Trending

Wednesday 14 December 2016

Membina kediaman di atas tapak tanah sendiri melalui pinjaman perumahan.



Sekiranya anda berhasrat untuk membina kediaman di atas tapak tanah sendiri melalui pinjaman perumahan. Anda perlu memahami beberapa langkah sebagai panduan sekiranya menggunakan perkhidmatan kontraktor.


Langkah 1: Perbincangan mengenai rekabentuk, ruang dalaman dan saiz kediaman.
Langkah 2: Penghasilan draf pelan
Langkah 3: Pindaan ke atas draft pelan sehingga anda berpuashati....
Langkah 4: Perbincangan mengenai spesifikasi pembinaan dan harga kontrak.
Langkah 5: Menandatangani perjanjian kontrak
Langkah 6: Penyediaan lukisan pelan oleh arkitek dan urusan permohonan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
Langkah 7: Urusan permohonan pinjaman samada pinjaman bank atau daripada Lppsa.
Langkah 8: Kerja-kerja pembinaan bermula.
Langkah 9: Kerja-kerja akhir & penyambungan bekalan letrik & air.
langkah 10: Serahan & urusan CF atau CCC.

( Langkah 1-10 biasanya mengambil masa sekitar 9-12bulan, Perjanjian perlu dibuat 24bulan, Bayaran balik pinjaman biasanya selepas 95% tuntutan bayaran dikeluarkan / pada bulan ke 25 )
Syarat paling penting ialah:
1. Memiliki tanah lot dengan syarat bangunan kediaman / pertanian yang sesuai.
2. Memenuhi syarat kelayakan permohonan pinjaman bank/kerajaan.


Perlu diberi perhatian : Kerja-kerja pembinaan akan dijalankan mengikut kelulusan pelan daripada pihak berkuasa tempatan ( Majlis Perbandaran/daerah ). Tiada sebarang pindaan boleh dibuat oleh pemilik ke atas kerja-kerja pembinaan tanpa kelulusan pihak-pihak berkaitan. Jangan lupa untuk membuat perbandingan dengan beberapa kontraktor dari segi harga dan spesifikasi untuk kediaman anda itu.






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts