuk menjadi raja pengasih maka lakukanlah tata cara sebagai berikut :
a.) Sebelum melaksanakan ritual di atas, sebaiknya sholat hajat terlebih dahulu dua rakaat. Dan sesudah itu bakar buhur ambar sebagai suatu syarat sunnatur rasul.
b.) Baca tawasul al fatihah terlebih dahulu. Baru kemudian baca ayatul Qursi sebanyak 41x. Di teruskan dgn doanya sebanyak 21x.(doa yg di atas)
c.) Setelah selesai ritual, bakar buhur ambar kembali dan asapi kedua telapak tangan diatasnya sekitar 1 minit, kemudian sapukan kedua telapak tangan tersebut ke wajah. Tentunya cara ini sebagai suatu sarana magics pembuka Aura ketampanan atau kecantikan awet muda.
Lihatlah perubahannya.
d.) Paling baik ritual dilakukan pada pukul 11:00 malam.
2) ILMU PENGASIH JARAK JAUH.
Panah asmara boleh di buktikan secara langsung hasilnya dgn ketentuan sebagai berikut.
Carilah daun nangka tunggal, daun yg hanya satu helai di dalam satu tangkai. Biasa daun jenis ini banyak terdapat pada tangkai buah nangka yg sudah tua atau akan matang serta berwarna agak menguning. Carilah daun itu sebanyak mungkin hingga sebuah ritual maha dahsyat pun siap dilaksanakan.
a.) Tulis nama lengkap orang yg akan dituju bersama nama orang tuanya di atas daun nangka tersebut.
b.) Bakar buhur ambar dan asapilah daun nangka tersebut sambil dibolak balik sekitar 1 minit.
c.) Bacalah tawassul al fatihah terlebih dahalu, kemudian diteruskan dgn membaca ayatul Qursi sebanyak 121x. Lalu ditutup dgn doa sebanyak 41x. (doa seperti diatas)
Untuk pembuktian terkena atau tidak sasaran yg dituju maka celupkan daun nangka yg sudah di ritual ke minyak tanah atau patrol. Kemudian bakar...! Jika daun terbakar habis maka ilmu ini belum mengenai sasarannya. Tetapi bila hanya terbakar separuh itu pertanda ilmu pengasih ini telah mengenai sasarannya.
3) UNTUK MEDIA PENYEMBUHAN.
Ambil satu botol air mineral dgn tata cara sebagai berikut :
a.) Bakar buhur ambar.
b.) Peganglah botol air mineral dgn kedua tangan.
c.) Bacalah tawassul al fatihah terlebih dahulu. Lalu mohonkan suatu kesembuhan pada sang Kholiq secara tulus dan ikhlas.
d.) Bacalah ayatul Qursi berulang2 sambil fikiran terfokus pada air mineral tersebut sampai adanya suatu perubahan. Dgn kata lain, kita akan merasakan suatu hawa dingin pada air mineral yg kita pegang. Seolah air tersebut diberi ais di dalamnya. Bila sudah bergitu maka teruskan dgn membaca doa sebanyak 3x.
4) MEMPERLANCAR REZEKI.
Coba ikuti kaedah berikut ini.
a.) Setiap usai sholat fardhu dawamkanlah ayatul Qursi.
b.) Tawassul al fatihah (seikhlasnya). Lalu baca ayatul Qursi 11x. Dan doanya 7x. Lakukan cara tersebut setiap hari. Insya'allah, suatu kerezekian maha dahsyat akan mengiringi hidup sahabat.
5) PAGAR GHAIB.
Pagar rumah atau tempat usaha (kedai/gerai) sahabat dgn sarana magis ayatul Qursi.Dgn cara sebagai berikut :
a.) Tulislah dalam sehelai kertas putih bersih kosong dan di baca tawassul ayatul Qursi sampai kedoanya dgn tinta(ink) ja'faron super dan tempelkan di atas pintu rumah. Nescaya akan aman dari marabahaya bersifat hitam atau sihir atau pencurian.
6) AZIMAT KEREZEKIAN.
Sebagai penarik rezeki 4 penjuru mata angin yg ampuh. Lakukan cara seperti no.5 di atas. Dan masukkan azimat tersebut pada laci uang di tempat usaha/kedai/gerai sahabat atau siapa2 sahaja. Insya'allah, suatu keberuntungan akan selalu menyertai.
