Trending

Tuesday, 27 December 2016

APABILA BUKU BERTEMU DGN RUAS pt 2


APABILA BUKU BERTEMU DGN RUAS. pt.2.
Assalam.....sahabat2 yg aku hormati semua, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat senantiasa dihaturkan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dgn mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dgn kerendahan hati yg paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat2 semua. Insya 'Allah....
Nah.....Seperti yg telah aku janjikan semalam iaitu aku akan menulis sambungan cerita dgn tajuk " Apabila Buku Bertemu Dgn Ruas" dan aku akan menulisnya hari ini,maka ini lah hasilnya......
Setelah suami Kak Liza meninggal dunia, aku fikir dah selesai, tetapi sangkaan aku salah. 3 hari setelah Leman suami Kak Liza meninggal, sudah 2-3 malam ada yg menyerang aku secara ghaib. Aku taklah mahu menyerang balik, setiap kali mereka hantar aku hanya tepis dan buang saja. Semangkin aku tepis semangkin banyak yg menyerang aku dari semua sudut/4 penjuru. Aku berkira2 apa yg perlu aku buat, nak serbu atau bertahan dan buang..? Setelah berfikir sejenak, sampai bila aku harus bertahan. Tetapi kalau aku menyerang mereka, cedera yg aku alami angkara Siluman Kera masih belum sembuh. Aku ambil keputusan untuk terawang dahulu tenguk dari mana datang serangan ini.
Aku pun merapal Ilmu Meraga Sukma dari guru aku, Pak Imam Badawi. Aku tidak meminta tolong dari Anjang Aki atau Ali, biar aku lihat dulu.
" Badai, berhati2lah dgn orang2 yg mengamalkan ilmu hitam/sihir. Panggillah Aki jika keadaan terpaksa." pesan Anjang Aki beberapa tahun yg dulu.
Malamnya aku buat 'perjalan astral', tembus demensi, aku lakukan dgn cara berbaring sahaja. Sebabnya aku rasa kali ni pasti lama, hati aku berkata....! Setelah aku pagar pendinding pada seluruh tubuh, baru aku lakukan perjalanan astral dgn cara meraga sukma. Aku lebih suka melakukan baik itu merawat atau apa saje yg berkaitan dgn alam ghaib di malam hari. Kerana waktu malam kita dapat melihat ghaib dgn lebih jelas, daripada siang hari.
Seperti biasa, aku mulakan dgn tawassul al fatihah, kemudian membaca salawat al fatih dan akhir sekali mantra pembuka alam ghaib.
" Allahhu Yatawaffal Anfusahina Mau-Tihawallati Lamtamut Fi-Manamiha Fayumsikullati Qodho 'Alaihalmau-Tawayursilul Ukhro Ila-Ajalim Musammam, Inna Fi-Zalika La Ayatin Liqaumin Yatafakkarun."
Lalau aku membaca kuncinya.
" ALLOHU WUJUDULLOH DZATULLOH SIFATULLOH SIRRULLAH KUNFAYAKUN."
Dibaca 3x dengan 1x tahan nafas. Lalu semadi dan aku zikirkan dalam hati sehingga aku lenyap dalam kalimah Allah.
Setelah setengah jam berlalu, maka dgn perlahan2 terbukalah hijab ghaib. Setelah merasakan diri terkurung dalam gelap gulita, perlahan2 cahaya putih muncul daripada kecil lalu membesar sehingga sukma aku dapat keluar dari raga dan berniat mencari punca masalah ini. Sukma aku terus meleset dibawa jauh ke dalam hutan di kampung orang asli. Dalam jarak 100 meter dari kampung orang asli, pandangan aku tertutup oleh kabus yg tebal.
Waaahduuuh.....Aku tak nampak apa2 pun. Terpusing2 aku mecari jalan keluar. Tak tahu arah mana nak pegi...? Dalam keadaan teraba2 terdengar suara Anjang Aki menyuruh aku membaca surah Ad Dhuha 7x.
Segera aku membaca surah Ad Dhuha seperti yg di bisik oleh Anjang Aki. Lalu aku tiupkan ke arah kabus yg tebal itu, kabus tebal terus hilang. Haa....sekarang nampak dgn jelas siapa yg punya ankara. Rupa2nya Tok Batin yg membantu Sudin tempuh hari tu. Dia tak serik lagi rupanya. Dia masih sama berdiri di hadapan rumahnya dan di belakangnya berdiri sosok 'jembalang tanah' bermata satu dan bertanduk satu juga. Dia menggangkang di atas rumah Tok Batin orang asli setinggi pokok kelapa. Aku katakan padanya.
