Trending

Sunday, 25 December 2016

SULTAN ABDUL SAMAD PEWARIS KUNCI GEDUNG SULAIMAN



SULTAN ABDUL SAMAD, PEWARIS KUNCI GEDUNG SULAIMAN
Oleh Shahpaskal.
1. Satu dunia tertarik untuk mencari gedung emas Nabi Sulaiman, dari pelbagai bangsa, Yahudi, Serani dan juga orang-orang kita.
2. Lokasinya masih menjadi misteri, ada orang kata, ia terletak di bawah Masjid Al Aqsa dan kerana itu orang Yahudi sibuk menggalinya. Ada orang kata, orang Yahudi menggali untuk mencari kitab-kitab ilmu hitam yang disembunyikan tetapi saya menolak perkara tersebut, tanpa kitab-kitab ini pun, manusia tetap mampu berhubung dengan syaitan dan mengamalkan ilmu-ilmu hitam.
3. Satu ketika dahulu saya pernah menulis mengenai pyramid Tanah Melayu, ia terus menjadi polemik perbincangan tetapi pendedahan tersebut saya hentikan kerana sebahagiannya saya mahu simpan untuk dijadikan buku.
4. Pyramid itulah Gedung Emas Nabi Sulaiman dan kod inilah yang berjaya dipecahkan bangsa barat sehingga mereka mencarinya di nusantara.
5. Kewalian Sultan Abdul Samad ini tidak ramai yang tahu. Di alam sebelah sana, beliau merupakan pemerintah bagi para wali di Tanah Melayu. Beliau merupakan antara sultan yang paling 'low profile' di kalangan nama-nama hebat di tanah bertuah ini khususnya Selangor.
6. Sebagai pemburu harta karun, selain faktor geografi, saya suka mengkaji tokoh terkait, dari dulu saya ditandang pertanyaan, bagaimana seorang sultan menjadi sangat kaya sehingga mampu membangunkan Kuala Lumpur dan Jugra.
7. Dari dahulu pun, saya tidak percaya bahawa semua pembangunan ini dibuat melalui hasil lombong timah. Firasat, saya akhirnya benar. Kekayaan ini terkait dengan rizab emas Nabi Sulaiman yang dikeluarkan sedikit bagi membangunkan ibu negara Selangor dan yang terpenting, sistem rel kereta api Tanah Melayu.
8. Bagi mencari sejarah penggunaan harta Nabi Sulaiman ini, saya mula mendampingi susur galur keluarga Sultan Abdul Samad. Akhirnya, saya berpeluang melihat 'carta keluarga' yang disusun melalui cicitnya yang saya panggil Pak Ungku. Seorang ahli tasawuf yang duduk di Banting.
9. Seiring dengan peredaran zaman, baginda juga tidak lepas dari disandung fitnah. Baginda dituduh menjadi tali barut British. Yang orang tidak tahu, British sentiasa mencari peluang untuk berbaik dengan Sultan Abdul Samad bagi mengorek rahsia mengenai hasil emas dan harta karun yang menjadi tunggak kekayaan baginda.
10. Daripada sejarah lisan yang disampaikan oleh keturunan Sultab Abdul Samad, saya difahamkan, baginda pernah dipanggil ke Istana Buckingham untuk diberi gelaran "SIR", tetapi sesuai dengan kedudukannya sebagai pemerintah dan wali kecil ketika itu, beliau tidak mahu menjatuhkan martabat dirinya sebagai seorang raja Melayu dan maruahnya sebagai seorang mukmin, perlawaan itu ditolak secara baik.
11. Melalui sesi tawasulan, yang sebenarnya dibuat oleh beberapa individu berbeza dan yang terkini oleh kumpulan Geng Shahpaskal, Sultan Abdul Samad dan orang kepercayaannya yang dipanggil sebagai "Panglima Hitam" pernah belayar ke Palestin untuk mengambil kunci emas Nabi Sulaiman.
12. Kunci ini diguna bagi mengeluarkan sedikit harta dari rizab emas Gedung Nabi Sulaiman yang terletak di Tanah Melayu, dengan kekayaan inilah, beliau membangunkan, bangunan Sultan Abdul Samad, ibupejabat KTMB, stesyen besar KTM, bangunan-bangunan lama dan bersejarah di sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan yang paling utama adalah landasan keretapi yang berlingkar di Tanah Melayu ini.
13. Saya tidak perlu kemukakan bukti, saudara boleh lihat dengan mata kepala sendiri dan panjangkan fikiran....apa begitu muliakan hati penjajah mahu membangunkan bangunan-bangunan ini dengan seni reka Islam????? Jika benar hati penjajah begitu bersih, mengapa bangunan-bangunan lama di negeri-negeri lain tidak mempunyai sentuhan Islam, sebaliknya architecture Inggeris secara TOTAL?????
14.Dengan kekayaan tersebut, pembinaan bangunan2 ini dibiayai oleh Sultan Abdul Samad, Inggeris hanya menjadi pembina dan pereka.
15.Melalui tawasulan, beliau mengaku bahawa hanya meninggalkan namanya pada Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai kenang-kenangan.
16.Beliau memberitahu kepada kami, bahawa di bawah bangunan tersebut terdapat bilik bawah tanah dan terowong-terowong yang menghubungkan beberapa lokasi lain di ibu negara.
17.Katanya, bilik-bilik bawah tanah itu satu ketika dahulu menempatkan emas negeri-negeri Selat tetapi sekarang tidak wujud lagi, bilik dan kompleks bawah tanah itu masih ada.
18.Walaupun tidak melihat emas yang diwariskan, Sultan Abdul Samad menghadiahkan saya sebutir berlian bernilai setengah juta ringgit sebagai kenang-kenangan. Sekian sahaja coretan sahaja pada hari ini. Bye bye.

2 comments:

  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    ReplyDelete
  2. Saya ingin mengetahui lebih lagi tentang Sultan Abdul Samad.Bagaimana untuk menghubungi anda ??

    ReplyDelete

About

Popular Posts