7) SARANA KECERDASAN AKAL.
a.) Ambil kemenyan Arab putih sebesar kuku kanak2, masukkan kemenyan tersebut pada air susu panas.
b.) Bakar buhur ambar lalu bacalah tawassul al fatihah sebagai suatu kunci, kemudian diteruskan dgn membaca ayatul Qursi 3x serta doanya 3x.
8) SARANA PENARIK MIMPI.
Bagi muda-mudi yg sedang dilanda asmara, tentunya amat ingin bila sang pujaan hati selalu memimpikannya. Dan semua itu bisa terlaksana dgn suatu kaedah sebagai berikut.
a.) Ambil satu daun sireh (langsung di petik dari pohonnya) kemudian tulis nama yg akan dituju berikut nama kita sendiri di atas daun sireh tersebut.
b.) Bakar buhur ambar dan asapkan daun sireh tersebut.
c.) Baca tawassul al fatihah, lalu ayatul Qursi sebanyak 17x. Ditutup dgn doa sebanyak 7x. Setelah selesai letakkan daun sireh magis itu di bawah bantal ketika mahu tidur. Nescaya, dalam hitungan jam, sang pujaan hati pun akan memimpikan kita.
9) SELAMAT DARI SUATU MASALAH.
a.) Ambil garam kasar yg masih murni, masukkan dalam segelas air putih. Kemudian tulis nama2 orang yg bermasalah dgn kita dan masukkan ke dalam air garam tersebut.
b.) Bakar buhur ambar dan asapilah air garam di atasnya sekitar 1 minit.
c.) Baca tawassul al fatihah seikhlasnya lalu diteruskan dgn membaca ayatul Qursi sebanyak 21x. Kemudian doa 11x.
d.) Buang air garam tersebut di depan pintu rumah kita. Nescaya orang yg punya masalah tidak mahu atau malas menagihnya.
10) SEBAGAI SARANA PENGISIAN BENDA BERTUAH.
Untuk spiritual ilmu ayatul Qursi yg inginkan suatu pengisian ilmu sakti atau beladiri atau pun yg lainnya, ada baiknya mengikuti cara sebagai berikut.
a.) Puasa bila ruh (tanpa makan yg bernyawa) selama 17 hari.
b.) Setiap jam 11:00. sholat hajat 2 rakaat. Sesudahnya bakar buhur ambar sebagai sarana dan sunatur rasul.
c.) Baca tawassul al fatihah seikhlasnya. Lalu baca ayatul Qursi sebanyak 121x. Dan doanya sebanyak 41x. Lakukan cara seperti di atas selama 17 malam berturut2.
d.) Sebagai sarana pengisian atau yg ingin diisi, ambil batu akik, kulit kijang, harimau atau senjata2 dan sebagainya.
e.) Bakar buhur ambar dan asapi benda yg akan kita isi di atasnya selama 5 minit. Lalu masukkan benda tersebut pada segelas air putih.
f.) Baca ritual seperti di atas dgn hitungan ayatul Qursi sebanyak 21x dan doanya 11x. Bila sampai di doa (....antul himani..niat untuk apa,kebal ke ......) hilangkan kalimat di dalamnya, di ganti dgn tujuan pengisian.
Untuk membuktikan masuk atau tidaknya suatu pengisian maka lakukan cara sebagai berikut.
*a.) Ambil benda yg sudah diisi. Lalu carilah kamar kosong dan tutup pintu kamar tersebut.
*b.) Untuk penerangannya cukup nyalakan sebatang lilin dan letakkan di lantai.
*c.) Mulailah duduk bersila jarak 1 meter dari nyala lilin.
*d.) Fokuskan mata kita ke api lilin selama 30 menit. Pada saat ini mata jgn sekali2 terpejam. Bila waktu sudah dianggap cukup, ambil benda yg baru diisi dan tatap seperti halnya waktu menatap api lilin tadi. Bila benda tersebut memendarkan cahaya berkunang2 dan mempunyai warna hijau, kuning, putih. hitam maupun merah, semua itu sudah menandakan isian yg tadi dilakukan sudah masuk ke dalamnya. Dan itulah yg disebut dgn barang isian. PAMOR MAGIS.