" Ooo....kamu rupanya yg mengenakan ilmu "Tarok Perbuatan Orang" pada Leman suami Kak Liza tempoh hari ya." kata aku pada tok batin orang asli.
P/S :
'TAROK PERBUATAN ORANG' adalah ilmu orang asli untuk mengenakan musuh2nya supaya musuh yg terkena ilmu ini sakit, dan jika lambat di ubati boleh mendatangkan maut. Kesan pertama orang yg terkena ilmu ini adalah seperti 'busung'. Untuk menyebabkan ilmu'Tarok Perbuatan Orang', mereka yg berniat jahat akan mengumpul@memungut sisa2 makanan(termasuk putung rokok) pakaian, rambut dan semua barang yg berkaitan dgn orang yg akan di jadikan mangsa. Barang2 ini kemudian diperamkan di dalam sebuah bekas buloh dan di seru dgn jampi meminta agar Nyaniik Tarok(Jin kafir) membunuh mangsa tersebut perlahan2 dgn memakan Ngooi(bau), Glamook(daki) dan Ruwai(semangat) yg terlekat pada barang2 yg di peramkan. Bergitulah cara kerja Ilmu Tarok Perbuatan Orang.
Tok batin orang asli tanpa berkata apa2, terus menyerang aku dgn panah berapi dari berbagai arah. Jadi kalang kabut aku di buatnya, dia ketawa terkekek2 mengejek melihat aku kalang kabut menggelak panah berapi yg di lepaskannya. Terdengar suara Anjang Aki menyuruh aku kuatkan zikir. Setelah aku rasakan seluruh tubuh ini diselaputi oleh cahaya putih yg terhasil dari asma2 Allah, aku pun merapal Ilmu Rajeh di Rajeh untuk memperkukuhkan lagi pedinding di seluruh tubuh. Aku sengaja suka2 niat untuk pakai sut Ironman, hehehehe.... jadi pulak tu.
Keadaan macam ni pun masih nak main2, gila betul. Aaah...tak selesa rasanya. Cahaya putih melingari seluruh tubuh dan aku besarkan tubuh. Lalu aku gabungkan ilmu Asmak Sungai Rajeh dgn aku azan 7x, kawasan di situ seperti dilanda ribut yg dasyat dan gempa bumi menggoncang sehingga roboh rumahnya menyembah bumi. Terpontang panting seperti bulu ayam di tiup angin. Jembalang tanah pun tak dapat menolongnya.
Aku lihat tok batin orang asli itu membaca mantra2 yg aku tak pernah dengar, agak nya bahasa orang asli. Tahu2 aku sudah dikelilingi dgn sosok2 lembaga yg berbagai rupa dan besar hitam berbulu. Yg sebelah kanan aku(aku agak Hantu Raya) terus menerkam aku dari sisi kanan. Bila lembaga itu sampai tersentuh cahaya putih yg menjadi pelindung aku, dia terlambung seperti melanggar tembuk ghaib. Dia tercampak 10 meter jauhnya. Lembaga hitam itu bangun menerkam aku lagi, sama seperti tadi, dia terpelanting 10-15 meter dari aku. Lagi datang panah berapi dari belakang, aku tak sadar tapi nasib baik perisai aku berfungsi. Segala anak panah berapi diserap oleh cahaya putih yg melingkari tubuh aku hangus menjadi debu.
Bertambah marah tok batin orang asli lihat segala anak panah yg di lepaskan tidak dapat mengancam aku. Aku masih mendengar bisikan Anjang Aki membimbing, tetapi aku abaikan bantuan darinya. Khodam macan putih pula datang membantu, Radin Sancang dan KI Api Geni kedua2 nya Siluman Harimau Putih. Tanpa izin aku, mereka terus menyerang lembaga2 hitam itu. Barulah adil perlawanan ini, mana adil 20 lembaga keroyok aku seorang. Anjang Aki dgn Ali tidak terjun masuk sama, kerana aku tidak benarkan. Tak pernah aku kena serang macam ni punya parah. Aku laungkan azan 7x dan baca Surah Yasin ayat.58 :
" SALAAMUN QAULAM MIRROBBIR ROHIIM."
Sebanyak 11x. Kesannya semua tangkal2 yg di pakai oleh semua tok batin yg berjumlah 5 orang yg terkalung di leher dan tangan mereka habis telerai jatuh seperti abu. Segala pagar2 ghaib yg melindungi mereka hancur seperti terkena bom 'Atom'. Betapa dasyatnya ayat2 Allah.
Bercerita mengenai bom atom, teringat aku ketika kami di Asia Paranormal Club pada tahun 2011 menyerbu negeri Israel mengunakan bom atom. Tetapi bukanlah menyerang secara zahir, tetapi secara batin. Pada penyerbuan pertama pihak kami kalah teruk. Sahabat2 ghaib aku Macan/ Harimau Putih yg aku kerah sebanyak 10 ribu, yg pulang hanya 9 sahaja. Yg lain semua mati syahid, Radin Sancang dan Ki Api Geni sendiri masing2 cedera parah. Jika ada masa akan aku ceritakan kejadian penyerbuan ke negeri Israel. Tentunya ditujukan kepada ahli2 sihir yg melindungi Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel. Penyerbuan kedua boleh dikatakan kami berjaya, sehingga Perdana Menteri Israel iaitu Ariel
Sharon terlantar di katil koma untuk beberapa tahun. Sehingga meragut nyawanya......
Bergegar bumi di kawasan itu dan batu2 sebesar kereta jatuh menghempap mereka, kemana sahaja mereka lari atau sembunyi batu2 itu akan jatuh menghempap mereka. Terpekik2 tok2 batin orang asli meminta di hentikan bacaan ayat2 Allah.
" Tolong2....ampun jgn baca lagi ayat tu, Ilmu apa yg Tok Badai pakai ni..? Aku belum pernah melihat ilmu yg macam ni..? kata salah satu tok batin itu.
Kesemua mereka tidak mampu untuk bangun, sekiranya mereka cuba berdiri akan terhuyung-hayang seperti di landa gempa bumi yg terhasil dari ayat2 Allah tadi. Tok Batin yg di belakang senyap tertimpa batu ketika bersembunyi dalam rumahnya. Seluruh kampungnya aku hancurkan seperti di landa ribut dan gempa bumi yg kuat. Tetapi mereka semua masih nekat, masih mahu menyerang aku. Mereka bersusah payah bangun menyerang aku dari pelbagai sudut. Tak cukup tangan gara2 serangan mereka dari semua arah.
Nasib baik juga Radin Sancang dan Ki Api Geni datang membantu.
Entah dari mana tiba2 datang berbola api berwarna kuning yg dapat menembus perisai aku. Mungkin di keranakan aku lalai tadi. Tepat terkena di bahagian kiri dada, sehingga tembus ke belakang badan.
Aaduuh.....sakitnya, Allah sahaja yg tahu. Tercampak aku 10 meter terlanggar rumah papan sehingga runtuh dindingnya, berpijar2 mata aku. Nasib baik perisai cahaya masih melindungi aku, jika tidak di situ juga aku tutup mata. Aku cuba bangun tapi tak boleh, aaaahh... aku rasa bumi berputar gelap gulita mata dah kabur. Yg aku dengar hanya suara Anjang Aki suruh Ali bawa aku balik.
Sampai di rumah Uncle Bob, sudah dekat jam 5 pagi. Ali bisik di telinga suruh membaca mantra yg di beri oleh Ajang Aki. Sekali lagi aku meleset laju ke kampung Ali di kawasan kampung lama aku.
Tetapi sebelumnya aku sudah 'ON' elektrik@karen di tubuh badan agar sesiapa saja tidak dapat menganggu tubuh jasad aku.
Sementara sukma aku berada di Kampung bunian rumah Ali. Siapa yg sentuh badan aku, orang itu pasti kena shock elektrik yg aku pasang pada tubuh sebelumnya. Tetapi lain yg aku rancang, lain yg terjadi. Apabila Uncle Bob melihat aku masih tak bangun, dia mengejut aku bangun. Bila dia sentuh sahaja di bahagian badan terus dia tersengat karen dan terpental 2 meter jauh.
Uncle Bob panggil 2 orang pekerjanya, asal Indon. Pun sama bergitu juga tersengat karen dan terpental jatuh. Dah jadi kecoh di situ. Uncle Bob telefon bapa aku di S'pore memberitahu keadaan aku, dia meminta izin mahu menghantar aku ke hospital Tun Aminah, Johor. Dia juga menanyakan tentang karen elektrik pada tubuh aku, hanya bapa dan emak aku sahaja yg tahu 'off ' karen yg terpasang di tubuh. Oleh kerana mereka tak dapat sentuh tubuh aku, mereka balut dgn kain dan tuala yg tebal supaya boleh membawa aku ke hospital. Dah macam pocong kena balut, macam "Mummy" pun ada. hehehehe..
Saat itu juga mereka bawa aku ke hospital. Sampai di sana sama problem juga, Doktor dan Nurses tidak dapat sentuh tubuh aku, bukan mereka tak cuba tetapi tetap juga bergitu. Doktor menelifon keluarga suruh datang ke Hospital Tun Aminah. Bapa dan keluarga aku sampai, terus doktor memanggil mahu menanyakan masalah badan aku ada karen. Ketika itu aku di dalam ward ICU. Mak aku sahaja yg masuk, terus ibu letakkan ibu jari di pusat terus membaca ayat yg aku kasi padanya. Hanya bapa dan ibu sahaja yg tahu 'off ' elektrik yg aku 'on '.
Apabila doktor melihat x-ray, paru2 sebelah kiri aku sudah hitam. Doktor kata pada keluarga aku, bahawa aku tiada harapan untuk hidup. Mereka tak perlu pasang 'life support'. Doktor suruh keluarga membawa aku balik, kerana tidak ada harapan untuk hidup.
Keluarga aku menyewa Private Ambulan, bayaran sekitar Rm800 dari Johor ke S'pore. Terus di masukkan ke Hospital Besar S'pura(SGH). Sampai sahaja, doktor langsung memasukkan aku di ICU. Dalam 10 menit, doktor memanggil kesemua ahli keluarga dan mengatakan aku ada 50-50 untuk hidup. Pihak hospital juga memberitahu keluarga aku buat masa 2 minggu jika boleh ada ahli keluaga yg menunggu di hospital. Masalahnya sekarang aku tidak tahu bahawa tubuh aku sudah di hantar ke hospital.
Kerana saat itu Anjang Aki dan Ali masih merawat aku, sebab itulah aku 'ON' karen, agar orang tak ganggu tubuh aku. Mak bapa aku tahu sahabat bunianaku pasti datang tolong. Mungkin mereka lagi bingung mahu membuat keputusan dan setuju membawa balik. Sekarang sukma aku berada di kampong bunian, jasad/raga pula di hospital. Kalau aku balik pun, aku takkan sadar kerana doktor sudah kasi sedatif untuk 'deep sleep' dan sudah dipasang bermacam2 wayer di seluruh tubuh tubuh. Lagi pun doktor sudah memasang life support untuk bantu aku bernafas.
Dua bulan aku di ICU coma, sehingga keluarga jemput orang2 yg mahir untuk rawatan masalah ghaib. Maaf....aku bukan niat mahu bercakap sombong atau bongkak, kesemua perawat mengatakan ilmu aku lebih tinggi dari mereka. Aku pun tak tahu tinggi dari sisi mana. Dalam masa itu juga ibu aku mencari guru aku di S'pore iaitu Uztaz Saiful Bahri bin Sulaiman. Beliau adalah guru bahasa arab dan juga guru ilmu batin/ghaib. Dari beliau lah aku dapat penggalaman2 dunia ghaib. Ibu tahu aku berlajar bahasa arab dan ilmu ghaib dari beliau. Kerana aku selalu mengikut nya, sekira dijemput bagi merawat pesakit, sedangkan beliau tidak mahu di panggil bomoh atau apa2 sahaja yg berkaitan dgnnya. Dan beliau pantang sekiranya orang memberi duit, beliau akan marah pada orang yg memberi. Juga beliau akan memberi syarat iaitu ketika melakukan rawatan pastikan tidak ada jiran2 atau orang luar, hanya keluarga sahaja. Waaduuh......kita lupakan dulu tentang beliau, nanti ada masa aku ceritakan kepada sahabat 2.