Demikianlah 10 keutamaan ayatul Qursi menurut yg pernah aku pelajari ilmu hikmah dari guru yg aku sayangi dan hormati Abah Anom.
Kerana alasan teknis memang ada beberapa bahgian yg terpaksa aku tidak beberkan dalam sajian ini. Semoga bermanfaat. Aku akan beberkan lagi dan kupas lagi ilmu ayatul Qursi pada sambungannya
part.2.
HAWA AYATUL QURSI.
Berikut ini aku akan ijazahkan sebuah rahsia untuk membentengi diri dari gangguan atau serangan ilmu hitam. Jika benar penyakit yg sahabat2 hidapi itu angkara SIHIR, Guna2 atau Ilmu Hitam, maka Insya'allah dia akan sembuh dgn sendirinya setelah sahabat2 menjalankan amalan berkaromah sangat tinggi ini.
Sebenarnya ilmu Hawa Ayatul Qursi ini adalah di rahsiakan oleh Kiayi2 di pondok-pondok persantren. Hanya segelintir sahaja yg akan diijazahkan oleh Kiayi2. Aku mendapatkannya pada tahun 2001 dari guru tersayang.
" QOBILTU."...Dgn ini aku, Tok Penjejak Badai mengijazahkan ilmu Hawa Ayatul Qursi dgn sempurna kepada semua ahli keluarga Kampus Tok Penjejak Badai dan sahabat2 FB. Semoga bermanfaat di dunia dan akhirat. Amiiin...Ya Rabbal Alamiiinn...
CARA CARANYA :
1.) Memohon kepada Allah s.w.t. agar mendapatkan izin serta ridho-NYA.
2.) Lakukan ritual ini pada tengah malam pukul 12 - 3 pagi.
3.) Siapkanlah satu gelas air.
4.) Lalu bacalah ayatul Qursi dgn cara :
Tahan nafas di bawah pusat,lalu bacalah ayatul Qursi 3x atau lebih dgn satu nafas.
Namun jika tidak sanggup cukup satu kali saja tapi harus menahan nafas.(Ingat nafas memainkan peranan.)
5.) Sehabis bacaan selesai 1,2 atau 3 kali jika mampu sambil menahan nafas, maka nafas langsung di hembus dgn keras seraya menekankan di bahgian perut, sambil dalam hati meniatkan :
"JADILAH ENGKAU KEKUATAN BAGI TUBUHKU."
6.) Ulangilah beberapa kali sampai merasa sempurna, baru setelah itu tiuplah air tadi dan minum sampai habis sambil niat :
BISMILLAHIROHMANIROHIM...
" HAWA AYAT QURSI BANGKITLAH DALAM BATANG TUBUHKU DAN BERUBAH MENJADI KEKUATANKU."
CATATAN :
1.) Kalau sungguh2 melakukanya sesuai dgn petunjuk di atas, maka sahabat akan mendapatkan kekuatan dari apa yg di sebut : " HAWA AYAT QURSI."
2.) Dgn amalan ini mata batin sahabat akan berubah tajam. Apabila ada Jin atau kekuatan jahat yg berniat mengganggu, maka dgn sendirinya akan binasa kerana pengaruh dari HAWA AYAT QURSI.
3.) Jika kita melakukan ritual ini sampai 99 kali, maka tubuh akan dibentengi oleh kekuatan ghaib yg sangat dahsyat. AURA NYA BERWARNA BIRU.
Demikian sebuah solusi batiniah yg dapat aku ijazahkan. Semoga bermanfaat dan aku tunggu berita baik dari sahabat2 yg berhasil dalam ritual ini.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari ilmu ini, yg negetif usah di ambil. Kekuatan yg tak bisa di tandingi adalah kekuatan daripada ALLAH SWT. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa atau tingkah laku yg tak berkenan di hati para sahabat semua, aku Tok Penjejak Badai dgn merendahkan diri memohon maaf....
Salam ta'dzim buat para sahabat2, semoga segala pemahaman ilmu ALLAH ini, dapat menjadikan kita semua rendah hati/diri di hadapan-NYA, amiin ya Robbal alamiin..
DI IJAZAHKAN OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.



1 comment:

  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    ReplyDelete

About

Popular Posts