Akhirnya dapat juga ibu menalifon Uztaz Saiful. Malam tu juga beliau pergi melawat aku di hospital bersama pakcik, adiknya dan anak saudaranya Taufik, anak pakcik nya. Sampai sahaja di hospital, langsung mereka melakukan rawatan, tiba2 aku mendengar suara orang memberi salam. Belum sempat aku menjawab salamnya, tahu2 Ustaz sudah muncul di hadapan aku, melalui bulatan cahaya yg terbuka. Saat itu aku tidak nampak dimana Anjang Aki dan Ali, yg aku lihat semuanya putih. Tidak ada hujung tidak ada pangkal.
Sampai sahaja Uztaz Saiful dihadapan aku lalu berkata :
" Badai, awak yakin awak boleh hidup." aku jawab.
" Ya uztaz." ringkas aku.
Beliau pun membaca beberapa ayat, sambil bermohon pada SANG MAHA PENCIPTA . Setelah selesai, uztaz Saiful menyuruh aku berjalan menuju cahaya putih yg bulat. Iya seperti lorong, agak lama juga aku berjalan ikut lorong tu sekitar 15 - 20 menit. Selesai sahaja uztaz serta pakcik, adik dan anak saudaranya Taufik. Maaf kan aku uztaz, kerana aku menceritakan kisah ini dan menulis nama2 semua.
Ketika mereka mahu balik, ibu bertanya pada Uztaz Saiful tentang keadaan aku. Beliau jawab :
" Insya'allah sebentar lagi dia akan sadar." kata Ustaz Saiful.
Mereka pun balik. Setelah 1/2 jam aku sadar, lampu di depan pintu bilik ICU aku berkelap-kelip, nurses tergesa2 masuk bilik ICU. Oooh, lampu itu menandakan aku sudah sadar dari 'coma'. Keluarga aku pun bergegas masuk ke bilik aku. Aku dah sadar tetapi masih blur2, lagi pun aku tak boleh cakap, kerana mulut aku ada tiub untuk membantu aku bernafas. Semua tangan dan kaki aku di ikat dgn kain, supaya aku tak mencabut semua wayer2 yg ada di badan.. Doktor masih meletakan aku di bilik ICU selama seminggu lagi, sebelum di transfer ke ward biasa. Badan jadi kurus dan berat badan turun 20 kilo hingga hanya 41 kilo. Doktor membuat keputusan untuk membuat operasi paru2 aku.
Semasa dalam oparetion Dr.Tan Bang Hock membuang separuh paru2 aku yg di sebelah kiri, katanya kalau tak buang, virus boleh merebak ke sebelah kanan pula. Setelah 3 bulan aku dirawat di hospital, Doktor Tan Bang Hock memberi izin untuk balik ke rumah, lega semakin lama aku di hospital, semangkin sensara aku di sana. Walau pun aku sudah sembuh, tetapi pergerakkan aku terbatas. Sehingga kini aku dah tak kuat untuk melakukan aktiviti menarik barang2 dari alam ghaib mahu pun mengubat orang. Aku sudah tidak aktif lagi seperti masa lalu. Saat ini aku ada Kampus Tok Penjejak Badai 2. Aku akan membimbing sahabat2 yg berminat dalam dunia ghaib. Mereka yg berminat mahu belajar ilmu ghaib, bolehlah join menjadi ahli. Dari situ dewan guru akan membimbing ahli dari ilmu ghaib dasar, lalu naik tahap ke tahap untuk berlajar ilmu ghaib dan sudah ready mahu terjun ke dunia Paranormal. Semoga mereka dapat berbakti kepada masyarakat yg memerlukan.
Ini lah kisah penggalaman aku dgn tajuk 'Apabila Buku Bertemu Dgn Ruas' yang nyaris2 meragut nyawa, ini lah risiko sekiranya kita terjun di dalam dunia paranormal.....
Seperti biasa ambil lah yg positif diri cerita ini, yg negetif jgn di ambil. Kekuatan yg tak bisa di tanding adalah Kekuatan daripada ALLAH SWT. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yg tak berkenan di hati para sahabat2 semua, aku Tok Penjejak Badai dgn meredahkan diri dan memohon maaf kepada sahabat2 semua.....
TERRIMA KASIH.......
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.






1 comment:

  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    ReplyDelete

About

Popular Posts